04 April 2014

AKHIRNYA SHILA AMZAH JADI FINALIS 'I AM A SINGER'



"Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi," ujar Shila Amzah.

Shila berkata demikian sebagai mengulas kejayaannya menjadi finalis dalam pertandingan 'I Am A Singer' di China. Pertandingan akhir tersebut akan berlangsung di Hunan, Changsha, China hari ini.



03 April 2014

VIDEO - AWAL ASHAARI USAP BABY BUMP SCHA ALYAHYA



Video menarik Awal Ashaari dan Scha Alyahya dalam satu sesi fotografi Media Hiburan.

Jom tengok!



17 GAMBAR - MASIH BERCUTI DI EROPAH, BABY BUMP FASHA KIAN JELAS



Meskipun ada segelintir pihak yang masih tidak percaya bahawa Fasha Sandha kini hamil kali kedua kerana berita itu masih belum disahkan oleh Fasha sendiri, namun gambar kadangkala mampu menceritakan segala-galanya.

Artikel terdahulu:

Fasha dan keluarga besar Jejai yang kini sedang menyambung cuti di Eropah selepas bercuti di Paris dan London sememangnya terus menjadi perhatian apabila perutnya tidak dapat disembunyikan lagi.

Klik gambar untuk size besar


02 April 2014

GAMBAR & BERITA SANA SINI - PART 17



TAKZIAH BUAT DATO' AC MIZAL

Takziah diucapkan buat pengacara dan penyanyi terkenal, Dato` AC Mizal, di atas pemergian bapanya Allahyarham Dato' Zaini Md Hasim yang meninggal dunia akibat serangan jantung baru-baru ini.

Allahyarham adalah Bekas Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Jenazah telah dibawa balik ke Muar dari Sunway Medical Center dan dikebumikan selepas Zuhur pada Sabtu lalu.



TEATER - KAWALAN KETAT POLIS BUAT HANEZ SURAYA



Gara-gara ugutan pihak tertentu yang mahu mengadakan Gerakan Baling Telur dan pelbagai ugutan lain terhadap Hanez Suraya, polis akan melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa (preman) sepanjang pementasan teater Projek Kahwin di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.



01 April 2014

MISTERI PENYAKIT ANAK - LINDA RAFAR MASIH BUNTU



"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," kata Linda Rafar mengenai penyakit anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin, 12, yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.



JUE AZIZ NIKAH JEJAKA INDONESIA SENYAP-SENYAP?



Jika sebelum ini Jue Aziz pernah digosipkan telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki dan didakwa mempunyai seorang bayi lelaki yang kemudian diakui sebagai anak angkat, terbaru gosipnya lebih hangat lagi.

Ada sumber yang mengatakan Jue Aziz telah bernikah secara senyap dengan seorang jejaka dari Indonesia. Mereka didakwa melangsungkan pernikahan sekitar awal Mac lalu dengan seorang pemuzik bernama Bayu Daniels di Indonesia... dan ada yang mengatakan di Pulau Pinang.

Jika benar, tahnish diucapkan.