17 May 2015

SAYA SEMAKIN PULIH - ZAMANI SLAM



"Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapisaya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang... itu yang paling saya bersyukur," demikianlah kata Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, mengenai perkembangan terkininya dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Zamani yang telah menjalani pemulihan selama tiga bulan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers berkata beratnya yang sebelum ini 45 kilogram meningkat sebanyak 11 kilogram dan program pemulihan di pusat itu menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal.

Menurut Zamani, tempoh dia berada di pusat berkenaan belum diketahui kerana ia bergantung kepada penilaian pihak pengurusan.

Klik gambar untuk size besar


16 May 2015

12 GAMBAR - FARHAN KINI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA NORIAH



Bekas suami Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan seorang penjawat awam, Noriah Mat Isa pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Difahamkan, isteri kepada Farhan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.

Untuk rekod, Farhan dan Noriah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Mac lalu.

Tahniah kami ucapkan dan semoga bahtera yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.

Klik gambar untuk size besar


28 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI LANA NODIN & DAVID MCKENZIE MERIAH



Majlis resepsi Lana Nodin dan David Mckenzie telah berlangsung semalam di tempat yang sama iaitu di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor sejurus selesainya majlis akad nikah diadakan.

Ia telah dihadiri oleh ahli keluarga, tetamu dan juga rakan selebriti yang lain.

Mengenai bulan madu pula, Lana berkata yang dia dan suaminya bakal menghabiskan percutian bulan madu mereka di Amerika Syarikat sahaja memandangkan jadual suaminya yang ketat menyukarkan mereka untuk ke destinasi lain.

Klik gambar untuk size besar


15 May 2015

ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM KINI HAMIL ANAK KEDUA



Tahniah kami ucapkan buat Ashraf Muslim mengenai isteri keduanya, Wan Sakinah yang khabarnya kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun instagram ayuasnene itu jelas kelihatan baby bump Sakinah.

Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dengan Sakinah pada tahun 2013. Hasil perkahwinannya dengan Sakinah, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Sarah Ashraf yang kini berusia setahun lebih.

Klik gambar untuk size besar


34 GAMBAR - LANA NODIN SAH BERGELAR ISTERI KEPADA DAVID MCKENZIE



Dengan hanya sekali lafaz, Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 35, telah sah bergelar isteri kepada Jurulatih Bola Tampar AS, Mohd Daud McKienzie sekitar jam 10.36 pagi tadi di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

Mereka telah dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dengan berwalikan bapa kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.

Di dalam majlis tersebut, Lana telah menerima mas kahwin sebanyak USD10000 atau RM32,000. Manakala wang hantarannya pula dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar


BERITA SAYA PELUK ISLAM PALSU - STACY



"Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

"Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

"Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak kelmarin (Rabu) sehingga semalam (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

Klik gambar untuk size besar


12 GAMBAR - SAH RUJUK: SAAT BAHAGIA DIANA RAFAR & ZAMARUL HISHAM



"Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Kami kembali menjadi suami isteri. Jodoh kami masih kuat," ujar Zamarul Hisham, 44, sebaik Hakim Syarie, Mohd Hisham Zakaria mengesahkan lafaz rujuk yang dibuatnya terhadap Diana Rafar, 33, semalam.

Zamarul melafazkan rujuk tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pukul 3 petang dan ia sah mengikut seksyen 61 Enakmen Keluarga Islam 2013.

Terdahulu, Diana yang memakai pakaian serba hitam tiba berasingan. Sementara Zamarul juga dilihat memakai pakaian serba hitam dan mereka berdua ditemani oleh keluarga masing-masing.

Klik gambar untuk size besar