Thursday, August 07, 2008

SIAPAKAH ARTIS WANITA INI??

Amboi.. amboi...!! Tak padan dengan pompuan, posing depan kamera dok main bubuh air tin syaitan lagi. Sorry, kami semua tak tuduh awak tu minum air syaitan... tapi aksi yang sebegini bakal menimbulkan fitnah dikemudian hari.

Siapakah artis yang berposing ngan air syaitan ini?? Lu fikirlah sendiri..!!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

AKSI CHAM VE NGAN SAPA TU??

Kenapalah artis sekarang ni bila bergambar selalu lupa dunia? Akibatnya, pelbagai anggapan dan andaian buruk dilemparkan oleh peminat seni apabila melihat aksi sedemikian yang tersebar luas.

Lain kali kalau ye pun nak bergambar kenangan, tangkaplah elok-elok atau paling tidakpun simpan dalam peti besi agar ia tidak 'bolos' ke internet! Tak gitu??










    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

PENYANYI TERKAYA MALAYSIA??

Bukan semua percaya al-kisah yang dilaporkan mengenai Siti Nurhaliza mempunyai aset bernilai RM50 juta. Berita aset itu dipetik daripada laman web rasmi 2008 MTVAsia Awards dalam nota pengenalan mengenai latar belakang Siti yang baru-baru ini tersenarai sebagai calon Artis Wanita Popular (Malaysia).

Namun begitu, ia adalah sesuatu yang tak mustahil!

Ini kerana, satu ketika dulu Siti merupakan penyanyi paling laris dan paling tinggi mendapat bayaran show. Malah kalau dihitung asetnya daripada derma kebajikan, hadiah kemenangan, bayaran iklan, show dan sebagainya, maka aset RM50 juta boleh dikatakan masuk akal juga.

Bukan apa, takkanlah sepanjang tempoh 13 tahun menjadi anak seni, dia tak reti menyimpan, tak pandai berniaga dan boros berbelanja atau lebih tepatnya... sekadar masuk angin keluar asap? Tentulah ada asetnya... tak gitu?

Persoalannya sekarang, dengan aset yang didakwa sejumlah RM50 juta itu... mungkinkah Siti merupakan penyanyi terkaya di Malaysia?? Atau mungkin juga ia hanya sekadar di atas kertas sedangkan realitinya tidak sebegitu... Tepuk dada tanya selera!!


"Not a force to be reckoned with, Siti is also known to be a formidable and successful businesswoman in Malaysia. She currently tops the list of the 'Richest Artistes' in Malaysia. She is also worth more than RM50 million and was named one of the millionaires in entertainment in South East Asia." - 2008 MTVAsia Awards



Aksi Siti ketika masih berhingus dalam bidang seni...









Bersama suaminya DK yang turut didakwa kaya-raya...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

Monday, August 04, 2008

ADIK RAJA EMA..??

Apakah benar gadis ini Raja Emey iaitu adik kepada Raja Ema? Jika benar, kasihan arwah ibunya yang meninggal baru-baru ini... ala-ala posing maut tu!!

Apapun, mungkin tujuannya berposing begitu hanya sekadar suka-suka sahaja agaknya... Allahualam!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

LAN PET PET NIKAH 20 OGOS..!!

Akhirnya, janji Lan PetPet untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam tahun ini juga tertunai apabila dikatakan bakal naik pelamin pada 20 Ogos ini. Bakal isterinya ialah Ruby (adik rozita che wan) yang tidak kurang jelita seperti kakaknya.

Sebelum ini, Lan yang kini usianya sudah mencecah 40-an, pernah memberitahu myartis dalam rakaman video bahawa dia tetap akan berkahwin tahun ini. Malah dia selalu berdoa agar jodohnya dipertemukan dengan mana-mana gadis yang dapat menerima dia seadanya.

Dan menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 20 Ogos ini di Alor Setar, Kedah manakala majlis resepsi pula akan dibuat pada 23 Ogos di sebuah hotel di Kedah juga.

Klik untuk membaca kisah dan menonton video rakaman myartis sebelum ini:
LAN PET-PET KAHWIN TAHUN INI..??


Yang mana satukah Ruby ye? Dengar kata yang pakai baju putih...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

Friday, August 01, 2008

AGNES MONICA BERTUKAR HITAM...

Penyanyi dan bintang sinetron Agnes Monica, nampak lain dari penampilan asal. Kulitnya tak lagi putih. Rupanya Agnes sengaja menghitamkan kulit untuk album barunya.

"Ini sengaja untuk konsep album baru aku, sengaja aku hitamkan," ujar Agnes ketika ditemui di Jakarta oleh wartawan.

Apakah pelakon itu sudah tidak sayang dengan kulitnya yang sebelumnya putih? "Ohh tidak, sebab ini yang aku suka," jawabnya.

Kali terakhir Agnes melahirkan album studio ialah pada 2005. Judul album tersebut ialah 'Whaddup A.. '?!' yang menghasilkan beberapa hits seperti 'Tak Ada Logika' dan 'Cinta di Ujung Jalan.'

Setelah album tersebut, gadis berusia 22 tahun ini melahirkan pula single 'Matahariku' untuk soundtrack sinetron yang dibintanginya 'Jelita.'

Mengenai album barunya itu, Agnes bagaimanapun belum mahu menceritakannya lebih banyak lagi. Dia yang satu ketika dulu pernah berlakon dalam siri Taiwan berjudul 'The Hospital' mendakwa mahu memberikan kejutan pada para peminatnya.




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

ROZITA & HAIFA, SAMA TAPI TAK SERUPA..

Meskipun Rozita anak kelahiran Malaysia, sementara penyanyi antarabangsa Haifa Wahbe pula anak kelahiran Lebanon... namun wajah mereka yang seakan seiras amat menarik perhatian. Tambahan pula, masing-masing juga sudah mempunyai pengalaman mendirikan rumah tangga.

Mungkin kerana wajah itu jugalah maka Rozita Che Wan makin laris berlakon kebelakangan ini hingga menjadi igauan ramai VIP. Jom tengok..!!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

Related Posts with Thumbnails
Loading...