29 March 2010

MAJLIS RESEPSI UMIE & KHAIRUDIN

Majlis Resepsi Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairudin yang diadakan di Hotel terkemuka...




Klik untuk gambar besar..!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

24 March 2010

GAMBAR PERTUNANGAN JIMMY SHANLEY?

Menurut sumber email, majlis yang diadakan itu very simple.. tetapi cukup bermakna bagi Jimmy Shanley. Namun ada gambar yang kelihatan seperti gambar lama, di photoshop dan photo tricks! Atau mungkin gambar ni dicantumkan melalui pertunangan orang lain... Allahualam..!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

16 March 2010

VIDEO: TAMRIN GAGAL IKUT JEJAK AYAH?

Bukan semua waris keturunan seni boleh mengikut jejak langkah keluarga. Malah Nasir P.Ramlee juga gagal untuk menyamai bakat ayahnya yang kini terus menjadi idola dan lagenda seni sepanjang zaman.

Begitu jugalah yang berlaku dengan Tamrin Ibrahim Pendek. Dia akui gagal untuk menyambung tradisi ayahnya sebagai pelawak terkenal yang diminati ramai satu ketika dahulu. Namun begitu, Tamrin masih terus berusaha untuk mengejar populariti dalam bidang tersebut meskipun banyak rintangan yang mendatang... Ikuti temubual ini, Eksklusif di myartis.



Tidak dapat menonton di sini?
Klik untuk ke laman YouTube

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright: www.myartis.com 2010

15 March 2010

SEKITAR PERNIKAHAN UMIE DI MEKAH

Akhirnya Umie Aida, 37, kini bergelar Datin Paduka selepas selamat dinikahkan dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, di Masjidil Haram, Mekah.

Umie, dan Khairuddin, dinikahkan oleh jurunikah Marwan Zakaria di Masjidil Haram di sini pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan) dan menerima mas kahwin berjumlah RM1,709 (1,818.18 riyal) serta sebentuk cincin berlian.


Klik untuk gambar besar...

Namun dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci dia ada memaklumkan ibunya, Asmah Ali agar jangan terperanjat seandainya hasratnya untuk bernikah dengan Khairuddin tidak menjadi kenyataan.

Selain itu, Umie juga amat risau seandainya dia tidak mampu menyayangi lelaki dengan sepenuhnya kerana pengalaman putus cinta sebelum ini membuatkannya tidak percaya pada cinta. Namun begitu, kecelaruan emosi Umie tiba-tiba berakhir sebaik dia berada di Tanah Suci dan sekali gus merubah pandangannya terhadap Khairuddin.


Klik untuk gambar besar...

"Kesediaan abang membawa saya bersama keluarga menunaikan umrah dan sekali gus berkahwin di Masjidil Haram membuatkan saya dapat merasakan yang beliau sangat jujur dan benar-benar serius untuk memperisterikan saya.

"Daripada situ, saya dapat menelah dia adalah lelaki yang budiman. Doa saya semoga perkahwinan saya dengan abang akan kekal hingga ke akhir hayat kami berdua," jelasnya dipetik sebagai berkata.


Klik untuk gambar besar...

Majlis resepsi mereka dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2010 ini di Hotel One World, BandarUtama, Damansara dengan berkonsepkan taman Inggeris dan tradisional kontemporari oleh perancang perkahwinan, Jovian Mandagie.

Majlis tersebut dijangka akan dihadiri kira-kira1,200 tetamu jemputan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

13 March 2010

KONSERT WALI - GEGAR JOHOR BAHRU

“Pengumuman…pengumuman…” itulah antara bait-bait lagu ‘Cari Jodoh’ yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ini. Lagu dari kumpulan Wali ini cukup popular bukan sahaja di negara mereka tetapi juga di Malaysia.

Untuk itu, pada Sabtu, 3hb April 2010, bertempat di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, akan berlangsung konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali yang akan mendendangkan lagu-lagu popular seperti Yank, Baik-Baik Sahaja, Orang Bilang, Taubat Maksiat dan banyak lagi.

Menurut Azman Miskon, dari Special Appearance Sdn Bhd, selalu penganjur utama berkata, pemilihan Wali untuk persembahan konsert di Johor Bahru disebabkan lagu-lagu yang dibawa oleh mereka mempunyai mesej yang baik.

“Selain itu, latarbelakang ahli kumpulan ini yang baik adalah menjadi kriteria membawa mereka masuk ke sini,” ujarnya lagi, “Antara faktor lain pula ialah lagu-lagu mereka sering mendapat perhatian peminat, jadi kami merasakan adalah wajar untuk peminat-peminat di sini merasai sendiri keseronokkan persembahan Wali,” ulas Azman.

Kedatangan Wali ke Malaysia bukanlah kali pertama, sebelum ini sebuah syarikat telekomunikasi telah menganjurkan konsert Wali dan dihadiri lebih 9000 peminat-peminat yang membanjiri Stadium Negara.

Menurut penganjur, mereka menjangka seramai 20,000 orang penonton akan membanjiri Stadium Larkin pada malam berkenaan. Dengan kedudukan Johor Bahru, berhampiran dengan Singapura juga Kepulauan Batam, angka ini tidak mustahil dapat dipenuhi.

Bagi peminat-peminat Wali, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan yang cukup hangat sekarang, Wali, yang akan mengegarkan Johor Bahru.

Tiket-tiket berharga RM 35, RM 55 dan RM 85, untuk menyaksikan konsert tersebut sudah mula dijual di cawangan ticket2u di sekitar Johor juga boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 – 4149 8600.


Artikel ini disediakan oleh: Annuar Azwan












    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

10 March 2010

LPFM - NASI DAH JADI BUBUR?

Ketika mendapat perkhabaran bahawa filem pertama arahannya V3:Samseng Jalanan bakal diharamkan kerana beberapa adegan yang dianggap keterlaluan, Farid kamil tak senang duduk diam. Malah demi filem pertamanya itu, Farid sanggup berbuat apa saja.

Akibat tidak mahu filemnya itu terperap begitu saja, Farid Kamil dan penerbit filem tersebut, MIG Production membuat rayuan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Selepas bertolak ansur terhadap beberapa perkara, akhirnya filem itu lulus untuk ditayangkan kepada umum.

“Saya boleh anggap filem ini adalah luahan rasa seorang Mat Rempit. Saya pernah melalui pengalaman berlumba haram 15 tahun lalu

“Tapi apabila saya mengatakan ia adalah filem luahan rasa seorang mat rempit tidak bermakna saya mengangkat mereka sebagai wira.

“Apa yang saya gambarkan dalam filem ini adalah gambaran sebenar kehidupan mereka. Dialog yang dilafazkan watak sudah memadai untuk menggambarkan luahan hati mat rempit. Filem ini dibuat mengambil inspirasi Osman Ali ketika mengarah Anak Halal,” kata Farid yang dipetik sebagai berkata.

Dan selepas menanti penuh debar, akhirnya filem yang menampilkan Farid sendiri bersama pelakon lain seperti Aqasha, Intan Ladyana dan Lisa Surihani diluluskan LPF dengan klasifikasi 18PL. Walaupun dipotong sebanyak 20 peratus kerana ia membabitkan adegan mat rempit seperti mengangkat tayar depan dan belakang serta babak mereka melepaskan diri dari sekatan polis, namun Farid tetap berpuas hati kerana ia tidak mencacatkan plot ceritanya.

berkisar daripada kemelut itu, David Teo seolah merajuk apabila memberitahu bahawa filem V3:Samseng Jalanan adalah filem terakhir yang mengisahkan mat rempit. Alasannya, keputusan itu dibuat berdasarkan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh LPF.

“Ini bermakna filem V3:Samseng Jalanan adalah filem terakhir kami yang memaparkan aksi Mat Rempit. Saya hanya akan kembali menerbitkan filem seperti ini jika syarat atau garis panduan itu dilonggarkan. Saya tidak mahu menanggung risiko jika terus menghasilkan filem seperti ini supaya kejadian yang sama tidak berulang. Mujurlah pihak LPF meluluskan juga filem ini,” tegas David dipetik sebagai berkata.

Persoalannya sekarang, apakah LPFM sudah terlambat dalam hal ini? Impak daripada filem-filem seperti KL Menjerit, KL Menjerit 1, Gangster, Castello, Remp-It, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Impak Maksima dan akan datang Evolusi KL Drift 2 sebenarnya telah sebati dalam jiwa anak-anak muda sekarang.

Lihat sahajalah ketika malam-malam minggu di Dataran Merdeka, beratus anak muda duduk lepak dengan motosikal dan kereta masing-masing seperti dalam filem layaknya. Ikhlasnya, sebelum ini mereka tidak dilihat melepak berkumpulan sebesar itu dan semuanya wujud gara-gara meniru adegan dari sebuah filem tempatan.

Bukan mahu menuding jari pada sesiapa, tetapi itulah hakikatnya jika terlepas pandang dan berkerja cara mudah. Konon mahu menimbulkan keinsafan pada anak muda, tetapi impak yang timbul sebenarnya lebih besar dan memburukkan keadaan.

"Daripada anak-anak muda kampung tak tahu apa itu Rempit, kini mereka dah tahu," ujar seorang penonton penuh kesal. Tambahnya, semua pihak tidur dalam hal ini termasuk penerbit filem yang memandang keuntungan semata-mata.

Oleh yang demikian, benarlah bahawa "nasi sudah menjadi bubur" bagi LPFM. Tindakan terkini untuk tidak membenarkan adegan atau nama rempit dan seangkatannya dilayar perak adalah satu tindakan "lembab" dan sudah terlambat bagi segelintir pihak yang sudah terbiasa dengan aksi filem seperti itu.

Bak lirik lagu Shidee, "Sayang semuanya sudah terlambat".

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

09 March 2010

BUKAN KEKASIH SAYA - AQASHA

Februari lalu, ada beberapa pihak yang mendakwa terserempak dengan Aqasha di majlis perkahwinan anak dara produser, Raja Azmi. Ketika itu, mereka sempat merakamkan gambar Aqasha yang kebetulan sedang berdampingan dengan seorang gadis manis.


Wanita yang didakwa sebagai "kekasih" Aqasha..

Maka timbullah persoalan adakah ia teman wanita Aqasha? Malah dakwa mereka juga, ini bukan kali pertama mereka terserempak dengan mereka berdua. Malah dalam satu majlis berasingan yang juga dianjurkan Raja Azmi tahun lalu, penyanyi berkenaan kelihatan bersama.

Cuma sekiranya benar wanita berkenaan adalah kekasih Aqasha, itu sudah bagus. Lagipun pula mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia bila bersama. Nampak sepadan... Demikian kenyataan mereka yang dipetik sebagai berkata.


Klik untuk gambar besar..!

Bagaimanapun, kesempatan bertemu dan bertanyakan hal ini sendiri dengan Aqasha baru-baru ini merungkai segalanya. Dakwa pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu dan terkini filem V3: Samseng Jalanan itu, semua gosip yang tersebar adalah tidak benar dan sekadar tangkap muat sahaja.

"Takkanlah semua yang berdampingan dengan saya itu kekasih? Cerita gosip di internet ni kadangkala suka melebih-lebihkan cerita yang tidak benar," ujarnya sambil ketawa.


Klik untuk gambar besar..!

"Tu super impose tu," seloroh seorang rakan Aqasha yang kebetulan berada di situ menambah gelak ketawa.

"Cerita tu memang tak betul. Saya menafikan mempunyai kekasih seperti yang digambarkan," tambah Aqasha kembali serius.


Klik untuk gambar besar..!

Dalam hal ini, kita tunggu sahajalah kebenarannya. Hanya masa yang akan menentukan apakah dakwaan berita itu benar atau penafian Aqasha yang benar. Bak kata pepatah, bangkai gajah jangan nak disorok bawah daun pisang, orang akan nampak juga... atau lebih tepatnya, pembohongan artis atau gosip berita yang tidak betul pasti akan diketahui oleh peminat dan pembaca akhirnya.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

08 March 2010

RADHI SEDIA JILAT LUDAH...?

"Saya tak kisah menjilat ludah saya kembali," demikian luahan Radhi OAG apabila menceritakan perihal rumah tangganya yang diambang penceraian sekarang. Menurut penyanyi dan pelakon itu, dia bersedia untuk rujuk semula dengan isteri sekiranya 'jatuh talak' dan mempunyai peluang berbuat begitu.


Saya sedia rujuk kembali - Radhi

"Ikhlasnya, saya sayang nak lepaskan dia. Perbicaraan kes saya dan isteri masih mempunyai dua sesi lagi, saya nak tengok sama ada lafaz tu jatuh atau tidak? Harap-harap tidaklah.." ujarnya dengan nada serius.

Malah radhi juga tidak kisah untuk mengakui bahawa ada beberapa perkara dalam pertikaian tersebut adalah salahnya dan isteri. Ini kerana, dia kadangkala ada 'cakap lepas' ketika berlakunya pertengkaran yang kemungkinan disalahtafsirkan.


Radhi tak kisah akui kesilapan

"Bukan cerai... tetapi ketika tengah bertengkar memang susah nak kawal emosi kita.

"Dalam mana-mana perkahwinanpun, pertengkaran itu memang lumrah dan sukar untuk dielak. Dalam hal ini, saya tak malu untuk mengakui kesilapan saya," ujarnya lagi.

Paling utama menurut Radhi, dia tidak mahu anak lelakinya yang kini berusia lima tahun menjadi mangsa sekiranya penceraian itu benar-benar berlaku.

Terdahulu, bercerita tentang bidang nyanyian, menurut Radhi dia akan membuat 'comeback' tidak lama lagi. Cuma kali ini, satu suasana baru akan diwujudkan tanpa berpaling ke zaman silam yang penuh perbalahan tentang kewangan.


Radhi akan buat comeback konsep baru

"Kali ini saya tak mahu diperlekehkan lagi oleh sesiapa. Saya tak mahu kerana wang berlakunya perbalahan hingga memecahbelahkan ahli kumpulan yang dibina. Saya benar-benar ingin membuat satu perubahan besar.

"Cuma konsep yang akan saya ketengahkan kali ini mungkin agak berbeza sedikit. Ia melibatkan persatuan, kerajaan, bendera dan konsep ala Satu Malaysia. Tapi jangan salah sangka pula, ia tidak melibatkan mana-mana parti politik yang ada di negara ini!" Jelasnya bersungguh.


Gambar-gambar terkini:
Klik untuk gambar besar!









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

07 March 2010

RAGAM IJOY DAN AUDDRA

Gambar kandid ini jelas menunjukkan betapa Zulkifli Azhari atau Ijoy begitu bersemangat menjaga anaknya yang dilahirkan oleh Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, pada 9 September 2009 lalu. Meskipun sibuk shooting, namun Auddra tetap dibawa bersama ke lokasi penggambaran di IKEA, Mutiara Damansara.

Malah Ijoy juga tidak jemu-jemu melayan karenah anaknya itu sementara menunggu habis penggambaran. Dalam hal ini, nampaknya hidup Ijoy makin berseri dengan kehadiran Auddra dan mereka bagaikan tidak mahu berpisah walau ke mana jua destinasinya.


Klik untuk gambar besar..!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010