20 November 2013

12 GAMBAR - MAJLIS BABY SHOWER NANA MAHAZAN


Jika baru-baru ini Nana Mahazan atau Nana AF1 mendapatkan khidmat jurugambar professional, untuk merakamkan kenangan terindah ketika hamil, terkini dia mengadakan majlis baby shower (berkonsep Safari) pula untuk meraikan kelahiran anaknya.

Bagi yang tidak tahu, baby shower asalnya adalah budaya barat (sama seperti sambutan birthday) bagi meringankan beban ibu bapa ketika menyambut kelahiran bayi mereka nanti. Jemputan yang hadir kebiasaannya akan memberi hadiah seperti wang, lampin, susu dan sebagainya untuk tuan rumah.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 9


Lagi gambar baby lelaki Yasmin Hani Richardson yang lahir pada 12 November lalu. Meskipun sudah ada nama untuk babynya, namun ia tidak dapat didedahkan oleh Yasmin kerana sudah mengikat kontrak dengan Astro. Heh.

“Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti,” katanya baru-baru ini.


LANA NORDIN - DULU MAT SALLEH, KINI JEJAKA MELAYU


Pelik tapi benar!

Namun itulah yang berlaku terhadap Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia yang kini mula meminati jejaka Melayu pula. Padahal, semua orang tahu yang dia sebelum ini bercerita mengenai cintanya dengan jejaka mat salleh keturunan Czech bernama Pavel Micahalec.

Tinggal kenangan - Lana bersama Pavel 

'MENANGIS' RAHSIA KEJAYAAN TIZ ZAQYAH


Bukan mudah untuk menghayati watak yang diberikan. Jika 'kail panjang sejengkal', pastinya ia tidak akan memberi kesan mendalam pada penonton sekaligus membuat sesebuah drama atau filem itu kurang mendapat sambutan.

Malah hal ini diakui sendiri oleh pelakon Tiz Zaqyah, iaitu Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih'. Kata Tiz, untuk menghayati watak yang diberi, dia terpaksa menangis hampir setiap hari bagi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri 'Jodoh Itu Milik Kita' (JIMK).


SAYA MUNGKIN JADI SASARAN PENJENAYAH - NABIL


Masihkah anda ingat dengan tuah Ahmad Nabil Ahmad, 30, atau Nabil Raja Lawak yang baru-baru ini mendapat hadiah kondo bernilai lebih RM1 juta? Ikhlasnya, bukan semua artis bertuah seperti Nabil apabila sering mendapat durian runtuh sejak mendirikan rumah tangga.

Terbaru, mungkin disebabkan fobia... Nabil tiba-tiba mengambil keputusan untuk menukar nombor plat keretanya. Tindakan tersebut disebabkan dia bimbang menjadi sasaran penjenayah selepas kenderaannya itu dipecah masuk di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.


19 November 2013

BILA INTAN LADYANA 'DITIPU' PENGURUS SENDIRI


Ramai yang perasan bagaimana pelakon Intan Ladyana kebelakangan ini jarang hadir bersama pengurus wanitanya ke majlis-majlis tertentu. Ekoran itu, timbul gosip yang mendakwa mereka berdua sudah tidak sebulu akibat masalah dalaman.

Dan dengar kata, selain memburukkan nama Intan... pengurus tersebut juga telah menggunakan namanya untuk menipu duit peminat. Ehhh... betul ke ni? Jom kita dengar daripada mulut Intan sendiri.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 8


"The big family breakfast hari tu at mandarin. Suami saya je missing (uwaa..) I'm also missing my littlelovers too.. Hope semua sihat," ujar Liyana Jasmay mengenai gambar keluarga besarnya yang berkumpul sarapan pagi bersama.

Menurut Liyana, hanya kelibat suaminya sahaja yang tiada. Aik... ke mana tu? Mungkin sibuk dengan urusan kerja khot. Ahak!

Klik gambar untuk imej besar...