Dalam pada artis lain sibuk membuat ‘baby shower’, Liyana Jasmay sebaliknya lebih selesa dengan mengadakan majlis doa selamat untuk menyambut kelahiran anak sulungnya nanti. Majlis tersebut telah diadakan kelmarin kediaman keluarga Liyana di Kemensah Height, Selangor.
Apa yang menarik, kakak Liyana iaitu Faradila yang juga bakal melahirkan anak pada bulan Mei depan turut diraikan bersama.
