Wednesday, May 26, 2010

CANDID - ABBY TEMAN ZUL BERSENAM...

LAPORAN EKSKLUSIF..!

Meskipun pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Mohamed Nurhakim Zaidon, atau panggilan manjanya Zul, namun ketika lelaki kacukan Melayu Belanda ini bersenam di Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur (rabu, 26 Mei 2010), Abby Abadi kelihatan menemankannya penuh mesra. Turut bersama ialah seorang wanita lewat 50-han yang kemungkinan ahli keluarga Abby dan seorang lagi wanita yang dipercayai keluarga Zul.

Meskipun Abby tidak bersenam, namun perhatian istimewanya terhadap senaman Zul amat menarik hati. Malah tubuh sasa Zul turut mencuri tumpuan segelintir wanita di situ yang datang berjoging dan bersenam.

Kemudian, kira-kira jam 8.10 pagi, Abby dan Zul bersama-sama menuju ke kenderaan mereka yang diletakkan di tepi jalan. Dan tanpa segan silu, Zul dilihat membuka bajunya yang basah kuyup berpeluh di tepi kenderaan tersebut sambil diperhatian oleh Abby.

Persoalannya sekarang, sejauh mana hubungan Abby dan Zul? Sekadar teman tapi mesra atau mungkin mereka akan menjadi suami isteri sebagaimana yang diharapkan peminatnya? Kalau benar begitu, harap-harap hubungan tersebut akan kekal bahagia... Kahwin, jangan tak kahwin!!


Klik untuk gambar besar..!



Abby memerhatikan senaman Zul penuh minat...





Buka baju depan Abby dengan selamba...




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photo copyright - www.myartis.com 2010

Monday, May 24, 2010

SCHA DAN AWAL DATING?

Kalau benarlah bagai dicanang yang Scha dan Awal Ashaari dating di Curve, Mutiara Damansara, Petaling baru-baru ini... maka ia pastinya menyamai gossip dating antara Fahrin dan pelakon Hotel Mania yang hangat diperkatakan sekarang.

Malah istilah teman tapi mesra dan makan suap-suap antara Scha dan Awal seperti yang kononnya dilihat seorang peminat, sememangnya menambahkan lagi tanda tanya. Kalau sekadar kawan, tak kan sampai begitu sekali?

Apa-apapun, hanya mereka berdua sahaja yang tahu setakat mana perhubungan tersebut. Teman hidupkah, rakan baik sahajakah... atau sekadar teman tapi mesra yang sering dikaitkan pada artis kita hingga sesetengahnya berakhir di ranjang... Allahulam!


Bukti gambar adegan dating antara Scha & Awal...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

WARDINA LANCAR DUA BUKU...

"Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis.

"Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya.

"Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu.

"Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang," ujar Wardina Saffiyah.


Klik untuk imej besar!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...