29 September 2010

PERKAHWINAN JIMMY SHANLEY RM1/2 JUTA

Jimmy Shanley akan bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 24, pada 1 Oktober ini. Manakala kad undangan bertarikh 2 Oktober pula telahpun diedarkan beberapa hari lalu untuk majlis resepsi besar besaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menelan belanja setengah juta ringgit.

Nursuhaila merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim.



"Majlis akad nikah akan diadakan pada 1 Oktober ini di banglo mewah milik keluarga bakal mentua di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor selepas solat Asar. Pada hari sama akan diadakan majlis malam berinai manakala resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung sehari kemudian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata.

Seterusnya, satu lagi resepsi perkahwinan untuk pihak wanita akan diadakan pada 9 Oktober di Hotel Park Avenue, Sungai Petani di Kedah. Melengkapkan resepsi perkahwinannya itu kata Jimmy, majlis di sebelah pihak lelaki akan berlangsung seminggu kemudian di Ipoh, Perak.

Semua acara meriah itu akan dilaksanakan oleh 'Weddings By Baha', manakala busana dan solekan adalah hasil sentuhan Rizman Ruzaini dan Amy Janz.

Semoga mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu. Amin...



Gambar kad undangan:
Klik untuk gambar besar...









(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

28 September 2010

SHORTS FILM FESTIVAL 2010 MALAYSIA

SHORT SHORTS FILM FESTIVAL ASIA 2010 DI MALAYSIA

Short Shorts Film Festival & Asia Japan (SSFFA Japan) bermula pada tahun 1999 di Harajuku Tokyo dengan matlamat untuk memperkenalkan filem pendek kepada masyarakat Jepun. SSFFA telah mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences USA.

Pemenang bagi anugerah Grand Prix adalah layak dicalonkan bagi kategori filem pendek di Academy Awards bagi tahun berikutnya. Sehubungan dengan itu, FINAS bekerjasama dengan pihak penganjur Short Shorts Film Festival & Asia Japan untuk mengadakan tayangan filem pendek yang telah disenarai pendek dan juga pemenang pada penganjuran SSFFA Japan pada bulan Jun yang lalu ditayangkan di Malaysia pada 1-3 Oktober 2010.

Sebanyak 26 buah filem pendek akan di tayangkan pada tarikh tersebut dari negara Australia, Japan, Germany, United Kingdom, France ,Norway, Pakistan, Switzerland, USA, Philippines, Argentina, Netherlands dan Malaysia.

Penganjuran ini dapat merebut peluang dalam memperkenalkan filem pendek yang bermutu dari seluruh Asia kepada karyawan filem di Malaysia. Penganjuran Festival Filem pendek ini juga dapat memberi peluang besar kepada karyawan filem di Malaysia dan juga peluang keemasan kepada pelajar perfileman dalam pendedahan dari pelbagai aspek pembikinan dan kualiti filem pendek luar negara kepada mereka.

JADUAL TAYANGAN

Sebanyak 26 buah filem dari pelbagai negara Asia dan Malaysia akan ditayangkan pada tempoh 2 hari tersebut. Jadual tayangan adalah seperti berikut:


Tayangan 1
Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee / Studio 1 & 2
10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator: Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan: Akashdeep Singh (Malaysia)

1. Backwards (animation) USA - 4:30 minit - Aaron Hughes
2. Boxer Australia - 11:52 minit - Michael Latham
3. Goat-walking Japan - 10:10 minit - Ryugo Nakamura
4. Lights Germany - 14:47 minit - Giulio Ricciarelli
5. Another Tea? Japan - 7:49 minit - Yo Kohatsu
6. Transit UK - 7:50 minit - Chris Roche
7. Bye-bye Birdie Malaysia - 11:04 minit - Akashdeep Singh


Tayangan : 2
Tarikh : 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan : Manesh Nesaratnam (Malaysia)

1. Fard (animation) France - 12:57 minit - David Alapont & Luis Bricano
2. Forget-me-not France - 16:23 minit - Katia Grivot
3. Customer Support Norway - 5:02 minit - Andre Ovredal
4. Heal Pakistan/USA - 23:59 minit - Mian Adnan Ahmad
5. True Beauty This Night USA - 10:09 minit - Peter Besson
6. The Invigilator Malaysia - 11:59 minit - Manesh Nesaratnam


Tayangan : 3
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Tempat : Studio Sound Stage
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan : Alfonso Torre III (Phillippine)

1. Signalis (animation) Switzerland - 4:51 - minit Adrian Fluckiger
2. Diplomacy USA - 9:00 minit - Jon Goldman
3. Bonsai Philippines - 19:51 minit - Alfonso Torre III
4. Just a pitch France - 23:05 minit - Eric Raynaud
5. Happy Birthday UK - 9:29 minit - Sophie Fletcher
6. Tanha Malaysia (UniMAS) - minit 16:50 - Izwan Masnan


Tayangan : 4
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee / Studio 1 & 2
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan : Margaret Bong (Malaysia)

1. The Employment (animation) Argentina - 6:17 minit - Santiago ‘Bou’ Grasso
2. Experiment Norway - 8:40 minit - Robin Jensen,
3. Mr. Bubblegum Japan - 13:25 minit - Shoh Kataoka
4. The Hirosaki Players USA - 18:18 minit - Jeff Sousa
5. The Bedwarmers Australia - 7:00 minit - Pascal Mercay
6. Vera The Netherlands - 10:40 minit - Thomas Korthals Altes
7. Eyefinger Malaysia - 10:53 minit - Margaret Bong



Info ini disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Finas



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
copyright www.myartis.com 2010

23 September 2010

SUMBANGAN TABUNG UNTUK INSAN SENI

Selangor - 23 Sptember: Bertempat di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, 20 penggiat seni uzur, balu seniman dan seniwati menerima sumbangan tabung yang diwujudkan untuk kebajikan insan seni. Antara mereka yang menerima sumbangan ialah Karim Latiff, Ahmad Busu, Mariani Ismail, balu Nasir P.Ramlee, Datin Umi Kalthum dan ramai lagi.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semperna rumah terbuka Aildil Fitri bagi meraikan warga seni, wartawan, karyawan dan kakitangannya bagi mengeratkan silatulrahim antara mereka.

Terdahulu, satu Program bertemakan ‘Ke Persada Dunia’ yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pembikin filem dokumentari tempatan menerbitkan dokumentari untuk tujuan pasaran antarabangsa turut dirasmikan. Dokumentari tersebut yang akan diberi modal pembikinan sekiranya terpilih mensasarkan pencarian subjek yang mencerminkan identiti Malaysia dari sudut sosioekonomi, sains serta teknologi, hidupan liar dan budaya.


PHOTO: Klik untuk imej besar








Ahmad Busu dan Karim Latiff antara penerima sumbangan...



Datin Umi Kalthum..






Karim Latiff kini berkerusi roda kerana uzur...









Mariani menerima sumbangan daripada Rais Yatim..




Datin Umi Kalthum turut menerima sumbangan...


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
copyright www.myartis.com 2010

ASHRAF & BUNGA DAPAT ANAK LELAKI

Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.



Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.



"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasohay doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.

"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya.

Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

09 September 2010

Kecoh Farid bersubang dua telinga...

Dunia hiburan kecoh bila pelakon dan pengarah Farid Kamil memakai subang @ anting-anting di kedua telinganya. Ada yang mengandaikan Farid cetek agama dan ada juga yang mendakwa Farid hanya sekadar bergaya.

"Anak seni memang pandai dalam semua hal, lebih-lebih lagi tiga rasa ini dijadikan satu momentum untuk berjaya dalam hidupnya," ujar seorang forumer.

"Rasanya subang tersebut hanya subang kelip sahaja dan bukan dibuat lubang kekal sebagaimana yang kita fikirkan," ujar segelintir peminat pula.

Bagaimanapun, bagi Farid, dia merasa perbuatannya itu bukan merendahkan hukum atau mahu menunjuk-nunjuk. Dia sebaliknya sekadar mahu menjayakan majlis pelancaran drama bersiri baru-baru ini.

"Saya memakai subang di kedua-dua belah telinga untuk menjayakan pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan pada malam itu sahaja," dakwa Farid Kamil ketika diajukan soalan oleh wartawan.

Namun dalam hal ini, pelakon seharusnya ada garis batasan dalam menghayati watak atau berpakaian agar mereka tidak terus bergelumang fitnah. Kerana hukum tetap hukum dan yang haram tidak boleh dihalalkan meskipun untuk sekadar bergaya, gurauan atau lakonan.





(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

04 September 2010

GAMBAR PERKAHWINAN AIDA ARIS

Aida Aris, 38, Akhirnya menamatkan zaman jandanya hari ini. Beliau memilih duda beranak dua, Husfarid Shaikh Ali, 38, sebagai suami. Majlis akad nikah berlangsung di Taman Sera Ukay, Ampang, Selangor, diikuti dengan jamuan ringkas pada waktu berbuka puasa.

"Majlis pernikahan kami berlangsung dalam suasana sederhana sahaja dan tidak melibatkan barang hantaran melainkan mas kahwin dan sebentuk cincin," ujar Aida dipetik sebagai berkata.

Pasangan suami isteri ini sebelum itu telah dikenalkan oleh Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Aida apabila bercerai dengan pengarah dan pelakon, Bob Azrai pada 2005. Manakala Husfarid yang juga bapa tunggal, adalah Ketua Pramugara MAS.

Semoga perkahwinan kali ini ia berkekalan hendaknya. Amin..!









(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010