31 August 2011

ABBY ABADI DAN ANAK-ANAK BERAYA

Manis sungguh Abby Abadi bersama anak-anaknya ketika beraya. Mereka semua kelihatan cantik dan ceria dengan tema baju berwarna merah. Lepas ni nak ke mana Abby? Mungkinkah akan bertandang ke rumah Memey?


Klik untuk imej lebih besar...











RAMONA ZAMZAM BERSOSIAL?

Watak Ramona ZamZam sebagai Nilawati dalam drama Nora Elena memang kelihatan amat berkesan sebagai perempuan baik. Namun gambar-gambar ini menunjukkan sebaliknya. Benarkah dakwaan segelintir pihak bahawa Ramona kaki sosial dan amat gemar bertukar lelaki?

Bagaimanapun, marilah kita bersangka baik yang kemungkinan gambar-gambar yang tersebar ini adalah gambar lama iaitu ketika beliau belum insaf. Mungkin sekarang Ramona sudah berubah dan sudah kembali ke pangkal jalan... Allahualam!


Klik untuk imej lebih besar...


Zaman persekolahan...

30 August 2011

HIJAU, OREN WARNA TEMA ERRA DI HARI RAYA

Hijau dan Oren merupakan warna tema yang dipilih oleh Pelakon Erra Fazira untuk baju rayanya, suami dan anak pada Hari Raya kali ini.

"Selain itu, yang paling teruja apabila pakaian Hari Raya untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini bersusia tiga tahun ialah baju kebaya. Saya membeli baju kebaya dan baju kurung yang comel untuknya. Kami sekeluarga memilih tema warna hijau dan oren untuk baju raya tahun ini,” kata Erra dipetik sebagai berkata.

"Pada tahun ini kami beraya di rumah keluarga Emran di Kuala Terengganu dan selepas itu kami akan ke Pulau Pinang.

“Pada tahun lalu kami beraya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini giliran kami pulang ke Kuala Terengganu. Apabila menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga sendiri, kenangan itu berbeza berbanding menyambutnya dengan ibu bapa dan adik-beradik lain,” ujar Erra, yang masuk tahun ini sudah tiga tahun menyambut Syawal bersama suaminya Emran.







GAUN PERKAHWINAN NAZIRA DAN NABIL

Nampaknya, Nazira Ayub, 23, sudah bersedia untuk menjadi isteri Nabil Raja Lawak apabila persediaan perkahwinan mereka berjalan lancar. Baru-baru ini, nazira hadir ke Kamarini Bridal Sense yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor tanpa ditemani oleh Nabil untuk mencuba beberapa gaun perkahwinannya.

Perkahwinan mereka bakal dilangsungkan pada 2 Oktober 2011 di I-City, Shah Alam, Selangor. Difahamkan, mereka telah memilih warna putih cream untuk hari persandingan, manakala warna peach untuk hari pernikahan tersebut.


Klik untuk imej lebih besar...















Photo: Mycutemoment



SELEBRITI HOLLYWOOD - KIMORA LEE UCAP HARI RAYA

Jika sebelum ini ramai antara artis atau selebriti Hollywood memandang sepi perayaan umat Islam menyambut lebaran, namun sifat tersebut dipecahkan oleh Kimora Lee Simmons, model bertaraf antarabangsa yang memiliki rancangan realitinya sendiri, “Kimora: Life in the Fab Lane”.

Dalam laman Twitternya (@OfficialKimora), Kimora Lee telah membuat ucapan ringkas kira-kira sehari lepas dengan ucapan Selamat Hari Raya.

Untuk info, Kimora Lee merupakan bekas presiden & pengarah kreatif Phat Fashions dan kekayaannya dianggarkan berjumlah puluhan juta dollar Amerika. Oleh yang demikian, ucapannya itu boleh dikatakan sebagai ikhlas kerana kebiasaannya selebriti yang bertaraf jutawan tidak akan ambil pusing perihal agama lain.


Klik untuk baca...










AZNIL TAK GHAIRAH SAMBUT RAYA

Jika kebanyakan artis atau selebriti menanti-nantikan hari lebaran, namun bagi pengacara paling popular Aznil Nawawi, dia mengakui terpaksa melupakan keghairahan menyambut Hari Raya. Jelas pengacara Akademi Fantasia terakhir itu, tugas adalah lebih penting kerana dia terpaksa menjalankan tanggungjawab di Aidilfitri.

"Bulan Ogos merupakan antara bulan penting bagi setiap stesen radio kerana merupakan bulan penilaian dan kaji selidik rating pendengar yang dibuat oleh AC Nielsen. Jadi kami akan bekerja keras sikit untuk menarik pendengar,” katanya dipetik sebagai berkata.

"Selain itu, lebaran kali ini kurang meriah berikutan anak perempuan saya yang kini belajar di luar negara (Australia) tidak pulang beraya.

"Tambahan pula, saya kini sibuk menjalani latihan teater The Secret Life of Nora (TSLN) yang bakal dipentaskan pada penghujung September depan," ujarnya.







29 August 2011

ALBUM BARU FREDO HUJUNG 2011

Mohd Amani Abdullah atau lebih dikenali sebagai Fredo dikatakan akan muncul dengan album terbarunya pada hujung 2011 ini.

"Album barunya itu akan memuatkan sebanyak 10 buah lagu termasuklah dua 'single' yang pernah dirakamkan pada tahun lalu iaitu Kasih Berubah (duet dengan Doul) dan Ratu Hatiku (nyanyian asal kumpulan Atomic Power).

"Tahun lalu, saya telah muncul dengan dua “single” lagu iaitu Kasih Berubah dan Ratu Hatiku. tetapi tahun ini saya mahu menerbitkan sendiri album baru saya sebagai tanda kemunculan baru.

"Konsep album pada kali ini lebih bercirikan dengan mainan alunan muzik seperti penyanyi antarabangsa, Santana dan saya harap ia dapat diterima ramai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya juga memuatkan lagu-lagu lama yang pernah popular dahulu seperti Rinduku Meneruskan Percintaan, Balada Lagu Cinta dan Berumah Tangga dengan menggubahnya kepada susunan muzik yang baru.

"Sebenarnya album ini juga khas buat peminat-peminat saya yang masih lagi menyokong saya sehingga sekarang. Sebab itu saya menyanyikan semula lagu-lagu popular itu.

"Saya juga akan berduet dengan anak perempuan saya, Awin, yang berjudul Impianku dalam album tersebut," tambahnya.





AKHIRNYA SEPAH BERPISAH JUA...

Meskipun memenangi kejuaraan Maharaja Lawak musim pertama, namun kumpulan Sepah yang sebelum ini sememangnya 'retak menanti belah' akhirnya tidak mampu untuk bertahan. Sepah kini hanya tinggal kenangan apabila kumpulan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak sehaluan lagi.

"Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan," ujar Jepp dipetik sebagai berkata.

"Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini," jelas Shuib pula.




BACA KISAH SEBELUMNYA...



BABY ELYANA...

Difahamkan, CST Production antara individu terawal memberitahu mengenai kelahiran anak pertama Elyana & Khairul. Mereka menerima mesej daripada pasangan tersebut bertulis “Syukur Alhamdulillah, isteri saya Erneelya Elyana Emrizal sudah selamat melahirkan puteri pertama kami pada pukul 6.45 petang tadi (27 Ogos).”

Alangkah manisnya kelahiran anak sulong Elyana yang lahir pada bulan Ramadan... Semanis dan semulia bulan Ramadan itu sendiri. Semoga 'ahli baru' dalam keluarga Elyana dan suaminya ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan mereka nanti!


Klik untuk imej besar...










KLIK UNTUK GAMBAR ELYANA MENGANDUNG...




28 August 2011

KEMBAR BUAT SAZZY SIBUK DI HARI RAYA

Bukan mudah mahu menguruskan anak kembar... tambah-tambah apabila bergelar seorang artis!

Itulah yang berlaku terhadap Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus, melayan karenah Imaan Lily dan Tiara Rose yang lahir pada 28 April 2011. Rumah mereka tidak pernah sunyi dan mereka berdua asyik melayan dan mengurus karenah dua permata hati itu.

“Imaan dan Tiara adalah kembar yang tidak seiras, jadi mudahlah untuk sesiapa sahaja mengenali mereka. Kata orang muka Imaan mirip saya, manakala Tiara pula orang panggil Nash Jr (Nazril).

“Kedua-duanya tidak banyak ragam tapi sesekali macam sepakat nak dera mami mereka. Memang kecoh sikit hidup saya sekarang ini, tapi saya seronok dapat melihat mereka setiap hari,” katanya dipetik sebagai berkata.

"Biarpun anak-anak saya masih kecil, namun awal-awal lagi saya sudah menempah sepasang kurung berwarna hijau pudina yang menjadi tema kami sekeluarga. Memandangkan saya dan suami menetap bersama ibu bapa, maka tidak perlulah bersusah payah membuat persiapan raya.

“Nak buat persiapan hari raya, diri sendiri pun tak lepas. Nasib baik tinggal di rumah mak, jadi semua sudah siap. Saya tinggal di sini sewaktu dalam pantang.

“Ingat nak balik ke rumah kami di Damansara, tapi rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Biar baby besar sikit. Di sini ramai yang sayang dan ambil berat perihal Imaan dan Tiara.

"Tambahan pula, raya kali ini rumah ibu merupakan tempat saudara mara berkumpul setelah datuk saya, Abd. Rahim Mustapha, 78, meninggal dunia dua minggu sebelum Ramadan lalu. Ibu tetap akan meneruskan tradisi seperti yang dilakukan di rumah arwah datuk di Ampang, Selangor.

“Masakan wajib dihidangkan adalah ayam kalio, rendang, lemang dan biskut raya. Saya paling suka makan ayam kalio iaitu rendang basah.

“Setiap kali hari raya, apabila saudara mara berkumpul memang riuh. Mana taknya, saya mempunyai ramai sepupu. Seronoknya, kami tiga orang ini bersalin pada awal, pertengahan dan hujung April. Sah hari raya ini berlawan tayang anak,” katanya.


Klik untuk imej lebih besar...

Klik untuk imej lebih besar



27 August 2011

BILA JAMAL ABDILLAH BERAMAL...

Bak kata orang, tangan kanan memberi... sorokkan tangan kiri... Demikianlah halnya dengan penyanyi tersohor Jamal Abdillah,52, yang menyumbang satu lori panjang beras kepada fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal di Perak.

Menurut Jamal, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya dipetik sebagai berkata.




EKSPEDISI DIRI SYAMSUL YUSOF

“LabbaikAllahumma labbaik
Labbaika laa syarikalaka labbaik
Innal hamda wal-ni’mata
laka wal-Mulk La syarikalak!”

“HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
Tiada sekutu bagiMu.HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tiada sekutu bagiMu..”

Entah ke berapa kali dakwat basah pena yang kuguna ini bersatu bersama titisan air mata yang tidak mampu ku bendung pada kelopak mata.Berkali-kali kuseka dengan serban yang disarung pada leher namun makin deras mengalir air mata kerana baunya menggamit bauan kota itu.Sungguh,walaupun baru kaki ku menjejak bumi Malaysia,hatiku masih di sana, di kota penuh barakah dan di kota di mana segalanya bermula;Mekah Al Mukarramah.

Walaupun ini umrahku buat kali ke-4, tetapi aku mengira ia sebagai yang pertama kerana umrah kali ini adalah pada tika aku sudah menginjak dewasa dan sedang dahagakan ‘ketenangan’ dan ‘jawapan’ pada setiap persoalan dan kemelut yang melanda jiwa anak muda yang hidup pada akhir zaman yang penuh dengan cabaran serta dugaan.Lantas aku namakan umrahku kali ini dengan “Ekspedisi abdi mencari Ilahi”.

Ekspedisi bermula di kota Madinah bila mana kami dijadualkan untuk berada di sini selama 3 hari yang dirasakan terlalu singkat.Masjid Nabawi membuat diri terbuai.Rindu.Gah tersergam.Di sinilah Nabi Muhammad s.a.w berserta Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al-Khattab dan Saidatina Aisyah disemadikan.

“Bersembahyang di masjidku ini pahalanya adalaha seperti 1000 sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram”

Alhamdulillah dimudahkanNya untuk kami menjaga solat jemaah ,solat sunat dan berdoa di Raudhah.Alhamdulillah.

Setelah memberi salam ucapan selamat tinggal pada makam Baginda dan sahabat baginda,kami meneruskan ekspedisi ke Mekah.Tiada diskripsi yang mampu kunukilkan dalam memberi gambaran rasa betapa agungnya Pencipata dan betapa kerdilnya diriku sebagai hambaNya yang hina bila tiba di kota Mekah.

Umrah wajib,pada tawaf yang pertama,dalam pakaian ihram,demi Allah,aku menangis teresak-esak tanpa rasa segan silu.Bila mata melihat Ka’abah segalanya akan berubah.Percayalah.Jiwa raga jadi lemah,selemah-lemahnya.Terbayang pada skrin paparan minda segala dosa lalu yang ku lakukan namun DIA terus mengampunkan dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan.Astaghfirullah.

Kolumku di sini tidak akan cukup untuk dijadikan medium penceritaan menyeluruh mengenai ekspedisi umrahku kali ini.Lakukankalah umrah dan lawatilah sendiri.Jika ada yang sedang mencari tempat untuk dilawati,aku syorkan Madinah dan Mekah dijadikan destinasi lawatan dalam percutian.kerana kota-kota besar lain seperti London,Australia mahupun Los Angeles tidak akan mampu memberi satu kepuasan mutlak ‘dalaman’.Buah tangan yang akan dibawa sekembalinya dari lawatan ke dua kota ini; Madinah dan Mekah bukan hanya pada kebendaan tetapi jauh lebih berharga daripada itu; keinsafan.

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof








ROSSA NAFI PIKAT VIP MALAYSIA

Penyanyi popular Indonesia, Rossa, tersentak apabila ada yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang VIP dari Malaysia. Menurutnya, dakwaan tersebut hanya fitnah dan berharap agar gosip itu cepat lenyap agar tiada pihak yang curiga dengannya yang kerap menerima undangan nyanyian di Malaysia.

“Saya takut reputasi saya terjejas. Saya juga bimbang nanti isteri-isteri orang ternama (VIP) di Malaysia takut untuk mengundang saya lagi untuk mengadakan persembahan di sana,” kata Rossa dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila ditanya apakah dia bahagia dengan teman lelakinya? Jawab Rossa dia sangat bahagia!

“Saya juga sangat senang kerana saya mempunyai seseorang dalam hidup yang sentiasa memberikan kebahagiaan pada saya. Kerana itu,saya risau apabila berita yang tidak benar dilaporkan media. Saya memohon ruang untuk mengisi hari-hari bahagia dengan orang yang sedang saya dampingi,” ujarnya yang mengakui ada seseorang yang telah mencuri hatinya.








AERIAL ZAFREL MINAT MARHABAN

Meskipun bersedih kerana terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu buat pertama kali, namun pelakon baru Aeril Zafrel yang bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura mengakui hatinya sedikit terubat. Ini kerana dia berpeluang untuk meraikan Hari Raya dengan menyertai aktiviti marhaban bersama teman-teman sekampungnya di Batu Pahat, Johor.

"Rutin menyertai kumpulan marhaban di kampung saya adalah aktiviti yang sangat teruja dan tidak pernah dilepaskan oleh saya pada setiap kali Syawal.

"Ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu yang telah meninggal dunia pada hujung tahun lalu. Walaupun sedih dan terkilan tetapi saya reda dan menerima ketentuan itu.

"Bagaimanapun, kesedihan saya akan terisi dengan menyertai aktiviti marhaban bersama kawan-kawan dan penduduk kampung. Insya-Allah, pada tahun ini, kami akan mengadakan aktiviti itu pada Hari Raya kedua," katanya dipetik sebagai berkata.

"Aktiviti marhaban dan menziarahi rumah teman-teman sekampung adalah waktu yang paling dinantikannya saban tahun kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

"Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, saya tidak punya banyak masa untuk kerap pulang ke kampung kerana komitmen kerja.

"Hanya menerusi aktiviti marhaban dan beramah mesra ini sajalah peluang saya untuk bertemu kawan-kawan lama, berkongsi cerita dan bertukar perkembangan masing-masing," tambahnya.

Mengenai aktiviti seninya, menurut Aeril dia akan kembali sibuk dengan aktiviti lakonan selepas bercuti kira-kira dua minggu pada Hari Raya ini.

"Selepas Hari Raya, saya akan masuk set penggambaran drama berepisod Klik musim kedua dan Adam Hawa.

"Selain itu, saya juga menantikan jadual promosi untuk filem Cinta Kura-Kura yang dijangka ditayangkan selepas bulan Raya nanti,” ujarnya.



Klik untuk imej lebih besar...








26 August 2011

UNIVERSAL PICTURES PENGEDAR FILEM BUNOHAN

Filem aksi-drama yang dinanti-nantikan, Bunohan akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) sebagai tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.

"Sekali pandang, ianya realistik dan bergaya. Bunohan adalah filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya, yang hampir keseluruhannya lelaki," demikian menurut Giovanna Fulvi, programmer kepada TIFF.

TIFF, festival yang paling berprestij di Amerika Utara akan berlangsung pada 8 hingga 18 September 2011, sementara Bunohan ialah satu-satunya filem yang mewakili Malaysia pada tahun ini.

Pembikin filem Dain Said mempunyai sebuah lagi alasan untuk berbangga bulan ini. Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk UK, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

"Ini adalah berita gembira. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekarang ianya terjadi. Apa yang boleh saya katakan? Saya berasa teruja, terutamanya untuk semua tenaga produksi dan para pelakon yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini," ujarnya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand, di mana beliau sedang menyiapkan filemnya untuk dihantar ke Toronto.

Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein, Jimmy Lor, model tinggi lampai Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, dan diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai Penerbit Bersama. Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.


Klik untuk imej besar...






KLIK UNTUK MELIHAT ARTIKEL
TERDAHULU MENGENAI FILEM BUNOHAN




JANGAN DERHAKA - KATA YUSOF HASLAM

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tapi seandainya sudah berjaya, jangan pula menjadi 'kacang lupakan kulit'!

Demikian agaknya kiasan yang diluahkan oleh penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, yang mengakui secara terus-terang bahawa syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk berhijrah dengan produksi lain.

"Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya dipetik sebagai berkata pada majlis berbuka puasa di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Kuala Lumpur.

"Walaupun saya tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, saya percaya, anak saya tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.

"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," ujarnya yang turut memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.


Klik untuk imej lebih besar...







ORLANDO BLOOM 'MINAT' KE NEW ZEALAND

Jika di Amerika Syarikat, penangkap gambar curi atau paparazi boleh berkeliaran sesuka hati 'memerangkap' artis dan celebriti, namun kali ini mereka mungkin mengalami masalah. Ini kerana, pasangan kekasih Orlando Bloom dan Miranda Kerr sedang merancang untuk berhijrah dari Los Angeles (LA) ke New Zealand.

Menurut sumber, pasangan itu sedang mencari sebuah rumah untuk tinggal di sana dan mereka telah meninjau beberapa lokasi menarik. Antara rumah yang menarik minat mereka ialah kediaman yang menyediakan sebuah bilik gimnasium persendirian, spa, kolam renang dan bar mini.

Malah Orlando juga akan berada di New Zealand dalam jangka masa yang lama untuk menjalani dua penggambaran di sana dan salah satunya adalah filem “The Hobbit”.

Tujuan lain pasangan itu berhijrah adalah untuk 'lari' daripada kepompong selebriti di LA sekaligus membuat mereka bebas bergerak seketika daripada dikejar paparazi.

"LA membuatkan saya rasa takut walaupun saya suka tinggal di sana. Bagaimanapun London lebih tenang buat kami. Kiranya jika mahu 'bersembunyi' kami akan ke London," katanya dipetik sebaga berkata.

Difahamkan, pasangan kekasih itu sering berulang alik di antara LA dan London untuk menjalankan tugas sebagai pelakon.


Klik untuk imej lebih besar...




Gambar curi Paparazi - Orlando, Miranda dan baby...










25 August 2011

KOMPLOT - RAJA AZMI MAHU SAMAN

Setelah dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara Roslin Hashim, 35, pada 19 Ogos lalu... penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, mendedahkan ada komplot mahu menjatuhkan maruah keluarganya sekaligus menegaskan untuk menyaman tiga individu yang disyakinya itu.

"Konspirasi itu didalangi oleh tiga individu yang terdiri daripada bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, seorang ahli keluarga terdekat saya sendiri dan seorang tokoh sukan berpengaruh bergelar Datuk.

"Selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu dan sudah berbincang dengan peguam dan keluarga, saya rasa tindakan untuk menyaman tiga individu berkenaan adalah keputusan paling wajar.

"Saya akan heret mereka ke mahkamah untuk mendedahkan kebenaran dan memulihkan nama dan reputasi saya. Bukan saya mahu mengaibkan mereka atau memanjangkan kes ini tetapi untuk menyedarkan mereka atas fitnah dan penganiayaan yang dikenakan," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

"Saya sebenarnya sudah berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Norhayati atas tuduhan tersebut pada tahun lalu lagi tetapi terpaksa dilupakan selepas dihalang oleh suami, atas alasan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

"Namun, kenapa dia sendiri yang mahu memanjangkan kes ini sehingga memaksa saya mengambil keputusan ini (saman)," tambahnya.

"Saya sudah bersedia dan tidak takut untuk menghadapinya (saman). Pada saya, tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa Allah," Jelasnya apabila ditanya adakah dia benar-benar bersedia untuk meneruskan saman berkenaan memandangkan ia turut melibatkan tokoh sukan berpengaruh.

"Fitnah yang dilemparkan itu sangat besar dosanya. Hanya Allah yang dapat menentukan hukumannya dan akan melindungi orang yang teraniaya. Baru saya sedar betapa sakitnya apabila difitnah.

"Bagaimanapun, Saya tidak menolak kebarangkalian untuk memaafkan individu terbabit di atas fitnah dan tindakan mereka sekiranya mereka bersedia untuk berbuat demikian secara terbuka.

"Kalau dia (Norhayati) mengakui (kesilapan), meminta maaf dan berbaik semula, pasti urusan ini akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu turun naik mahkamah untuk membuktikan dia bersalah. Sebagai manusia, saya bersedia menerima maafnya.

"Namun, demi maruah dan reputasi, saman itu akan diteruskan bagi mendapatkan perintah mahkamah agar semua artikel dan laporan sepanjang kes khalwat saya dan Roslin yang diterbitkan di Internet dipadamkan sepenuhnya," katanya dengan linangan airmata.





ZIZAN NAFI BESAR KEPALA

Benarkah Zizan Raja Lawak besar kepala dan berlagak?

Bila diajukan persoalan ini, Zizan kelihatan terkejut dan menafikan perkara tersebut. Katanya dia tak faham apabila dikatakan megah diri dengan apa yang dia perolehi dalam industri hiburan kerana hakikatnya dia masih berpijak di bumi nyata dan tahu asal usul.

"Mungkin ia sekadar tanggapan orang tetapi jujur saya katakan, tiada apa yang perlu saya bangga kerana banyak lagi perkara dalam bidang seni yang perlu saya pelajari," kata Zizan dipetik sebagai berkata.

"Saya juga terkejut apabila dikhabarkan kononnya tidak puas hati kerana gagal bergelar johan dalam pertandingan Maharaja Lawak yang telah pun berlalu pada 25 Jun lalu. Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.

"Maafkan saya jika ada hati yang terluka dengan perangai saya," ujarnya.



Klik untuk imej lebih besar...





BERDAKWAH - ADEEP KELUAR FABULOUS CATS

Mungkin tahun 2011 ini merupakan musim artis insaf dan sekaligus bersara daripada dunia hiburan. Terbaru ialah Adeep (Abdul Mutalib Nahar), daripada kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang nekad meninggalkan bidang nyanyian untuk beralih kepada bidang dakwah.

Ketiadaan Adeep, anggota TFC yang masih ada ialah Cat Farish, Wangi dan Zizi.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seorang lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu," kata Cat Farish, salah seorang ahli kumpulan TFC dipetik sebagai berkata.

"Selepas penarikan diri Adeep, saya belum terfikir untuk mencari ahli baru dan semua keputusan terletak pada pihak syarikat rakamannya, Alibi Music.

"Saya gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadinya itu selepas ini," tambahnya.



Dari kanan: Adeep, Zizi, Wangi dan Cat



24 August 2011

PERTANDINGAN EVOLUSI MUZIK SIHAT..

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) akan menganjurkan Evolusi Muzik Sihat "Revolusi Cipta Kreatif" yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 Oktober 2011 di Pentas Terbuka Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kepada kumpulan–kumpulan muzik, inilah masanya untuk mengetengahkan kreativiti dalam ciptaan lagu, gubahan, dan bermain muzik. Sertai Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreatif” iaitu pertandingan mencipta lagu BUDAYA HIDUP SIHAT. Hadiah adalah berupa wang Tunai RM 12,500.00 dan tarikh tutup penyertaan pada 9 Oktober 2011.

Difahamkan, antara juri yang mengadili peringkat Saringan seramai tiga orang termasuk wakil LPKM iaitu Salehuddin (SUB Muzik KPKK), Damien Mikhail Seet/ En Edry Hashim dan Wakil Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM). Sementara juri peringkat Akhir / Kebangsaan terdiri daripada tiga orang panel profesional iaitu Fauzi Marzuki, Ella, Damien Mikhail Seet / En Edry Hashim.

Sebarang penyertaan dan penyerahan hasil ciptaan hendaklah diserahkan selewat–lewatnya pada 9 Oktober 2011 di alamat:


URUS SETIA “EVOLUSI MUZIK SIHAT”,
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Tingkat 21 – 34, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 2052 3600/ 3648/ 3724
Faks: 03 – 2052 3728
Emel: info@jkkn.gov.my


Klik untuk imej lebih besar...




Borang penyertaan dalam imej jpeg... sila print!






BAJU KAHWIN MEMEY...

Inilah antara baju perkahwinan yang bakal dipakai oleh Memey Suhaiza rekaan Hatta Dolmat. Ikhlasnya, baju tersebut memang kelihatan amat cantik dan sesuai dengan imej Memey yang lembut.

Debaran juga makin terasa apabila perkahwinan yang dikatakan termahal tahun ini berjumlah RM12 juta dan bakal menjadi Wedding of The Year itu semakin hampir. Harapan kita semua, semoga ia berlangsung dengan lancar...!


Klik untuk imej lebih besar...







TATU - AKHIRNYA MEGAN FOX MENYESAL

Setelah meningkat dewasa dan kini popular, akhirnya pelakon seksi Megan Fox menyesal dengan beberapa hiasan tatu yang dicacah di dalam kulitnya.

Antara tatu itu ialah ukiran gambar Marilyn Monroe yang terdapat di lengan kanannya. Dia kini dalam proses menghapuskan tatu tersebut dengan rawatan laser.

"Marilyn adalah karakter negatif yang mempunyai masalah keperibadian dan saya tidak mahu tenaga negatif ada dalam badan saya," katanya.

Selain tatu, Megan turut menyesali tindik besar yang dibuat pada bahagian pusatnya ketika berusia 16 tahun.

"Saya membuatnya ketika berusia 16 tahun kerana terlalu terikut-ikut dengan penyanyi pujaan saya iaitu Britney Spears.

"Ketika itu saya suka meniru orang lain dan kini saya rasakan ia begitu buruk dan sudah menghapuskannya," tuturnya.

Megan mempunyai sembilan bentuk tatu di bahagian badannya, termasuk satu ayat berbunyi "we will all laught at gilded butterflies" dan banyak lagi.



Klik gambar untuk imej lebih besar...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...