22 January 2012

RAHSIA FARAH 'TERPIKAT' DENGAN ALLY ISKANDAR


Semua orang mempunyai rahsia mengapa mereka terpikat dengan pasangan atau kekasih mereka. Contohnya Datuk Siti Nurhaliza yang terpikat dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa kerana 'misai' dan kematangan suaminya.

Dan selepas Ally Iskandar membuka rahsia mengenai isterinya Nurfarahin Romli yang dia tidak pernah melafazkan 'I Love You' kepada Farah, kini Farah pula membuka rahsia mengapa dia jatuh hati pada Ally.

Apa rahsianya ya?





“Saya memang mahu kahwin di usia muda. Bukan tergesa-gesa kerana mendapat lamaran daripada Ally Iskandar. Memang saya tahu dia dikenali ramai, tetapi bukan itu sebab saya setuju menerima lamaran dia. Sebaliknya, saya terpikat dengan Ally setelah melihat cara dia melayan ibunya dengan baik. Pada pertemuan kali pertama, Ally sudah menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki yang saya mahukan,” cerita Farah dipetik sebagai berkata.

Selain itu kata Farah, keputusan berkahwin awal kerana mahu mengelakkan perkara yang tidak baik termasuk menjaga maruah keluarganya.

“Dengan adanya seorang suami, saya rasa lebih selamat kerana ada orang yang boleh melindungi saya. Saya percaya Ally mampu menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga boleh membimbing saya ke jalan yang betul. Mudah-mudahan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” ujar Farah terus-terang.

Dikesempatan itu, media sempat bertanya tentang destinasi bulan madu, namun mereka masih belum memilih sebarang destinasi kerana kesuntukan masa. Malah Ally juga nampaknya terlalu sibuk dan kemungkinan akan memilih destinasi bulan madu mereka secara 'slow and steady'.

“Farah masih belajar lagi dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan. Selepas ini dia akan kembali ke sana untuk menyambung pengajian. Jadi, kami tidak punya masa untuk berbulan madu dalam waktu terdekat ini.

"Mungkin mula-mula ini kami akan habiskan masa di Kuala Terengganu sahaja. Selepas itu bercuti di Korea sekejap iaitu ketika saya menghantar dia pulang ke sana. Untuk betul-betul bulan madu, kena tunggu Farah tamat pengajian nanti,” jelas Ally tanpa berselindung.

Menyentuh tentang cahayamata, Ally dan Farah menyerahkan kesemuanya pada Allah SWT. Menurut pengacara TV3 itu, dia dan isterinya tidak merancang mahu anak cepat atau sebaliknya. Namun seandainya ada rezeki, mereka terima apa yang Allah kurniakan dengan kesyukuran.

CERITA ALLY & FARAH TERDAHULU:
:: ALLY ISKANDAR MERISIK GADIS TERENGGANU??
:: ZIZAN ABANG ANGKAT SAYA - FARAH LEE
:: FARAH LEE - LEBIH BAIK BERDIAM DIRI
:: GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE JADI 'MAKCIK'
:: GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE MULA 'BERNIQAB'?
:: 10 SIFAT CALON SUAMI BAGI PANDANGAN FARAH LEE
:: FARAH LEE AJAK BOIKOT MCDONALD PULA
:: ALLY ISKANDAR & FARAH LEE KAHWIN JANUARI 2012?
:: BAKAL KAHWIN - FARAH LEE 'SERIKAN' WAJAH?
:: ISU KAHWIN - AKHIRNYA FARAH LEE MENGAKU..!
:: FARAH CINTAI ALLY ISKANDAR KERANA 'MATANG'
:: ALLY DAN FARAH NIKAH DI MASJID KRISTAL
:: ALLY DAN FARAH SAH SUAMI ISTERI
:: LAGI GAMBAR-GAMBAR PERNIKAHAN ALLY & FARAH
:: LAGI GAMBAR2 KAHWIN ALLY DAN FARAH PART II
:: LAGI 10 GAMBAR PERKAHWINAN ALLY & FARAH PART 3
:: GAMBAR ALLY & FARAH - DARI AWAL HINGGA AKHIR (UPDATE)

No comments: