30 August 2013

8 PHOTO MENARIK - PAKAIAN KETAT FIDA JADI KONTROVERSI


Gambar pakaian ketat yang mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak terhadap Fida Ibrahim. Komen mereka, tak gunalah pakai hijab jika memakai pakaian ketat-ketat. Kalau nak pakai ketat, baik buka hijab! Ha ha dahsyat komen tu...

Iyalah... kadangkala ada artis yang menjadi mangsa sesi photoshoot media apabila bersetuju memakai pakaian penaja. Namun sebagai empunya badan, mereka boleh menolak dan memberi pandangan bahawa pakaian tersebut mungkin tidak sesuai. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera!

Ketat ke? Klik untuk imej besar...

10 PHOTO - BILA ERMA FATIMA KETAGIH ROKOK


Gambar menarik Erma Fatima yang dikongsikannya dua minggu lalu menerusi Instagram. Apa yang menarik ialah Erma telah pergi melancong ke Eropah... tetapi yang tak menarik bila ada gambar Erma sedang menyedut rokok penuh perasaan. Heh.

Memanglah Erma tak nafikan yang beliau perokok tegar dan sedang menjalani proses pembersihan kolon, namun rasanya lebih elok jika beliau hentikan tabiat tu. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat. Tak gitu?


29 August 2013

CINCIN 'TUNANG' QI & NELYDIA?


Bukan cincin tunang, tetapi ia dihadiahkan oleh Qi Razali sempena hari lahirnya. Demikian penjelasan Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, mengenai gosip percintaan dengan pengacara yang pernah putus cinta dengan Yuna itu.

Malah sebelum ini ada pihak yang menyalahkan Nelydia sebagai orang ketiga yang didakwa menjadi punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun ia dinafikan sendiri oleh Qi dengan alasan punca utama perpisahannya adalah disebabkan jarak yang berjauhan dan ia tiada kaitan dengan Nelydia.


7 PHOTO - RAGAM ANAK TOMOK


Comel dan manja! Begitulah gambaran mengenai anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid yang kini makin besar dan berusia satu tahun tiga bulan.

Iyalah... mana tak manja, bila Arrianshah asyik dibelai dan dimanjakan oleh Tomok? Anak sulunglah katakan!

Klik untuk imej besar...

4 PHOTO - DIANA DANIELLE & BABY


Photo terkini Diana Danielle dan baby yang masih belum diketahui namanya. Lebih menjadi teka-teki, sudahkah Diana dan Farid Kamil mendaftar anak mereka seperti yang dirancangkan sebelum ini?

Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik buat mereka. Moga apa yang dirancang oleh mereka selama ini akan dipermudahkan. Amin.


28 August 2013

9 PHOTO - ENGKU EMRAN & ENGKU ALEESYA


Jika sebelum ini kami siarkan gambar bagaimana Erra Fazira beraya solo, kali ini kami siarkan pula gambar Engku Imran bersama anak mereka Engku Aleesya. Dan seperti biasa, kelibat Erra memang tiada dalam gambar ini.

Jom tengok..!

8 lagi gambar selepas ini - klik untuk imej besar...

MAMPUKAH ZIZAN JADI HOS AF 2013?


"Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu," begitulah ujar pelawak dan pelakon Zizan Razak merendah diri apabila kemungkinan terpilih menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) September ini.

"Saya bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.


27 August 2013

VIDEO MENARIK - BILA EMMA MAEMBONG MENGAMUK


Video 'mengamuk' yang dimuatnaik melalui facebook ini dihantar oleh seseorang melalui email. Mungkin penghantarnya adalah ahli keluarga Emma Maembong sendiri, mungkin orang lain atau mungkin video ni dah lama agaknya.

Tapi jangan salah sangka, ia bukan bertujuan mahu memalukan atau mengaibkan Emma Maembong... tapi sekadar jenaka semata. Iyalah... orang dah penat-penat bekerja, mestilah ngamuk bila diganggu. Jom tengok!


SYAMSUL YUSOF SUDAH SEDIA KAHWIN


"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga," demikian luah pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 29, yang digosipkan bercinta dengan pelakon Puteri Sarah.

Bagaimanapun, bila ditanya siapakah gadis bertuah dan bakal calon isterinya itu... Syamsul masih mahu merahsiakannya. Kata anak Yusof Haslam itu, semuanya akan diketahui selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober depan.


26 August 2013

SOO WINCCI BERJAYA 'PUASA' 28 HARI


Meskipun pernah dikecam oleh segelintir pihak kerana 'berpuasa', namun bekas ratu cantik Miss World 2008, Soo Wincci tetap berpuasa selama 28 hari pada ramadhan tahun ini. Alasannya, dia adalah rakyat Malaysia dan mahu sama-sama merasai apa yang dirasai oleh umat Islam keseluruhannya.

"Saya gembira kerana ada peminat berbangsa Cina yang sama-sama berpuasa dengan saya. Pengurus saya pun ikut sama berpuasa. Kalau boleh tiap-tiap tahun saya nak berpuasa," ujarnya dipetik sebagai berkata baru-baru ini.


6 PHOTO - AKSI LUCU HARITH ISKANDER & FAMILY


Posing menarik Harith Iskander, isterinya Jezamine Lim dan anak mereka zander xayne iskander yang menjadikan keluarga ini unik. Tambah-tambah apabila Jezamine kini sedang hamil anak kedua dan ingin merakamkan saat-saat manis tersebut sebelum melahirkan.

Bila diamati betul-betul gambar tersebut, macam ada dua orang yang hamil pula. Begitulah ragam Harith yang senantiasa suka bergurau dan ceria walau di mana sahaja. Malah anaknya Zander juga kini sudah terikut posing lawak seperti bapanya. Cayalah bro..!

Klik untuk imej besar...

25 August 2013

PHOTO & VIDEO - RUMAH TERBUKA MEDIA PRIMA


Sekitar rumah terbuka Media Prima yang diadakan di One World Hotel, Damansara Utama, Petaling, Selangor pada 23 Ogos lalu. Antara yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Raja Muda Perak Nazrin Shah, menteri, VIP, media dan juga artis-artis tanahair.

Klik untuk imej besar...

24 August 2013

4 PHOTO - HANS ISAAC & NEELOFA 'DATING'


Gambar Hans Isaac dan Neelofa ketika menghadiri rumah terbuka Media Prima di One World Hotel, Damansara Utama, Selangor semalam. Entah bilalah agaknya Hans bakal melamar Neelofa menjadi Suri Rumahtangganya agar semua pihak tidak berteka-teki lagi.

Bukan apa, kadangkala kasihan juga melihat Neelofa dianggap seperti 'perigi mencari timba' oleh segelintir pihak. Lebih teruk, ada juga kalangan pengacara yang menjadikan hubungan mereka sebagai bahan senda dalam sesebuah rancangan.

Klik untuk imej besar...

23 August 2013

4 PHOTO MENARIK - SUDUT LAIN DATUK K


"Muka orang tu kena paksa ambik gambar," komen Datuk Siti Nurhaliza mengenai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berjangkit membuat memek muka ketika bergambar.

Lebih menarik, pasangan ini bukan sahaja seolah pasangan baru bercinta, malah sama sporting dan satu kepala. Lihat sahajalah bagaimana Datuk K memandu dengan hanya berseluar pendek... ha ha macam orang muda. Cayalah Datuk!

Klik untuk imej besar...

22 August 2013

PHOTO MENARIK - SUDUT LAIN AMY SEARCH


Rock rock jugak, tapi agama jangan lupa..!

Mungkin itu merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh raja rock kita... siapa lagi kalau bukan Amy Search. Ini kerana, dalam kesibukan mencari rezeki menyanyi lagu-lagu rock, Amy sebenarnya tidak pernah melupakan amal ibadah pada Allah SWT.

Klik untuk imej besar...

4 PHOTO - RAGAM TERKINI NADI ANAQI


"Sejenis muka sinis dan penumbuk sebijik," demikian seloroh Zahiril Adzim mengenai ragam terkini babynya.

Pada anda yang sukakan baby, apa kata kita layan gambar Nadi Anaqi yang comel ni.

Klik untuk imej besar...

KAMI HISTERIA - BAKAL GEGAR PAWAGAM


Rasanya, jarang kita dapat menonton sebuah filem yang memuatkan ramai heroin popular seperti Diana Danielle, Nur Fazura, Mila Jirin dan ramai lagi. Filem yang berjudul 'Kami Histeria' itu khabarnya digarap dengan teliti hingga mengambil masa panjang untuk disiapkan sebelum bakal ditayangkan pada 2013 ini.

Bayangkan... sebuah filem yang dibayangi hantu cantik seperti Fazura, pastinya ia bakal membawa kelainan yang menghiburkan. Tambah berlainan apabila penyanyi Mila Jirin yang memegang watak Ain diberi peranan sebagai gadis yang banyak cakap hingga membuat orang menyampah!

Klik untuk imej besar...

21 August 2013

INFO SEBERANG - JULIA AKHIRNYA BUANG NAMA 'PEREZ'


Akhirnya apa yang diidamkan oleh pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez diperolehinya baru-baru ini daripada Damian Perez, iaitu surat cerai. Surat tersebut pastinya akan memberi lesen kepada Julia untuk membuang nama Perez di belakang namanya.

"Nama saya akan tukar. Nanti saya akan beritahu pada rakan-rakan untuk majlis kesyukuran. Mudah-mudahan bermanfaat," katanya.


INFO TERKINI - MOJO RAKAM LAGU 'VIKINGDOM'


Selepas tampil dengan single hit pertama mereka pada bulan April 2012 yang berjudul “Andai Ku Bercinta Lagi”, MOJO yang memperkenalkan muzik rock era baru berlandaskan irama progresif kini merupakan sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena seni tanah air.

Fenomena “Andai Ku Bercinta Lagi” bukan sahaja membawa lagu hit ini ke setiap corong radio tempatan dan serantau, malah turut menjulang nama MOJO di persada seni tanah air apabila mereka dinobatkan sebagai “Artis Baru Terbaik” di Anugerah Industri Muzik ke-19 dan seterusnya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25.

Klik untuk imej besar...

AMAR ASYRAF TIADA MASA BULAN MADU


Kata orang, jika baru bernikah... darah masih manis dan rasa sukar untuk berenggang dengan pasangan yang dinikahi itu. Namun ia berbeza sekali dengan Amar Asyraf yang baru bernikah dengan Arna Salleh kira-kira dua bulan lalu.

Kerana tugas, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' itu mendakwa tidak mempunyai masa untuk berbulan madu. Tambah Amar, semuanya disebabkan jadual kerja yang padat hingga memaksa majlis resepsinya diadakan dua bulan selepas tarikh pernikahan (17 Ogos 2013).


8 PHOTO MENARIK - ANGKASAWAN NEGARA & FAMILY


Macam tak percaya bila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui bahawa beliau baru pertama kali mengacau dodol. Namun rasanya, ilmu membuat dan mengacau dodol tu penting buat Malaysia yang kemungkinan mempunyai stesen kajian angkasa di bulan satu hari nanti. Heh.

Khas untuk anda, jom tengok gelagat Dr Muszaphar, isteri dan anak-anak di hari raya tahun ini. Pastinya ada sesuatu yang mencuit hati kita melihat ragam keluarga bahagia ini.

Klik untuk imej besar...

5 PHOTO MENARIK - STACY AF6 & ANAK ANGKATNYA BELLA


Gambar-gambar menarik Stacy AF6 berlari anak di ladang ternakan lembu bersama anak angkatnya bernama Bella Valentina yang kini berusia setahun setengah. Ikhlasnya, Stacy nampak happy kebelakangan ini. Mungkinkah ia berpunca daripada gosip yang mendakwa penyanyi itu bakal dirisik oleh penyanyi dan pelakon Akim selepas raya nanti?

Harap-harap ia bukan sekadar gosip semata. Jika benar, moga impian Stacy dan Akim akan kesampaian tanpa halangan mana-mana pihak. Kerana bak kata pepatah, cinta itu buta... tak gitu?

Klik untuk imej besar...

20 August 2013

5 GAMBAR - ULANG TAHUN KE-10 PERKAHWINAN AARON AZIZ


"Watched the sunset yesterday. Alhamdulilah, Conrad Maldives is such a beautiful place. Thank u Allah," begitulah luah Aaron Aziz yang sedang 'honeymoon' di Maldives dengan isterinya.

Untuk info, Aaron dan Diyana Halik sebenarnya sedang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10. Mereka berdua bernikah pada 3 Ogos 2003. Tahniah diucapkan dan moga kekal hingga akhir hayat!

Klik untuk imej besar...

FATAMORGANA - DRAMA BERSIRI PERTAMA AQUILA EMAS


Buat julung kalinya, Aquila Emas Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan oleh pihak RTM untuk menerbitkan sebuah drama TV bersiri yang berdurasi 1 jam sebanyak 13 Episod. Aquila Emas telah menerbitkan beberapa rancangan majalah TV dan telemovie untuk siaran RTM sejak beberapa tahun yang lalu.

‘Fatamorgana’ menceritakan tentang persahabatan, cinta, impian dan cita-cita antara sepasang kanak-kanak berusia 10 tahun yang membesar bersama di sebuah desa. Keakraban mereka seumpama perhubungan dua beradik. Ilham dan Dalila begitu akrab hingga tidak boleh dipisahkan lagi antara satu sama lain. Minat, hobi serta aktiviti harian mereka hanyalah satu iaitu – menyanyi.

Klik untuk imej besar...

INFO - GUBA BERDUET BERSAMA YUNA DI OZASIA


Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013.

Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia.


19 August 2013

TAHNIAH, USTAZ DON BAKAL BERGELAR AYAH


Akhirnya berita gembira muncul jua apabila Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Malah berita tersebut turut diakui oleh Ustaz Don sendiri menerusi media semalam.

Kata Ustaz Don, dia kini sedang menanti kelahiran anak sulungnya itu. Padanya, sepanjang pengalaman perubahan kehidupan, menjadi ketua keluarga adalah susah. Oleh itu, beliau melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.


7 PHOTO MENARIK - BILA SITI NURHALIZA MENGIDAM


"Wanita yang saya hormati dan sanjung tinggi. Seorang yang sangat down to earth. Kak siti. Terima kasih kak siti temankan saya susukan Fal dalam bilik semalam. Sweet memories. Kenang sampai bila-bila", demikian kata Fasha Sandha mengenai Datuk Siti Nurhaliza yang memeluk erat Putra Rayfal seolah mengidam mempunyai baby sendiri.

Mungkin sekarang belum rezeki. Harap Siti dapat bersabar kerana Allah pasti akan mengabulkan doa hambaNya satu hari nanti. Amin!

Klik untuk imej besar...

CINTA - MAMAT SEPAH TEMUI PENGGANTI


Patah tumbuh hilang berganti! Mungkin itu pepatah yang paling tepat buat bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat (Mohd Noor Murad) yang sebelum ini putus cinta dengan pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida.

Ini kerana, tanpa berselindung, pelawak tersebut akhirnya mengakui sudah menemui pengganti teman hidup iaitu seorang gadis bernama Nurul Syafiqa Zakaria, 23.


18 August 2013

6 PHOTO MENARIK - FARID KAMIL, BABY & DIANA DANIELLE


Gambar terkini Farid Kamil, isterinya Diana Danielle Danny Beeson dan baby sulung mereka menyambut hari raya. Tidak diketahui sama ada gambar ini dirakam di Malaysia atau di Australia.

Dan tidak diketahui juga sama ada bayi mereka telah diberi nama dan didaftarkan di Malaysia seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka!


17 August 2013

PHOTO RAYA - LIYANA JASMAY & SUAMI


"Pengalaman pertama salam raya dengan suami," begitulah luahan Liyana Jasmay yang kemungkinan gemuruh bermaafan dengan suami di hari raya.

Tak perlulah gemuruh Liyana, dalam kehidupan berumah tangga masih banyak pengalaman yang akan membuat kita semua gemuruh dan gementar. Tambah-tambah apabila hamil dan mahu melahirkan anak sulung. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...

PHOTO RAYA - ERMA FATIMA & KELUARGA


Gambar-gambar hari raya Erma Fatima dan keluarganya. Pelakon yang kini aktif sebagai penerbit dan pengarah drama ini nampaknya relak sahaja meskipun mengakui 'kuat hisap rokok' sejak 1988 dan sedang menjalani rawatan membersihkan usus perut (kolon).

“Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut," ujar Erma secara terus terang.


16 August 2013

PHOTO RAYA - ERRA FAZIRA RAYA 'SOLO'


Seperti tahun lepas, syawal tahun ini masih dirayakan secara 'solo' oleh Erra Fazira bersama anaknya Engku Aleesya tanpa 'sidia' di sisi. Tapi itu hanya tekaan semata, mungkin agaknya 'mereka' sudah bertemu lebih awal untuk memohon ampun dan maaf di hari mulia.

Bak kata pepatah, dalam diam berisi. Siapa tahu ya tak?

Klik untuk imej besar...

11 PHOTO RAYA - EMMA MAEMBONG & KELUARGA BESARNYA


Gaya menarik ahli keluarga Emma Maembong yang mempunyai tujuh adik beradik perempuan di hari raya. Wow... memang ramai dan meriah sekali, macam satu pasukan bolasepak!

Namun apa yang pasti, satu persatu tentunya akan diambil orang apabila mereka semua berumah tangga nanti. Doa dan harapan kita, moga jasa dan pengorbanan bapa yang membesarkan kita tidak dilupa. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...

3 PHOTO RAYA - LINDA ONN & FAMILY


Gambar menarik Linda Onn beraya di kampung halaman yang pastinya bukan Singapura. Heh.

Nampaknya ramai sungguh anak buah Linda, tentunya banyak duit raya yang harus diberi oleh taukeh nasi ayam kita ni.  

Klik untuk imej besar...

AMENG SPRING RINDU BERAYA DI LUAR PENJARA


Bukan mudah menjadi penghuni penjara, tubuh terkurung, jiwa terseksa dan batin terpendam disebabkan hukuman yang harus dijalani. Namun itu semua tak siapa yang tahu, hanya mereka yang menjadi penghuni sahaja yang merasa kesedihannya.

Demikianlah apa yang ditanggung oleh penyanyi Ameng (Spring), atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45, yang terpaksa beraya di dalam tembok besi. Bukan sekali, tetapi sudah dua kali beliau tidak merasa kemeriahan syawal bersama keluarga dan sahabat handai.


15 August 2013

KRITIKAN TAK HALANG FIDA IBRAHIM SERTAI AF10


Meskipun teruk dikritik, namun pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida, 27, tetap akan menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF10). Malah katanya, penyertaannya itu bukan suka-suka, tetapi ia satu proses pembelajaran untuk mendalami ilmu muzik dan nyanyian.

"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.


14 PHOTO RAYA - BILA NANA AF HAMIL 22 MINGGU


Gambar menghitung hari Nana AF atau Nana Mahazan yang mengandung 22 minggu. Raya ni tentunya membuat Nana kuat makan memandangkan dia kini 'makan berdua' berbanding kebiasaan.

Ya la... makan-makan juga Nana, jangan sampai muntah sudah! Heh.

Klik untuk imej besar...

PHOTO RAYA - ZAHIRIL ADZIM & FAMILY


Gambar menarik Zahiril Adzim dan isterinya Shera Aiyob yang baru mendapat anak lelaki pada Jun lalu. Pastinya hari raya ini bertambah meriah dengan kehadiran 'Nadi Anaqi' yang memberi maksud 'keindahan yang menawan'.

Jom tengok...!

Klik untuk imej besar...

9 PHOTO RAYA - FOUZIAH GOUS BERAYA DENGAN TUNANG


Hari raya tahun ini pastinya amat bererti dan menggembirakan bagi Fouziah Gous yang baru-baru ini bertunang dengan Md Zhafran Md Yusof. Iyalah... beraya dengan tunang, mana tak happy betul tak?

Dan tahun depan, mungkin Fouziah akan beraya sebagai isteri pula. Justru, barang yang lepas, jangan dikenang lagi. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...

PHOTO RAYA - DIRA & FAMILY


Syawal tahun ini, pastinya Dira Abu Zahar terasa sunyi apabila kehilangan ayah tercinta iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Dato' Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin yang meninggal dunia pada 12 Julai lalu.

"YA ALLAH, pertama kali aku merasa takut. Sungguh!. Aku tak pernah rasa ketakutan sebegini hebat sepanjang hayat aku," demikian luah Dira dalam diarynya.

Klik untuk imej besar...

14 August 2013

3 PHOTO RAYA - NORA, JOHAN & ANAK-ANAK


Photo keluarga Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berhari raya bersama suami dan keluarga 'besarnya' di Kelantan. Beliau yang pernah popular satu ketika dahulu dengan album seperti Sandiwara (1994), Debaran (1995), Naluri (1996), Hanya Satu (1998), Kirana (2000), Nora Nora (2002), Cinta Satu Dekad (2003), Samudera (2006) dan Doa masih kekal aktif dalam seni.

Jom tengok!

Klik untuk imej besar...

12 PHOTO RAYA - AJAI & FAMILY


Jika Nurul Wahab berbahagia dengan suami baru dari Perancis, bekas suaminya Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas turut berbahagia dengan isteri kedua Norliza Ilyas. Lebih bahagia ialah apabila mereka dapat beraya bersama anak hasil perkahwinan terdahulu.

Waaahhh... nampaknya sudah besar anak Ajai dan Nurul bernama Ayu Nazirah ni. Dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Heh.

Klik untuk imej besar...

6 PHOTO RAYA - NURUL WAHAB & KELUARGA PERANCIS


"My father in law can't resist the curry that I cooked yesterday. He keeps some to eat with pasta for dinner! What a good excuse for skipping the shake! Hahahaha.. il a fait honnour a la cusine de moi. Merci beau pere!" Demikian komen Nurul Wahab yang sarat mengandung mengenai bapa mertuanya yang menyukai masakan karinya di hari raya.

Wahhh... bertuah Nurul bila bapa mertua ketagih kari hasil air tangan menantu. Doa kita, moga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan keluarga Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.

Klik untuk imej besar...

7 PHOTO RAYA - ZIZIE IZETTE & BUNG MOKHTAR


Aksi dan gaya VIP Datin Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad yang mengahwini Datuk Bung Mokhtar menyambut hari raya. Nampaknya Zizie kini makin comel dan penuh bergaya berbanding penampilan solonya dulu sebagai artis.

Walaupun masih belum punya anak sendiri hasil perkahwinannya dengan Bung (bagaimanapun Bung mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama), namun Zizie nampaknya terus gigih membantu suami sebagai wakil rakyat. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Heh.

Klik untuk imej besar...

14 PHOTO RAYA - ANNE NGASRI, MOHD SUMALI & FAMILY


Gambar pelakon Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali menyambut aidilfitri bersama keluarga besarnya. Meskipun sedang sarat mengandung dan kini usia bayi dikhabarkan mencecah lebih 7 bulan, namun Anne dilihat masih aktif dan ceria.

Iyalah... sebelum ini Anne sudah berpengalaman melahirkan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah, pastinya beliau tahu apa yang mahu dilakukan. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...

13 August 2013

9 PHOTO RAYA - AMY SEARCH & KELUARGA


Gambar menarik Amy Search dan keluarga berhari raya di kampung halaman. Memang nampak meriah dan jelas terserlah kebahagiaan antara mereka sekeluarga.

Klik untuk imej besar...

8 PHOTO RAYA - ADIRA & SHAHRUL JR


Photo menarik Adira AF atau Adira Suhaimi bersama Shahrul JR iaitu Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) di hari raya. Mungkinkah mereka berdua serius bercinta? Atau sekadar teman tapi mesra?

"Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain.


12 August 2013

MENARIK SYAWAL - SITI NURHALIZA DAN TENGKU ZAWIYAH


Meskipun ada gosip yang mendakwa hubungan Datuk Siti Nurhaliza dengan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah mempunyai masalah, namun gambar terkini mereka berdua seolah menyangkah persepsi buruk tersebut.

Untuk info, gambar ini dirakam sendiri oleh Asyraf, anak tiri Siti Nurhaliza pada hari raya baru-baru ini.


SYAWAL SANA SINI - ZAHID AF & ISTERI


"Tahun pertama beraya dengan isteri," demikian kata Zahid AF atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33.

Beliau bersama isterinya Sarah Julifa Jusoh beraya di Telok Intan, Perak bersama keluarga dan sudara-mara. Menurut Zahid, sampai sahaja di teluk intan, mereka berdua terus serang dapur di kampung pasal kelaparan... ha ha.

Klik untuk imej besar...

SYAWAL SANA SINI - AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA


Syawal ini pastinya lebih berseri bagi pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka iaitu Muhammad Aisy Qaiser.

Untuk info, kini Aisy sudah pun berusia 5 bulan, malah wajahnya juga saling tak tumpah seperti wajah ibunya. Memang comel. Heh.

Klik untuk imej besar...