31 August 2012

IZREEN KINI ISTERI MUHD RIZA


Akhirnya, pelakon yang popular melalui siri Juvana, Izreen Azminda Aznam selamat diijabkabulkan dengan Muhd Riza Baharudin di Country Golf Resort. Ia diikuti pula dengan majlis bersanding pada hari ini (31 Ogos) di Dewan Majlis Bandaran Alor Star, Kedah.

Untuk info, Izreen menerima wang hantaran berjumlah RM19001 dan mas kahwin RM999. Terdahulu, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan selama lapan bulan sebelum bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan.


30 August 2012

ISU BABY: NORISH KARMAN KENA 'BLACK MAIL'


“Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan," demikian dakwa Norish Karman mengenai isu gambar bayinya yang disebarkan di alam maya.


RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - AQASHA LEE


Ragam Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli bersama anaknya Alehandra Ahmad Firdee dan isteri Noor Baizura Mohd Sabru di hari raya. Nampaknya Alehandra tidak banyak ragam bila bersama Aqasha kerana dia begitu rapat dengan bapanya.

Moga kebahagiaan mereka itu akan terus berkekalan dan menjadi contoh kepada artis lain yang ingin mendirikan rumah tangga.

Klik untuk imej besar...

29 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - LAN A TO Z DAPAT BABY


Lan A to Z atau nama sebenar Norazlan Abd Aziz yang berkahwin kali kedua bersama Siti Nur Ain telah mendapat bayi lelaki kelmarin. Meskipun perkahwinan mereka bagaikan baru sahaja berlangsung, namun inilah yang dikatakan 'rezeki' hari raya.

Untuk info, Lan dan Siti bernikah tepat pada jam 11.00 pagi pada 11-11-11 dengan hantaran sebanyak RM11,111 di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor. Mereka tidak bertunang dan sebaliknya terus berkahwin.

Klik untuk imej besar...

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - LIYANA JASMAY DI NEW YORK


"Selamat Hari Raya, i miss each one of you so much," demikian kata Liyana Jasmay yang terpaksa beraya di New York, Amerika Syarikat. Beliau di sana kerana mengambil khusus pengajian jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di New York Film Academy (NYFA).

Buat mengubat rindu, Liyana akan menatap gambar-gambar 'tunangnya' disamping gambar terbaru sanak saudara yang dikirim melalui talian.

Klik untuk imej besar...

28 August 2012

15 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI USTAZ DON & HUSNA


Semalam, telah berlangsung majlis resepsi Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna di Pulau Pinang.

Ramai yang memuji pasangan mempelai ini sebagai 'pinang dibelah dua' kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa tidaknya, Ustaz Don mempunyai latar belakang agama yang tinggi, manakala Husna pula pelajar kedoktoran dari Universiti Mesir.

Untuk info, gambar-gambar menarik ini telah dirakamkan oleh Nadia Zahari, iaitu juruphoto rasmi perkahwinan tersebut. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

RAGAM DI HARI RAYA - ALLY ISKANDAR & FARAH LEE


"Pagi Satu Syawal, saya dan suami," komen Farah Lee mengenai gambar terkininya dengan Ally Iskandar.

Nampaknya, mereka begitu ceria di pagi syawal... tambah-tambah apabila Ally mengambil cuti khas seminggu untuk keluarganya setelah sekian lama bertugas tanpa rehat.

Klik untuk imej besar...

CLEOPATRA BUKAN NAMA FIRAUN - QUE HAIDAR


Ada segelintir pihak berkata, mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya, tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Bagaimanapun, bagi pelakon Que Haidar, beliau menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya yang diberi nama 'Tengku Cleopatra Haidar' yang didakwa menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal..!

Dua anak Que & Linda, sebelum lahirnya Tengku Cleopatra...

27 August 2012

RED COMMUNICATIONS RAIKAN FILEM MALAYSIA


Red Communications, sebuah syarikat penerbitan tempatan yang telah menghasilkan terbitan popular seperti 3R (RESPECT, RELAKS, RESPON) seperti Gol & Gincu, Impian Ilyana, KAMI, Blogger Boy, Elly & Epit, Oh My English! dan banyak lagi akan meraikan ulangtahunnya yang ke-12.

Sejak penubuhannya hingga kini, Red Communications telah membina reputasi sebagai syarikat penerbitan yang terdahulu dalam mengeluarkan kandungan berbentuk hiburan dan informatif, khususnya untuk penonton wanita, kanak-kanak dan remaja.

Klik untuk imej besar...

ANAK KEKALKAN HUBUNGAN NORA DAN JEJAI


"Hubungan kami masih baik demi anak lelaki," demikian kata Nora Danish mengenai hubungannya dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli

Malah Nora turut memuji Jejai sebagai bapa yang bertanggungjawab kerana menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik terhadap anak tunggal mereka iaitu Putra Rayqal Ramli.

Klik untuk imej besar...

25 August 2012

RAGAM DI HARI RAYA - ENGKU ALEESYA, ANAK ERRA


Gambar Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran di hari raya. Meskipun Aleesya nampak ceria, namun kelihatan seperti sesuatu yang kurang dalam tawanya. Heh.

Dan seperti biasa, kami gagal menemukan gambar Erra dan Emran berdua. Mungkin kami terlepas pandang agaknya. Apa-apapun, harapan kita agar mereka berdua dapat bermaafan dan kembali ceria seperti diawal perkahwinan mereka. Amin.

Klik untuk imej besar...

24 August 2012

USTAZ DON KINI SUAMI KEPADA HUSNA ZAHRY


Ustaz yang popular menerusi rancangan 'Bersama Ustaz Don' terbitan TV AlHijrah iaitu Ustaz Don Daniyal selamat bernikah semalam. Beliau mengahwini seorang pelajar jurusan kedoktoran bernama Husna Zahry Rafie dalam majlis sederhana tanpa publisiti media.

Klik untuk imej besar...

23 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - DIANA, AARON & NORA DANISH


Gambar terkini artis-artis kita menyambut Hari raya. Ada yang masih solo, menjadi ibu tunggal dan ada juga yang meriah dengan anak-anak yang ramai.

Harapan kita, moga Ramadhan dan Raya tahun ini memberi seribu keinsafan dan kebahagiaan buat mereka semua. Amin.

Aaron & family - Klik untuk imej besar...

22 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - FASHA SANDHA


Wahhh... meriah sungguh hari raya tahun ni bagi pasangan suami isteri Fasha Sandha dan suaminya Jejai. Mereka bukan sahaja mempunyai keluarga yang besar, malah dengar khabarnya sudah berpindah ke rumah baru.

Tentu rumah tersebut lebih besar dan mahal harganya. Apa taknya... nak sambut orang baru dalam beberapa bulan lagilah katakan!

Apa-apapun... tahniah diucapkan.

Klik untuk imej besar...

AKHIRNYA NORISH MENGAKU LAHIRKAN ANAK


Norish Karman melahirkan bayi baru? Persoalan ini akhirnya terjawab apabila Norish mengakui bahawa dia memang ada melahirkan seorang anak lelaki.

Untuk info, anak yang diberi nama Haq Lutfie Alexander itu dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.

Klik untuk imej besar...

21 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - SITI NORDIANA


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Peribahasa ini amat bersesuaian sekali dengan Siti Nordiana apabila membawa anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 4, menziarahi kubur bekas suaminya Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada hari raya.


19 August 2012

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - IKA NABILA


Ika Nabila akhirnya mampu tersenyum apabila beliau beraya dengan kereta baru. Semuanya hasil titik peluh sendiri katanya... bukan kereta BMW, tetapi hanya 'sekadar kereta Toyota Vios'.

"Kereta biasa je..." ujar Ika merendah diri.

Klik untuk imej besar...

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - LAN KRISTAL


Lan Kristal atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isteri Nur Sheila Hassim beraya ala kadar sahaja. Kata Lan, tahun ini semuanya ditumpukan untuk anak-anak kerana tidak mahu membazir.

"Kami tak buat rumah terbuka secara besar-besaran, cukup sekadar untuk keluarga sahaja. Tahun ni saya akan beraya belah isteri di Puchong, Selangor... lepas tu barulah cuba pulang ke kampung," ujarnya.

Klik untuk imej besar...

18 August 2012

BABY MARIAM KEMBALI KE RAHMATULLAH


Jika beberapa hari lalu, ada pihak melaporkan bayi sulung Rini AF7, bernama Mariam Joanna Johanis dalam keadaan kritikal kerana terjatuh, namun berita terkini yang diterima mengatakan bayi tersebut telah pun meninggal dunia.

Ia disahkan rakan penyanyi terbabit iaitu Isma di laman Twitternya. Menurut Isma, wajah Mariam dilihat bercahaya sewaktu ditatap buat kali terakhir.

Klik untuk imej besar...

17 August 2012

7 GAMBAR - KEBAHAGIAAN LISA SURIHANI


"It reminds me a movie - Grown Up by Adam Sandler," demikian komen seorang peminat apabila melihat gambar-gambar bahagia Lisa Surihani sejak remaja.

Bukan itu sahaja, malah ramai juga peminat yang masih ingat wajah keanak-anakkan Lisa ketika melakonkan iklan aiskrim Walls dan iklan ayam goreng Mcdonald. Heh..

Zaman remaja - Klik untuk imej besar...

FARAH AF2 TIMANG BAYI PEREMPUAN


Mungkin anda masih ingat dengan Farah AF2 yang berbadan dua setelah berkahwin dengan suaminya Johan Johari pada bulan Julai 2011. Semalam, Farah telah selamat melahirkan anak iaitu seorang baby perempuan yang comel.

Rasanya, bila besar nanti baby tersebut pasti akan selincah Farah. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

15 August 2012

6 GAMBAR - SITI NURHALIZA & DATUK K TUNAI UMRAH


Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K menunaikan umrah di Mekah baru-baru ini. Kata Siti, bulan Ramadhan seperti tidak lengkap jika tidak ke tanah suci kerana beliau merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana.

Untuk info, Siti Nurhaliza menjejakkan kakinya buat pertama kali di kota Mekah pada 1997, seterusnya mengerjakan haji pada tahun berikutnya.

Klik untuk imej besar...

IRMA HASMIE HAMIL, SUAMI YANG MENGIDAM


Selera suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan tiba-tiba menjadi pelik apabila kuat makan berbanding sebelumnya. Bila dicari punca mengapa suaminya menjadi begitu, rupa-rupanya ia disebabkan oleh Irma kini sudah berbadan dua!

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujar Redza kepada media.


13 August 2012

GAMBAR - ASHRAF SINCLAIR AJAR SOLAT


Melentur buloh biar dari rebungnya! Pepatah ini sebenarnya amat bersesuaian sekali dengan Ashraf Sinclair yang dilihat sudah mula melatih anaknya untuk mendirikan sembahyang.

Harapan kita, moga Ashraf berjaya membimbing anaknya menjadi anak yang soleh termasuk membimbing isterinya BCL agar tidak mendedahkan aurat. Amin..!

Klik untuk imej besar...

FIZO OMAR BERCINTA DENGAN DOKTOR


Setelah didesak berkali-kali oleh media, akhirnya pelakon Fizo Omar, 27, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mengakui dia kini sudah memiliki teman istimewa. Bagaimanapun, Fizo enggan mendedahkan siapakah gadis tersebut melainkan memberi gambaran yang sigadis masih melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran.

"Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan.

Fizo ketika di Mekah - Klik untuk imej besar...

10 August 2012

6 GAMBAR - SITI NURHALIZA BELAJAR MEMANDU


Gambar ini dirakam kemungkinan pada tahun 2000 iaitu ketika populariti Datuk Siti Nurhaliza sedang meniti puncak. Mungkin kerana menyedari betapa pentingnya mempunyai lesen memandu untuk berulang-alik dari Lipis ke Kuala Lumpur, maka Siti membuat keputusan belajar memandu lebih awal sebagai persediaan.

Nah... hasilnya sekarang terbukti berkesan apabila Siti berjaya muncul sebagai penghibur nombor satu negara. Bukan setakat kereta besar berjenama yang mampu dipandunya, malah dia juga mampu menunggang motosikal berkuasa tinggi. Heh...

Klik untuk imej besar...

SELEPAS BERTUNANG, USTAZ DON BAKAL BERKAHWIN


Selepas mengikat tali pertunangan dengan Husna Zahry Rafie tahun lalu, Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don yang popular dalam rancangan TV AlHijrah 'Bersama Ustaz Don' bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

Apa yang menarik, kad undangan berbentuk karikatur telahpun diedarkan kepada sanak saudara dan rakan taulan baru-baru ini. Bagaimanapun, tidak diketahui dengan tepat bila tarikh pernikahan tersebut akan berlangsung. Namun apa yang pasti, ia akan diadakan dalam masa terdekat.

Majlis bertunang - klik untuk imej besar...

09 August 2012

BILA NURUL SYUHADA NURUL AIN BERTUDUNG..!


Nampaknya, ramadhan kali ini benar-benar membawa berkat kepada ramai artis termasuk selebriti kita. Antara yang dibukakan hati untuk 'mencuba' memakai tudung ialah pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Nurul Syuhada Nurul Ain yang tampil dalam program MHI hari ini.

Imej dan perubahan tersebut benar-benar memberi satu kejutan terutama kepada ramai pengikut Twitter TV3. Lantaran itu, ada yang memberi komen bahawa Nurul nampak comel dan lebih cantik ketika memakai tudung berbanding penampilan biasa.

Benarkah begitu? Mungkinkah Nurul akan kekal bertudung atau ia hanya sekadar menghormati ramadhan semata? Allahu A`lam..!

Klik untuk imej besar...


4 GAMBAR - AKSI ARRINSHAH, ANAK TOMOK


Ragam anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid di bulan ramadhan. Arrianshah yang lahir di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu, seberat 3.33 kilogram kini makin comel dan ceria.

Rasanya, tentu Tomok dan isteri tak menang tangan melayan kaletah anak lelaki mereka yang makin aktif itu. Jom layanz!

Klik untuk imej besar...

INGATAN LEMAH - JINS SHAMSUDDIN TAK KENALI RAKAN


Daya ingatan makin lemah hingga tidak mengenali rakan-rakan!

Begitulah keadaan pelakon veteran Tan Sri Jins Shamsuddin ketika menerima kunjungan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli, Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim semalam.


AMENG SPRING - TAHUN KEDUA BERAYA DI PENJARA


Dadah membawa sensara!

Demikianlah yang berlaku terhadap Ameng Spring yang kini terpaksa meringkuk di dalam penjara gara-gara bahan terlarang itu. Ameng menjadi penghuni penjara sejak 12 April tahun lalu setelah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah.

Awalnya, dia didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Klik untuk imej besar...

08 August 2012

6 GAMBAR - AKSI ERRA FAZIRA DAN ENGKU ALEESYA


Gambar terkini Erra Fazira dan anaknya Engku Aleesya yang diambil daripada Twitter Erra dan Engku Emran. Seperti biasa, kami gagal mendapatkan gambar berdua Erra dan Emran melainkan gambar perseorangan sahaja.

Benarkah mereka sudah tidak sehaluan lagi? Doa dan harapan kita, moga di hari mulia dan lebaran yang bakal menjelang, ikatan yang renggang kembali bertaut sebagaimana yang dilakukan oleh Abby Abadi dan Memey. Amin!

Koleksi Engku Emran: Klik untuk imej besar...

TIDAK BINCANG RUJUK ABBY - MEMEY


Bila diajukan soal gosip 'rujuk kembali' antara suaminya dengan Abby Abadi sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media, nampaknya Memey Suhaiza seolah mahu mengelak menjawab soalan tersebut. Ialah... mana ada isteri yang mahu berkongsi suami melainkan yang benar-benar redha!

Dan menjawab soalan media baru-baru ini, Memey menafikan soal rujuk ada dibincangkan tetapi mereka hanya membincangkan soal anak-anak sahaja.


HAKIM TEGUR SIKAP 'TIDAK BERSUNGGUH' AIDIL ZAFUAN


Sikap mementingkan bolasepak berbanding rumah tangga dan anak-anak mendapat teguran mahkamah apabila Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menegur sikap pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak. Ini kerana, Aidil gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya pelakon Rita Rudaini.

"Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.


07 August 2012

4 GAMBAR - AKSI TERKINI BABY DYNAS MOKHTAR


Gambar anak kedua Dynas Mokhtar dan suaminya yang lahir pada 15 Jun 2012 yang diberi nama Mohamed Haqaish. Sebelum ini, Dynas mempunyai seorang anak perempuan bernama Khyra Khalyssa yang comel.

Nampaknya, lengkaplah sudah kebahagiaan pasangan ini dengan kehadiran dua anak iaitu eorang perempuan dan seorang lelaki. Tahniah..!

Klik untuk imej besar...

PESAWAT MUNCUL DENGAN MV 'MENJELANG SYAWAL'


Bersempena menyambut hari raya yang bakal menjelang, Kumpulan PESAWAT turut tidak mahu ketinggalan dan telah melancarkan muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul ‘Menjelang Syawal’.

Ia diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama kumpulan tersebut iaitu ‘Mirage’. Muzik video terbaru ini mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul “Sepucuk pistol di dalam laci” nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas.

Klik untuk imej besar...

ALLY CUTI RAYA SEMINGGU DEMI FARAH LEE


Setelah bertugas penuh dedikasi, akhirnya personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi berpeluang berhari raya tahun ini apabila mengambil cuti seminggu. Hasrat tersebut telah dipendamnya sebelum berkahwin lagi dan kali ini impian tersebut menjadi nyata apabila permohonannya diluluskan.

"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya dipetik sebagai berkata baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...

9 GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR AWAL ASHAARI


"I am officially older today. Thanks for all your kind wishes. May Allah always be with us, Amin," doa Awal Ashaari sempena ulang tahunnya yang ke-31 semalam.

Lebih menarik, ulang tahunnya itu turut disambut meriah oleh peminat setianya di Singapura. Malah mereka juga telah membuat 'kejutan' dengan memberikan kek istimewa di mana lilinnya tidak padam-padam meskipun ditiup berkali-kali oleh Awal.

Klik untuk imej besar...

06 August 2012

TAUKE RAJA LAWAK AKUI KAHWIN TIGA


Dalam diam, rupa-rupanya Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali bernikah. Malah pernikahannya terkininya telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan baru-baru ini.

Fuhhh... hebat juga Tauke seolah mahu menandingi Allahyarham pelawak A.R Tompel yang beristeri ramai.

Klik untuk imej besar...

AKHIRNYA SHILA AMZAH KEKAL BERTUDUNG?


"The new me," demikian kata Shila Amzah mengenai gambar-gambar terbarunya yang di upload menerusi Facebook. Mungkinkah doa kita semua agar pemakaian tudung Shila bersifat kekal dikabulkan oleh Allah?

Jika sebelum ini pandangan kita bahawa Shila kemungkinan memakai tudung hanya kerana menghormati ramadhan, tapi dengan status terkininya dan pembayang di Facebook, tidak keterlaluan jika dikatakan Shila akan kekal bertudung. Alhamdulillah..!

Klik untuk imej besar...

03 August 2012

RUMAH AZNIL KENA ROMPAK RM40,000?


Kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl dimasuki perompak semalam. Menurut sumber, masa rompakan berlaku, hanya ibu Aznil bersama dua orang amah yang berada di rumah tersebut.

Tambah sumber tersebut, Aznil mengalami kerugian hampir RM40,000 apabila kehilangan barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut dicuri ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.


9 GAMBAR - ERIN MALEK DAN 'PACAR GANTENG'


Erin Malek, sipelakon muda yang sudah sedia berkongsi gambar kekasih hatinya melalui beberapa keping gambar yang dirakam melalui telefon bimbit. Jejaka pilihan Erin sememangnya kacak, masih muda dan manis orangnya. Bak kata orang Indonesia, "pacar yang ganteng"!

Sebagai info, Erin pernah dilihat datang bersama teman lelakinya itu ketika dalam satu majlis amal sebuah majalah hiburan. Mereka dikatakan nampak mesra, sekaligus Erin mengakui lelaki yang dipanggil Walid itu ialah kekasihnya. Heh!

Jom tengok..!



ABBY & MEMEY KEMBALI BERBAIK, BERPELUKAN


Setelah sekian lama dilanda kontroversi, akhirnya Memey Suhaiza dan Abby Abadi kembali menyambung hubungan silaturahim di bulan ramadhan yang mulia ini. Mereka bukan sahaja bertemu di bulan penuh rahmat, malah berpelukan sambil menangis sekaligus menamatkan persengketaan lama dalam pertemuan di Shah Alam, Selangor.

"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

Klik untuk imej besar...

02 August 2012

ASTRO SEDIAKAN PROGRAM HEBAT HARI RAYA


Bagi memeriahkan Hari raya yang bakal menjelang, Astro telah menyediakan banyak program-program menarik untuk tontonan pelanggannya. Berita gembira tersebut telah dinyatakan oleh pihak Astro Show dalam majlis berbuka puasa di hotel Royal Bintang Damansara, Selangor, semalam.

"Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri, kami telah menyediakan banyak program yang memikat hati. Ia akan berlangsung sepanjang raya nanti bagi mengisi hari-hari indah bersama keluarga dan sanak saudara," ujar jurucakap Astro.



ISU SAMAN: HAFIZ SERAH PADA PEGUAM


Meskipun kami tahu jawapan yang bakal diberikan oleh Bintang Akademi Fantasia (AF7), Hafiz, mengenai kes saman RM200,000 yang dikemukakan oleh bekas pengurus pentas Nur Haniza Mohad Azhar atas dakwaan mencederakannya, namun kami tetap mengajukan persoalan itu.

"Maaf no komen," ujar Hafiz seolah bimbang kata-katanya bakal diguna pakai di mahkamah nanti.

"Semuanya kini saya serahkan segalanya kepada peguam untuk tindakan. Dalam hal ini, saya tak boleh ulas lebih lanjut sebab rasa tak adil kepada pihak yang menguruskan kes ini," tambahnya yang hanya dimaklumkan oleh pengurusannya perihal saman itu selepas pulang dari Indonesia, semalam.



CEBURI POLITIK: AZWAN ALI BAKAL IKUT JEJAK AZMIN?


Luahan rasa Azwan Ali yang sering dicemuh oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap dan peribadinya. Siapakah dalang di sebalik kontroversi itu? Apakah tindakan dan masa depan Azwan nanti? Benarkah dia akan menceburkan diri dalam bidang politik dan sekaligus menjadi wakil rakyat?

Dengarkan luahan Azwan ini dalam bentuk audio photo di Youtube... hanya di myartis!



01 August 2012

GOSIP CINTA DENGAN SHAHEIZY KELAKAR - NORA


Jika sebelum ini Shaheizy Sam menganggap gosip cinta dengan Nora Danish, 30, sebagai mengarut, kali ini Nora pula menganggap gosip tersebut sebagai satu topik yang benar-benar kelakar.

"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.



5 GAMBAR - BELLA BAKAL DAPAT ADIK LELAKI


"Saya terharu untuk berkongsi berita gembira ini dengan anda semua. Kami telah menyimpan rahsia kecil ini... namun ia bukan mudah!!

"Tetapi hari ini, saya rasa ia adalah masa yang sesuai untuk memberitahu anda semua bahawa Bella bakal mendapat adik! Saya telah hamil bulan ketiga dan telah melakukan imbasan awal hari ini," demikian kata Dr Halina, isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan negara.

Klik untuk imej besar...