30 April 2013

3 GAMBAR - NATASHA HUDSON & BABY NAEEMA


Gambar terkini bayi Natasha Hudson yang diberi nama Naeema Taqiyyah. Untuk info, bayi comel tersebut lahir pada 22 April lalu hasil perkahwinannya dengan Carleed Khaza pada April 2012.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

29 April 2013

SYAMSUL DAN SARAH MEMANG BERCINTA - AMMAR ALFIAN


Kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang... kata pepatah ini mungkin tepat untuk menggambarkan gosip yang melanda pengarah filem Syamsul Yusof. Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu kini didakwa sedang hangat bercinta dengan bekas kekasih pelakon dan model Ammar Alfian Aziz, 26, iaitu Puteri Sarah, 28.

Untuk info, semua rahsia tersebut telah didedahkan sendiri oleh Ammar, yang mendakwa berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu merahsiakan hubungan cinta tersebut. Lebih memelikkan katanya, Sarah juga mendakwa dirinya masih solo sedangkan Sarah dan Syamsul sudah bercinta sejak Oktober 2012.

Tinggal kenangan - klik untuk imej besar...

25 April 2013

NORA DANISH KINI DUTA JENAMA FRUITALE


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan Pelakon, model dan hos televisyen, Nora Danish yang kini telah dilantik sebagai Duta Jenama Pertama Fruitale.

"Kami berbesar hati mengumumkan Nora Danish sebagai duta jenama kami. Personaliti beliau yang mesra, ceria dan penuh keremajaan sesuai dengan imej Fruitale yang cantik dan muda remaja.

Klik untuk imej besar...

24 April 2013

2 GAMBAR - RAGAM PUTRA RAYFAL RAMLI


Ragam Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, anak kepada Fasha Sandha dan Jejai yang mula membuka mata dan tersenyum. Pastinya, hilang segala kesakitan bersalin dan sejuk hati Fasha bila melihat aksi bayinya yang comel itu. Heh.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

CINTA NABILA & NAS-T: SAYA HANYA TAHU DI AKHBAR - AMY SEARCH


Nabila Huda masih belum memberitahu bapanya vokalis kumpulan Search iaitu Amy mengenai percintaannya dengan Nas-T. Demikian pengakuan Amy, 55, sendiri mengenai kemelut cinta yang sedang hangat melanda anaknya itu.

"Saya tidak kisah dengan pilihan Nabila dan berharap mereka berdua dapat mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.


22 April 2013

MAMPUKAH HERMAN TINO & DAYANGKU INTAN MENANG?


Mampukah penyanyi era 80-an Herman Tino dan penyanyi Dayangku Intan memenangi pilihanraya Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei ini? Ini kerana, Herman Tino memegang tiket Bebas bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, manakala Dayang pula mewakili Parti PKR bertanding bagi kerusi Parlimen Pengerang.

Lawan Herman Tino nanti ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49.


19 April 2013

ALBUM BARU - TAK BERHUJUNG PAGI, TERBARU DARIPADA SOFAZR


SOFAZR sekali lagi tampil menyerikan industri muzik tanah air bagi tahun 2013 apabila muncul dengan single terbaru.

Perjalanan karier seni SOFAZR yang bermula di sekitar tahun 2004 dengan perlancaran album sulung mereka yang berjudul “Cintai Aku” berjaya menambat hati segenap peminat muzik tanah air.


PERNIKAHAN BEEGO - PERDANA MENTERI INDIVIDU PERTAMA DI UNDANG


Perkahwinan antara pelakon Beego, 33, dan artis Linda Hashim yang akan berlangsung pada bulan Jun depan pastinya akan lebih meriah dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, Beego telahpun menyerahkan kad pertama kepada Perdana Menteri itu ketika beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin.


18 April 2013

3 GAMBAR - LAGI GAMBAR BABY RAYFAL


Tiga lagi gambar terkini baby rayfal atau nama penuhnya Putra Rayfal Ramli, anak kepada pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram.

Enjoyzz..!


23 PENERBIT FILEM CEREKA TERIMA INSENTIF


Satu majlis penyerahan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) telah diadakan baru-baru ini dan ia telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha KPKK, Dato' Sri Kamaruddin Siaraf.

Dalam Majlis Penyerahan Insentif tersebut, seramai 23 penerbit filem tempatan telah menerima cek masing-masing di Bilik Galeri, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Insentif tersebut ialah bagi mereka yang mendapat kutipan tiket RM2 juta hingga RM4 juta iaitu sebanyak 10 peratus daripada kutipan tiket, manakala kutipan tiket melebihi RM4 juta hingga RM6 juta pula menerima insentif lima peratus.


15 April 2013

3 GAMBAR - 'RAYFAL' NAMA BABY FASHA SANDHA


Gambar menarik baby lelaki Fasha Sandha dan Rizal Ashram yang diberi nama 'rayfal' (Putra Rayfal Ramli) iaitu beza satu huruf sahaja dengan nama anak pertama suaminya iaitu rayqal.

"Baby boy safe delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamudlillah, syukur kepada Allah.", ujar Jejai di Twitternya.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk imej besar...

DAZRIN NAFI PENTING DIRI & SOMBONG


Benarkah pelakon Dazrin Kamarudin, 25, mementingkan diri, berlagak dan sombong hingga rakannya rakannya Hairul Azreen berkecil hati? Ikhlasnya, ia memang berita yang agak mengejutkan tambah-tambah mereka merupakan pasangan ideal dalam program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan ini kepada Dazrin sendiri, beliau menafikan yang berlakunya masalah tersebut. Katanya, semua itu tidak benar dan ia diluar pengetahuannya dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui Hairul sendiri.


12 April 2013

KES CERAI - NONISWARA BERSEMUKA DENGAN 'ARTIS PEROSAK'


Demi kebenaran, akhirnya pelakon Noniswara, 43, telah bersemuka dengan seorang artis wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rosman Ridzwan. Menurut Noniswara, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, dia kini terpaksa melalui perbicaraan kes tuntutan cerai.

"Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran.


11 April 2013

ANUGERAH BIDUAN NEGARA UNTUK S.M. SALIM


Setelah sekian lama mengabdi diri dalam seni, akhirnya seniman negara, Tan Sri S.M. Salim telah diberi penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk menerima Anugerah Biduan Negara di Hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur, semalam.

Malam penghargaan yang dikhaskan untuk penyanyi veteran itu telah membuat beliau sebak kerana dipakaikan selempang... diberi pingat, trofi, wang bernilai RM30,000 dan sijil penghargaan.


10 April 2013

TUNANG ISTERI ORANG - FIZZ FAIRUZ UPAH 'BODYGUARD'


Gara-gara kontroversi pertunangannya dengan isteri orang pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz, 34, akhirnya terpaksa mengupah kira-kira empat bodyguard untuk keselamatannya.

Mungkin agaknya Fizz sudah berfikir panjang kerana maklumlah 'malang tidak berbau' tambah-tambah apabila beliau kerap menghadiri acara hiburan di sana-sini.


REMY ISHAK UNDUR DIRI BINTANGI TEATER M.BUTTERFLY


Pelakon TV Paling Popular Berita Harian (2009 & 2010) dan Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2011), Remy Ishak menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater M.BUTTERFLY yang dijadualkan dipentaskan bermula 11-14 April 2013 ini di Blackbox, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Remy (31 tahun) memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau memainkan naskah M.BUTTERFLY yang mempunyai elemen seksual dan politik.


08 April 2013

8 GAMBAR - HARI GRADUATION FARAH LEE DI KOREA


"I'm a graduated Mechanical Engineering student from Inha University. I am Malay, I wear kain sarung on my Hari Jubah," demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli, isteri kepada pengacara dan penerbit TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Untuk info, Farah Lee memulakan pengajian di Inha University, Incheon, Korea Selatan pada 2 Mac 2009 dan menamatkan pengajiannya dalam B.Sc in Mechanical Engineering pada 22 Februari lalu.


ABPBH 2012 - SHAHEIZY SAM MENANG BERGAYA


Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) akhirnya terlerai apabila pelakon Shaheizy Sam dipilih mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi sebagai Bintang Paling Popular.

Selain itu, Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular semalam dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, apabila berpindah dari lokasi terdahulu iaitu Genting highland.


05 April 2013

AERIL ZAFREL AKUI PERNAH SEPARUH 'BOGEL'


Meskipun kecewa, namun ia tidak menjejaskan diri dan maruah, demikian kata pelakon Aeril Zafrel, 25, mengenai gambar-gambar tidak berbajunya yang tersebar. Gambar tersebut telah disebarkan di sebuah blog oleh individu tidak bertanggungjawab tanpa diketahui niatnya.

"Gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakan saya beberapa tahun lalu termasuklah ketika saya belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik. Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah," luahnya.


04 April 2013

ANZALNA TOLAK GODAAN VIP DEMI CINTA


"Saya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan tidak berniat untuk mendekati mereka," demikian luah pelakon Anzalna Nasir, 22, yang mendakwa terdapat beberapa orang lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya.

Bagaimanapun, Anzalna, turut mendakwa yang beliau sebenarnya tidak pernah memberi peluang kepada individu tersebut yang berniat mahu menggoda. Itu semua dilakukannya adalah untuk menjaga hubungan cintanya dengan Hanif Zaki sejak 15 tahun lalu.

Klik untuk imej besar...

03 April 2013

EDRY KRU BERUBAH BUKAN KERANA BOTOX


Edry Abdul Halim menafikan gosip bahawa wajahnya mendapat suntikan botoks untuk kelihatan muda dan tampan sebagaimana artis barat.

Anggota kumpulan KRU itu berkata demikian bagi menyangkal khabar angin tersebut yang kini berlegar di alam maya. Menurut Edry, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya.


02 April 2013

FILEM BARU - PAKU SAINGI TWILIGHT?


Filem seram terbaru lakonan Johan Asaa'ri yang berjudul 'Paku'. Untuk info, cerita yang dipaparkan khabarnya lebih kuat daripada filem twilight, iaitu mengetengahkan percintaan yang tulus serta kisah seram yang menarik.

Anda boleh menonton trailernya melalui Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=DDZrtx6R3hY



01 April 2013

9 GAMBAR - SEKITAR ANUGERAH AIFFA 2013


Gambar-gambar sempena anugerah Aiffa di Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 March lalu. Antara karya yang memenangi anugerah tersebut ialah 'Songlap' dan 'Istanbul Aku Datang' dalam kategori Filem Terbaik, Shaheizy Sam untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan anugerah Lakon Layar Terbaik 'Bunohan'.

Untuk info, AIFFA yang diadakan buat julung kalinya adalah bagi memartabatkan industri perfileman Asia Tenggara. ia merupakan kolaborasi dan kerjasama di antara Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam memartabatkan industri perfileman Malaysia di mata dunia

Klik untuk imej besar...