31 January 2013
3 GAMBAR - FASHA SANDHA MAKIN SARAT
Diam tak diam, Fasha Sandha main sarat apabila perutnya kelihatan makin besar. Namun, itu semua tidak pernah menghalang Fasha daripada terus bergerak aktif.
Seperti Diana Danielle, Fasha juga mempunyai aura tersendiri ketika hamil. Heh.
Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
8 GAMBAR - MALAM BERINAI LIYANA JASMAY
Nampaknya, hari bahagia Liyana Jasmay dan Fathuddin semakin hampir dan mendebarkan. Lihat sahajalah aksi Liyana memakai pakaian ala Bollywood ketika malam berinai. Wahhh... ada gaya Kareena Kapoor!
Paling menarik, kata Liyana juga dia tidak mahukan tajaan dan terpaksa menolaknya. Alasannya, dia tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
30 January 2013
SOPHEA NATASHA - NAMA BABY KE-2 ANGKASAWAN NEGARA
Pasti ramai yang sudah maklum yang angkasawan Negara kita, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Dr. Harlina Mohd Yunos, baru-baru ini selamat melahirkan anak kedua di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Selangor.
Namun mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa anak kedua mereka itu baru sahaja didaftarkan namanya (pada 29 Januari 2013) di Pendaftaran Negara. Dan sebagaimana kakaknya yang diberi nama Sophea Isabella, adiknya juga telah diberi nama Sophea Natasha disebabkan pasangan ini amat gemarkan nama 'Sophea'.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
11 GAMBAR - KEBAHAGIAAN BETO KUSYAIRI & ISTERI
Posing menarik Tisha Shahar, isteri kepada pelakon Beto Kusyairi yang juga pernah menjadi pengurus kepada suaminya sendiri. Meskipun kerjaya Beto selalu dikelilingi pelakon wanita, namun ia sedikitpun tidak membuat Tisha cemburu.
"Tisha faham kerja saya sebagai pelakon dan dia juga tahu keselesaan saya untuk berlakon dengan pelakon perempuan yang memerlukan watak romantik. Jadi istilah wujudnya perasaan cemburu itu tidak timbul sama sekali," ujar Beto pada media.
Klik untuk imej besar...
"Tisha faham kerja saya sebagai pelakon dan dia juga tahu keselesaan saya untuk berlakon dengan pelakon perempuan yang memerlukan watak romantik. Jadi istilah wujudnya perasaan cemburu itu tidak timbul sama sekali," ujar Beto pada media.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
29 January 2013
KRU MUNCUL LAGI DENGAN KRUNOMENA
Kuala Lumpur – Tidak perlu diperkenalkan lagi, nama kumpulan ini memang sudah cukup gah dan merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi yang paling berjaya di negara ini. Sepanjang penglibatan mereka di dalam dunia hiburan tempatan selama 21 tahun, mereka telah menghasilkan 13 buah album.
KRU, sebuah kumpulan pop dan R&B yang dianggotai tiga adik-beradik yang berbakat (Norman, Yusry dan Edry) mungkin telah lama bersara dari persembahan pentas namun tetap aktif merakamkan “single”. Kini mereka muncul dengan album baru untuk menghargai peminat-peminat yang tidak pernah jemu menyokong kegiatan seni mereka selama ini.
Klik untuk imej besar...
Labels:
album baru
4 GAMBAR - HIJRAH AZZA ELITE
Inilah yang dikatakan sudah sampai seru! Jika sebelum ini Azza Elite selesa dengan rambut lepas, namun perkembangan terkininya amat menarik apabila beliau sudah mula berhijrah memakai tudung.
"Rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
IMRAN AJMAIN - 'LUKA ITU PERLU'
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa maksud 'Luka Itu Perlu' yang diperkatakan oleh penyanyi Imran Ajmain? Mungkinkah beliau luka akibat putus cinta atau hatinya teruk terluka gara-gara wanita yang disukainya?
Namun semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Imran mendedahkan bahawa ia sebenarnya hanya merupakan filem dokumentari pendek mengenai lagu terbaru Imran sendiri berjudul 'Dikalung Kasihan'. Filem pendek tersebut katanya mengisahkan tentang mengapa 'orang kita' minat dengan lagu-lagu yang berunsur sedih.
Namun semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Imran mendedahkan bahawa ia sebenarnya hanya merupakan filem dokumentari pendek mengenai lagu terbaru Imran sendiri berjudul 'Dikalung Kasihan'. Filem pendek tersebut katanya mengisahkan tentang mengapa 'orang kita' minat dengan lagu-lagu yang berunsur sedih.
Labels:
Video artis
15 GAMBAR - INTAN SARAFINA & KELUARGA
Sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai artis manja Intan Sarafina. Sejak berumahtangga, nampaknya Intan kini amat bahagia bersama suami dan anak-anak.
Mereka sekeluarga khabarnya gemar mengembara ke luar negara contohnya seperti London, Barca, Spain, China dan banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi. Inilah yang dikatakan orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tak gitu?
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
VELVET KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ELITE
Demi mengembalikan era kegemilangan girl band tanah air, Iqa (bekas finalis Mentor 5) muncul dengan imej terbaru untuk mengeskplorasi visi muziknya di dalam sebuah band yang diberi nama VELVET.
Menariknya, VELVET merupakan sebuah rock band terulung daripada KRU Music yang membariskan ahli wanita di dalamnya iaitu terdiri daripada Iqa (vocalist/pemain bass), dan diiringi dua nama baru industri muzik tanah iaitu Alea (pemain gitar utama) dan Shana (pemain gitar kedua), yang juga turut berpengalaman beraksi di pentas indie.
Labels:
artis baru
25 January 2013
9 GAMBAR - ERRA FAZIRA, ANAK DAN MOTOR
Aksi Erra Fazira bersama anaknya Engku Aleesya yang amat menarik hati. Lebih menarik lagi, Erra masih seperti dulu iaitu meminati motosikal berkuasa tinggi.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
10 GAMBAR - AURA DIANA DANIELLE KETIKA HAMIL
Gaya menarik Diana Danielle yang kini sedang mengandung. Nampaknya, seri atau aura mengandung jelas terpancar di wajah DD sekaligus membuat beliau semakin manis.
Jom tengok..
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
23 January 2013
7 GAMBAR - SEPUPU PENGACARA TV & ANJING
Gambar yang didakwa sebagai sepupu kepada seorang pengacara TV kewanitaan yang sering membuat rancangan tersebut di luar negara. Apa yang menarik, bukan seekor anjing yang dibelanya, tetapi dua ekor daripada baka (breed) mahal yang beribu harganya.
Ya la, hidup dah kaya raya dan dah tak tahu nak buat apa... jadi berhibur dan menghabiskan duit je la kerjanya. Sepatutnya sebagai seorang wanita Islam, kita seharusnya tahu batas susila dan pandai menilai erti kehidupan yang sementara ini. Allahualam.
www.myartis.com - Klik untuk imej besar
Labels:
gambar menarik
22 January 2013
7 GAMBAR - AKSI ELLA & AZHAR
Aksi menarik Ella dan Suaminya Azhar Ghazali. Nampaknya, mereka makin bahagia setelah menjadi suami isteri pada Julai tahun lalu.
Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
21 January 2013
8 GAMBAR - PERKAHWINAN ADIK AZWAN ALI
Gambar majlis perkahwinan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat (19 Januari 2013). Ia dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk Perdana Menteri dan isteri.
Tema mempelai ini ialah 'Syurga Khayalan', dan majlis tersebut telah berlangsung dengan meriahnya meskipun tanpa kehadiran abangnya Azwan Ali.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
18 January 2013
15 GAMBAR - AKSI MESRA ANZALNA NASIR DAN KEKASIH
Gambar mesra pelakon Adam & Hawa, Nur Anzalna Nasir, 25, bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Hanif Zaki. Malah sebelum ini, Anzalna secara terus-terang tidak kisah dengan persepsi negatif masyarakat berhubung isu membawa teman lelakinya itu menghadiri pelbagai acara hiburan.
“Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu," dakwa Anzalna yang pernah juga digosipkan dengan jejaka Mat Salleh ketika beliau memenangi Dewi Remaja 2010.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
17 January 2013
4 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA NASH
Gambar Keluarga bahagia Nash yang dimuat naik melalui Instagram. Nampaknya, Nash amat mementingkan anak-anak meskipun adakalanya beliau sibuk dengan dunia hiburan.
Jom tengok...!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
BABY SHIMA LANCAR KLIP VIDEO 'TAK SABAR'
PETALING JAYA: Pendatang baru yang juga merupakan Juara Bintang Idola Berita harian, Baby Shima tidak pernah merasakan kegagalan penyanyi lain dalam imej dan irama K-Pop sebagai halangan baginya. Kata Shima, tujuannya menampilkan imej ceria ala 'Barbie doll' dan 'dance' ialah bagi menambah seri industri hiburan tempatan.
"Rasanya, imej Barbie yang saya bawakan ini masih baru dan belum ada dalam industri muzik kita," kata Shima ketika ditemui myartis.com di pelancaran klip video 'single' lagu pertamanya, Tak Sabar di Neway, One Utama, di sini, semalam.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
16 January 2013
22 GAMBAR - RED KARPET GOLDEN DISK AWARD KE-27
Gambar Red carpet semperna Golden Disk Award(GDA) yang ke-27 di Sepang International Circuit. Untuk maklumat, anugerah tersebut adalah menyamai Anugerah Grammy, tetapi ianya khas buat industri muzik Korea.
Antara yang hadir ialah Shinee, Super Junior, Kara, B2ST, B1A4, FT Island dan ramai lagi. Dianggarkan, lebih daripada 15,000 peminat menyaksikan cara gilang gemilang tersebut yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan.
Jom tengok...
Klik untuk imej besar...
Labels:
Gambar sana sini
2 GAMBAR - ANA RAFFALI MENGANDUNG?
Rasanya, sudah hampir setahun Ana Raffali mendirikan rumah tangga dengan suaminya Ahmad Aznaim. Namun hingga kini, tiada khabar gembira mengenai pasangan ini sebagaimana artis lain yang telah selamat hamil atau menimang cahaya mata.
“Kami masih menantikan berita gembira, lagipun rezeki daripadaNya. Tolong doa-doakanlah," demikian kata Ana Raffali ketika kali terakhir ditanya media mengenai kehamilan.
Makan bertiga ke? Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
9 GAMBAR - ADIK ANZALNA NASIR BERSOSIAL?
Gambar Mia Nasir, pelakon yang pernah membintangi drama Cik Paris Diva Kampung yang didakwa bersosial. Untuk info, Mia adalah adik kepada pelakon yang popular melalui drama Adam & Hawa iaitu Anzalna Nasir.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ianya gambar baru atau gambar lama. Namun firasat kami, mungkin agaknya Mia sekadar bergambar, berposing dan bergurau dengan rakan-rakannya sahaja. Heh.
Labels:
gambar menarik
15 January 2013
MEDIA PRIMA DIGITAL PERKENAL 'TV EVERYWHERE'
Petaling Jaya, 15 Januari 2013 – Penyiar media atas talian di Malaysia, Tonton terus melangkah ke hadapan apabila mewujudkan pula siaran ‘TV EVERYWHERE’. Pengguna internet kini mempunyai akses tontonan lebih banyak untuk menonton siaran langsung televisyen di bawah Media Prima Berhad dan RT Global di seluruh dunia.
Lima saluran yang diwujudkan itu ialah TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan saluran berita RT Global yang menawarkan hiburan dan informasi lengkap kepada pelayar di Malaysia secara percuma. Kesemua saluran ini boleh ditonton secara langsung selama 24 jam sehari menerusi komputer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas) dan Iphone (iOS 4 dan ke atas) di www.tonton.com.my/livetv.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini
GAMBAR - BAYI ATIE AF1 YANG COMEL
Mungkin anda masih ingat bagaimana Atie AF1 (Akademi Fantasia musim pertama) amat teringinkan anak selepas berkahwin dengan Saiful Anuar Baharin sekitar tahun 2007. Malah keluhannya itu pernah disiarkan oleh media pada 2011 dengan doa agar beliau dikurniakan cahaya mata kelak.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Doa Atie akhirnya dimakbulkan apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira seminggu lalu di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Bayi comel tersebut telah diberi nama Zara Rijwani Saiful, dan sekaligus melengkapkan rumah tangga mereka. Jom tengok..!
Gambar baby selepas ini - klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini
6 GAMBAR - BABY BARU RIZALMAN
Gambar baby pereka fesyen Rizalman Ibrahim bernama Aali Nail yang lahir beberapa minggu lalu. Nampaknya, semakin bahagia Rizalman dengan kehadiran anak terbarunya itu.
Tahniah diucapkan..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
3 GAMBAR - 'AMARRA SOFEA ROSE', NAMA BABY EIRA SYAZIRA
"Such a lovely sweetheart. Mommy LOVE you so much my beautiful manja," demikianlah ucap Eira Syazira terhadap babynya bernama 'Amarra Sofea Rose' yang lahir pada 11 Januari lalu.
Lebih menarik, tarikh lahir tersebut juga bersamaan dengan tarikh lahir penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.
Gambar baby Eira (atas & bawah sebelah kanan)
yang dikaburkan - Klik untuk imej besar...
Labels:
Gambar sana sini
14 January 2013
INFO - NOWSEEHEART IKUT JEJAK SAUJANA
INFO TERKINI:
Baru-baru ini, industri nasyid tempatan digemparkan dengan penampilan terbaru kumpulan Saujana yang kini hanya berempat. Terbaru, bakal mengikut jejak langkah Saujana merupakan kumpulan nasyid yang memang tidak asing lagi, Nowseeheart (NSH), yang mana salah seorang daripada anggota asal mereka, Firdaus Baharuddin, atau lebih dikenali sebagai Firdaus NSH telah membuat pengunduran dari kumpulan tersebut atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Pengunduran Firdaus daripada kumpulan tersebut agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Info artis
8 GAMBAR - RAGAM ZUL YAHYA & KELUARGA
Gambar menarik Zul Yahya yang kini telah menjadi pengarah filem beraksi separuh 'bogel' bersama anak-anak. Heh.
Ikhlasnya, kegembiraan dan kebahagian memang jelas terpancar diwajah mereka sekeluarga.
Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
12 January 2013
UPDATE: 9 GAMBAR - AKSI SITI NURHALIZA BERTUDUNG PENUH
UPDATE:
Gambar terkini Datuk Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Apa yang menarik, jika sebelum ini Siti hanya bertudung ala Serkup, tetapi baru-baru ini beliau sudah kelihatan memakai tudung penuh.
Tahniah diucapkan buat Siti!
Tambahan 4 gambar selepas ini
Klik untuk imej besar..
Labels:
gambar menarik
11 January 2013
EIRA SYAZIRA LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN
Setelah berkahwin dengan Azad Jasmin lebih daripada setahun (16 September 2011), akhirnya hari ini Eira Syazira selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Difahamkan, bayi tersebut lahir kira-kira jam 8.50 pagi dan berada dalam keadaan sihat.
Lebih menarik, berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh Azad Jasmin bersama peminatnya menerusi Twitter. Tahniah..!
Labels:
berita terkini
6 GAMBAR - BETTY DAN BABY MONYET
Nama pelakon Betty Rahmat, 30, mungkin tidak terlalu dikenali oleh kita disebabkan wajahnya yang kurang keluar di kaca televisyen. Namun untuk info, Betty adalah adik kepada pelakon Umie Aida dan pengarah drama Erma Fatima.
Betty yang mempunyai perniagaan sendiri dengan bantuan kakaknya, mempunyai minat aneh apabila membela seekor monyet sebagai haiwan peliharaan. Monyet tersebut yang diberi nama Baby Polo bagaimanapun agak comel seolah baby manusia layaknya. Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
10 January 2013
9 GAMBAR - LIYANA JASMAY SHOPPING SAKAN
Waaahhh... mentang-mentanglah nak kahwin pada 2 Februari nanti, bukan main shopping lagi Liyana Jasmay bersama kakaknya di Publika, Kuala Lumpur. Beli apa tu Liyana... beli barang hantaran kahwin ke? Heh.
Untuk maklumat bersama, Liyana dan tunangnya Fathudin Mazlan bakal bernikah pada pagi 2 Februari 2013. Manakala majlis persandingan mereka akan dilangsungkan pada malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
6 GAMBAR - AKMA AF3 KINI HAMIL 11 MINGGU
Gambar Akma AF3 yang dilihat amat bahagia bersama suaminya Farih Hamshi, yang merupakan seorang eksekutif Petronas. Lebih membahagiakan, Akma yang kini berbadan dua sudah membuat imbasan babynya yang dijangka lahir 202 hari lagi.
Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
SHARNAAZ AKUI KONGKONG SHILA AMZAH
Setelah pelbagai kontroversi tercetus antara Shila Amzah dan kekasihnya Sharnaaz Ahmad, 27, akhirnya pelakon tersebut mengakui yang beliau memang mengongkong pergerakan Shila demi kebaikan.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
Labels:
Berita sana sini
09 January 2013
4 GAMBAR - YUNA 'DATING' DENGAN KEKASIH?
Pasti ramai peminat muzik sudah tahu yang Yuna baru-baru ini berjaya merangkul kejuaraan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) terbitan TV3 melalui lagu Terukir Di Bintang. Malah Yuna juga kemungkinan bakal berkolaborasi bersama David Foster iaitu penerbit tersohor di Amerika Syarikat yang pernah memenangi beberapa anugerah Grammy.
Bagaimanapun, bukan cerita itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi gambar-gambar terkini Yuna bersama lelaki Mat Saleh bernama Julian Schratter yang merupakan seorang model dan jurugambar profesional yang didakwa segelintir pihak sebagai kekasih barunya. Meskipun pernah menafikan, namun kemesraan mereka nampak seolah lebih daripada seorang 'kawan'.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
BINTANG POP KOREA 'RAIN' KENA TAHAN
Akibat 'berdating' dengan kekasih secara sembunyi, bintang pop terkenal, Rain, terpaksa menjalani tahanan berek selepas melanggar peraturan tentera negara Korea Selatan.
“Suruhanjaya tatatertib memutuskan Rain perlu dikenakan tindakan tahanan berek selama tujuh hari atas kesalahannya itu,” kata jurucakap kementerian negara tersebut.
Labels:
Berita luar negara
08 January 2013
4 GAMBAR - ARTIS KITA BERSAMA SHAH RUKH KHAN
Umum pasti sudah sedia maklum bagaimana mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir dan Shah Rukh Khan mempunyai hubungan lebih dari sekadar peminat dan seorang artis. Ia terbukti baru-baru ini apabila pelakon Bollywood itu hadir di majlis sambutan hari lahir Tun Mahathir kerana menganggap Tun sebagai mentornya.
Namun begitu, bagaimana pula dengan artis kita ini? Apakah Shah Rukh menganggap mereka sebagai rakan artis atau sebaliknya? Atau mungkin artis kita yang menganggap Shah Rukh sebagai mentor kerana populariti pelakon itu? Jom tengok..!
Labels:
Gambar sana sini
07 January 2013
AJL 27 - 'TERUKIR DI BINTANG' BOLOT RM35,000
Meskipun tanpa kehadiran Yunalis Zarai (Yuna), lagunya yang berjudul Terukir Di Bintang tetap memenangi Anugerah Juara Lagu ke-27 semalam.
Aizat Amdan yang menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu itu telah melakukan tugasnya dengan cemerlang sekaligus mengalahkan pesaingnya seperti (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari) dan beberapa lagu lain.
33 gambar karpet unggu selepas ini...
Labels:
berita menarik
06 January 2013
INFO - ELIZA GANTI TIARA DALAM TEATER RAJA LAWAK
KUALA LUMPUR: Eliza Mustafa, pensyarah Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) diberi kepercayaan untuk membawa watak ‘Juliah’ dalam teater Raja Lawak kali ini, menggantikan pelakon asalnya Datin Seri Tiara Jacquelina. Hal ini disahkan oleh pengarah dan penulis teater tersebut, Zakaria Ariffin, selepas pengumuman pelakon bagi watak tersebut 'disimpan' semasa sidang media pada Disember lalu.
Eliza Mustafa, anak jati Negeri Sembilan ini bukan 'orang baharu' dalam dunia teater. Penglibatannya telah bermula sejak 1996 dan pernah terlibat sebagai pereka tari teater Gamat selain berlakon dalam teater Bangsawan arahan Rahman B.
Eliza Mustafa - klik untuk imej besar...
Labels:
Info semasa
18 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA EIZLAN YUSOF
Gambar menarik Eizlan Yusof dan keluarga. Nampaknya, Eizlan bukan hanya disayangi oleh keluarganya, malah turut disayangi oleh Ustaz Azhar Idrus dan para ulama.
Jom tengok..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
04 January 2013
8 GAMBAR - DAHLIA TECK DI EROPAH SAAT APEX NIKAH?
Umum memang sedia maklum betapa meriahnya perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) baru-baru ini di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Namun mungkin tak ramai yang tahu ke manakah bekas kekasih Apex, Dahlia Teck membawa diri ketika perkahwinan tersebut berlangsung!
Ini kerana menurut sumber, Dahlia berada di Eropah ketika itu atas urusan penting sambil bersiar-siar menenangkan fikiran. Iyalah... jiwa mana yang tak sebak bila kekasih hati berkahwin dengan orang lain?
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
03 January 2013
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM BAYU
Al-Fatihah buat Allahyarham Bayu yang pernah terlibat sebagai koreographer dalam rancangan Sehati Berdansa terbitan Astro. Punca kematian adalah tidak diketahui dengan jelas, tetapi ada dakwaan yang mengatakan beliau mengalami kemalangan jatuh dari balcony.
Difahamkan juga, arwah baru empat bulan mendapat kerja sebagai pegawai kebudayaan. Menurut sumber, jenazah telah bawa ke kelantan untuk dikebumikan di sana.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini
KES DADAH - ZARINA ANJOULIE MINTA DIBICARAKAN
Jika pada Februari 2010, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie atau lebih popular dengan gelaran 'anak pontianak' kerana lakonannya dalam drama seram mendakwa tidak bersalah apabila ditahan dan diuji air kencing dalam satu sekatan jalanraya di LCCT, namun melalui tangkapan dadah pada 30 Disember 2012 lalu lain pula ceritanya.
Ini kerana, beliau yang telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai, Petaling, Selangor atas dakwaan menyimpan dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, mengaku tidak bersalah semalam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah itu.
Labels:
Berita sana sini
5 GAMBAR - ANNE NGASRI BERCUTI & BULAN MADU
Gambar menarik Anne Ngasri, anak-anak dan suaminya bercuti sambil berbulan madu di Legoland dan Benut Johor Bahru.
Nampaknya, Anne amat bahagia mempunyai keluarga baru yang penyayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan 'keluarga bahagia' hasil tolak ansur dan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
02 January 2013
AJL27 TV3 - YUNA UNDUR DIRI
Nampaknya, komitmen untuk proses rakaman album di Los Angeles, Amerika Syarikat lebih penting berbanding beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27). Oleh yang demikian, Yunalis Zarai atau Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini demi albumnya.
Dan keputusan untuk menarik diri itu telah diberitahu oleh Nor Zaina Wardah (Wawa) demi kebaikan semua pihak. Meskipun keputusan dibuat disaat akhir, namun ia lebih baik disuarakan sekarang daripada menghampakan jutaan penonton yang mengharap nanti.
Labels:
Berita sana sini
AKSI SHILA AMZAH DALAM KONSERT 2013 DI CHINA
Setelah memenangi kejuraan Asian Wave 2012 yang lalu di China, tidak dinafikan yang nama Shila Amzah mula dikenali oleh ramai rakyat China. Sehubungan itu, tidak hairanlah jika kelmarin beliau telah diundang membuat persembahan sambutan tahun baru 2013 di negara tembok besar itu.
Untuk info, konsert tersebut adalah terbitan sebuah stesen televisyen China, Dragon TV dan ia berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China. Video persembahannya di Youtube selepas ini...
Labels:
video menarik
TESTIMONI PALSU - SERINA DAKWA TERPEDAYA
Akhirnya Serina Redzuawan semalam tampil memberi pengakuan bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah dalam isu membuat testimoni palsu seperti yang digembar-gemburkan. Dalam maksud lainnya, Serina jadi mangsa keadaan gara-gara ada pihak yang 'gatal tangan' mengupload gambar palsu tersebut.
Dakwa anak Chef Wan itu, beliau mendapat info yang lelaki tersebut dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk tersebut. Oleh yang demikian, beliau telah berkongsi kejayaan tersebut tanpa mengetahui yang gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.
Labels:
Berita sana sini
Subscribe to:
Posts (Atom)