29 February 2016

33 GAMBAR - SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR CAHAYA MALAIKA, ANAK MAWI



Semalam Cahaya Malaika anak kepada Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) telah menyambut hari lahirnya yang ke-4.

Majlis bertemakan 'My Little Pony' yang diadakan di kediaman Mawi di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga Cahaya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Amin.



6 GAMBAR - MAJLIS AKIKAH PUTERI SYAFIQ YUSOF



Anak bongsu kepada Datuk Yusof Haslam iaitu pengarah filem, Syafiq Yusof dan isterinya, Aeisha Zainal semalam telah mengadakan majlis akikah buat anak perempuan mereka yang bernama Nuur Jannah.

Majlis yang dilakukan secara sederhana itu telah dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.

Untuk makluman, anak sulung mereka ini dilahirkan pada tahun baru iaitu 1 Januari 2016.



5 GAMBAR - BILA FAZURA MELARAM BAJU 'ALA PENGANTIN' DI MAJLIS ANZALNA



Semua tahu bagaimana meriahnya perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kelmarin yang penuh warna-warni umpama cerita dongeng Barbie layaknya di di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Namun bukan majlis itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi baju Fazura yang turut umpama 'pengantin' iaitu Kebaya moden yang ditempah khas hasil rekaan Rizman Ruzaini

Kerana terlalu cantik, maka ramailah rakan artis turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan Fazura. Dah macam Fazura pula yang kahwin. Heh.

Jom tengok!



EKSKLUSIF - WAJAH 'SEIRAS' ERRA, EMRAN & ALEESYA MASA KECIL



Sebelum ini ramai yang mengatakan wajah Engku Aleesya, iaitu anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran banyak menyerupai ibunya. Iyalah... perempuan selalunya ikut muka perempuan ya tak?

Namun terkini, tanggapan tersebut mungkin berubah apabila kita melihat gambar Engku Emran ketika kecil. Sekali pandang, ia tak ubah seperti gambar Aleesya sekarang. Heh.

Eksklusif untuk anda, jom lihat perbandingan gambar Erra, Emran dan Aleesya ketika mereka bertiga berusia agak sama.

ENGKU EMRAN


4 GAMBAR - YOUK, ANGGOTA TERAKHIR BUNKFACE KAHWIN



Youk atau nama sebenarnya, Mohd Farouk Jaafar, 27, menjadi anggota terakhir kumpulan Bunkface yang melangsungkan pernikahan kelmarin.

Youk selamat melangsungkan pernikahan dengan Nor Aliaa Rosli, 26, di kediaman pengantin perempuan di Sungai Buloh, Selangor.

Untuk info, pada Januari lalu, pemain gitar utamanya, Ahmad Farhan Hashim atau Paan berkahwin dengan Nurul Aqilan Azlan... sementara Vokalis, Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam), pula menjadi anggota pertama kumpulan itu yang beruma tangga dengan Aida Azira Husin, pada April 2015.

Klik gambar untuk size besar


TERUK DIHENTAM - SUAMI YATT HAMZAH TETAP TENANG, TAK MELATAH



Meskipun dia dituduh menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga Yatt Hamzah sebelum ini, namun Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang merupakan seorang Juruvideo tidak tertekan dengan dakwaan tersebut.

Menurut suami Yatt itu, dia menyedari perkara tersebut namun mengambil pendekatan untuk tidak melayan gosip tersebut kerana mahu memberikan fokus terhadap persiapan perkahwinan dengan wanita berkenaan.



25 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH SELMA MALIKA, ANAK SYARIF SLEEQ



Bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif dan isterinya, Malaque Mahdaly telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulung mereka, Selma Malika kelmarin.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.



28 February 2016

FOTO BERCIUM: "MEMANG SAYA MUATNAIK TAPI ITU BUKAN SAYA" - AHYA



Sebelum ini, Ahya Ulumuddin Rosli yang merupakan anak pelakon Normah Damanhuri itu hangat diperkatakan selepas gambar berkucupan dia dengan seorang wanita berpakaian mandi di tepi laut tersebar.

Artikel terdahulu:

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem 'Tanda Putera' ini.



LAGI 43 GAMBAR SEKITAR PERNIKAHAN YATT & MAJLIS HARI LAHIR NIA



Beberapa lagi gambar sekitar pernikahan Yatt Hamzah, 36, dan pasangannya Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang berlangsung semalam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selain majlis pernikahan, turut diadakan majlis sambutan hari lahir anak Yatt iaitu Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang ke-6.

Jom lihat!



YANA SAMSUDIN SUDAH MENGANDUNG?



Adakah Yana Samsudin kini sedang mengandung kerana melalui kosmo, ramai yang menebak keadaan tubuhnya terutama di bahagian perut kelihatan seperti sedang hamil ketika menghadiri majlis resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Namun tatkala menyuarakan persoalan tersebut, Yana hanya tertawa besar.

Yana ketika ditemubual bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua. Yana hanya memberitahu, jika ada atau tidak ada sekali pun dia tidak mahu kongsikan.



31 GAMBAR - MAJLIS ULANGTAHUN KE-36 HAIZA MERIAH



Sekitar majlis kejutan hari lahir Haiza Hanafi yang ke-36 yang diadakan semalam bertempat di Nouvelle Hotel, Kuala Lumpur.

Difahamkan, majlis dirancang secara rahsia oleh peminatnya sendiri iaitu HaizaTroopers serta rakan-rakan lain.

Happy birthday Haiza!



83 GAMBAR - BILA ANZALNA NASIR JADI 'BARBIE' DI MAJLIS RESEPSINYA



Majlis resepsi Anzalna Nasir dann Hanif Zaki telah berlangsung dengan meriah malam semalam di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Anzalna kelihatan cantik dan menawan mengayakan busana ala-ala barbie hasil rekaan Teuku Putra Aziz pemilik butik Cosry.

Majlis resepsi yang bertemakan Royal British/Fairytale itu telah dihadiri oleh kedua-dua belah ahli keluarga, teman rapat, serta rakan-rakan artis.



27 February 2016

SEKALI LAFAZ - LIZA HOT FM KINI SAH BERGELAR ISTERI



Bukan hanya Yatt Hamzah yang melangsungkan pernikahan hari ini, malah Liza Hot FM juga telah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan Mohd Khairil Anuar Mohd Ghany dalam majlis ringkas di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Sungai Soi, Mohd Asri Abu Bakar di hadapan lebih 50 tetamu kira-kira jam 9.55 pagi.



YATT HAMZAH SELAMAT NIKAH KALI KEDUA



Pada jam 9 pagi tadi, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, telah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah masjid berkenaan Muhamad Sujak Dusuki berwakil walikan hakim dengan sekali kali lafaz.

Dalam majlis tersebut, Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.



17 GAMBAR - SUASANA MALAM BERINAI YATT HAMZAH



Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini (27 Februari 2016) Yatt Hamzah, 36, bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang juruvideo iaitu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26.

Difahamkan, majlis akad nikah mereka akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sekitar jam 8 pagi ini.



RAJA AZMI & EDDIE KEMBALI MENJADI SUAMI ISTERI DENGAN DUA KALI LAFAZ



Detik paling bahagia buat penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman apabila dia dan gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 48, disatukan kembali menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz.

Untuk makluman, ini merupakan pernikahan kali kedua Raja Azmi dengan Eddie selepas pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Kali pertama mereka bernikah adalah pada 13 Oktober 2013.



26 February 2016

56 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS RESEPSI AKIM & STACY DI JOHOR



Jika pagi tadi telah berlangsung majlis bertandang Akim Ahmad, 25, dan Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, kali ini pada waktu malam pula diadakan majlis resepsi bagi pihak lelaki yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, English College, Johor.

Majlis yang diadakan di Johor itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara terdekat, teman rapat serta rakan-rakan artis.

Dalam majlis tersebut, pasangan kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu tampak menawan dengan busana berwarna keemasan rekaan Raffiey Nasir ketika diarak masuk ke dalam dewan dengan paluan kompang.



BILA ANAK DAH BESAR - INA NAIM KEMBALI AKTIF MENYANYI



"Isteri saya, Ina akan kembali aktif menyanyi memandangkan anak-anak pun semakin membesar.

Artikel terdahulu: "Malah, saya bercadang untuk berduet dengannya menerusi single, Jutawan Pemurah. Insya-ALLAH, ia akan diterbitkan dalam tahun ini," ujar suami Ina Naim, iaitu Suhaimi Saad yang merupakan penyanyi nasyid.



36 GAMBAR - MAJLIS BERTANDANG AKIM & STACY YANG SEDERHANA



Suasana majlis bertandang Akim Ahmad, 25, dan Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, yang diadakan di kediaman keluarga pihak lelaki di Johor.

Sebelum majlis bertandang berlangsung, terlebih dahulu telah diadakan majlis marhaban, berzanji dan khatam Al-Quran.



15 GAMBAR - SEKITAR PERSIAPAN MAJLIS RESEPSI AKIM & STACY DI JOHOR



Hari ini merupakan majlis menyambut menantu pengantin baru, Akim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam di Johor selepas 21 hari menjadi suami isteri.

Difahamkan, pada jam 10 pagi nanti, pasangan ini akan diraikan dalam majlis marhaban, berzanji dan khatam Al-Quran di kediaman keluarga Akim.

Pasti seluruh warga Johor berbesar hati, khususnya yang menyokong Akim dan Stacy.

Tahniah dan selamat pengantin baru daripada kami.



5 GAMBAR TERKINI ANAK ZUL HUZAIMY & MISZ ERNA



Gambar Puteri Sulung Zul Huzaimy Dan Misz Erna yang baru-baru ini menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka.

Waahhh... sedar tak sedar sudah beberapa bulan berlalu. Makin comel anak mereka yang bernama Indah Armani yang lahir pada 22 Disember 2015 tu.

Jom tengok!



6 GAMBAR - DI MANAKAH PELAKON DRAMA 'SUTUN' SEKARANG?



Masihkah anda ingat dengan drama 'Sutun' beberapa tahun lalu di mana pelakon utamanya dilihat berjaya membawa watak 'mat lembut' dengan amat berkesan.

Malah disebabkan drama tersebut agak popular satu masa dulu di RTM, ia kemudian telah diulang tayang pula di Astro.



"TIADA HUBUNGAN CINTA ANTARA SAYA DENGAN DIA" - SITI NORDIANA



Sebelum ini, gosip hubungan cinta antara Siti Nordiana, 31, dengan pengurusnya sedang hangat diperkatakan di media sosial. Malah Nana dikatakan sudah bertahun-tahun menjalin hubungan cinta dengan pengurusnya itu.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, juara Gegar Vaganza 2 ini telah tampil menafikan sekeras-kerasnya cerita yang kononnya dia kini menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.



25 February 2016

LEPAS FOTO KEMALUAN, FOTO BERCIUM AHYA PULA TERSEBAR



Belum sejuk cerita mengenai penafian gambar kemaluan yang dipaparkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay, terkini timbul pula isu hangat gambar berkucupan dengan seorang wanita berpakaian mandi di tepi laut juga melibatkan anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Ahya Ulumuddin Rosli, 29.

Artikel terdahulu: Difahamkan, gambar tersebut yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca kepada Media Hiburan diambil menerusi akaun Instagram @ahyaurosl.



UCAPAN ANNIVERSARY YANG MENYENTUH KALBU AERIL ZAFREL BUAT ISTERI



Pada tahun 2012, merupakan detik paling bahagia buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila disatukan sebagai suami isteri. Ini bererti sudah empat tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Walaupun ada sedikit kontroversi tentang perkahwinan mereka, tetapi kini mereka bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar berusia tiga tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini berusia enam bulan.



5 GAMBAR - 'BABY BUMP' HANIS ZALIKHA YANG HAMIL 5 BULAN



"5 bulan sudah, tak sabar nak dapat baby?? Oh nak bagi tau pregnant boleh minum tau!" demikian sakat suami Hanis Zalikha, iaitu Hairul Azreen pada isterinya yang mengandung anak pertama.

Malah menerusi perkongsian 'Baby Bump' di laman Instagram Hanis, sudah jelas kelihatan perutnya yang semakin membesar dan dibanjiri dengan kata-kata semangat serta doa buat Hanis agar selamat melahirkan anak sulungnya nanti.



FATHIA LATIFF MASIH CARI KEKUATAN UNTUK KEKAL BERTUDUNG



"Alhamdulillah, Allah memberikan hidayah kepada saya untuk belajar perlahan-lahan memakai tudung. Jika diikutkan, sejak menjalani penggambaran di luar negara lagi saya mencuba berhijab.

"Cuma saya meminta ruang kepada semua pihak untuk memberikan saya masa membetulkan tingkah-laku dan sekali gus menetapkan hati andai kata saya membuat keputusan untuk bertudung," demikian kata pelakon Fathia Latiff, 29, mengenai isu bertudungnya yang hangat diperkatakan.



GOSIP - SITI NORDIANA & PENGURUSNYA HANGAT BERCINTA?



Dalam diam, rupa-rupanya penyanyi yang meningkat kembali melalui rancangan Gegar Vaganza 2, iaitu Siti Nordiana digosipkan sedang hangat bercinta dengan pengurusnya sendiri.

Malah jika melihat melalui gambar mereka bersama, wajah Nana nampak berseri-seri dan mereka bagai pinang dibelah dua layaknya.



24 February 2016

8 GAMBAR - AKSI CHE TA DAN 4 BERADIKNYA



Memang dah lama kita tak lihat aksi Che Ta dan adik beradiknya bergambar ala-ala model bersama.

Tapi kami kurang pasti pula tujuan mereka bergambar begini... mungkin untuk album keluarga atau ada projek perniagaan agaknya.

Jom tengok!



3 GAMBAR - WAJAH COMEL ANAK KEMBAR FAD BOCEY & SYEERA



Pasti ramai yang ingin melihat wajah baby kembar lelaki Fad Bocey dan Syaheera Rahman yang bernama Hayyan (abang) dan Zayyan (adik) ni kan?

Iyelah, sebelum ini pun mereka hanya memaparkan wajah kembar tersebut secara sipi sahaja tetapi menerusi Instagram isteri Fad, wajah si kembar ini telah terlihat jelas.



49 GAMBAR - KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI LAHIR ZAIN SAIDIN



Semalam telah diadakan sambutan hari lahir suami Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin yang ke-32 bertemakan Cowboy.

Majlis yang berlangsung meriah di Pampas Grill & Bar, Kuala Lumpur itu telah dihadiri oleh keluarga dan juga teman rapat.



JELIR LIDAH DI MEKAH - SHARIFAH SAKINAH MINTA MAAF, TAK AMBIL HATI KENA KUTUK



Jika baru-baru ini isu sekeping gambar pelakon Sharifah Sakinah menjelirkan lidahnya di Tanah Suci Mekah menjadi bualan hangat kerana disifatkan sebagai 'melampau'... terkini, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 26, meminta maaf terhadap perbuatannya itu.

"Beginilah, sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Kalau apa yang saya lakukan itu membuat peminat bergaduh di laman sosial, saya betul-betul minta maaf. Saya tidak mahu disebabkan saya, orang bergaduh atau memaki hamun tidak tentu pasal.



23 February 2016

"YATT DAPAT PENGGANTI, SAYA DAPAT ANAK" - BEKAS SUAMI



Bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib Abdul Shukor sama sekali tidak merasa sedih dengan perkhabaran yang bekas isteri akan berkahwin dengan jejaka 10 tahun lebih muda darinya pada 27 Februari ini.

Malah kata Talib, dia gembira jika bekas isterinya itu temui pengganti kerana dia bakal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt berkahwin nanti.



14 GAMBAR - AKSI TERKINI AAYDEEN OUMAR, ANAK ANA RAFFALI



Nampaknya, pejam celik... dah besarlah anak sulung kepada penyanyi Ana raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah yang bernama Aaydeen Oumar ni. Untuk info, umur Aaydenn kini sudah genap setahun pada 12 Februari lalu.

"Tahun lepas, waktu ni, Aaydeen dah mula ketuk pintu nak masuk ke dunia kita. Alhamdulillah, setahun yang manis!," ujar Ana di laman IGnya.

Jom kita tengok gelagat si comel ini!



ZIZIE EZETTE 'TERASA HATI' DITUDUH ABAI SUAMI



Gara-gara tidak menampilkan gambar suaminya di laman Instagram, Zizie Ezette terasa hati apabila didakwa oleh segelintir pihak mengabaikan suaminya yang baru sihat daripada rawatan.

"Jangan cakap akak tak jaga suami, ada benda tak perlulah nak dipost, kalau tak post bukan tak sayang dan jangan cari dosa," tulis Zizie membalas kritikan tersebut menerusi hashtag IGnya.



42 GAMBAR - SAMBUTAN BIRTHDAY ERRA FAZIRA BERSAMA PEMINAT MERIAH



Jika sebelum ini, rakan-rakan artis dan teman rapat Erra Fazira meraikan hari lahirnya, kali ini Erra diraikan sekali lagi oleh kelab peminatnya petang kelmarin sempena hari lahirnya yang jatuh pada 9 Februari lalu.

Acara Jom Lepak Lenjan Bersama Erra itu diadakan sekitar jam empat petang di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan berakhir sekitar jam 7 malam.



22 February 2016

26 GAMBAR + VIDEO - AARON AZIZ TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR



Pada Sabtu lalu, pelakon Aaron Aziz telah menerima kejutan hari lahir daripada peminatnya. Dalang kejutan tersebut tidak lain tidak bukan isteri Aaron iaitu Diyana Halik. Diyana telah berpakat dengan Aaronators untuk membuat kejutan hari lahir buat suaminya itu.

Sebenarnya mereka meraikan hari lahir Aaron yang ke-40 awal daripada tarikh sebenar iaitu jatuh pada 23 Februari. Aaron sangat bertuah kerana mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Selamat hari lahir Aaron. Semoga panjang umur dan murah rezeki.



TERKINI - ADIRA SEDANG BERBADAN DUA?



Menerusi laman Instagram Dato Red, dia memuatnaik gambar serta kapsyen seolah isteri keduanya, Adira Suhaimi kini sedang mengandung.

Bagi menguatkan lagi dakwaan ini apabila komen di IG Adira, Dato Red telah meletakkan gambar botol susu menandakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.



8 GAMBAR - WAJAH TERBARU PUTERA ASHRAF MUSLIM & NOOR DAYANA



Pasti ramai yang ingin melihat wajah terbaru Anas Ashraf, anak Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman ni kan?

Nah... disini kami kongsikan beberapa gambar terbaru Anas yang kini berusia dua bulan.

Jom tengok!



21 February 2016

8 GAMBAR - WAJAH BABY KEMBAR SEPASANG EINA AZMAN



UPDATE:

Gambar baby kembar sepasang milik Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan isterinya Datin Paduka Eina Azman yang selamat bersalin kelmarin.

Artikel terdahulu:
Untuk info, sebelum ini pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain dan suaminya Raja Amir juga pernah mendapat anak kembar sepasang.



SEKALI LAFAZ - ANZALNA NASIR & HANIF ZAKI KINI SAH SUAMI ISTERI



Tahniah diucapkan buat Anzalna Nasir atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir yang telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan sekali lafaz dalam satu majlis nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Dalam majlis tersebut, anak kelahiran Pulau Pinang ini menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantarannya pula tidak diketahui.



"DEMI ALLAH, DIA BUKAN ORANG KETIGA" - YATT HAMZAH BIDAS KENYATAAN BEKAS SUAMI



Yatt Hamzah yang enggan dipersalahkan dalam keruntuhan rumah tangganya yang terdahulu, telah tampil menafikan dakwaan bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor yang mengatakan bahawa bakal suami Yatt, Mohammad Zulfadhli Khiruddin merupakan 'orang ketiga' yang menjadi punca perpisahan mereka.

Sekiranya apa yang didakwa oleh bekas suami Yatt itu adalah benar, maka ia bermaksud Yatt telah bermain kayu tiga semasa perkahwinan mereka. Sesuatu yang tentunya tidak boleh diterima oleh masyarakat umum.

Menurut Yatt, dia dan bakal suaminya itu memang sudah lama berkenalan namun hanya menjadi rapat selepas Yatt memfailkan penceraian buat kali kedua.



19 GAMBAR - SEKITAR PENGAMBILAN CINCIN, PERSIAPAN NIKAH & MALAM BERINAI ANZALNA NASIR



Bakal melangsungkan pernikahan hari ini di Masjid Negara, Anzalna Nasir dan pilihan hatinya Hanif Zaki telah membuat persiapan perkahwinan mereka sejak beberapa bulan lepas dan semalam mereka telah mengambil cincin perkahwinan mereka yang bertatahkan berlian di Mouawad Boutique di Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Malah semalam juga, Anzalna dan Hanif telah mengadakan malam berinai mereka.

Semoga mahligai yang bakal dibina ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat dan biarlah segala urusan dipermudahkan sepanjang hidup berumah tangga.

AMBIL CINCIN 


20 February 2016

88 GAMBAR - KEMERIAHAN MAJLIS RESEPSI ANGAH RAJA LAWAK & AMIRA ASYURA



Hari ini telah berlangsung majlis resepsi pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, dan pasangannya Amira Asyura Abd Razak, 20, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kedua-dua belah ahli keluarga, teman rapat, serta rakan-rakan artis.



GAMBAR-GAMBAR MAJLIS RESEPSI AKHIR SAM & SYATILLA



Gambar-gambar sekitar majlis resepsi akhir khusus untuk peminat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang diadakan di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam hari ini.

Majlis persandingan yang berlangsung secara santai itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 tetamu termasuk peminat yang mula memenuhi dewan seawal jam 11 pagi.



6 GAMBAR + VIDEO - SUASANA MAJLIS ULANGTAHUN KE-57 DATUK K



Majlis ulangtahun suami Datuk Siti Nurhaliza iaitu Dato' Sri Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebh dikenali sebagai Datuk K yang ke-57 telah disambut secara sederhana oleh keluarga tersayang.

Dalam majlis tersebut, Izara Aisyah turut hadir meraikan majlis ulangtahun bakal bapa mentuanya. Heh!

"Datuk K sebenarnya tak suka nak sambut-sambut birthday ni, tapi saya memang degil nak gak surprise.. tapi nape saya nyanyi macam tu yek?? Sakit telinga la ct oii!!," ujar Siti di laman IGnya.



JADI ISTERI KEDUA - ADIRA TAK KISAH DIRINYA DIHINA



"Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan," demikian kata Adira Suhaimi mengenai dirinya yang menjadi bahan hinaan sesetengah pihak di laman sosial.

Kata Adira, dia enggan ambil tahu dan memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media.



NORA DANISH NAFI TEMPAH BAJU KAHWIN



Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan yang Nora Danish sedang giat melakukan persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nedim Nazri. Malah Nora dikatakan telah pun menempah busana perkahwinan dengan pereka fesyen, Ashraff Zainal.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, Nora telah tampil menafikan yang dia sudah menempah baju kahwin dan bakal mendirikan rumah tangga dengan Nedim dalam masa terdekat.



DATO' TERLAJAK LARIS KINI BAHAGIA DISAMPING ISTERI



Menerusi status terbaru yang dimuatnaik oleh pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih popular dengan panggilan 'Abang Terlajak ‎Laris' dilihat sedang meluangkan masa makan bersama isterinya, Datin Nur Shahida.

Sebelum ini, isu pergolakan rumah tangga mula timbul apabila ada pihak beranggapan yang rumah tangganya kini sedang mengalami masalah, ekoran beberapa status sedih dan kata-kata yang dimuatnaik olehnya.



TERLALU PENAT PUNCA USTAZ KAZIM ELIAS MASUK HOSPITAL



Semalam Ustaz Kazim Elias telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong.

Namun begitu, doktor telah mengesahkan penceramah bebas itu bukan diserang sakit jantung tetapi kerana terlalu penat.