29 June 2012

GAMBAR - HAIRIE OTHMAN SERTAI PARTI PAS


Pelakon Hairie Othman akhirnya mengikuti jejak rakan seperjuangan yang lain seperti Wan Aishah Wan Arifin, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Azmil Mustapha dan lain-lain lagi untuk menyertai PAS. Difahamkan, Hairie akan menyerahkan borang keahliannya pada parti tersebut dalam satu program pada 6 Julai ini.

"Saya tidak gusar tentang soal sertai PAS meskipun kini berumur 41 tahun. Saya yakin dengan pilihan saya ini dalam memperjuangkan Islam di negara ini," ujar Hairie yang pernah membintangi filem patriotik seperti Leftenan Adnan.

Klik untuk imej besar...


ISU TATU - AWI RAFAEL BUANG CARA ISLAM


Sebelum gambarnya tersebar, Awi Rafael,26, mengakui bahawa dia sebenarnya sudah melakukan proses untuk membuang tatu menerusi rawatan islam.

"Proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambar saya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini. Saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam," ujar Awi dipetik sebagai berkata.



28 June 2012

BILA MEMEY HAMIL ENAM MINGGU


Setelah lebih sembilan bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim bakal bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi. Difahamkan, Memey telahpun hamil enam minggu dan ia disahkan oleh doktor yang memeriksa pelakon itu.

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

Klik untuk imej besar...


RAJA AZMI & JAILANI SIDEK SAH BERCERAI..!!


Hukuman kerana cuai!

Begitulah pengakuan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman yang bercerai dengan Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam. Selain cuai, beliau juga mengakui gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Penceraian tersebut disifatkannya sebagai 'hadiah' daripada Allah SWT sempena ulang tahun kelahirannya ke-53, iaitu hari yang sama talak dilafazkan. Untuk info, selama 28 tahun berkahwin, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.



27 June 2012

ISU BOTAK: RAS ADIBA TIDAK DIGANTUNG TUGAS


Jika sebelum ini, ada akhbar yang melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi digantung dari tugasannya gara-gara membotakkan kepala, namun cerita sebenar lain pula kisahnya. Menurut laman rasmi Media Prima, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Ras Adiba tidak pernah digantung sebagaimana yang dilaporkan itu.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.



GAMBAR - DIANA AMIR DI TANAH SUCI MEKAH


Akhirnya setelah 11 hari berada di Tanah Suci, Mekah, Diana Amir selamat pulang ke Malaysia pada 19 Jun lalu. Beliau ke sana kerana menunaikan Umrah setelah mendapat hidayah daripada Allah tahun lalu hingga terbuka hati untuk menutup aurat.

“Saya ambil keputusan ini (memakai tudung) kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” demikian kata Diana pada tahun 2011 mengenai perubahannya itu.

Klik untuk imej besar...


26 June 2012

GAMBAR BAYI ARTIS MENGANDUNG TANPA NIKAH?


Gambar bayi seorang pelakon yang didakwa mengandung tanpa nikah dan telah menetap sementara di luar negara untuk menutup perbuatannya. Difahamkan, artis tersebut menyangkal semua dakwaan dan mendakwa ia hanya sekadar fitnah semata-mata.

Akibatnya, kisah ini jadi panas dalam industri hiburan tanahair pada 2011 hingga timbul pelbagai tuduhan dan dakwaan liar.

Klik untuk imej besar...


SAIFUL APEK BEBAS KES DADAH


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor semalam atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan kira-kira dua tahun lalu.

Keputusan tersebut diberikan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid yang mengadili perbicaraan yang membabitkan Saiful Apek, 42, dan tiga lagi rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.



25 June 2012

GAMBAR - MAYA KARIN BERSAMA OKU


Aksi Maya Karin di Karnival Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan 2012 yang berlangsung di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Nampaknya, peminat Maya di sana cukup ramai terdiri daripada kanak-kanak, remaja hinggalah ke warga emas.

Menurut Maya, OKU di karnival itu semuanya murah senyum, sporting, dan ada juga yang gemarkan lagu dangdut. Sebagai selebriti yang senantiasa membantu dan menyokong golongan kurang upaya, Maya sememangnya tidak lokek untuk berkongsi pengalaman termasuk ilmu nyanyian.

Syabas Maya..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BILA RAS ADIBA RADZI RELA BOTAK


Demi kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Ras Adiba Radzi rela mengorbankan rambutnya untuk kempen tersebut bagi menyokong kanak-kanak yang menderita kanser.

Kempen tersebut yang dinamakan sebagai kempen 'Jom Botak' bertujuan untuk mengumpul dana sejumlah RM50,000 bagi membantu pesakit kanser. Moga usaha tersebut mendapat sokongan dan bantuan ramai pihak sekaligus dapat meringankan tabung Majlis Kanser.



22 June 2012

GAMBAR - ENGKU ALEESYA YANG COMEL


Gambar terbaru Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran yang makin aktif dan ceria. Gambar ini dimuatkan naik ke laman sosial Erra dan Emran sebagai tanda mereka masih bahagia bersama.

Nampaknya, gosip keterlaluan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk menggoyahkan mahligai yang mereka bina tidak berkesan sama sekali. Kerana dalam rumah tangga, kita sememangnya tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan dugaan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri!

Klik untuk imej besar...


‘SEPERTI DULU’ - BUAH TANGAN TERBARU FORTEEN


Atas respon positif “Berdua Bersatu”, Forteen kini tampil dengan single kedua berjudul “Seperti Dulu”. Kumpulan vokal yang ditubuhkan pada Mac 2011 ini dianggotai oleh One, Ariz, Ameerais, dan Izzue, walaupun baru berusia setahun dipersada hiburan namun penerimaan daripada penggemar muzik tanahiar amat menggalakkan. Buktinya, “Berdua Bersatu” saban hari kerap diputarkan di corong-corong radio.

Forteen juga malah tersenarai untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.

Klik untuk imej besar...


21 June 2012

JULIANA EVANS BERCUTI LEPAS 'RINDU'


Akhirnya 'rindu' pelakon Juliana Evans pada bidang lakonan dan mungkin juga 'si dia' yang berhidung mancung terubat jua.

Juliana akan bercuti sehingga selepas Aidilfitri setelah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.



20 June 2012

GAMBAR - LISA SURIHANI & UMIE AIDA JADI POLIS


"Hari ini kita ada 13 scenes.... faham takkkk?" ujar Lisa Surihani menyakat Umie Aida.

"Faham sangat... hi hi," balas Umie pula.

Begitulah kemesraan antara Umie dan Lisa ketika melakukan penggambaran drama kepolisan yang pastinya hangat dan menarik. Tambah-tambah mereka sememangnya berpengalaman dalam bidang lakonan dan mempunyai ramai peminat.

Umie nampak bergaya sebagai detektif
Klik untuk imej besar...


19 June 2012

DYNAS MOKHTAR DAPAT BAYI LELAKI


Dalam diam, sudah dua anak Dynas Mokhtar apabila menerima cahaya mata baru empat hari lepas. Sebelum ini, Dynas dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan bernama Khayra Khalyssa... tetapi dengan kehadiran bayi lelaki terbaru, hidup mereka makin bahagia dan lengkap.

"Miss doing this... can't wait to breastfeed in my new arrival," ujar Dynas melalui laman sosialnya.

Dynas sebelum bersalin - Klik untuk imej besar...


RIZAL AF5 BAKAL NIKAH PRAMUGARI FIREFLY


Bintang Akademi Fantasia (AF5), Rizal Ayub, atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25, akhirnya bertunang dengan gadis pilihan hatinya Maria Mohd Harun, 30, iaitu seorang eksekutif di syarikat penerbangan Firefly.

Mereka berdua bertunang pada 26 Mac lalu tanpa kehadiran media disebabkan tidak mahu publisiti. Lebih menarik, Rizal dan Maria adalah pasangan senegeri iaitu masing-masing berasal dari Sarawak.

Klik untuk imej besar

Gambar koleksi: Rizal AF5

18 June 2012

GAMBAR - BILA AARON AZIZ 'KEMALANGAN'


Malang tak berbau...!

Begitulah yang berlalu terhadap Aaron Aziz apabila keretanya terbabit dalam kemalangan baru-baru ini. Namun syukurlah... keretanya hanya mengalami calar di bahagian sisi tepi sahaja.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - AQASHA KETIKA MUDA BELIA


Gambar Aqasha ketika masih berjiwa rock. Masuk tahun ini, sudah hampir 13 tahun beliau bergelar artis dan pelbagai pahit maung telah dilaluinya.

"Aku teringat zaman aku berseluar hijau. Dalam report card aku pada tahun pertama bersekolah, cita-cita yang aku tulis adalah - Perdana Menteri. Tahun kedua - Arkitek. Nah! masuk tahun ketiga - Aktivis Seni. Begitu jugalah untuk tahun-tahun yang seterusnya. Memang nyata jiwa aku, jiwa seni," ujar Aqasha mengingati kembali zaman silamnya.

Klik untuk imej besar...


15 June 2012

GOSIP - NUBHAN BERCINTA DENGAN MODEL TIONGHOA?


Angin tidak, ributpun tidak... tup tup penyanyi yang lahir melalui program Akademi Fantasia (AF) Nubhan didakwa hangat bercinta dengan seorang model. Semuanya bermula ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran video klip terbaru untuk single Nubhan bertajuk 'Picisan'.

Aikkk... cinta lokasi la pulak, biar betul..!

Klik untuk imej besar...


REMY & TIZ ENGGAN KOMEN ISU 'MERAJUK'


Awalnya, ramai yang menyangka tulisan Remy Ishak yang diluahkannya di laman Twitter hanya satu latihan lakonan semata-mata. Ini kerana, tak mungkin apabila dia sakit teruk... kekasihnya Tiz Zaqyah tidak mempedulikannya sedikitpun!

Namun apabila doktor mengesahkan bahawa Remy sememangnya kurang rehat, tidak cukup tidur hingga paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia dan harus di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor... akhirnya segala-galanya makin jelas.

Klik untuk imej besar...


14 June 2012

GAMBAR - MAYA KARIN TONTON EURO DI UKRAINE


"Kuala lumpur-London-Kiev-Kharkiv. Boarding now," demikian kata Maya Karin ketika menaiki kapalterbang untuk menyaksikan perlawanan Euro 2012 di Metalist Stadium, Kharkiv, Ukraine.

Wahhh... kelas kau Maya! Bagi kita yang tak berkemampuan ni, jawabnya tengok TV secara langsung je la...

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BABY TOMOK DIPANGKUAN MASTERCHEF SELEBRITI


Baby sulung Tomok, iaitu Arrianshah Akid dipangkuan dua peserta Masterchef Selebriti terbitan Astro. Mungkin ketika rancangan Masterchef mahu dirakam, Tomok membawa sekali babynya yang tembam itu hingga Thanuja dan Juliza Adlizan tidak tahan geram melihatnya.

Sebagai maklumat, isteri Tomok Rahayu Abbas (Ayu) telah melahirkan Arrianshah di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini. Baby lelaki tersebut amat sihat hingga beratnya mencecah 3.33 kilogram ketika dilahirkan.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - ANAK SERINA REDZUAWAN TERKINI


Gambar terkini Isabella Saffiya, anak kedua Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Difahamkan, gambar menarik ini dirakam ketika sambutan hari lahir Serina baru-baru ini. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


DRAMA TERKINI - HELL ON WHEELS


Hell on Wheels siri drama epik baru mengenai era Western Amerika, akan disiarkan secara eksklusif di Sundance Channel bermula 21 Julai pada jam 10:00 malam. Kesemua 10 episod itu disiarkan selama satu jam menceritakan kisah pembinaan landasan kereta api merentas benua pada era pasca Perang Saudara Amerika, sekitar tahun 1865.

Siaran perdana Hell on Wheels di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan di rangkaian AMC – saluran seinduk Sundance Channel – telah berjaya menarik 4.4 juta penonton, menobatkannya sebagai siaran perdana siri asal yang kedua tertinggi dalam sejarah rangkaian ini. Sundance Channel HD boleh ditonton melalui Astro B'yond di saluran 438.

Klik untuk imej besar...


MAIN POKER: GAMBIT PERTAHAN TINDAKAN


Meskipun ada pendakwah yang menyifatkan tindakan Gambit Saifullah Rosli, 27, bermain poker sebagai salah mengikut syariat Islam, namun pelakon Karipap-Karipap Cinta itu tetap mempertahankan tindakannya dengan berkata dia sekadar menimba pengetahuan.

Terdahulu, seorang pendakwah bebas memberitahu yang beliau tidak setuju dengan pendapat individu yang terlibat dengan judi semata-mata atas alasan untuk memahami permainan itu.

Klik untuk imej besar...


13 June 2012

HAMIL - CATRIONA ROSS TUNGGU MASA


Selepas mendapat anak sulung pada 2010 bernama Sephia Rania, terbaru... pelakon Catriona Ross yang sarat hanya menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya. Lebih memudahkan Cat, beliau baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama 'Andai Ku Tahu' bersama Natasha Hudson sebagai adik beradik.

"The End. Saying sayonara as I end shoots while waiting for my delivery..." demikian kata Cat melalui laman Twitternya.

Klik untuk imej besar...


12 June 2012

WANITA & GOSIP DALAM HIDUP JOHAN AS' ARI


Jika anda masih ingat, rasanya sudah ramai pelakon wanita yang digosipkan dengan pelakon Johan As'ari, 26. Antaranya ialah bekas kekasih yang patah hati Izreen Azminda, Fasha Sandha yang kini sudah berkahwin dan juga janda genit Nabila Huda.

Meskipun sebelum ini dia menafikan mempunyai hubungan dengan Fasha dan Nabila, namun entah kenapa gosip tetap hangat mendakwa mereka bercinta. Malah ada juga cakap-cakap yang mendakwa Johan sekadar ingin meraih publisiti murahan melalui gosip tersebut bagi melonjakkan namanya.

Gosip dengan Fasha - klik untuk imej besar...


OSMAN KERING KRITIKAL, BUKAN MENINGGAL!!


Laporan tanpa usul periksa dan tidak bertanggungjawab!

Itulah perkataan yang tepat untuk berita palsu kematian pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, semalam. Kerana hakikatnya, Osman hanya kritikal dan dimasukkan ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM), Selangor.



11 June 2012

PUTERI CAROLINE JUARA MENTOR 6


Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ella dan protegenya Caroline tak siapa yang tahu!

Demikianlah yang dapat disimpulkan atas kemenangan protege Ella, Caroline, atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20. Berliau berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 71 markah dan sekaligus muncul sebagai juara Mentor musim keenam (Mentor 6) di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor semalam.



09 June 2012

23 GAMBAR NOSTALGIA LIYANA JASMAY


Nama: Liyana Jasmay
Negeri Asal : Kuantan, Pahang
Tarikh Lahir: 28 Mac 1988
Bintang: Aries
Hobi: Shopping
Muzik : R & B
Adik beradik: anak bongsu daripada empat orang adik beradik

Klik untuk imej besar...


08 June 2012

GOSIP BAWA TUAH PADA LEUNIEY


Hanya kerana gosip.... akhirnya Leuniey, 21, atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri diminati ramai produser filem. Dengarnya bukan seorang, malah dua produser besar yang berminat menyuntingnya seperti David Teo dan Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Semuanya gara-gara kontroversi kononnya beliau mempunyai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang dinafikan olehnya. Kini Leuniey terus melangkah sebagai usahawan dan model berjaya apabila menjadi model iklan untuk klip produk haruman SimplySiti.

Mungkinkah akan datang dia bakal popular sebagai pelakon pula?



CHRISTINA PERRI MUAK TERBANG


Jika setiap hari asyik menaiki kapalterbang ke sana sini, pastinya rasa bosan dan muak menyelubungi diri seseorang itu. Begitu jugalah halnya dengan penyanyi Amerika Syarikat (AS), Christina Perri, 26, apabila membuat konsert jelajah di seluruh dunia.

Menurut artis yang nama sebenarnya Christina Judith Perri ini, dia bosan apabila jadual konsert jelajahnya terlalu padat hingga memaksa dia terbang setiap hari ke seluruh pelusuk dunia.



LAGI GAMBAR EKSKLUSIF PERKAHWINAN NURUL & ERIC


Gambar-gambar menarik lagi eksklusif sempena Majlis Perkahwinan Nurul wahab dan Eric Depp hasil tangan Fadzli Fuzi Photography.

Jika rasa tertawan dan inginkan suatu kelainan pada majlis anda, apa kata anda lawat Facebook Fadzli untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Enjoyzz..!

Klik untuk imej besar...


07 June 2012

GAMBAR: NURUL - SEBELUM DAN SELEPAS


Nurul Wahab, sebelum dan selepas makeup... ketika saat mahu mendirikan mahligai bahagia bersama pasangannya Eric. Pastinya, ada kelainan yang terdapat dalam penampilan Nurul yang menarik perhatian lelaki Perancis itu.

Bak kata pepatah, Ikan di laut asam di darat... dalam kuali bertemu jua. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - 2 BABY DALAM PELUKAN JAZAMINE


Sungguh bertuah Jezamine Lim apabila dapat memeluk dua bayi lelaki dalam satu masa. Siapa lagi kalau bukan anaknya Zander Xayne dan juga 'bayi besar' Harith Iskander yang lucu dan suka berjenaka?

Untuk makluman, gambar ini dirakamkan khas oleh jurugambar profesional Sammy Khoo yang jelas memperlihatkan betapa akrabnya hubungan suami isteri ini bersama anak mereka.

Klik untuk imej besar...


LAN KRISTAL DAPAT ANAK PEREMPUAN KEDUA


Selepas mendapat anak pertama pada Ogos 2010, kini Vokalis kumpulan Kristal, Lan mendapat anak kedua pula yang juga merupakan seorang bayi perempuan. Isterinya, Nur Sheila Hassim, melahirkan 'Nur Amna Qeesyara' di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.29 petang semalam.

"Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.

Anak pertama Lan - Klik untuk imej besar...


06 June 2012

NURUL KINI SAH ISTERI ERIC


Akhirnya, dengan sekali lafaz, Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 35, sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47.

Mereka melangsungkan pernikahan di Duchess Place, Kuala Lumpur, dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman.

Klik untuk imej besar...


BILA GAMBIT SAIFULLAH MAIN POKER


Mungkin sekadar suka-suka atau sekadar mahu memasuki pertandingan yang diadakan, Gambit Saifullah tampil dengan isu terkini 'bermain poker' pula.

Untuk info, Gambit telah ke Sydney, Australia baru-baru ini atas tujuan melancong atau mungkin pergi bersama krew produksi membuat penggambaran. Namun yang mengejutkan ialah, apabila beliau mengakui melibatkan diri dalam satu pertandingan poker di sana.

Klik untuk imej besar...


RAGAM AQASHA PANJAT GUNUNG KINABALU


"Panjat sangat mudah, turun sangat seksa! Tapi berjaya," demikian kata Aqasha, hero drama arahan Erma Fatima yang terpaksa mendaki Gunung Kinabalu demi mencari rezeki.

"Hero panjat gunung pakai singlet je. Takde hal," tambah Aqasha berseloroh.

Klik untuk imej besar...


HIJRAH NOORKHIRIAH SHAPIE


Jika satu ketika dahulu, Noorkhiriah Shapie tampil memakai penutup kepala dan memberitahu dia sedang berjinak-jinak mahu menutup aurat, tetapi baru-baru ini dalam satu sesi photo dengan media, dia akhirnya telah terbuka hati untuk memakai tudung secara kekal.

"Walaupun sudah mula berjinak-jinak untuk melakukan perubahan terhadap penampilan, saya hanya bertudung sesekali sahaja dan masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan saya supaya tidak bertudung.

Klik untuk imej besar...


05 June 2012

ADDA BUTTERFLY KENA CERAI MELALUI TELEFON


Apa perasaan anda apabila hanya sempat bahagia di alam perkahwinan selama 17 hari sahaja? Dan itulah yang berlaku terhadap Adda Butterfly yang telah bercerai selepas hanya 17 hari mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda dipetik sebagai berkata.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - RAGAM ANAK-ANAK AARON AZIZ


Sebagaimana bapa menghargai mereka, begitu jugalah anak-anak menghargai bapa yang mereka cintai. Malah ketika menunaikan Umrah, Aaron Aziz tidak pernah lupa pada anak-anak dan sering membawa photo mereka ke mana-mana.

Jom lihat gambar menarik kad dan anak-anak Aaron yang meraikan Hari Lahir di beri tema Fabulous Fashionista Party baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...


HENTIKAN GOSIP KETERLALUAN - ERRA FAZIRA


Khabar angin yang kononnya Erra Fazira dan suaminya Engku Emran menemui kaunselor untuk meminta nasihat tentang pergolakan rumah tangga mereka disifatkan sebagai mengarut oleh pelakon dan penyanyi itu.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.



04 June 2012

GAMBAR - FASHA DAN JEJAI SANDING 'BERTIGA'


Gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) di kampung Fasha sendiri iaitu di Perlis. Difahamkan, lebih kurang 800 jemputan yang terdiri daripada keluarga, peminat dan para wartawan hadir di Tasoh Lake Resort & Retreat tersebut.

Apa yang menarik, Fasha dan Jejai bukannya bersanding bedua, tapi 'bertiga' kerana Fasha kini sedang hamil beberapa minggu. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...


MAJLIS PERLANCARAN SOUNDTRACK FILEM '29 FEBRUARI'


Kuala Lumpur - Selepas mencipta pelbagai kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem, antaranya “Penyembuh Rindu” Mawi dan Diana Danielle (Magika) dan “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain (Hikayat Merong Mahawangsa), KRU Music sekali lagi meneruskan tradisi dengan menerbitkan keseluruhannya 4 buah lagu untuk filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul “29 Februari” terbitan KRU Studios.

Bagaimanapun, hanya 3 lagu utama dipilih untuk dikeluarkan secara “single” untuk siaran radio iaitu ”Kelip-kelip” nyanyian Remy Ishak, “Jagalah Diri” nyanyian Jaclyn Victor dan “Seperti Dulu” nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim, pencipta dan penulis lirik yang juga merupakan pengarah bagi filem ini.

Klik untuk imej besar...


KONSERT ULANG TAHUN KE-20 KRU


Kemunculan kumpulan trio KRU pada tahun 1992 selaku peneraju utama muzik rap tanahair yang diwakili oleh tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry kini telah menjangkau usia yang ke-20 tahun. Kegigihan serta bakat mereka melalui pelbagai kejayaan gemilang termasuk peristiwa pahit manis sepanjang pembabitan mereka didalam industri seni dilihat mematangkan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila kumpulan KRU bertransformasi dari sebuah kumpulan muzik rap ke empayar perniagaan yang menembusi persada dunia.

Klik untuk imej besar...


02 June 2012

GAMBAR - ERMA FATIMA DAKI GUNUNG KINABALU


Siapa sangka, untuk menyiapkan drama terbarunya, Erma Fatima sanggup berpenat lelah bersama pelakon dan krewnya mendaki Gunung Kinabalu. Difahamkan, judul drama tersebut ialah Dejavu Di Kinabalu.

Antara pelakon yang kelihatan gigih mendaki dengan penuh semangat ialah Tiz Zaqyah dan Aqasha yang memegang peranan utama. Wahhh... hebat juga mereka ni, tapi bila pula agaknya nak panjat Gunung Everest buat penggambaran?

Klik untuk imej besar...