Tak kenal maka tak cinta... tapi bila dah kenal tak nak cinta pula..! Kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah... dan demikian jugalah hal yang dialami oleh Abby Abadi apabila Zul Ariffin didakwa sudah berubah sikap.
"Kalau mahu kata saya kacang lupakan kulit tidak juga. Saya masih tidak popular seperti yang diperkatakan. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang saya inginkan.
"Tidak dinafikan dia banyak membantu dari segi nasihat dan bimbingan. Selebihnya, saya berusaha sendiri. Dan bukan kerana dia saya dapat kerja atau tawaran berlakon," demikian ujar Zul sebelum ini penuh yakin.
Sehubungan itu, Abby yang diibaratkan oleh segelintir pihak sebagai 'perigi mencari timba' merasa amat sedih di atas perubahan Zul itu. Jadi... untuk menyelami hati Abby yang mudah tersentuh itu, ayuh kita baca luahannya di dalam blog yang ditulis khusus untuk Zul.
Bagaimanapun, luahan Abby itu tidak kami sunting atau perbetulkan supaya anda semua dapat melihat isi nurani Abby yang asli. Selamat membaca!
TAAARAAAA...
Assalamualaikum, hye! Tunggu Sy? Hehe.. Tak sabar yer nk baca entri neh? ;P Sy pun tak sabar nk publish sebenarnya, huhu.. Tapi, dr smlm, neh baru selesai....Cerita 'Tentang Awak' Sy. Siapa? Yang tau, taulah.. Yang taktau, bayangkan je mcm baca sinopsis novel! Huhu.. :)
Gambar neh Sy snap sendiri depan mata Awak (Raya 2011)