29 February 2012

LIYANA JASMAY TEMU JODOH DENGAN JIRAN


Liyana Jasmay, 23, akhirnya membuat keputusan untuk bertunang bulan depan dengan jirannya sendiri iaitu ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan, 28.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan", ujarnya yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu.

Bakal tunang Liyana? (tengah) - klik untuk imej besar...


CATRIONA ROSE HAMIL KALI KEDUA


Akhirnya, persoalan mengenai Catriona Norhayati Rose, 32, (Cat) yang nampak makin ceria dan berseri-seri kebelakangan ini terbongkar. Beliau mengakui sah hamil anak kedua dan kini kandungannya sudah berusia empat bulan setengah.

Berita gembira itu telah dikongsi bersama peminatnya di laman facebook apabila ada yang bertanya mengapa wajah Cat nampak berseri? Malah ada juga yang tidak percaya bahawa Cat sedang mengandung kerana perutnya tidak kelihatan besar tetapi maintain slim.

Klik untuk imej besar...


TUDUNG BUKAN PUNCA BERHENTI - ABBY FANA


“Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

“Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI,” demikian dakwa Abby Fana dipetik sebagai berkata bagi menangkis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau telah 'dibuang' daripada TV3 gara-gara bertudung.

Klik untuk imej besar...


INFO: ARTIS & SELEBRITI YANG LAHIR HARI INI


Siapakah artis yang lahir hari ini (29 Februari) dan menyambut tarikh kelahiran itu empat tahun sekali? Pastinya tak ramai dan ia boleh dikira dengan jari kerana tarikh tersebut merupakan bulan lompat yang cuba dielak oleh ramai pihak.

Untuk info, tiada artis tempatan yang lahir pada hari ini.

Berikut adalah senarai artis dan selebriti luar negara yang lahir pada 29 Februari:

James Mitchell, meninggal di usia 89


28 February 2012

GAMBAR SANA SINI - RASHID SALLEH, WANITA DAN ULAR


Fuhhh... seksi habis Rashid Salleh apabila menjalani sesi forografi dengan seorang wanita dan seekor ular sawa. Bayangkan, tubuh Rashid dibelit oleh ular tersebut dan kemudiann dibelit pula oleh wanita bernama Sofea Shariffah Louisse.

Dalam hal ini, pastinya ramai yang tidak menyangka Rashid sangat berani beraksi sedemikian untuk sebuah sesi fotografi. Namun, mungkin ada sesuatu yang menarik dalam sesi foto tersebut yang mampu mengangkat lagi nama Rashid sebagai artis 'berwajah Cina' kegemaran ramai.

Apa lagi... jom layannzzz!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR TERKINI BABY MARION CAUNTER


Gambar-gambar anak perempuan Marion Caunter dan pasangannya SM Nasaruddin yang bernama Leia Rose. Selepas habis berpantang, difahamkan Marion akan kembali bekerja minggu hadapan.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


UPDATE: MAWI & EKIN DAPAT ANAK PEREMPUAN


UPDATE:
Berita gembira... pasangan Mawi (Asmawi Ani) dan isterinya Ekin (Norashikin Rahmat) dikhabarkan telah mendapat baby perempuan pada jam 4.00 pagi tadi di hospital di Bangi, Selangor. Bayi tersebut dilahirkan secara normal dan berat ketika lahir adalah 2.8 kilogram

Berita tersebut telah dikongsi oleh rakan-rakan artis dan PR di akaun Twitter dan BBM mereka. Untuk info, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum disahkan mengandung lagi beberapa bulan lalu.

Tahniah diucapkan buat TsuMawi!

* Cahaya Malaika. Itulah nama anak puteri Mawi dan Ekin. Maksud nama tersebut ialah “Cahaya Permaisuriku”. Nama tersebut telah dipilih dan dipersetujui oleh Mawi dan Ekin.

Saat Ekin mengandung...


FARINA AF8 NAFI 'MENGGATAL' DENGAN SUAMI ORANG


Farina AF8 menafikan sekeras-kerasnya yang beliau bakal menjadi isteri kedua seorang VIP dan kononnya pernah menghabiskan percutian di Pulau Langkawi dengan kapal layar peribadi milik VIP tersebut.

Jelas Farina atau nama sebenarnya Zafarina Jamhari, 29, dakwaan tersebut hanya fitnah kerana hubungannya Mohd Irwan Iryani Suhaimy (Irwan) yang dikatakan VIP itu berlandaskan persahabatan biasa sahaja.



27 February 2012

UPDATE: RESEPSI YUSRY & LISA ALA2 'FRENCH VINTAGE'


UPDATE:

Majlis resepsi dan persandingan Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), semalam. Ia dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Untuk info, majlis tersebut berkonsepkan ala 'French Vintage', inspirasi daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis). Lisa telah memakai busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak bertanjak dan berbaju tradisi Melayu.

Klik untuk imej besar...


26 February 2012

JEJAI & FASHA DI BUTIK PENGANTIN RIZMAN


Selepas mendapat hadiah kereta mewah jenama BMW bernombor plat RFS (gabungan nama Rizal dan Fasha Sandha) sempena hari kekasih yang jatuh pada 14 Februari lalu daripada Jejai, terbaru mereka dilihat sedang menempah baju di butik pengantin Rizman Ruzaini.

Baju apa? Takkan tempah baju renang pula ya tak? Tambah-tambah kalau di butik Rizman yang popular dengan pelbagai rekaan menarik busana pengantin.

Klik untuk imej besar...


Dua gambar kereta BMW bernombor plat RFS selepas ini...

GAMBAR TERKINI ANAK SHUIB & SITI SARAH


Gambar anak pasangan bahagia Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raisuddin bernama Uwais Alqarni yang baru berusia 85 hari. Untuk info, Uwais lahir pada 4 Disember 2011 dan sudah pandai 'bersembang' dengan ibu bapanya hingga membuat mereka tak menang tangan.

"Dia anak yang baik. Jujurnya, saya tidak pandai dengan bayi sebab saya anak tunggal. Tapi selepas mendapat Uwais, secara automatik semuanya berjalan secara semula jadi. Saya mandikan dia dan berani mendukung Uwais. Saya berbeza dengan Sarah yang sebelum ini memang serasi dengan bayi.

Klik untuk imej besar...


25 February 2012

ANA RAFFALI KINI SAH ISTERI AHMAD AZNAIM


Ana Raffali, 26, kini bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dengan hanya sekali lafaz setelah selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Selain itu, satu majlis pertunangan turut diadakan satu jam sebelum ijabkabul dilakukan.

Terdahulu, Ana Raffali telah berwalikan bapanya iaitu Mohd Raffali Mohd Nor diijabkabulkan pada 11.55 pagi.

Klik untuk imej besar...

Photo: Takie Kamil



GAMBAR SANA SINI - HANTARAN YUSRY DAN LISA


Sedikit gambar-gambar hantaran dan cenderamata secara close-up sempena perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani pada 23 Februari lalu.

Klik untuk imej besar... atau klik kanan & open in new tab


24 February 2012

GELANG BERLIAN UNTUK LISA SURIHANI


Apa yang anda hendak hadiahkan kepada pekerja kesayangan yang telah banyak berjasa kepada syarikat anda? Tambahkan pula, pekerja itu telah banyak membuat keuntungan kepada syarikat hingga berjuta ringgit melalui popularitinya melalui banyak filem.

Mungkin atas kesedaran itulah agaknya David Teo dengan murah hati menghadiahkan satu gelang berlian yang kemungkinan harganya 'boleh tahan' untuk perkahwinan Lisa Surihani. Takkan jutawan Metrowealth itu nak hadiahkan gelang yang dibeli daripada 'Petaling Street' ya tak?

Klik untuk imej besar...


ANAK DARLING NGASRI YANG TEMBAM


Gambar-gambar anak Darling Ngasri bernama Nur Nashrullah Nur Azlin yang makin tembam macam ibunya satu ketika dulu.

Apa yang menarik, gambar Nur Nashrullah kami paparkan step by step iaitu ketika Darling masih di hospital sehinggalah sekarang. Rasa macam menaiki 'mesin masa' pula..!

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


LAGI GAMBAR DAN VIDEO PERNIKAHAN LISA & YUSRY


Lagi enam (6) gambar dan lima (5) video menarik majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani semalam di Hotel Marriot Putrajaya. Enjoyzzz..!!

Klik untuk imej besar...



VIDEO 1:
Pra majlis pernikahan di mana para tetamu daripada kedua belah
pihak sedang menuju masuk ke dewan pernikahan.


23 February 2012

UPDATE: PERNIKAHAN YUSRY DAN LISA SURIHANI


UPDATE:

Lisa Surihani Mohamed, 26, sah menjadi isteri kepada Yusry Abdul Halim, 39, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.

Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen.

Dianggarkan kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media hadir di majlis tersebut.

Klik untuk imej besar...




DATIN NORJUMA DI MAJALAH HARMONI


Gambar terbaru Datin Norjuma dalam Majalah Harmoni keluaran Februari yang cun. Malah kalau dilihat sekali imbas, mungkin tiada siapa menyangka beliau sebenarnya sudah mempunyai tiga orang anak. Heh..!

Klik untuk imej besar...


Gambar penuh majalah selepas ini...

HAPPY BIRTHDAY AARON AZIZ..!


Hari ini adalah hari jadi hero Malaya kelahiran Singapura Aaron Aziz yang ke-36. Mungkinkah tahun 2012 terus menjadi tahun gemilang buat Aaron atau mungkinkah akan muncul hero baru yang bakal menandinginya nanti?

Apa-apapun, harapan kita agar rezeki Aaron akan bertambah dan terus mencapai kegemilangan sebagaimana 2011. Amin.

Sedikit tentang Aaron:
NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Tampines, Singapura

Klik untuk imej besar...


19 GAMBAR NOSTALGIA WHITNEY HOUSTON


Nostalgia Whitney Houston yang meninggal dunia pada 11 Februari lalu. Untuk info, antara peminat beliau di sini ialah Ziana Zain, Erra Fazira dan ramai lagi artis yang menjadikan beliau sebagai idola atau rujukan untuk menjadi bintang hebat.

Klik untuk imej besar...


18 lagi gambar-gambar Whitney Houston sejak berhingus selepas ini...

22 February 2012

ANAK AMIR UKAYS KEMBALI KERAHMATULLAH


Anak kepada penyanyi Amir Ukays meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Untuk info, Allahyarham Mohd Imran yang berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak lahir dan sering berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan.

Berita ini telah disahkan sendiri oleh Amir Ukays yang dihubungi media bagi mendapatkan pengesahan.

Mohd Imran kini tinggal kenangan...



GAMBAR SANA SINI - LISA SURIHANI MANDI BUNGA


Dibesarkan dalam dunia moden, bukan bererti pelakon Lisa Surihani melupakan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri. Malah untuk memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad, Lisa telah bersetuju melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinannya dengan Yusry Abdul Halim esok.

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - AKSI AARON AZIZ VS DR. R


"Siapa yang pandai-pandai ni buat ni ah!!!" Tanya Aaron Aziz secara berseloroh pada peminatnya di Twitter yang kemungkinan mengupload gambar 'superimpose' laksana Dr R.

Melihat gambar tersebut, rasa nak gelakpun ada. Bukan apa, aksi wajah Aaron yang bersahaja menampakkan sedikit persamaan antaranya dengan Doktor yang dikenali ramai itu. Apa celop??

Klik untuk imej besar...


'DIN' MASIH TERINGAT NOSTALGIA FILEM KAMI


Masihkan anda ingat dengan filem 'KAMI' lakonan Allahyarham Sudirman dan pelakon cilik berusia 11 tahun yang memegang watak Din?

Untuk info, Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din kini bekerja sebagai orang kuat IT di negara ini. Beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur sebenarnya telah diberi peluang berlakon disamping Sudirman kerana 'tuah' sebagai peminat.

Klik untuk imej besar...


MISHA OMAR DAN FIROS TUNANG SENYAP-SENYAP


Gambar pertunangan Misha Omar, 30, dengan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 30. Mereka bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada tengahari kelmarin.

Misha telah menerima lima dulang hantaran berbalas lima dan disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin. Bagaimanapun, kedua-duanya pasangan ini masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

Klik untuk imej besar...


SUDIRMAN: HILANGNYA TAK BERGANTI


Tarikh 22 Februari 2012 (hari ini), sudah 20 tahun kita kehilangan penyanyi terhebat Sudirman Hj Arshad, Penghibur Terbaik Asia. Ketika meninggal, beliau baru berusia 37 tahun dan sedang berada di puncak populariti yang tiada tandingnya.

Kematian Allahyarham yang diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada waktu subuh amat mengejutkan ramai peminat seni tanahair.

Mengimbas kembali sejarah hidup Allahyarham, beliau adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran. Pengiktirafan dalam kerjaya dan pelajaran itu juga telah membuat Sudirman digelar 'The Singing Lawyer'.

Klik untuk imej besar...


HEROIN 'NADA CINTA' TERKEJUT


Siapa tidak terkejut apabila dalam diam rupa-rupanya mempunyai begitu ramai peminat di Malaysia. Semuanya gara-gara Sinitron Nada Cinta yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Begitulah aksi pelakon remaja Indonesia, Mikha Tambayong, 18, apabila mendapati dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat negara ini. Selain itu, dia juga popular melalui laman sosial Twitter dan kebanyakan peminatnya adalah daripada Malaysia.



21 February 2012

TAKUT KIAMAT, MARSHANDA KINI BERHIJRAH


Masihkah anda ingat isu pelakon Sinitron Indonesia Adriana Marshanda atau lebih popular dengan Marshanda yang didakwa 'sewel'? Ketika itu Marshanda telah tampil dalam video youtube sambil menangis dan marah-marah kepada rakannya yang didakwa 'menikamnya dari belakang'.

Namun itu dulu, kini pelakon yang popular melalui Sinitron seperti Bidadariku, Putri Yang Terbuang, Aqso Dan Madina, Benci Bilang Cinta, Solehah, Dari Sujud Ke Sujud dan banyak lagi itu telah berubah sepenuhnya. Mungkin hasil perkahwinannya pada April tahun lalu telah membuka hatinya untuk berhijrah ke jalan yang lebih diredhai Allah.

Hijrah Marshanda - klik untuk imej besar...


ALMY NADIA DIGANGGU MAKHLUK HALUS LAGI?


Pelik tapi benar..!

Itulah yang berlaku terhadap pelakon Almy Nadia yang mendakwa wajahnya jadi bengkak dan menggerutu gara-gara terkena air kencing pontianak. Semuanya berlaku ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Cinta Buat Emelda dan waktu habis melakonkan babak dikafan, tiba-tiba wajahnya jadi berubah.

"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

Kena ganggu lagi..??


GAMBAR SANA SINI - RAGAM ALEHANDRA


Beginilah ragam Alehandra Ahmad Firdee, anak Aqasha yang dirakam dan diarah oleh ayahnya berposing laksana artis layaknya. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Dan kalau anda pintar... cuba teka Alehandra sedang buat apa?

Klik untuk imej besar...



20 February 2012

GAMBAR SANA SINI - UMIE AIDA KETIKA 'SWEET 18'


"Gambar ni masa saya masuk Asia Bagus... rasanya umur baru 18 tahun. Semi final je lepas... he he he," seloroh Umie Aida mengenai gambar kenangannya ketika masih remaja.

Selain itu, Umie juga mempunyai 'kekasih hati' baru yang setia menemaninya untuk bersiar-siar jika terasa bosan. Nak tahu siapa kekasih hati Umie Aida? Jom tengok...!

Umie Aida ketika masih sweet 18 - klik untuk imej besar...


UPDATE: LATIFF IBRAHIM PERGI BUAT SELAMANYA


UPDATE:

Latiff Ibrahim, 60, atau nama sebenarnya Abd. Latif Bin Ibrahim telah meninggalkan kita buat selamanya kira-kira jam 6.05 petang tadi. Arwah difahamkan telah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa bulan lalu akibat serangan sakit jantung.

Selain jantung, Arwah juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Pemergian Arwah telah disahkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan telah disiarkan oleh Berita TV3 pada jam 8.00 tadi (20 Februari).

Mengimbas kembali permintaan Arwah sebelum meninggal, menurut isterinya Masriah Mahadan, 57, Arwah 'teringin hendak balik'.



GAMBAR SANA SINI - BUNGA 12 TAHUN PEMBERIAN ERRA


Sanggupkah anda menyimpan hadiah bunga segar daripada seseorang hingga 12 tahun? Bukan apa, kalau tak dijaga dengan teliti, ia pasti akan rosak atau hancur lantaran dimakan usia dan kereputan secara semulajadi.

Namun ia berbeza sekali dengan seorang peminat setia Erra Fazira bernama Shuhid Zr yang amat menghargai pemberian artis kesayangannya itu. Bunga segar pemberian Erra disimpan dan dijaga hingga 12 tahun lamanya... namun disebabkan sudah terlalu lama, maka beliau terpaksa mengalah dengan peredaran masa!

"Dis (this) flowers u gave me like 12yrs ago, now terpaksa buang, dah hancur dah bunga2 dia," ujar Shuhid dengan nada sedih melalui twitter Erra.


Klik untuk imej besar...


SHIDEE BAKAL JADI BAPA DALAM USIA 53 TAHUN


Sayang semuanya sudah terlambat, tak guna engkau sesalkan lagi..!

Begitulah lirik lagu Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, sekitar tahun 80-an dahulu yang sekaligus mengangkat namanya sebagai penyanyi diminati ramai. Namun perkahwinan lewat dan bakal mendapat zuriat Jun depan dalam usia 53 tahun sebenarnya tiada kena mengena dengan lagu tersebut melainkan ia adalah jodoh dan rezeki kurniaan Allah SWT.

“Saya tidak pernah berkahwin, apatah lagi untuk memiliki anak sendiri. Apabila mendapat tahu isteri saya mengandung dan bakal bersalin pada Jun depan, ia adalah satu sejarah dalam hidup saya.

Bakal jadi ibu dan ayah - Klik untuk imej besar...


19 February 2012

MISHA OMAR & BAKAL TUNANG FIROS EZZWAN


Siapa kata Misha Omar menjadi isteri ketiga? Heh!

Nah... diam tak diam Misha akhirnya mengetengahkan jejaka idaman yang bakal menjadi tunangnya hujung tahun ini. Jejaka tersebut bernama Firos Ezzwan Rossly berusia 30 tahun menetap di Subang Jaya, Selangor, dan merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Apa yang membuat Misha tertarik dengan jejaka ini? Kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Bunga-Bunga Cinta' itu, Firos bukan sahaja menerima dirinya, malah turut menerima anak angkatnya bernama Adam yang kini berusia 6 tahun.

Klik untuk imej besar...


SEKITAR KONSERT AVRIL LAVIGNE DI KUALA LUMPUR


Gambar-gambar sekitar Konsert Avril Lavigne 'The Black Star Tour Malaysia 2012' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur semalam. Walaupun sedikit hujan renyai, namun kira-kira 12,000 penonton tetap tidak berganjak dan terhibur dengan persembahan bertenaga penyanyi tersebut.

Klik untuk imej besar...




18 February 2012

MELIA AIMIELLIA AKHIRNYA KANTOI??


Meskipun menafikan Screenshot video bogel berdurasi 30 saat yang heboh diperkatakan dewasa ini adalah miliknya, namun akhirnya gambar telah menceritakan segalanya. Aksi wanita 18SX yang kononnya 'pelanduk dua serupa' dikesan memakai dua cincin dijari persis dua cincin yang dipakai Melia ketika gambarnya dirakam di Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-24.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia dipetik sebagai berkata ketika dihubungi media semalam.

'Gambar bercerita' - klik untuk imej besar...


17 February 2012

GAMBAR SANA SINI - PHOTO ALLY & FARAH PALING CUN


Masih ingat dengan perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee? Aikkk... baru tak sampai sebulan takkan dah lupa khot? Ha ha... gurau je tu..!

Kami sebenarnya bukan nak letak gambar terbaru Ally dan Farah sedang berbulan madu, tetapi nak kongsi sekeping gambar paling cun persandingan mereka yang kira-kiranya boleh dibingkai untuk dijadikan kenangan terindah. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - TOMOK DI OLD TRAFFORD


"Tahniah Manchester United.... berbaloi datang Old Trafford!!!! Manchester United 2 Liverpool 1," demikian komen Tomok apabila pasukan kegemarannya itu menang seminggu lalu. Lebih manis, ia disaksikan depan mata dan bukannya seperti kami yang sekadar menonton di TV sambil 'order' teh tarik!

Nampaknya rezeki Tomok makin melimpah-ruah kebelakangan ini dan Tomok juga sering ke luar negara samada urusan kerja atau peribadi. Mungkin hadiah RM1 juta hasil kemenangan One In A Million dahulu masih belum habis agaknya.

Klik untuk imej besar...



ARIL PILUS NAFI BELI CINCIN TUNANG RM,4000


Selepas didakwa membeli cincin tunang berharga RM4,000 untuk dihadiahkan kepada bekas kekasih hati, Penyanyi Aril Pilus (AF7) atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 27, akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa isu tersebut amat mengarut.

Dakwa Aril, kesilapannya untuk bergurau dengan merakamkan gambar sambil dia memegang sebentuk cincin berlian mengundang gosip liar kononnya dia membeli cincin bagi memujuk kekasih.

Gambar yang didakwa membeli cincin tunang - Klik untuk imej besar...


FARAH ASYIKIN TAKUT BALASAN ALLAH


Jika isu terdahulu kami mengetengahkan artis yang masa kecil dan remajanya memakai tudung tetapi kemudian membukanya... tetapi berlainan pula dengan yang ini. Selepas Ana Raffali bertudung kerana berhijrah di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW... terbaru penyanyi Farah Asyikin, turut berhijrah untuk bertudung selepas melakukan solat taubat lima hari lalu.

“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesama kita.

“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selesai menunaikan solat taubat nasuha.



16 February 2012

VIDEO 18SX: MELIA AIMIELLIA DIANIAYA?


Facebook (FB) pelakon filem 'Karipap-karipap Cinta', Melia Aimiellia telah di hacked semenjak bulan Januari lalu hingga menimbulkan kesukaran untuk beliau berhubung dengan peminat. Demikian dakwaan yang diberi oleh pelakon itu dalam laman sosial itu yang meminta peminatnya 'menarik diri' daripada laman tersebut.

"sorry guys.. jangan percaya lagi.. fb melia kena hacked.. melia tak boleh buka lagi account ni!! delete melia aimiellia.. plsss," tulisnya yang bertarikh 9 Januari lalu.

Gambar misteri Melia - Klik untuk imej besar...


15 February 2012

FIFFY NATASYA: 'BUKA TUDUNG' UNTUK GLAMOR??


Jika anda menonton drama bersiri vanilla coklat di tv3, anda pasti perasan watak sahabat Izara Aishah iatu Fiffy Natasya Kawaii, 19. Namun berapa kerat yang tahu bahawa Fiffy dahulu merupakan penyanyi kumpulan nasyid kanak-kanak yang mempopularkan lagu membaca ayat Al-Quran dan jawi serta pernah mempunyai album bersama Kumpulan Wardah.

Fiffy, atau nama sebenarnya Fiffy Natasya Suhaimi berasal dari Kuala Lumpur. Beliau amat meminati dunia hiburan dan aktif menyanyi, berlakon, model dan sebagainya. Hingga kini, beliau telah berlakon dalam beberapa Drama dan Filem antaranya ialah Cinta Kolestrol, I Know What You Did Last Raya, Cinta Fotokopi (2004) dan Main-Main Cinta (2005).

Klik untuk imej besar...


14 GAMBAR FIFFY BERTUDUNG DAN TIDAK BERTUDUNG SELEPAS INI...

AKSI MACHO APEX DALAM IKLAN PUMA


What's with the Red Cube? Itulah tajuk iklan terkini Khairul Fahmi Che Mat (Apex) bersama Puma yang buat suspen di Youtube. Video berdurasi 40 saat ini merupakan bahagian pertama 'sesuatu' yang bakal dilancarkan di Pavilion Kuala Lumpur pada bulan March ini.

Apakah kejutan tersebut? Sama-sama kita tunggu!

Klik untuk imej besar...


VIDEO PROMO PUMA SELEPAS INI...

RITA RUDAINI TUNTUT PEMFITNAH MOHON MAAF


Seorang pemilik akaun Twitter @bob_azuan dituntut agar segera memohon maaf kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar secara terbuka kerana didakwa menghina, memfitnah dan memalukan pelakon itu melalui laman sosial tersebut. Meskipun dakwa Rita individu terbabit ada memohon maaf kepadanya melalui orang tengah, namun ia masih belum memadai kerana fitnahnya terlalu mengaibkan.

"Tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruah saya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapi ketika ini.

“Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.

Rita... mahu permohonan maaf cara terbuka...


14 February 2012

BILA ABBY ABADI JADI 'WARTAWAN'


Abby Abadi memang gemar menangkap gambar. Buktinya, beliau mempunyai beberapa buah kamera termasuk sebuah kamera yang berwarna merah jambu khas untuk mengabadikan saat-saat indah walau di mana sahaja.

Dan terkini, Abby boleh dikategorikan sebagai 'paparazzi' kerana berjaya merakam satu demontrasi di Paka, Terengganu. Fokus yang menarik dan subjek 'gambar menceritakan segalanya' telah menyerlahkan bakat Abby umpama jurugambar akhbar layaknya.

Gambar yang dirakam oleh Abby - Klik untuk imej besar...


LAGI 57 IMEJ KOLEKSI ABBY ABADI SELEPAS INI...

GAMBAR SANA SINI - SITI DI DUA MAJLIS PELANCARAN


Seperti yang kita sedia maklum, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya kini makin menggemari motosikal berkuasa tinggi. Dan kesempatan untuk bergaya bersama produk terbaru Ducati, iaitu 'Diavel AMG' di Ducati AMG Performance Centre Bangsar, Kuala Lumpur telah mendalamkan lagi minat tersebut.

Meskipun harga bagi motosikal Ducati Diavel AMG Edisi Terhad tersebut agak mahal iaitu sekitar RM193 999 ke atas, namun artis popular seperti Dato' Siti dan suami pastinya tiada masalah untuk mendapatkannya.

Klik untuk imej besar...