31 January 2012

SAH ANA RAFFALI NIKAH 25 FEBRUARI 2012


Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, akhirnya mengesahkan yang beliau akan bernikah dengan Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sebelum pernikahan, satu acara bertunang akan diadakan pada pukul 10.30 pagi disusuli majlis akad nikah sejam kemudian yang akan disempurnakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada hari sama sejurus lepas akad nikah juga di masjid Al-Hidayah.



BILA SHILA AMZAH DITUDUH PEMBUNUH..!!


Bolehkah anda percaya kerana tergilakan seseorang artis itu ia boleh menyebabkan kematian? Dan inilah hakikat dakwaan seorang peminat yang mewujudkan sebuah akaun twitter membenci Shila Amzah yang didakwanya 'seorang pembunuh'..!

Untuk info, akaun yang menggunakan tweethandle @kami_anti itu khas diwujudkan bagi membenci Shila Amzah yang mana dulunya dia merupakan peminat setia artis itu. Akaun Twitter tersebut dikatakan telah didaftar pada 30 Januari 2012 iaitu sehari selepas Anugerah Juara Lagu (AJL26).



GAMBAR SANA SINI - AARON AZIZ KENA LOKAP


Gambar-gambar Aaron Aziz kena lokap dalam filem Kerat 14. Mungkinkah filem ini mengambil insprirasi daripada kisah Mona Fendy yang mengerat mangsanya?

“Dalam filem ini saya akan menjadi seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian kerana tidak tahu cara terbaik untuk melupuskan bukti,” ujar Aaron.

Filem ini khabarnya turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami yang kemungkinan menukar watak Aaron menjadi pembunuh keji yang hauskan darah..!

Klik untuk imej besar...


BEHIND THE SCENE: AKU TAK MAHU - ABBY ABADI


Abby Abadi yang bakal muncul dengan single terbarunya berjudul 'Aku Tak Mahu' menafikan lagu tersebut ada kena mengena dengan Zul Ariffin. Kata Abby, mungkin liriknya itu secara kebetulan sahaja kerana ia adalah ciptaan Edry Abd Halim.

"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.





LAGI 13 GAMBAR BEHIND THE SCENE ABBY ABADI...

GAMBAR PRA PERKAHWINAN FASHA & JEJAI?


Tidak di sangka gambar baring-baring antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) yang myartis siarkan baru-baru ini rupa-rupanya gambar Pra Perkahwinan mereka.

Gosip ini mula berlegar kencang dengan dakwaan ianya dirakam sekitar bulan Disember 2011 yang lalu. Bagaimanapun, lokasi penggambaran photo Pra Perkahwinan tersebut dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Klik untuk imej besar...


LAGI TIGA KEPING GAMBAR PRA PERKAHWINAN?

30 January 2012

UPDATE: ALLY DI TV3 - FARAH LEE GADIS LASAK..!


UPDATE:

Hari ini adalah hari pertama Ally Iskandar masuk kerja di TV3 bagi mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) selepas bercuti panjang sempena perkahwinannya baru-baru ini. Ally telah berpasangan dengan Ahmad Fedtri yang dilihat asyik mengusik Ally mengenai status barunya sebagai suami kepada Farah Lee.

"Kita ada resepi orang yang baru berkahwin hari ini," ujar Fedtri mengusik Ally ketika segmen memasak di Menu 1 Malaysia.



DUA GAMBAR TERBARU ALLY DAN FARAH SELEPAS INI...

ISU DUTA: CHEF WAN PERTAHAN AC MIZAL


Tukang Masak Selebriti, Chef Wan mempertahankan rakan artis yang dipertikaikan pelantikannya sebagai Duta Pelancongan Perak oleh segelintir NGO dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang matang'. Menurut Chef Wan, baik Perak atau Johor... semua yang dilantik itu adalah anak Malaysia dan tiada bezanya kerana mereka turut berjasa kepada negeri itu.

Malah dalam satu komennya, Chef Wan turut mendedahkan bahawa satu ketika dahulu beliau pernah mahu dilantik menjadi Duta Masakan Tradisonal Melayu di Singapura, tetapi menolaknya. Katanya, rasa cinta terhadap Malaysia telah membuat dia mengetepikan wang ringgit meskipun dia lahir di Singapura dan dituduh sebagai tidak menghormati negara sendiri.

Klik untuk imej besar...


29 January 2012

KEPUTUSAN AKHIR ANUGERAH JUARA LAGU (AJL26)


Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi dan seperti dijangka, Awan Nano dendangan Hafiz berjaya merangkul dua kejuaraan iaitu Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik. Ia disusuli dengan Beribu Sesalan dan Karma yang mendapat tempat kedua dan ketiga.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
* Tempat Pertama: Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
* Tempat Kedua: Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
* Tempat Ketiga: Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
* Vokal Terbaik: Hafiz, Awan Nano
* Persembahan Terbaik: Alyah, Kisah Hati
* Anugerah Juara Mobile: Sedetik Lebih (gubahan/lirik: Edry Abdul Halim)



"INILAH WAJAH ISTERI SAYA" - ROSLIN HASHIM


Wajah isteri Roslin Hashim iaitu Rahayu Rosli, dalam majlis persandingan di Ukay Perdana, semalam.

Untuk info, mereka berdua telah bernikah pada 28 Disember2011 dalam majlis yang sederhana. Sebelum ini, Roslin pernah berkahwin dan bercerai dua kali dalam masa yang cukup singkat atas sebab-sebab peribadi.

Harapan kita, moga kali ini perkahwinannya akan berkekalan hingga ke anak cucu. Amin..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - AZNIL TERSELIUH & HIDUNG FAZURA


Gambar pengacara Aznil Nawawi yang menggunakan tongkat dan kerusi roda ke Sarawak untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro. Difahamkan kaki kanan Aznil terseliuh ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga hari lalu.


Photo: Mstar

--------------

Apa sudah jadi dengan hidung Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin? Mungkinkah ia cedera atau ada sesuatu yang dilakukannya terhadap hidungnya itu hingga jelas nampak lain daripada kebiasaan? Allahualam..!

28 January 2012

GAMBAR SANA SINI - KEMESRAAN FAZURA DAN TMJ


Kemesraan antara Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail. Mampukah hubungan mereka berdua berterusan hingga ke jinjang pelamin?

Jawapannya... Allahualam..!

Klik untuk imej besar...





Photo kredit: FB kesultanan Johor

25 GAMBAR NOSTALGIA DATUK SHARIFAH AINI


Gambar-gambar Nostalgia Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang pernah menggegarkan seni suara tanahair dengan suaranya yang lemak merdu. Hingga kini, tiada penyanyi di negara ini yang mampu menandingi lagu-lagunya yang penuh mendayu, unik dan mempunyai lenggok tersendiri.

Malah filem lakonannya bersama penyanyi lagenda Indonesia, Broery Marantika berjudul 'Hapuslah Air Matamu' pada tahun 1976 turut mencatat sejarah sebagai filem paling hangat dua negara. Istimewa untuk anda, myartis bawakan nostalgia lagenda ini sejak beliau berhingus hingga mendaki puncak jaya.

Sharifah Aini ketika kecil - Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - ZUL ARIFFIN & DATUK SHARIFAH AINI


Gambar menarik Datuk Sharifah Aini menjadi ibu kepada Zul Ariffin dalam Filem Penanggal. Rasanya, sudah lama Biduanita Negara ini tidak berlakon filem dan filemnya yang paling meletop dahulu ialah 'Hapuslah Air Matamu' (1976) bersama Broery Marantika.

Klik untuk imej besar...


27 January 2012

HASRAT ZED ZAIDI HANCUR LEBUR


Hasrat Zed Zaidi untuk menimang cahayamata kembar akhirnya tidak kesampaian apabila ultrasound scan yang dilakukan oleh doktor terhadap isterinya Natalia Mustafa, hanya memperlihatkan seorang baby sahaja. Keadaan tersebut bercanggah dengan impian Zed yang sudah mengidam anak kembar ketika mula-mula dimaklumkan yang kandungan isterinya kemungkinan ada dua bayi.

"Morning! hari ni zed tak sabar nak bawa isteri tercinta berjumpa doktor nak dengar degup jantung anak zed. kemungkinan twins! yey! *wink!" demikian kata Zed kelmarin penuh ceria.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - ALLY ISKANDAR & DIANA AMIR


Gambar persandingan Ally iskandar dan Farah Lee dalam busana tradisional diraja berwarna kuning. Mereka berdua  memang nampak bergaya dan sama padan laksana pasangan diraja sedang bersanding.

Persandingan ini kemungkinan hanya untuk tatapan ahli keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja. Allahualam!

Klik untuk imej besar...




JEJAKA IRAN PILIHAN ANIS ANEESA


Kalau sudah jodoh tak ke mana!

Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan penyanyi Anis Aneesa yang selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka negara Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, minggu lepas.

Hanya mengenali jejaka itu enam bulan sahaja, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, tidak teragak-agak untuk menerima lamaran jejaka yang juga ahli perniagaan itu.

Klik untuk imej besar...


ANA RAFFALI NAFI MAHU SOROK PERKAHWINAN


Debaran Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) Ahad ini bertambah kencang apabila penyanyi Ana Raffali didakwa akan bernikah dengan pengurus peribadinya Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari 2012. Majlis tersebut kononnya akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Selangor, kira-kira pukul 10.00 pagi.

Bagaimanapun, Ana yang dihubungi media enggan mengesahkan tarikh tersebut, sebaliknya berkata akan membuat satu sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut. Jelas Ana lagi, ia akan dijelaskan selepas AJL nanti dan tiada isu main sorok-sorok seperti yang didakwa.

Ana & bakal suami? - Klik untuk imej besar...


26 January 2012

PILIH KASIH 3 KEMBALI LAGI


KUALA LUMPUR - Merentas dua musim penganjurannya sebelum ini, program realiti yang mengangkat seni lakon sebagai konsep utamanya sudah banyak menghasilkan bintang berbakat dan popular. Yakin dan percaya akan ketandusan wajah baru dengan prinsip untuk memartabatkan industri tanah air, aktor yang juga penerbit drama dan filem popular juga pencetus idea asalnya, Rosyam Nor tidak pernah kenal erti jemu dan lelah untuk mencari bakat-bakat pelapis dunia lakonan tempatan.

Dalam usaha beliau meneruskan kesinambungan legasi pelakon-pelakon tanah air, Rosyam menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Telekom Malaysia (TM) sekali lagi bekerjasama menerbitkan musim terbaru program pencarian bakat lakonan iaitu Pilih Kasih.

Klik untuk imej besar...


KAD KAHWIN YUSRY DAN LISA SURIHANI


Tinggal sebulan sahaja lagi Yusry Abdul halim dan Lisa Surihani bakal bergelar suami isteri. Sehubungan itu, kad jemputan telahpun disiapkan oleh pasangan ini khusus untuk jemputan yang bakal dijemput ke majlis gilang gemilang itu.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


BENARKAH SITI DUTA LOUIS VUITTON MALAYSIA??


Meskipun artikel ini kemungkinan hanya gosip sahaja, namun myartis sebenarnya terlalu ingin tahu tentang kebenarannya. Malah penerimaan email yang mendakwa
Datuk Siti Nurhaliza yang bergambar dalam sebuah iklan untuk Louis Vuitton merupakan 'duta' jenama tersebut menimbulkan teka-teki.

Ikhlasnya, myartis sendiripun kurang pasti akan kesahihan dakwaan tersebut kerana tiada cerita yang berlegar mengenainya. Namun disebabkan gambar Siti itu nampak cukup menarik dan agak rare... persoalan mengenai gosip tersebut menjadi makin menarik apabila ia melibatkan jenama antarabangsa.

Klik untuk imej besar...


FARID KAMIL & AWIE DI MAJLIS PERTAULIAHAN PER3


Myartis kurang pasti apakah gelaran yang diperolehi oleh Awie dan Farid Kamil di Majlis Pertauliahan PER3 Malaysia Kali Pertama. Majlis tersebut dikhabarkan berlangsung pada 23 Januari lalu dengan penuh istiadat di Hotel Vistana Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Difahamkan juga, ia telah dihadiri oleh Barisan Tertinggi persatuan tersebut daripada seluruh pelusuk tanahair. Antaranya ialah Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Mauju dan Ayahanda-Ayahanda yang mewakili setiap negeri di Malaysia.

Awie dan Farid bersama 'Ayahanda Selangor'
Klik untuk imej besar...


DEMAM PERTAMA BELLA - ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR


Walaupun Dr Halina merupakan seorang doktor, namun demam pertama yang melanda anaknya Bella beberapa hari lalu membuat beliau merasa sedih dan bimbang. Bayangkan... Dr. Halina sudah merawat beribu pesakit dengan tenang, tapi bila merawat Bella, hatinya berdegup kencang laksana ribut tsunami membadai pantai!

Ayuh kita baca apa yang dicatat oleh Dr Halina tentang Bella di laman blognya mengenai demam pertama anaknya itu. Moga ada sesuatu yang dapat kita pelajari sebagai seorang insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini.

Saat Bella demam - klik untuk imej besar...


JACLYN VICTOR 'BEBAS' BAWAH KRU STUDIOS


Tanpa mempedulikan apa kata orang mengenai KRU Music yang didakwa hanya gah sementara sahaja apabila mempunyai seseorang artis atau sesebuah kumpulan, Jaclyn Victor terus melangkah ke depan untuk bernaung di bawah syarikat itu.

Ini kerana, Jac kini mendapat kebebasan untuk memilih konsep lagu dan idea kreatif berkaitan kerjaya nyanyiannya berbanding syarikat lain.

Sesi menandatangani perjanjian di antara KRU Music dan Jaclyn Victor
Klik untuk imej besar...


LAGI GAMBAR HARITH ISKANDER DAN ISTERI


Beberapa hari lalu, kami telah siarkan gambar menarik Harith Iskander dan isterinya Jezamine Lim dalam pose mengandung yang seksi. Kali ini, kami tambah tiga lagi gambar terbaru yang dirakamkan oleh jurufoto berpengalaman Sammy Khoo itu.

Untuk info, gambar ini bukanlah untuk siaran majalah atau sebagainya, tetapi ia hanya untuk simpanan peribadi mereka berdua. Maklumlah... Jazamine sedang mengandung anak sulung, pastinya banyak kenangan indah yang perlu mereka abadikan. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


25 January 2012

GAMBAR SANA SINI - AARON AZIZ AND FAMILY


Seperti yang kita sedia maklum... Aaron Aziz merupakan seorang pelakon paling popular yang sudah lama berumahtangga. Namun tidak seperti segelintir artis lain yang gemar menyorok keluarga, Aaron sebaliknya lebih suka mengetengahkan isteri dan anak-anak untuk tontonan peminat.

Istimewa untuk peminat Aaron, myartis paparkan sekeping gambar pelakon 'gantang' ini sedang berbaring sambil bermesra dengan anak dan isterinya. Aksi sebegini sebenarnya boleh dijadikan contoh oleh artis lain yang suka berdalih atau main sembunyi bila menyentuh soal perkahwinan. Tak gitu??

Klik untuk imej besar...


LUAHAN HATI ABBY ABADI UNTUK ZUL ARIFFIN..!


Tak kenal maka tak cinta... tapi bila dah kenal tak nak cinta pula..! Kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah... dan demikian jugalah hal yang dialami oleh Abby Abadi apabila Zul Ariffin didakwa sudah berubah sikap.

"Kalau mahu kata saya kacang lupakan kulit tidak juga. Saya masih tidak popular seperti yang diperkatakan. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang saya inginkan.

"Tidak dinafikan dia banyak membantu dari segi nasihat dan bimbingan. Selebihnya, saya berusaha sendiri. Dan bukan kerana dia saya dapat kerja atau tawaran berlakon," demikian ujar Zul sebelum ini penuh yakin.

Sehubungan itu, Abby yang diibaratkan oleh segelintir pihak sebagai 'perigi mencari timba' merasa amat sedih di atas perubahan Zul itu. Jadi... untuk menyelami hati Abby yang mudah tersentuh itu, ayuh kita baca luahannya di dalam blog yang ditulis khusus untuk Zul.

Bagaimanapun, luahan Abby itu tidak kami sunting atau perbetulkan supaya anda semua dapat melihat isi nurani Abby yang asli. Selamat membaca!



TAAARAAAA...

Assalamualaikum, hye! Tunggu Sy? Hehe.. Tak sabar yer nk baca entri neh? ;P Sy pun tak sabar nk publish sebenarnya, huhu.. Tapi, dr smlm, neh baru selesai....Cerita 'Tentang Awak' Sy. Siapa? Yang tau, taulah.. Yang taktau, bayangkan je mcm baca sinopsis novel! Huhu.. :)


Gambar neh Sy snap sendiri depan mata Awak (Raya 2011)

AKSI DI RANJANG MISS NINA & NOH HUJAN


Pelbagai cara dilakukan oleh syarikat penerbitan untuk melariskan majalah terbitan mereka. Terbaru, majalah WW atau (Wanita Dan Wawasan) meletakkan aksi Noh Hujan dan Mizz Nina iaitu pasangan yang masih hijau melayari bahtera perkahwinan di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sebagai cover.

Menurut majalah tersebut, Noh dan Nina masing-masing berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing. Mereka cukup romantis dan cukup mempersona dalam majalah yang dibuat khusus untuk Valentine day itu.

Klik untuk imej besar...


UPDATE: 8 GAMBAR ISABELLA SAFFIYA - CUCU CHEF WAN


Gambar-gambar Isabella Saffiya, anak kedua Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar. Cucu perempuan Chef Wan ini lahir pada 23 Januari lalu secara normal tanpa sebarang masalah.

Nampaknya, Tristan amat gembira mendapat seorang adik comel untuk menemaninya bermain nanti. Namun yang pastinya teramat rindu kerana masih berjauhan ialah Datuknya sendiri yang kini berada di Thailand atas urusan kerja.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


24 January 2012

AKSI FASHA, JEJAI & RAKAN SAMBUT CNY


Inilah yang dikatakan 1 Malaysia. Sambutan perayaan kaum lain turut disambut meriah oleh segelintir masyarakat kita sebagai memupuk keharmonian kaum yang terjalin sekian lama.

Malah golongan artis turut tidak ketinggalan menyambutnya. Lihat sahajalah gelagat Fasha Sandha, Jejai dan rakan-rakannya yang merayakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah restoran makanan halal di ibu negara. Jom layannzz..!

Klik untuk imej besar...


MANOHARA BERSOSIAL LAGI..??


Manohara Odelia Pinot, isteri yang didakwa ingkar/nusyuz‎ kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hingga diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar sejumlah RM6 juta pada 2010, didakwa bersosial lagi hingga tersebarnya gambar-gambar tidak senonoh.

Jika benarlah keaslian gambar-gambar tersebut, dapatlah kita tafsirkan bahawa sikap liar beginilah yang membuat Manohara tidak layak menjadi seorang isteri yang taat. Sehubungan itu, tuntutan Tengku Muhammad Fakhry terhadap Manohara beberapa tahun lalu adalah tepat bagi mengembalikan hak dan maruahnya sebagai seorang suami.

Bagaimanapun, Manohara yang ditemubual media Indonesia menafikan ada beraksi tidak senonoh seperti itu. Dakwanya ada pihak yang sengaja mahu memburukkannya dan sekaligus mencalit arang ke muka dia dan ibunya.

Super impose? - Klik untuk imej besar...


23 January 2012

CHEF WAN DAPAT CUCU KEDUA - ISABELLA


PANAS DARI OVEN..!!
TARIKH BERITA: 23/1/2012 - JAM: 6.20


Tukang masak Selebriti, Chef Wan mendapat cucu kedua (perempuan) beberapa jam lalu yang diberi nama Isabella. Anak Serina Redzuawan dan suaminya Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar itu lahir sebagaimana anak pertama mereka Tristan tanpa sebarang masalah dengan hanya lapan kali teran dan seberat 3.3kg.

"Alhamdulilah Anak menantu saya menghantar sms mengatakan Serina baru sahaja melahirkan anak. Bayi itu amat comel.

Serina dan Isabella - klik untyuk imej besar...


YOUTUBE SANA SINI - YUNA & ALLY ISKANDAR


Dengarkan lagu terbaru Yuna berjudul 'Live Your Life' yang dirakamkan khas untuk pasaran Amerika Syarikat. Apa yang menarik ialah penglibatan Pharrell Williams dari The Neptunes dalam projek kolaborasi ini.



------------------

Video perkahwinan Ally daripada Gua TV




Video menarik majlis perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee yang berlangsung di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu. Video ini dirakam oleh Aisyahlim88.



PUNYAI ANAK USIA 8 TAHUN, APA MOTIF EREMA?


Jika masa Allahyarham Sri Bayu (Jamaludin Sulik) masih hidup, kemelut rumahtangga dengan penyanyi Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad penuh dengan duka dan airmata.

Kini setelah hampir setahun bekas penulis lirik dan komposer itu meninggal, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan pengakuan Erema bahawa dia dan arwah sebenarnya mempunyai seorang anak berusia lapan tahun. Anak tersebut yang bernama Nur Irsya Amyra dakwa Erema terpaksa dirahsiakan kehadirannya atas permintaan Arwah sendiri atas sebab-sebab tertentu,

Saat bahagia Erema & Arwah Sri Bayu...


22 January 2012

GAMBAR SANA SINI - HARITH ISKANDER & AFDLIN SAUKI



Gambar menarik Harith Iskander dan isterinya Jezamine Lim dalam pose mengandung yang seksi dirakamkan oleh jurufoto berpengalaman Sammy Khoo. Bagaimanapun kerana gambar ini kemungkinan untuk simpanan peribadi Harith dan isteri, maka ia terlalu kecil dan agak blur bila dibesarkan. Photo diambil dari Harith FB.



RAHSIA FARAH 'TERPIKAT' DENGAN ALLY ISKANDAR


Semua orang mempunyai rahsia mengapa mereka terpikat dengan pasangan atau kekasih mereka. Contohnya Datuk Siti Nurhaliza yang terpikat dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa kerana 'misai' dan kematangan suaminya.

Dan selepas Ally Iskandar membuka rahsia mengenai isterinya Nurfarahin Romli yang dia tidak pernah melafazkan 'I Love You' kepada Farah, kini Farah pula membuka rahsia mengapa dia jatuh hati pada Ally.

Apa rahsianya ya?



21 January 2012

GAMBAR ALLY & FARAH - DARI AWAL HINGGA AKHIR (UPDATE)


TARIKH: 20 JANUARI 2012

JAM 8.45 PAGI: Ketibaan Ally di perkarangan Masjid Kristal, Kuala Terengganu..
Klik untuk imej besar...


JAM 9.00 PAGI: Ally hanya memakai baju melayu yang simple dan kain pelikat...



AZEAN IRDAWATY DIFITNAH MENINGGAL..!!


Ramai pihak yang 'terkejut beruk' apabila timbul dakwaan melalui laman sosial dan SMS bahawa Seniwati Negara, Azean Irdawaty sudah meninggal dunia. Padahal pihak media baru sahaja berbual bersama Azean menerusi telefon dan ia sekagigus mengesahkan bahawa seniwati itu masih bernafas di bumi Allah ini.

Malah anak perempuan Azean iaitu Elza Irdalynna turut mengirimkan gambar terbaru seniwati itu melalui Twitter sebagai bukti. Azean kelihatan tersenyum lagi sambil mempelawa makan buah limau mandarin semperna perayaan Tahun Baru Cina esok.

Klik untuk imej besar...


LAGI 10 GAMBAR PERKAHWINAN ALLY & FARAH PART 3


Anda masih belum puas menatap gambar-gambar perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee? Okey... kami ketengahkan lagi 10 gambar menarik majlis perkahwinan mereka yang berlangsung semalam. Enjoyzz..!

Klik untuk imej besar...




IZWAN PILUS KEMBALI KE RAHMATULLAH


Abang kepada Aril AF7 yang juga seorang penyanyi iaitu Izwan Pilus, 33, menghembuskan nafas terakhirnya semalam jam 6.13 petang di Hospital Ampang, Selangor. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman termasuk bakteria dalam darah kerana kencing tikus.

Difahamkan ketika sakit, adiknya Aril juga turut dimasukkan ke wad yang sama kerana mengalami simptom yang sama. Izwan awalnya telah kembali pulih selepas mendapat rawatan namun kemudian telah dimasukan ke Hospital pada tengah malam kelmarin apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Gambar terakhir Arwah yang dimuatnaiknya sendiri melalui laman sosial...


20 January 2012

LAGI GAMBAR2 KAHWIN ALLY DAN FARAH PART II


Siapa sangka bermula daripada gosip yang diketengahkan oleh myartis beberapa bulan lalu, akhirnya Ally dan Farah selamat menjadi suami isteri. Awalnya, ramai yang meragui gosip tersebut dan ada juga yang mengatakan myartis sekadar 'bual kosong' kerana Ally pernah putus tunang sebelum ini.

Nah kini apabila melihat pasangan dua sejoli ini selamat diijabkabulkan, lega rasanya kerana semua kisah yang myartis paparkan tidak sia-sia. Jika anda terlepas pandang atau terlewat membaca gosip awal Ally dan Farah, anda boleh selak semula laman ini untuk membacanya.

Klik untuk imej besar...


LAGI GAMBAR-GAMBAR PERNIKAHAN ALLY & FARAH


Lagi beberapa keping gambar-gambar pernikahan antara Ally Iskandar dan Farah Lee. Semoga perkahwinan tersebut kekal hingga ke anak cucu... amin!

Klik untuk imej besar...




ALLY DAN FARAH SAH SUAMI ISTERI


Meskipun harapan Ally Iskandar mahu melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz, namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila terpaksa melakukannya dua kali lafaz sebelum sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi ini.

Klik untuk imej besar...


ALLY DAN FARAH NIKAH DI MASJID KRISTAL


Lintas langsung yang dilakukan oleh Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, di Masjid Kristal, Kuala Terengganu sebelum bermulanya pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee pada jam 9.30 pagi nanti terselit kelucuan apabila kamera 'terfokus' Ally yang hanya memakai kain.

"Ehhh... pakai kain ke ni?" Tanya salah seorang pengacara MHI.

"Ohhh belum lagi, ni hanya untuk live MHI je... lepas ni saya akan bertukar pakaian" ujar Ally tersipu malu.

Menjawab soalan lain yang diajukan, Ally meminta maaf pada semua kerana mengadakan majlis pernikahan secara sederhana sahaja dan tidak besar-besaran. Ally juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menghantar ucapan tahniah pada mereka melalui facebook, twitter dan sebagainya.

UPDATE... klik untuk imej besar




SHAM (KAMIKAZE) NAFI KAHWIN DUA


Sedih dan terkilan!

Demikian luahan Sham (Kamikaze), 36, yang kini bergelar pendakwah bebas apabila didakwa beristeri dua. Fitnah tersebut amat melampau bagi Sam yang dikatakan bernikah senyap-senyap di Pulau Pinang sedangkan dia kini tidak lagi aktif dalam dunia seni..

“Apabila saya mendapat tahu tentang gosip berkahwin dua, saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

Klik untuk imej besar...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...