28 September 2012

SHAM KAMIKAZE & ISTERI SAH CERAI SEJAK 2011



Pelik tapi benar..!

Farazila Abdul Jabar, 31, isteri kepada Sham Kamikaze sebenarnya telah sah bercerai dengan suaminya sejak setahun lalu. Perkara itu disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor semalam dengan memutuskan mereka bukan lagi suami isteri sejak 1 September 2011.

Semuanya disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai. Berikutan itu, ia dikatakan tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Klik untuk imej besar...

27 September 2012

4 GAMBAR - FASHA SANDHA & KEHAMILAN



Makin besar!

Itu sahaja perkataan yang tepat untuk menggambarkan kehamilan Fasha Sandha setakat ini. Lebih menarik perhatian, Fasha juga sudah mula makan banyak memandangkan dia kini makan untuk berdua. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - KEPULANGAN JUARA ASIAN WAVE


Mungkin ada yang rasa jemu bila melihat terlalu banyak gambar dan kisah kejayaan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave 2012 baru-baru ini. Namun percayalah... ia satu kejayaan yang amat membanggakan berbanding mengadakan konsert besar di Royal Albert Hall London!

Rasanya, ini adalah ganjaran hebat hasil daripada penat lelah Shila berjuang selama 12 tahun dalam industri seni yang diminatinya itu. Tambahan pula, keputusan untuk bertudung telah memberi nikmat besar apabila dia diterima dan dikenali di China.

Klik untuk imej besar...

26 September 2012

INFO: FESTIVAL SENI 'BALI BEZA' @ KUALA LUMPUR


Satu Festival yang diberi nama Festival Seni 'Bali Beza' akan diadakan di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Ia akan berlangsung pada 30 September ini dari jam 3 petang hingga 10 malam... masuk adalah percuma.

Untuk maklumat, Bali Beza merupakan buah idea Komuniti Frinjan untuk memperkenalkan kebudayaan alternatif Bali kepada masyarakat Malaysia. Acara ini merupakan usaha awal untuk merapatkan hubungan di antara pengkarya Bali dan pengkarya di Malaysia. Rancangan selanjutnya ialah menganjurkan 'Malaysia Beda' di Bali dengan mengundang beberapa pengkarya muda dari Malaysia.

Klik untuk imej besar...

NAZMI FAIZ KINI DALAM PLAYSTATION 3


Pemain Malaysia, Nazmi Faiz Mansor, kini boleh dibanggakan oleh negara kita apabila dapat dimainkan dalam game PS3 Pro Evolution Soccer 2013. Beliau kini sedang bermain untuk pasukan BEFMAXAO (S.C Beira Mar).

Untuk info, nama Nazmi Faiz sebelum ini pernah tercatat sebagai penjaring gol ke-7 terbaik di dunia oleh FIFA. Nazmi yang bejersi no 12 telah meledakkan gol tersebut ketika menentang Bahrain (Kelayakan Olimpik 2012) pada 27 November 2011. Tahniah!

Klik untuk imej besar...

NOSTALGIA - PAHIT GETIR SHILA AMZAH


Ramai yang sudah mengetahui bagaimana Nurshahila Amir Amzah (Shila Amzah), 22, meraih kemenangan bergaya dalam pertandingan Asian Wave di China baru-baru ini. Malah sebelum ini juga dia pernah bergelar sebagai penyanyi terbaik dunia di Penang Shanghai World Star Guest (PSWSQ) pada tahun 2008.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu pahit getir Shila di awal kemunculannya dengan menggunakan nama 'Shahila'. Ini kerana, pelbagai pahit manis terpaksa dilalui keluarganya hingga pernah bergolok bergadai untuk mencari sesuap nasi.

Klik untuk imej besar...

25 September 2012

7 GAMBAR - LIYANA & FATHUDDIN 'DATING' DI NEW YORK


"Oh gosh! Guess who is walking on the streets of new york? Hehe... My love is in New York city," ujar Liyana Jasmay secara berseloroh.

Pastinya, rindu di hati Liyana kini sudah terubat dengan kehadiran tunangnya Fathuddin Mazlan. Apa yang menarik, mereka bukan sekadar bertemu, malah turut 'dating' di sekitar Kota New York sambil menjamu selera dengan hidangan 'lobster'. Wow!

Klik untuk imej besar...

BERAT TAMBAH 4 KILO: LISA NAFI HAMIL



Kata orang, seri mengandung kadangkala membuat wajah wanita nampak lebih menarik dan jelita berbanding sebelumnya. Mungkinkah hal yang sama berlaku terhadap Lisa Surihani yang mengahwini Yusry KRU sejak 23 Februari lalu?

Bagaimanapun, bila diajukan soalan ini kepada empunya badan, Lisa menafikan perkara tersebut dan berkata ia tiada kena mengena dengan mengandung. Heh.

Klik untuk imej besar...

24 September 2012

ANAK DATUK K 'SIASAT' ROZITA CEK WAN



Mungkin akibat mahukan kepastian, salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertanyakan soal perkahwinan yang digembar-gemburkan itu sendiri pada pelakon Rozita Che Wan.

Akibatnya, Rozita, 38, agak terkejut bila diajukan soalan tersebut di sebuah majlis baru-baru ini.


7 GAMBAR - ANAK ZIELA JALIL YANG COMEL



Masihkah anda ingat dengan bayi Ziela Jalil yang diberi nama Ibrahim Junid? Kini bayi yang lahir pada 8 Disember 2011 itu makin membesar dan comel.

Apa yang menarik, Erra Fazira merupakan teman artis yang paling rapat dengan Ziela dan amat menyayangi Ibrahim. Malah Erra juga sering menjengok Ibrahim dan sekaligus menghilangkan rasa rindunya pada anak angkat Ziela itu.

Ibrahim sekarang - klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - BULAN SEDIH AARON AZIZ



"Ya Allah. Lindungilah anakku ini dari segala kecelakaan. Ku sanggup lakukan apa saja," demikian doa Aaron Aziz demi kesihatan anaknya.

Dan nak dijadikan cerita, selepas anaknya sedikit sembuh... Aaron pula mendapat kecederaan lengan akibat siput ketika penggambaran filem. Boleh dikatakan, bulan ini merupakan bulan kecederaan bagi keluarga Aaron. Heh.

Klik untuk imej besar...

22 September 2012

LEBIH RM1 JUTA - HABUAN UNTUK SHILA AMZAH


UPDATE:

Juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, bukan hanya memenangi pertandingan berprestij itu, malah turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta.

Menurut Shila, wang dana berkenaan adalah dalam bentuk rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerjayanya sebagai penyanyi di Negara Tembok Besar itu.

Klik untuk imej besar...
 

21 September 2012

SHILA AMZAH JUARA ASIAN WAVE

Akhirnya, Shila Amzah diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China. Kemenangan tersebut meletakkan nama Shila sebagai superstar Asia kerana berjaya mengalahkan artis hebat dari Korea dan ramai lagi peserta lainnya.

Untuk info, antara lagu yang dinyanyikan oleh Shila ialah Lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu oleh Na Ying.

 

KEMATIAN BAPA: FOUZIAH GOUS MASIH KELIRU

Meskipun telah meninggal dunia lebih sebulan, namun Fouziah Gous mengakui kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir membuat dia hilang fokus pada kerjaya seni yang dibinanya selama ini.

"Saya baru sahaja kembali bekerja selepas lebih dua minggu berehat di rumah kerana kematian bapa. Alhamdulillah, emosi saya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tentulah masih ada.

Klik untuk imej besar...

INNOCENCE OF MUSLIM TIDAK WUJUD?

Benarkah filem kontroversi 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam wujud? Ini kerana, Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) melaporkan bahawa tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.

Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.

 

20 September 2012

10 GAMBAR - SAAT INDAH FASHA & JEJAI DI CHINA


Pastinya ia kenangan paling indah buat Fasha Sandha apabila suaminya Rizal Ramli memenangi GuanDong International Circuit di China pada 16 September lalu. Untuk maklumat, kesemua peserta perlumbaan tersebut sebenarnya menggunakan kereta Lamborghini yang pastinya cukup gah dan berprestij.

"We are the champion!!! Congrats hubby," demikian ujar Fasha dengan nada gembira. Lebih gembira lagi ialah apabila Rizal menghadiahkannya sebuah kamera baru jenis Nikon berwarna merah jambu. Heh.

Klik untuk imej besar...

19 September 2012

SIRI 'THE SLAP' - MERIAHKAN ASTRO HD 438


Satu siri TV khusus HD 'The Slap' bakal bermula siaran di Sundance Channel HD Astro b.yond saluran 438 pada 1hb November jam 9.00 malam. The Slap adalah siri TV yang baru sahaja memenangi pelbagai anugerah serta mendapat sanjungan daripada pengkritik.  Ia telah diadaptasi dari novel terlaris penulis Christos Tsiolkas.

Drama lapan bahagian selama satu jam tersebut memaparkan musibah yang menimpa ekoran satu insiden kecil yang berlaku ke atas sekelompok keluarga dan rakan-rakan mereka. Siri ini menggambarkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan Australia yang penuh kontroversi serta aspek moraliti dan nilai hidup yang membentuk Australia sebagai sebuah negara yang moden dan berbilang bangsa.

Klik untuk imej besar...

17 GAMBAR - MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK TOMOK


Majlis cukur jambul anak Tomok yang bernama Arrian Shah Akid yang berlangsung pada hari Ahad lalu.

Majlis tersebut bermula kira-kira pukul 10.20 pagi dan dihadiri oleh ramai jemputan seperti kaum keluarga, rakan dan wartawan. Untuk info, Arrianshah lahir di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat ketika itu 3.33 kilogram.

Klik untuk imej besar...

EDRY KRU REPAIR HIDUNG?


Al-kisah diceritakan oleh seorang wartawan 'mulut Murai', ketika rakannya pulang dari rumah terbuka KRU minggu lalu, beliau terkejut melihat wajah Edry yang agak berlainan berbanding sebelumnya.

Dakwanya, wajah Edry jelas ketara perbezaannya terutama di bahagian hidung. Berikutan itu, timbul desas-desus yang mendakwa Edry kemungkinan telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan muda. Heh, pandai aja dia orang buat cerita!

Klik untuk imej besar...

18 September 2012

2 GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR FAZURA


Gambar sambutan hari lahir Nur Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin yang dikelilingi rakan-rakan, peminat dan belon berwarna ungu.

Apa yang menarik, kek untuk Fazura juga telah dihiasi dengan patung Barbie sekaligus menjadikan beliau seorang 'princess' pada hari itu. Apa-apapun tahniah diucapkan pada beliau dengan doa moga Fazura terus maju jaya hendaknya. Amin.

Klik untuk imej besar...

ARTIS & AVON VS KANSER PAYU DARA


Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara amatlah merbahaya kepada kaum wanita kerana ia menjadi pembunuh senyap. Sebab itulah peperiksaan payudara sendiri (BSE) amat penting dan ia mampu membantu pengesanan awal kanser sekaligus boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang betul dan saringan berkala.

Statistik menunjukkan bahawa 51.3 peratus daripada pesakit kanser payudara adalah di bawah 49 tahun (bagi negara-negara Asia). Ia menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan banyak kesedaran terutama di kalangan generasi muda bahawa kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.


17 September 2012

2 GAMBAR - BAYI ANGKAT KEDUA MISHA?


Menurut Misha Omar, baby ini adalah 'orang baru'. Mungkinkah apa yang dimaksudkan oleh Misha ialah anak angkat terbarunya? Jika benar begitu, maka kini sudah dua oranglah anak angkat penyanyi yang bertunang dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, pada Februari lalu.

Untuk info, Misha sebelum ini mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

14 September 2012

4 GAMBAR - MAYA KARIN YANG HUMBLE


Gambar Maya Karin yang dilantik menjadi model bagi kereta Ford Focus terbaru di pasaran. Nampaknya, rezeki Maya makin melimpah ruah kebelakangan ini meskipun dia sering mengembara ke luar negara.

Sememangnya, Maya seorang artis lain daripada yang lain. Dia pandai berdikari, merendah diri dan tidak gemar mencari publisiti murahan. Malah dengar kata, rumahnya di Damansara Perdana pun sedang dalam proses untuk dijual... mungkin kerana Maya mahu membeli rumah baru agaknya. Allahualam.

Klik untuk imej besar...

BERITA RINGKAS HIBURAN TEMPATAN - #1


NING AKUI SEDANG HAMIL

Ning Baizura kini hamil dan tanpa berselindung akan berkongsi cerita tentang kehamilannya itu tidak lama lagi.

"Insya Allah, jika tiada aral minggu depan saya akan menguar-uarkannya.Anda mesti datang," kata Ning Baizura kepada media ketika majlis gala tayangan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. END.


13 September 2012

6 GAMBAR - ALLY DAN FARAH, BAGAI BARU BERCINTA


Gambar mesra Ally Iskandar dan Farah Lee di majlis hari raya dan juga menjadi cover Mingguan Wanita. Apa yang menarik, mereka bagaikan baru jatuh cinta layaknya meskipun sudah berkahwin hampir sembilan bulan.

Menurut Ally, dia menafikan jodoh pilihan keluarga adalah sesuatu yang kolot... sebaliknya kata pengacara TV3 itu, ia adalah suatu hubungan yang ‘segar’ dan ‘misteri’.

Klik untuk imej besar...

BINTANG LAGENDA RAJA HAMIDAH MENINGGAL DUNIA


Masih ingatkah anda dengan seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saad yang pernah membintangi filem lama seperti Musang Berjanggut, Orang Minyak dan Hang Tuah? Jika masih ingat, kita sebenarnya telah kehilangan sebutir lagi bintang lagenda apabila beliau meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat penyakit barah paru-paru semalam.

Untuk info, Allahyarham adalah isteri kepada pengarah filem legenda Salleh Ghani telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang Gate Hulu Kelang, Selangor.

Tinggal kenangan: 
Raja Hamidah (kanan) bersama Mariani & Zaiton

12 September 2012

6 GAMBAR - MAJLIS BERTUNANG DIANA & FARID


Gambar pertunangan Diana Danielle dengan hero Malaya Farid Kamil yang berlangsung secara rahsia di kediaman pihak perempuan di Damansara, Selangor.

Untuk imbasan, dalam majlis bertunang itu, Diana telah menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid. Pihak perempuan telah memberi lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pihak lelaki.

Klik untuk imej besar...

AYU RAUDAH SIFATKAN RITA RUDAINI 'MELAMPAU'


Benarkah apa yang berlaku terhadap Ayu Raudah (keguguran) sebagai balasan Tuhan? Tuduhan ini meskipun pahit, namun ia terpaksa ditelan oleh Ayu, 27, apabila Rita Rudaini menulisnya di Twitter ibarat 'siapa makan cili dia rasa pedas'.

Akibat perbuatan yang disifatkan oleh Ayu sebagai melampau dan amat kasar itu, ia sekaligus didakwa menyebabkan orang ramai memandang serong terhadapnya. Ini kerana, ada yang menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang sudah berusia dua bulan dan berada dalam keadaan sihat walafiat.


11 September 2012

BILA SHEERA SUDAH BERSEDIA UNTUK KAHWIN


Masih ingatkah lagi laporan sebuah akhbar tempatan mengenai dakwaan Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar dibelasah, ditendang, ditampar dan dipukul bertalu-talu oleh teman lelakinya pada 2011?.

Akibat kejadian yang berlaku di sebuah tempat letak kereta di ibu kota itu, mukanya bukan setakat lebam... malah perut Sheera juga sakit hingga terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Inikah kekasih Sheera yang bernama Syan?
Klik untuk imej besar...

10 September 2012

13 GAMBAR - RAGAM NORA DANISH & PUTRA RAYQAL


Aksi menarik Nora Danish dan anaknya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berwajah mirip anak Jepun. Heh.

Rasanya, hanya Putra Rayqal sahaja yang menjadi pengubat sepi Nora yang masih menjadi ibu tunggal selepas Papa Rayqal nikah baru. Harapan kita, Moga Nora dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang mampu membahagiakannya anak-beranak. Amin...!

Klik untuk imej besar...

DAPAT BABY: PENANTIAN 5 TAHUN HAIZA BERAKHIR


Setelah menunggu selama lima tahun, akhirnya Rohaizah Nordin atau lebih dikenali sebagai haiza, 32, dianugerahkan bayi lelaki selepas selamat bersalin pada pukul 8.37 malam di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras semalam.

Bayi tersebut diberi nama Nur Iman Syafie dan seberat 3.07 kilogram. Nur Iman lahir secara normal dan nama tersebut dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32, mengetahui jantina anak mereka beberapa bulan lalu.


08 September 2012

BAPA ANGKASAWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA


"I tribute today to my Beloved father who passed away at 0926 am in the morning at HUKM. He has been a mentor and a great influence on my life. My Father has certainly made me what I am today... And I am going to miss him dearly... My Al Fatihah to my Beloved Dad", ucap Angkawasan Negara, Dr Sheikh Muszaphar yang kehilangan bapanya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha semalam.

Untuk makluman semua, Sheikh Mustapha meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur. Al Fatihah.

Gambar kenangan Dr Sheikh & arwah di StarCity, Moscow
Klik untuk imej besar...


SUPERSQUAD THE MOVIE TAMPIL 4 ARTIS POPULAR


Empat selebriti iaitu Aaron Aziz, Dafi, Diana Danielle dan Radhi Khalid yang menyumbang suara dalam filem animasi 3D 'Supersquad The Movie' dijangka menyemarakkan filem tersebut sekaligus mampu menarik ramai penonton ke pawagam.

"Penggunaan suara empat selebriti itu bagi setiap karakter untuk filem yang akan ditayangkan pada Disember 2013 itu antara pelaburan yang termahal iaitu sebanyak RM6 juta.


07 September 2012

GAMBAR - BILA FASHA SANDHA MASAK UNTUK JEJAI


"Makan bersama suami. Home cooked meals are the best," begitulah kata Fasha Sandha mengenai masakannya untuk suami tersayang.

Tambah-tambah apabila masakan tersebut khas untuk Jejai setelah mereka berpindah ke rumah baru yang pemandangannya cukup indah memperlihatkan KLCC.

Klik untuk imej besar...

GAMBAR - FAZURA DENGAN KERETA RM1 JUTA


Sekeping gambar menarik Fazura yang bergaya dengan kereta baru Maserati GranTurismo. Mungkinkah kereta ini merupakan hadiah hari lahir daripada sidia? Kerana menurut segelintir pihak, kereta ini amat mahal harganya hingga mencecah lebih satu juta ringgit. Allahualam...

Kalau benar bagai didakwa (hadiah), Fazura bolehlah dikira amat beruntung kerana mampu hidup mewah dalam usia muda. Bayangkan, kasut yang dipakai oleh Fazura sahaja dikatakan berharga kira-kira RM3,000!

Klik untuk imej besar...

06 September 2012

NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI MEDIA PRIMA


Ini berita terbaru yang sedang hangat berlegar di alam maya. Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan daripada Media Prima.

Mungkinkah ia berlaku gara-gara isu Bintulu ‘daif’ yang diperkatakan sejak beliau mula memakai tudung tempoh hari hingga membuat pengacara tersebut memohon maaf?

Klik untuk imej besar...

2 GAMBAR - SHERIE MERLIS LAHIRKAN BAYI PRAMATANG


Gambar menarik Sherie Merlis dan bayi barunya Tengku Kaseh Anaquah Binti Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, yang lahir melalui pembedahan dan tidak cukup bulan pada 7 Julai lalu. Meskipun tarikh kelahiran sebenar seperti yang dinyatakan doktor adalah pada 28 Ogos, namun takdir Allah tak siapa yang tahu.

"Ikut hati saya nak lahirkan Kaseh secara normal tapi kata doktor itu akan membahayakan nyawanya. Bila pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), doktor nasihatkan saya supaya menjalani pembedahan kerana bayi perlu dikeluarkan segera kerana degupan jantungnya semakin lemah.

Klik untuk imej besar...

2 GAMBAR - NOSTALGIA FARID KAMIL


Gambar memberi seribu makna... dengan gambar juga ia mampu mengembalikan nostalgia lama yang amat berharga dalam kehidupan kita.

Begitu jugalah halnya dengan pelakon tinggi lampai Farid Kamil yang baru sahaja bertunang dengan Diana Danielle. Dua keping gambar ini pasti mengembalikan nostalgia manis yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

Klik untuk imej besar...

TEATER SITI HASMAH: MAMPUKAH LISA GANTI ERRA?


Selepas diberi tugas mengantikan Erra Fazira untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, akhirnya Lisa Surihani berhasrat untuk bertemu dan mendekati isteri bekas Perdana Menteri ke empat itu. Ia mungkin bertujuan menghayati watak dan karektor untuk pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah yang bakal diadakan nanti.

Menurut Lisa, dia sememangnya mengagumi Tun Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang cukup berkaliber dan mempunyai personaliti tersendiri. Dan apabila dia membaca skrip teater tersebut, dia jadi lebih teruja untuk menemui dan mengenali wanita tersebut.

Klik untuk imej besar...

05 September 2012

BERTUNANG - DIANA DANIELLE TAK KISAH KAHWIN MUDA


"Saya menganggap pertunangan dengan Farid sebagai satu tempoh percubaan sebelum bergelar suami isteri," demikian komen Diana Danielle mengenai pertunangannya dengan Farid Kamil ahad lalu.

Malah Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, memberitahu pada media, bertunang pada usia muda tidak menghalangnya untuk belajar menjadi seorang wanita yang lebih matang.

Klik untuk imej besar...

SEKITAR RUMAH TERBUKA FINAS


Isnin lalu, Finas telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan pelancaran filem dokumentari berjudul Malaysia: Sanctuary Of Faith - The Mosque, The Church & The Temple yang dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Dalam ucapan Dr Rais Yatim, beliau menyeru penggiat filem dokumentari agar menimba ilmu daripada penggiat filem luar negara supaya mereka terus berjaya dimasa akan datang. Tambah beliau, jangan selepas pengambaran tamat, penggiat filem tempatan ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang pertukaran maklumat atau menimba ilmu dan kemahiran mereka.

Klik untuk imej besar...

PENCEN 'SELAMATKAN' AHMAD BUSU


Meskipun ada pihak yang mendakwa keengganan pelakon Ahmad Busu yang popular melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, kembali berlakon sebagai menolak rezeki, namun bagi pelakon itu dia hanyalah merehatkan diri. Kata Ahmad Busu, entah kenapa dia makin selesa tanpa lakonan memandangkan tiada lagi bebanan yang harus ditanggungnya.

"Anak-anakpun dah besar dan berdikari. Malah rumah saya pun dah habis bayar dan saya tidak terikat dengan hutang lagi. Walaupun rumah kecil, namun saya bersyukur kerana tidak perlu berhempas pulas untuk mencari wang membayar hutang," ujarnya.


03 September 2012

TERIMA ANAK, SYARAT KAHWIN - SITI NORDIANA


Anak merupakan keutamaan bagi Siti Nordiana dan hanya lelaki yang mampu menerima anaknya sahaja mendapat tempat dalam hatinya. Ini kerana, anak tunggalnya yang bernama Mohammad Ryyan Nakhaie, 4, adalah segala-galanya bagi penyanyi itu sekarang.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

Klik untuk imej besar...

02 September 2012

GAMBAR MENARIK: GRADUATION LISA DAN YUSRY


Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua. Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan Yusry KRU dan Lisa Surihani yang sama-sama pernah menempuh graduation ceremony.

Cuma bezanya, Yusry graduates pada 2007 dan Lisa pula graduates pada 2008. Namun persamaannya, kini mereka telahpun bergelar 'Husband and wife'. Heh..!

Klik untuk imej besar...