31 October 2015

15 GAMBAR - GELAGAT TERKINI CAHAYA MALAIKA ANAK MAWI & EKIN



Gelagat terkini anak perempuan Mawi (Asmawi Ani) dan Ekin (Norashikin Rahmat) yang kini berusia 3 tahun. Nampaknya dah makin besarlah anak dara Mawi dan Ekin ni.

"Cahaya selalu cakap "Abi ni dah la kelakar,handsome pulak tu" Sumpah saya tak buat2 cerita. Tak caya tanya Cahaya Kan ummi?" demikian kata Mawi mengenai anaknya.

Klik gambar untuk size besar


LEPAS ISU CIPLAK - NEELOFA DIDAKWA TELAH MENGANIAYA STOKIS SENDIRI



Sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab.

Jika sebelum ini, Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Klik gambar untuk size besar


ANAK DERITA SAKIT USUS - AZMAN FLOP POPPY MOHON BANTUAN



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah umpamanya bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail, 43, apabila anaknya mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.



30 October 2015

GAMBAR - AKSI TUNKU JALIL 'BERSELFIE' BERSAMA AWAL & SCHA



"Had lunch with Tunku Laksamana Johor, but at different table! It was a pleasure meeting you again Tunku Jalil after so long," ujar Awal Ashaari melalui Instagramnya ketika dia dan isteri bertemu kerabat Raja itu.

Klik gambar untuk size besar


"INI CUBAAN UNTUK MENJAHANAMKAN SAYA" - AWIE



"Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebagai sengaja untuk mensabotaj dan menganggu tumpuan saya terhadap Konsert Wings 30 Tahun yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini," ujar Awie dipetik sebagai berkata.



CATAT SEJARAH - 'POLIS EVO' TUMPAS 'THE JOURNEY' DENGAN KUTIPAN RM17.3 JUTA



Jika sebelum ini, filem 'The Journey' memegang rekod filem tempatan paling laris iaitu dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014, terkini rekod tersebut telah dicantas oleh filem aksi iaitu 'Polis Evo' apabila berjaya mengutip RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Klik gambar untuk size besar


29 October 2015

SERING DIKECAM - NABIL AHMAD LUAH RASA HATINYA



Nabil Ahmad sebelum ini telah dikecam gara-gara menyamakan lukisan tersebut dengan sekumpulan ahli muzik yang cacat penglihatannya iaitu Caliph Buskers namun dia telah membuat permintaan maaf secara terbuka mengenai perkata itu.

Dan baru-baru ini, Caliph Buskers memberitahu bahawa mereka tidak terasa hati mengenai lawak Nabil tersebut.



ANAK MAHU AJARNYA AL-QURAN - NORMAN HAKIM TERKEJUT



Jika sebelum ini, Norman Hakim memuat beberapa video anak lelakinya memberi tazkirah mengenai jerebu dan mengaji, terkini anaknya membuat perjanjian untuk mengajarnya menghafaz Al-Quran sekiranya dia dapat melatihnya itu untuk memiliki serta membina badan yang berotot atau sado seperti mana ayahnya.



ISU NAFKAH ANAK - AWIE AKAN KEMUKAKAN BANTAHAN AWAL



Penyanyi Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 47, akan mengemukakan bantahan awal permohonan isterinya, Rozana Misbun, 36, yang memfailkan permohonan interim nafkah terhadap dua anak mereka pada 21 Oktober lalu.



6 GAMBAR - BILA NURUL WAHAB SLIM KEMBALI UMPAMA ANAK DARA



Gambar terkini Nurul Wahab atau Nourul Wahab Depp yang kini makin slim selepas melahirkan anak Januari lalu. Menurut Nurul, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilo dalam hanya beberapa bulan.

Klik gambar untuk size besar


YUSOF HASLAM PENJELAS ISU KAMAL DIGUGURKAN DARI FILEM



Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem Abang Long Fadil 2 akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai isu pengguguran Kamal Adli dalam filem tersebut.



KELUARGA MAEMBONG BERAKSI DI PROGRAM REALITI 'THE HOUSE'



Apakah yang bakal berlaku apabila keluarga selebriti popular yang terdiri daripada trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong beraksi sebagai satu kumpulan setelah hampir 10 tahun tidak tinggal serumah? Tambah kelakar, mereka kini akan tinggal sebumbung selama 10 hari dan bakal diuji dengan pelbagai tugasan.

Klik gambar untuk size besar


TERLEBIH SENAM - TISU BAHU KIRI ZUL ARIFFIN TERKOYAK



Gara-gara melakukan senaman berlebihan di gimnasium Sabtu lalu, pelakon Zul Ariffin, 29, telah mengalami kecederaan apabila tisu bahu kirinya koyak.

Menghadapai kesukaran untuk menggerakkan tangannya ke hadapan, Zul telah berjumpa dengan doktor pakar sebelum mengesahkan kecederaan tersebut.



"SUAMI LARANG SAYA AMBIL UBAT-UBATAN UNTUK DAPAT ANAK" - FARAWAHIDA



Farawahida Razali, 30, memberitahu bahawa suaminya, Abdul Shukur Mohd Zain, 31, tidak membenarkan dia mengambil sembarangan ubat-ubatan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi mendapatkan cahaya mata.



"PENGGUGURANNYA DALAM FILEM ITU TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SAYA" - ZIZAN



Sebelum ini, Kamal Adli meluahkan rasa terkilannya, selepas digugurkan daripada membintangi sebuah filem aksi yang didakwa adalah berpunca daripada seorang pelawak yang meminta pihak produksi untuk tidak mengambil Kamal sebagai salah seorang pelakon dalam filem tersebut.



28 October 2015

DATUK VIDA ADA 10 CROWN, PALING MAHAL RM100K



Program Gegar Vaganza musim kedua telah mendapat sambutan yang sangat hangat. Buktinya minggu kedua lalu, beberapa buah kerusi banquet telah dibawa masuk ke dalam dewan untuk menampung jumlah penonton yang terlalu ramai.

Sementara di bahagian atas pula terdapat penonton yang rela duduk di atas tangga asalkan dapat menonton persembahan tersebut secara live.

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - RAGAM MENCUIT HATI ANAK ERRA & ENGKU EMRAN



Gambar menarik Engku Aleesya, anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran yang sememangnya menjadi permata dalam hidup mereka berdua.

"Feels like first day of school," demikian kata Engku Emran mengenai anaknya yang kelihatan seperti calon doktor muslimah gara-gara jerebu.



"KEHADIRAN ALISHA TELAH MEMATANGKAN SAYA" - ALIF SATAR



Sejak bergelar bapa pada 31 Mei lalu, Alif Satar menyatakan bahawa dia kini belajar banyak perkara dalam menguruskan kehidupannya.

Menurut Alif, kehadiran anak sulungnya, Alisha Anugerah, telah menukar cara dia berfikir dan bertindak.

Klik gambar untuk size besar


"KAMI SEDIKIT PUN TAK TERASA DENGAN GURAUAN NABIL" - CALIPH BUSKERS



Semua mengetahui lawak Nabil Ahmad di konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) yang mempersendakan Caliph Buskers dengan menyamakan mereka dengan karya itu yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.



27 October 2015

"SAYA TAK BERSALAH JADI BUAT APA NAK MALU" - AMIR UKAYS



Biarpun namanya tercalar ekoran ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi pada 21 Oktober lalu, bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46, akan tetap meneruskan perjuangannya dalam program Gegar Vaganza 2.



"KAMI DAH TEGUR NABIL SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DALAM MELAWAK" - RAQIM



Terdahulu Nabil Ahmad telah dikecam hebat daripada penonton gara-gara lawak yang mempersendakan kumpulan Caliph Buskers pada konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2)

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian pihak Astro yang dimana pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad telah menegur Nabil untuk tidak melawak secara berlebihan dan menjaga sensitiviti orang lain.



GAMBAR 'BERCIUM' TERSEBAR - FARA MENDOZA TERKEJUT



Fara Mendoza, 25, sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila gambar dia yang dilihat sedang 'bercium' dengan seorang penyanyi baharu iaitu Zwenstar menjadi viral di internet.

Ketika ditanya mengenai perkara ini, Fara menganggap ada pihak yang cuba melakukan khianat terhadapnya dengan menyebarkan gambar menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium.

Klik gambar untuk size besar


GV2 DAPAT SAMBUTAN YANG SANGAT 'GILA'



Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kedua (GV2) telah mendapat sambutan yang amat luar biasa apabila ada segelintir penonton yang memiliki kad masuk tidak mendapat tempat duduk kerana kerusi tidak mencukupi sehingga kerusi bankuet terpaksa di bawa ke dalam.



"SAYA TAK SENTAP DENGAN KOMEN JURI" - SITI NORDIANA



"Saya tak ambil hati dengan komen-komen yang diberikan. Semasa saya diberi tugasan untuk menyanyikan lagu Madah Berhelah, ia satu tanggungjawab yang amat mencabar buat nyanyian saya," demikian kata Siti Nordiana yang mengambil sikap positif, terbuka serta tidak sentap dengan komen juri tetap iaitu Dato' Ramli MS mengenai mutu persembahan dan lontaran vokalnya.



TAHNIAH - FAIZAL TAHIR & HARITH ISKANDER TIMANG BABY BARU



Baru-baru ini, penyanyi Faizal Tahir dan pelawak Harith Iskander telah menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidup mereka.

Kedua-dua selebriti ini telah berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram masing-masing.

Klik gambar untuk size besar


DISEBABKAN ZIZAN RAZAK - KAMAL ADLI DIGUGURKAN DARI BERLAKON FILEM?



Sebelum ini, ada dakwaan yang mengatakan Zizan Razak enggan bergandingan atau bekerjasama dengan Kamal Adli.

Apabila diajukan persoalan itu, Zizan mengambil pendekatan berdiam diri.



26 October 2015

BEBAS MILIKI PISTOL 'CICAK' - AMIR UKAYS BUAT PERSEMBAHAN 'BERAPI' DI GV2



Meskipun awalnya bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir mendapat liputan meluas media gara-gara didakwa memiliki senjata api, namun selepas siasatan polis... senjata tersebut sebenarnya hanya sekadar pistol mainan yang dibuat menembak cicak.



25 GAMBAR - AKSI ROZITA CHE WAN & KELUARGA BERCUTI DI LONDON



Sebelum ini, Rozita Che wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata percutian mereka ke kota London ketika ini adalah hadiah kepada anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang bakal menyambut hari lahir pada 1 November nanti.

Klik gambar untuk size besar


ADEGAN SAYA TAMPAR KAMAL HANYA GIMIK IKLAN MINUMAN KOLA - EMMA MAEMBONG



Sebelum ini, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, terpaksa berhadapan dengan kritikan hebat daripada peminat di laman sosial miliknya gara-gara video dia menampar aktor Kamal Adli yang menjadi viral sejak minggu lalu.



25 October 2015

"SEBELUM BERLAKON SEMULA, SAYA MINTA IZIN SUAMI DULU" - SHARIFAH HASLINDA



Sudah lebih sedekad Sharifah Haslinda tidak muncul di arena lakonan dan terkini beliau muncul dalam drama Dhia Sofea menghiasi slot Samarinda TV3.

Drama itu arahan Rashid Sibir dan diterbitkan sebanyak 15 episod. Ia mula bersiaran sejak 14 Oktober lalu setiap Rabu dan Khamis jam 10 malam.



5 GAMBAR PRA PERKAHWINAN SYUKRI YAHAYA & TYA ADNAN



Selepas bertunang pada 11 Januari lepas, pasangan dua sejoli Syukri Yahaya dan Tya Adnan akan berkahwin pada 20 November depan.

Majlis akad nikah Shukri dan Tya akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka akan diadakan keesokan hari di Cyberjaya.

Klik gambar untuk size besar


MAJLIS RESEPSI SYAIFUL ZERO DIBATALKAN



Mohammad Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Melati, 26, anggota kumpulan Zero memaklumkan bahawa majlis resepsi mereka terpaksa dibatalkan kerana keadaan isterinya Ashura Rudy yang sedang hamil dua bulan manakala dirinya pula sibuk dengan beberapa urusan kerja.



JATUH KETIKA MAIN BOLA - TOMOK ALAMI PATAH BAHU KIRI



Malang tak berbau!

Itulah yang terjadi dengan Tomok atau sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 31, apabila dia disahkan patah dibahagian bahu kiri akibat terjatuh ketika bermin bola petang kelmarin.



24 October 2015

MUAT NAIK GAMBAR HISAP VAPE - NONI AF5 DIKECAM



Kalau kita lihat ramai penghisap rokok tegar sudah beralih arah kepada rokok elektronik, Vape termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.

Tapi bila artis wanita termasuk bukan artis sekalipun, pasti ramai yang pandang serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi Vape.

Klik gambar untuk size besar


7 VIDEO - ANAK NORMAN HAKIM MENGAJI, BERI TAZKIRAH MENGENAI JEREBU



Menerusi laman Instagram Norman Hakim, dia telah memuat beberapa video perbualannya bersama anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim berkaitan isu jerebu yang melanda negara kita.

Mungkin ia merupakan beberapa potongan video ringkas, tetapi secara jujurnya, mesej yang ingin disampaikan oleh anaknya itu sangat mendalam.



SYAIFUL ZERO BAKAL BERGELAR BAPA



Tahniah diucapkan kepada Mohammad Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Melati, anggota kumpulan Zero yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Asyura Rudy, 27, kini sedang hamil dua bulan.



SAMAN SEPAHTU KE ATAS NSTP DITOLAK MAHKAMAH



Semalam kumpulan pelawak Sepahtu telah gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).



23 October 2015

HATI NORA DANISH HANYA UNTUK NEDIM NAZRI



Semua sedia maklum bahawa hubungan Nora Danish dengan Nedim Nazri sudah pun berakhir. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora rasai.



"SUMPAH, SAYA TAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN KEKASIH" - BEKAS SUAMI IZREEN



"Sumpah dengan nama Allah saya tidak tinggal dengan mana-mana perempuan atau kekasih saya, sekarang saya tinggal bersama adik bongsu saya dan pembantu jurukamera," demikian kata bekas suami Izreen Azminda iaitu Muhamad Riza Baharuddin, 32, yang menafikan tuduhan wanita itu dia bersekedudukan dengan kekasihnya dan membawa anak mereka tinggal bersama.



"JIKA TIDAK DIPANGGIL POLIS, AMIR UKAYS AKAN TERUS BERENTAP" - RAQIM



Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 46, akan masih kekal beraksi di pentas program Gegar Vaganza 2 (GV2) atau tidak.



RITA RUDAINI BELUM TERIMA BAYARAN MUTAAH - AIDIL PERJELAS ISU TERSEBUT



Pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan untuk melangsaikan wang mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebanyak RM30,000 namun sehingga kini Rita masih belum menerima sebarang bayaran.

Klik gambar untuk size besar


KES DADAH: GAGAL HADIR - ZARINA ANJOULIE DIKENAKAN WARAN TANGKAP



Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berhubung kes dadah, tiga tahun lalu.



IZREEN AZMINDA BAGI HINT BEKAS SUAMI DUDUK SERUMAH DENGAN TEMAN WANITA?



Pada minggu lepas di akaun Instagram milik Izreen Azminda, dia telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya apabila ada pihak lain yang cuba untuk rapat dengan anaknya dan khabarnya wanita berkenaan adalah teman wanita bekas suaminya.

Klik gambar untuk size besar


"BELUM REZEKI KAMI UNTUK TIMANG ANAK" - ACHEY



Akui sering dibelenggu persoalan mengenai cahaya mata, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata beliau enggan terlalu berharap dan menganggap ia sebagai rezeki.

Menurut Achey, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan soalan begitu.



22 October 2015

BUKAN PISTOL BETUL - AMIR UKAYS DIBEBASKAN



Dunia hiburan menjadi kecoh seketika mengenai berita penahanan bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 44, kerana memiliki sepucuk pistol.

Tetapi petang semalam, Amir telah pun dibebaskan dengan jaminan polis dan perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.



GV2: "SAYA BERSUNGGUH DEMI ISTERI & ANAK" - EZAD LAZIM



"Saya tak malu untuk mengaku yang saya memang bersungguh ketika menerima tawaran dari Astro. Kalau boleh, saya mahu bergelar juara pada musim ini," ujar Ezad Lazim dipetik sebagai berkata.

Menurut Ezad, tujuan dia menyertai GV2 adalah untuk menggilap semula 'bintang'nya di dalam industri hiburan tanah air.



HANYA MELIHAT BENTUK TUBUH DIANA DANIELLE - FARID KAMIL BOLEH TAHU JANTINA ANAK



Sehingga kini Farid Kamil dan isterinya masih belum berpeluang untuk mengetahui jantina bakal bayi kedua mereka meskipun usia kandungan Diana Danielle sudah memasuki lapan bulan.

Pun begitu, Farid Kamil berkata ia bukan satu masalah baginya kerana apa yang penting bayi dalam kandungan itu sihat dan selamat dilahirkan dijangka pada bulan hadapan.

Klik gambar untuk size besar


BANTU PESAKIT KANSER - MAYA KARIN JADI SELEBRITI PALING BANYAK MENDERMA



Pada Ahad lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menyerahkan dana berjumlah RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Sumbangan itu dikumpul menerusi kempen amal #AirAsiaMAKNA yang dilancarkan baru baru ini.

Klik gambar untuk size besar


21 October 2015

SELAMAT BERSALIN - AKMA AF3 DIKURNIA 'BABY BOY'



Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 2.10 petang semalam.

Difahamkan, bayi lelaki seberat 2.23 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court.

Klik gambar untuk size besar


LAGI GAMBAR WAJAH COMEL ANAK KEDUA WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL



Pasangan secocok Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang menimang cahaya mata kedua mereka pada 18 Ogos lalu telah berkongsikan beberapa keping gambar cahaya mata mereka di laman sosial media.

Klik gambar untuk size besar