31 August 2016

9 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN ANA DAHLIA DI HARI MERDEKA



Pelakon, Ana Dahlia selamat melangsungkan pernikahannya pada hari kemerdekaan Malaysia dengan Ashraf yang juga anak pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli.

Majlis gilang gemilang itu telah dilangsungkan di Hotel Perdana Taiping, Taiping, Perak, kira-kira jam 11 pagi tadi. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Ustaz Roziman Tajuddin.



"SAYA MINTA MAAF BUAT SILAP" - ZILA AF4 MOHON PEMBELAAN KES NUSYUZ



Penyanyi Zila Saeron (AF4), 28, memohon pembelaan berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan bekas suaminya, pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, pada 12 Mei lalu.

Zila selaku defandan mengangguk faham ketika Hakim Syarie menyebut semula tuntutan nusyuz yang difailkan plaintif iaitu bekas suaminya namun memohon pembelaan menerusi peguam syarie mewakilinya, Nurul Aini Yusoff.

Abdul Halim telah membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.



9 SEPTEMBER INI - ELLY ARIFIN (PENGACARA HLIVE) & JIGGY (DJ IM4U) BERNIKAH



Pengacara Hlive, Elly Arifin bakal menamatkan zaman solonya apabila bertemu jodoh dengan penyampai radio iM4U FM, Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan akan berlangsung pada 9 September ini manakala sehari selepas itu iaitu 10 September pula akan diadakan majlis resepsi di Puchong Selangor.



"SAYA TERTEKAN & RASA SEDIH KETIKA BERPANTANG" - RAJA FARAH



Sepanjang menjalani tempoh berpantang sejak bersalin pada 10 Ogos lalu, pelakon dan pengacara, Raja Farah, 27,mengakui dirinya sedikit tertekan.

Ini kerana kata Raja Farah, selain perlu berpantang secara tradisional, dia juga risau dengan keadaan anaknya, Imran Iskandar, yang mengalami penyakit kuning dan kencing kotor.

"Memang fikiran saya kurang stabil kerana asyik tertekan dengan pelbagai perkara. Pada minggu pertama, saya baik-baik saja. Namun apabila masuk minggu kedua, setiap Maghrib saya akan bersedih.



NAMA ANAK - GJIE 6IXTH DAPAT ILHAM DARI MEKAH



Cahaya mata sulung perempuan gitaris kumpulan 6ixth sense, Gjie dan isterinya, Farah Nabila Selamat atau Bella, yang dilahirkan pada 21 Jun lalu iaitu sehari sebelum pemuzik terbabit menunaikan ibadat umrah, sempena Ramadan, telah dinamakan dengan Aisya Medina.

Kata Gjie atau nama sebenarnya Mohd Faiz Azizi Arlis, beliau mendapat ilham nama berkenaan ketika berada di Tanah Suci Makkah.

"Aisya dipilih bersempena nama isteri Rasulullah, Siti Aisyah, manakala Medina pula ilham daripada nama Madinah yang menjadi kota kesayangan Nabi Muhammad.



AKIBAT LANGAR PANTANG BERSALIN - YANA SAMSUDIN ALAMI BENTAN



Ketika dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu, pelakon Yana Samsudin, 32, memberitahu dia mengalami bentan gara-gara melanggar pantang tersebut.

Kata Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.

"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.



30 August 2016

"TAK BERDENDAM TAPI PERBUATANNYA BELUM BOLEH DIMAAFKAN " - ALONG CHAM



Semalam pelakon dan pelawak Along Cham telah menceraikan Zila Saeron (AF4) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.



14 GAMBAR - IZREEN AZMINDA TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR



"Terkejut terkejutttt kami!!! Berjaya ampa semua! Tq tq tq surprise birthday in advance!," demikian kata Izreen Azminda yang diberi kejutan awal oleh teman-temannya menjelang hari lahirnya yang jatuh pada hari ini (30 Ogos).

Izreen telah menyambut hari lahirnya yang ke-31 itu di Starbucks bersama teman baiknya.

"Hepi besday my love bff Izreen Azminda. Kami semua doakan ampa dapat kebahagiaan yang di impikan gitewww," ujar Rita pula di IGnya.

Selamat hari lahir Izreen!



"MANA ADA SAYA CERAIKAN ADIRA" - DATUK RED



Ada satu dakwaan hangat diperkatakan di 'Laman Sembang Gosip CARI' yang mempersoalkan hubungan Adira Suhaimi dengan suaminya ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 38, berakhir.

Datuk Red didakwa sudah menceraikan isteri keduanya itu dan merancang untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Datuk Red bagaimanapun menerusi kenyataan di mStar berkata, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.



GOSIP RUMAH TANGGA BERANTAKAN - NABILA HUDA ANGGAP MENGARUT



Laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mendakwa perkahwinan Nabila Huda, 32, dengan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, dilanda badai disifatkan sebagai mengarut dan tidak masuk akal oleh pelakon itu. Nabila bagaimanapun berkata, dia dan suaminya tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.

"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? "Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan," katanya ringkas ketika dihubungi media.



29 August 2016

16 GAMBAR - NEELOFA TERIMA ANUGERAH PERHARGAAN DARI PERMAISURI AGONG



Tahniah diucapkan buat Noor Neelofa kerana telah menerima anugerah penghargaan iaitu Anugerah Tokoh Wanita di majlis gala Tribute to Women Malaysia 2016 dalam kategori perniagaan, Sabtu lalu.

Neelofa sebelum ini berjaya meraih jualan kasar sebanyak RM50 juta setahun melalui perniagaan tudungnya Naelofar.



ADI PUTRA TUNAI HAJI LAGI - KALI INI BERSAMA ISTERI PERTAMA



"Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua," demikian kata pelakon Adi Putra, 35, yang akan menunaikan haji bersama isteri pertama, Aida Yusof, 41, hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan Adi atau nama penuhnya Adi Mohamed Hadi Putera menerusi laman Instagram miliknya.

Ekoran itu, ramai peminat pelakon filem KL Gangster itu memberi komen positif mengharapkan segala urusan mereka di Tanah Suci berjalan dengan lancar.



"SELAMAT PENGANTIN BARU" - ALONG CHAM KINI SAH BERCERAI DENGAN ZILA AF4



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan!

Demikian halnya dengan pelakon dan pelawak Along (Cham) dengan Zila Saeron (AF4) apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, kira-kira pukul 10.40 pagi hari ini.

Difahamkan, lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.



AKUI KINI TIDAK LAGI BERHIJAB - UQASHA SENROSE MAHU JADI DIRI SENDIRI



Melalui pendedahan eksklusif kepada Berita Harian, pelakon Uqasha Senrose, 23, yang tidak mahu terus menerus menipu dirinya telah mengakui bahawa dirinya kini tidak lagi berhijab selepas tiga tahun berhijab.

Kata Uqasha, dia bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.



49 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH & RESEPSI IDZHAM ISMAIL & ISTERI



Semalam telah berlangsung majlis akad nikah serta resepsi pelakon yang dikenali dengan watak 'Panjang' dalam drama bersiri popular Juvana, Idzham Ismail dan isterinya seorang pramugari Arab Saudi, Siti Nur Abilah atau Bella.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Shah Alam, pada sebelah pagi diikuti resepsi di One City Subang, malam semalam.

Idzham mengenali Bella sejak Julai tahun lalu. Bermula sekadar menyukai gambar masing-masing di laman Instagram, mereka akhirnya berjumpa kira-kira dua bulan kemudian.


MAJLIS AKAD NIKAH


28 August 2016

4 GAMBAR - ANAK FADILAH MANSOR SELAMAT BERGELAR ISTERI



Pada 20 Ogos lalu, pelakon Alia Farhani Ahmad, 25, yang merupakan anak kepada Datin Fadilah Mansor, 57, dan Ahmad Ibrahim atau Mat London, 60, telah selamat bergelar isteri kepada Muhamad Daniel Ahmad, 26, Eksekutif Arena Sukan di iM4U, dengan sekali lafaz.

Pada majlis tesebut, Alia yang menyulam cinta dengan Daniel selama tiga tahun itu menerima mas kahwin seutas gelang emas dan wang hantaran RM25,000. Pihak lelaki juga membawa tujuh dulang hantaran.

Majlis pernikahan berlangsung di Villa Fragrans Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Kepong berlangsung dengan meriah dihadiri keluarga ayah dan ibunya.



10 GAMBAR - SUASANA SAMBUTAN BIRTHDAY HANEZ SURAYA



"Thank You So Much Suamiku..," demikian kata Hanez Suraya yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-31 baru-baru ini.

Hanez menerusi laman Instagramnya telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis ini yang disambut secara kecil-kecilan.

Jom lihat!



12 GAMBAR - AKSI SITI SALEHA DI UK



Amboi... bukan main seronok pelakon Siti Saleha jalan-jalan di United Kingdom.

Gambar-gambar sekitar percutian di sana telah dikongsikan oleh Saleha menerusi laman Instagram miliknya.

Jom tengok!



27 August 2016

"ADA HIKMAH DISEBALIKNYA" - CHE TA RANCANG BELI KERETA BARU



"Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana kebanyakan kes kereta hilang memang susah nak jumpa balik. Apatah lagi jika jenayah itu membabitkan sindiket.

"Saya merancang untuk membeli kereta baru dari jenis sama tetapi belum berkesempatan untuk berbuat sedemikian. Jadi, sekarang saya menggunakan kereta sedia ada untuk urusan seharian," kata Rozita Che Wan yang menganggap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.



CURI WANG ZIZIE EZZETE - PEMBANTU RUMAH INDO DITAHAN POLIS



Gara-gara memuatnaik gambar mata wang asing di laman Facebooknya, pembantu rumah pelakon Zizie Ezzete yang merupakan warga Indonesia itu telah ditahan polis.

Pembantu rumah yang dipercayai mencuri wang milik Zizie berjumlah ribuan ringgit itu ditahan di rumah pelakon berkenaan di Taman Seri Ukay, 24 Ogos lalu pada pukul 10.30 malam.

Isteri wakil rakyat Umno itu mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pembantu peribadinya yang ternampak gambar berkenaan di media sosial milik wanita itu pada 9 Ogos lalu.



AMELINA SAHKAN DIRINYA KEMBALI SOLO



"Saya sudah berpisah dengan suami," demikian kata penyanyi dangdut popular, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 42, yang mengesahkan dirinya itu kembali solo selepas bercerai dengan suaminya.

Kata Amelina, dia ada sebab untuk tidak mendedahkan status perkahwinannya kepada umum selama ini kerana mahu mengelak kontroversi.

"Saya sebenarnya segan untuk mengumumkan status sebenar, pada masa sama bimbang orang akan mengata saya seronok apabila kembali solo," jelasnya.



VIDEO MENGAMUK VIRAL: "MEMANG SALAH SAYA, MINTA MAAF" - LAN PET PET



"Saya mahu menasihati orang ramai dan rakan artis untuk tidak sewenang-wenangnya membuat kesalahan jalan raya. Kalau mengetahui ia memang salah sendiri, segeralah meminta maaf," kata Lan Pet Pet selepas video memaparkan dirinya mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) apabila keretanya dikunci oleh pihak tersebut menjadi viral sejak kelmarin.

Bagi Lan, bergelar selebriti bukan alasan untuk tidak mematuhi undang-undang yang sudah ditetapkan. Mengakui kesalahannya sendiri dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad memohon maaf terhadap video viral tersebut.



NAMA 'AISY MATEEN' - YANA SAMSUDIN & SUAMI FIKIR 3 MINGGU



Semua mengetahui bahawa Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari telah menamakan putera sulung mereka yang lahir pada 21 Julai lalu dengan nama Aisy Mateen.

Menurut Fadzil, selepas tiga minggu anak mereka dilahirkan, dia dan isterinya sepakat untuk menamakannya dengan nama Aisy Mateen yang membawa maksud 'kehidupan atau kemewahan yang teguh'.



26 August 2016

"BELUM TEMUI PENGGANTI" - EIZLAN YUSOF



"Saya berkawan dengan ramai wanita, namun belum jumpa yang istimewa," kata pelakon Datuk Eizlan Yusof, 45, yang memaklumkan bahawa beliau masih belum menemui pengganti setelah berpisah lebih setahun dengan bekas isteri, Vie Santie Harun.

Kata Eizlan, bukan bermaksud hatinya sudah tertutup, tetapi jadual kerja seharian yang padat menyebabkan beliau tiada masa mencari kekasih.

"Pada masa sama, saya juga sibuk dengan urusan kerja dan pengajian doktor falsafah di Universiti Utara Malaysia," jelasnya.



BERGELAR BAPA - SHUKRI YAHAYA RASA GEMBIRA & GEMENTAR



Bergelar bapa buat pertama kali kelmarin, pelakon Shukri Yahaya mengakui gembira, tetapi pada masa sama sebak dan gementar menantikan kelahiran anak perempuannya itu.

Shukri berkata, isterinya Tya Adnan dimasukkan ke bilik bersalin jam enam pagi dan dia sendiri turut berada di samping isterinya sepanjang tempoh itu.

Berada di sisi isterinya sepanjang proses bersalin, Shukri dapat melihat betapa besar pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat buat suaminya.



4 GAMBAR - WAJAH TERBARU YUSUF ISKANDAR



"Encemm nya anak daddy," demikian kata Hairul Azreen mengenai wajah terbaru anak lelaki, Yusuf Iskandar yang kini botak.

Alahai... memang tak tahan bila melihat aksi anak kesayangan Hairul dan Hanis Zalikha ni. Pandai Yusuf bergaya dan buat muka.

Jom lihat!



LEPAS KES CEK TENDANG, AMENG DILARANG MENYANYI DI KELANTAN?



"Saya sepatutnya ikut jelajah Suria FM di AEON Mall, Kota Bharu Sabtu ini dan mereka sudah bayar tiket dan penginapan di sana, malangnya semalam pihak Suria FM hubungi saya dan beritahu tentang hal ini.

"Saya diberitahu boleh datang jumpa peminat tapi tidak dibenarkan untuk menyanyi," ujar penyanyi Ameng Spring yang terkejut dan kecewa apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan daripada membuat persembahan dalam satu siri program jelajah di Kelantan.



ALIFF AZIZ DAH EDAR KAD KAHWIN



Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, akhirnya mengedarkan kad kahwinnya kepada media.

Perkahwinannya dengan Dayang Ara Nabellah Awang Nastillah (Bella) sah bakal berlangsung pada 9 September depan.



25 August 2016

PENAGIHAN DADAH - ZAMANI NAFI KEMBALI TERJEBAK



Selepas berat badannya dilihat semakin merosot, ada khabar angin mendakwa vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani, 45, kembali terlibat dengan najis dadah.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim bagaimanapun menafikan kononnya dia kini kembali terjebak dengan aktiviti penagihan dadah selepas bebas dari pusat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih tahun lalu.

Katanya, dia mempunyai bukti yang kukuh dengan surat akuan bebas dadah dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi.



"KAMI RANCANG TUNAI UMRAH & HONEYMOON DI MEKAH" - EZZATY ABDULLAH



"Saya sudah membuat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah kami mahu berbulan madu di sana," demikian kata isteri kepada Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah yang merancang dengan suaminya untuk ke Tanah Suci Mekah pula bagi menunaikan ibadah umrah, sekaligus menyambung bulan madu mereka.

Ezzaty yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di London bersama suami berkata, mereka akan ke sana pada bulan Januari kerana cuacanya tidak terlalu panas dan juga tidak ramai orang.



BERSALIN AWAL - MISHA OMAR DIKURNIAKAN 'BABY BOY'



Tahniah diucapkan buat penyanyi Misha Omar, 34, yang telah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 2.05 kilogram secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, sekitar jam 10.20 malam semalam.

Difahamkan, Misha bersalin tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan apabila mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib, Banting.



4 GAMBAR - AMYRA ROSLI SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-25



Semalam tunang kepada Amar Baharin, Amyra Rosli telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25.

"I love the sparkle in your eyes and the beautiful smile you have when we are together. I want to be by your side to watch you celebrate many more birthdays. Happy Birthday Fiancee ," ucap Amar buat tunangnya.

Selamat hari lahir kami ucapkan dan semoga segala persiapan majlis pernikahan Amyra dan tunang dipermudahkan segala urusan dan berjalan dengan lancar.



SHAHZ JASZLE BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat pelakon Shahz Jaszle, 28, yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Hanis Husna kini hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Januari tahun hadapan..

Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, dia tidak menyangka akan menjadi bapa buat kali kedua. Kata Shahz, apa yang membuatkannya bertambah teruja apabila ujian ultra bunyi yang dilakukan mengesahkan janin dalam kandungan adalah bayi lelaki.



KONSERT RTM - MESKIPUN BERTUDUNG, ELLA TETAP HEBAT



Tudung bukan penghalang untuk terus rock!

Itulah kesimpulan yang dapat dikatakan mengenai Konsert Lentera Muzika Ella 19872016 yang disiarkan secara langsung menerusi RTM Ahad lalu.



KAKAK NEELOFA - SHARNAAZ AHMAD RANCANG KAHWINI TAHUN DEPAN



"Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan," kata pelakon dan pengarah, Sharnaaz Ahmad, 31, yang sedia bergelar suami ahli perniagaan, yang juga kakak Neelofa, Noor Nabila, selewat-lewatnya tahun depan.

Menurut Sharnaaz, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga, namun menyerahkan urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.

"Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.



24 August 2016

TAHNIAH - SHUKRI YAHAYA TIMANG BAYI PEREMPUAN



"Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24 Ogos 2016 tepat pukul 12.22 tengah hari, isteri saya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami (perempuan).

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Allahuakhbar," tulis pelakon Shukri Yahaya yang kini bergelar bapa.



"BELUM SEDIA KAHWIN LAGI" - FASHA SANDHA AKUI DIDEKATI LELAKI



Akui didekati beberapa lelaki, Fasha Sandha, 32, yang sudah lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, bagaimanapun masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.

Ini kerana kata pemilik nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, bukan mudah untuk mencari teman yang boleh menerima baik buruk dirinya dan kini beliau hanya ingin memberi fokus kepada anak-anaknya sahaja.

"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.



PEGANG JANJI - NAZIM OTHMAN ELAK SENTUH, PELUK BUKAN MAHRAM



Kini giliran pelakon Nazim Othman, 32, pula elak bersentuhan dan berpelukkan sebagaimana yang dilakukan oleh Saharul Ridzwan dan Izzue Islam yang juga enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Kata Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, dia cuba untuk mempraktikkan perkara itu bukan sahaja dalam kerjaya lakonan, malah dalam aktiviti kehidupan sehariannya.

"Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja.



6 GAMBAR - WAJAH PENUH 'AISY MATEEN', ANAK YANA SAMSUDIN



Jika sebelum ini, Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari hanya kongsikan gambar anak lelaki mereka yang lahir pada 21 Julai lalu secara sipi sahaja, tetapi kali ini wajah penuh anak sulung mereka yang diberi nama Aisy Mateen itu didedahkan kepada umum.

Untuk rekod, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, dan Fadzil, 33, yang juga adik kepada aktor Farid Kamil, mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Harapan kita, moga apabila Aisy membesar nanti, dia menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa. Insya'Allah.



"HANYA KAWAN" - ERRA FAZIRA TAK MAHU DIKAITKAN DENGAN SHAHIR LAGI



Sudah lama tidak bertemu!

Demikian kata pelakon Erra Fazira, 42, yang bertemu kali terakhir dengan penyanyi Shahir setahun setengah lalu.

Kata Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan medium aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.

Jelas Erra lagi, kebanyakan perkara yang tersebar yang mengaitkan dirinya dengan Shahir di laman sosial adalah tidak benar.



23 August 2016

PASANGAN PELAWAK & PENYANYI BERGADUH BERPUNCA DARI PESERTA AF2016?



Akademi Fantasia kembali lagi!

Ikhlasnya, tidaklah dipanggil rancangan itu sebagai Akademi Fantasia jika segelintir pesertanya tidak terpalit dengan kontroversi. Heh.



"SAYA RELA KAHWIN DUDA DARI SUAMI ORANG" - RUHAINIES



"Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima

"Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya. Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan," kata Ruhainies yang tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain.



'KELENTIT RINDU' DISERBU DBKL - AHYA ROSLI TUKAR NAMA



Selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama 'Kelentit Rindu' yang digunakannya, kedai shisha milik pelakon dan model Ahya Rosli, 29, itu telah diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dek kerana itu, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk Ahya menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada 'Alyahyashisa' kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.



22 August 2016

"SAYA HARAP DAPAT HAK JAGA ANAK SULUNG" - AWIE



"Saya harap sesuatu yang baik berpihak kepada saya selepas apa yang saya usahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga berharap saya tidak lagi teraniaya

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semua relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah sana (Rozana)," kata Awie yang berharap keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 9, akan berpihak kepadanya dan juga berharap apa sahaja yang diusahakan selama ini daripada awal terutama berkaitan anak-anaknya membuahkan hasil.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, selaku responden hadir bersama peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan.



IDZHAM ISMAIL AKHIRI ZAMAN BUJANG 27 OGOS INI



Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin atau lebih mesra dipanggil Bella pada 27 Ogos ini.

Difahamkan, pasangan ini mula rapat sejak setahun lalu dan tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Menurut Idzham, sudah tibanya masa dia menjadi suami setelah berjumpa seorang wanita yang betul-betul memahami dirinya.



AL-FATIHAH - BAPA AZHAN RANI MENINGGAL DUNIA



Menerusi laman Instagram pelakon Azhan Rani, beliau memaklumkan bahawa bapa tercintanya, Abdul Rani Sabri, 71, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.20 pagi semalam di kediaman mereka. Jenazah bapanya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Zuhur.

"Tanggal 21 ogos 2016 bersamaan 18 zulkaedah 1437.. abah saya ABDUL RANI BIN SABRI (71) telah pergi menemui penciptaNya..

"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7:20 pagi dirumah kami dan jenazah beliau selamat dikebumikan selepas zuhur pada hari yang sama...



TAKZIAH - BAPA IR RADZI KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Allahyarham dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) dan keadaannya dalam keadaan tenat pada hari ini (Ahad) sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," kata Aszuad Zakaria iaitu pengurus kepada penyanyi, Ir Radzi.

Difahamkan, bapa Ir Radzi meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang semalam akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut pengurusnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarganya di Institut Jantung Negara, Kuching Sarawak.



SELAMAT BERSALIN - ZARINA ANJOULIE TIMANG ANAK LELAKI



Pelakon Zarina Anjoulie akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki Jumaat lalu pada jam 8.30 pagi selepas sakit selama dua hari. Dia melahirkan bayi tersebut di sebuah hospital di Brunei.

"Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

21 August 2016

34 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI IKA NABELLA & SUAMI



Majlis resepsi kedua Ika Nabella, 27, dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam, 29, telah diadakan semalam bertempat Dewan Merak Kayangan Felda Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Ika kelihatan anggun dengan busana berona putih manakala suaminya pula segak dengan sut berwarna biru.

Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.



8 FOTO & VIDEO - SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KE-10 DI AUSTRALIA



Hari ini iaitu 21 Ogos merupakan ulangtahun perkahwinan ke-10 Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Bagi meraikan detik istimewa mereka sedekad bergelar suami-isteri itu, Siti dan suami telah bercuti bersama-sama di Australia.

Menerusi Instagram Siti, beliau telah memuatnaik video yang sangat sweet dimana beliau diberi kejutan oleh suaminya.



12 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH & TAHNIK YUSUF ISKANDAR



Semalam pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mengadakan majlis aqiqah dan tahnik buat anak sulung mereka, Yusuf Iskandar.

"Alhamdulillah selesai sudah majlis Aqiqah, tahnik Yusuf Iskandar. Diam je dia bila ustaz yang nikahkan mummy daddy dulu uruskan dia.

"Saya tenang, saya bersyukur, saya happy sebab masa majlis tadi, Yusuf Iskandar, dia sangat relax dan cool. Terima kasih semua berkat korang selalu doa dia menjadi anak yang soleh," ujar Hairul di laman IG.