31 December 2011

OSBON JUARA MLM, BOBOI SENASIB JOZAN


Final Maharaja lawak Mega (MLM) bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri, malah ia juga mengulangi babak sama ketika final Maharaja Lawak terdahulu di mana Jozan yang menjadi 'favourite' tersungkur di tangan Sepah.

Dan kini di MLM, Osbon pula yang mengecewakan Boboi apabila muncul sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega 2011. Manakala Boboi terpaksa berpuashati dengan wang kemenangan RM250,000 apabila hanya mampu bergelar Naib Juara.

Kesemua peserta MLM - klik untuk imej besar...


30 December 2011

11 GAMBAR NOSTALGIA AARON AZIZ


Untuk peminat Aaron Aziz, hanya ini sahaja yang dapat kami siarkan untuk anda. Tapi bagi peminat wanita, jangan cemburu pula sebab sebahagian besarnya adalah gambar lama Aaron bersama isterinya Diyana Halik.

BIODATA:
NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Tampines, Singapura
TARIKH NIKAH: 3 Ogos 2003
NAMA ISTERI: Diyana Halik

Klik untuk imej besar...



HARI TERAKHIR DI MHI - BYE BYE WARDINA..!!


Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa hari ini adalah hari terakhir Wardina Safiyyah bersiaran bersama Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3. Untuk info, di hari terakhirnya, Wardina telah berpasangan dengan Abby Fana mengendalikan rancangan tersebut setelah lima tahun bersama stesyen swasta itu.

Kali ini, rasanya kontrak Wardina tidak akan disambung lagi kemungkinan disebabkan kontroversi yang melandanya beberapa bulan lalu. Jika anda masih ingat, Wardina dituduh memberi ceramah di majlis yang dianjurkan oleh pihak pembangkang meskipun tuduhan itu dinafikan olehnya.

Wardina bergambar kenangan bersama staff MHI
Klik untuk imej besar...


ROZITA & ZAIN SAIDIN 'DATING' DI GENTING HIGHLANDS


Jika sebelum ini pelakon 'janda bergetah' Rozita Che Wan yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zain Saidin hanya berlegar melalui gosip, kini tiba-tiba semuanya berubah. Ia berikutan ada saksi mata yang melihat Rozita 'dating' bersama Zain di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang bersama anak-anaknya.

Dengan perkembangan tersebut, maka segala khabar angin yang mendakwa Rozita mempunyai hubungan cinta dengan Zain kemungkinan ada benarnya. Malah gosip 'berdating' di puncak Genting ini diakui sendiri oleh Rozita yang memberi alasan dia membawa dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, bercuti sementara penggal cuti sekolah masih ada.

Rozita dan Zain, nafi bercinta...


29 December 2011

AKHIRNYA AFDLIN SHAUKI 'TEGUR' CHEF WAN


Selepas sekian lama terkunci mulut, akhirnya Afdlin Shauki bangkit mempertahankan rakan-rakan seangkatannya yang kecundang di Maharaja Lawak Mega (MLM). Yang hangat, Afdlin bukan sahaja menyebelahi rakan lawaknya yang tersungkur malu, malah turut menegur sikap Tukang Masak Selebriti Chef Wan yang disifatkannya sebagai terlalu 'keras' mengkritik.

Tegur Afdlin, tidak perlulah mengatakan lawak yang disampaikan itu mengaibkan atau sebagainya... cukuplah dengan komen seperti "mintak maaf, secara jujur saya tak boleh ketawa dengan persembahan awak malam ni".



KUTIPAN FILEM MALAYSIA SEPANJANG 2011


Filem manakah yang menjadi juara dan mendapat kutipan paling tinggi sepanjang 2011? Dan filem manakah yang sekadar 'melukut di tepi gantang' apabila kos pembikinan tidak balik modal hingga memaksa mereka 'gulung tikar'?

Mungkinkah pada tahun 2012 nanti, akan lebih banyak produksi perfileman yang bakal menjadi jutawan dan lebih banyak juga yang menjadi bangkrap? Untuk menilai prestasi mereka, jom kita lihat senarai yang dikeluarkan oleh Finas sehingga 22 Disember lalu.



PERKAHWINAN - LISA SURIHANI 'PURA-PURA' TENANG?


Tarikh keramat 23 Februari 2012, bukanlah lama sangat. Bak kata orang, pejam celik pejam celik... tup tup dah sampai masa yang dinantikan itu.

Namun kelihatannya Lisa Surihani dan pasangannya Yusry Abdul Halim agak 'tenang' dan terus menyibukkan diri dengan aktiviti seni. Apakah mereka tidak berdebar atau hati mereka tidak bergelora dengan penantian seluruh peminat termasuk masyarakat Malaysia amnya?

Bukan apa... jika dilihat jadual mereka, awal bulan Januari, Lisa akan terlibat dengan penggambaran filem terbitan KRU Studios, 'Ular' di mana Yusry juga akan terlibat dengan proses CGI filem tersebut. Manakala bulan Februari pula, gadis berusia 25 tahun ini akan terlibat dengan sebuah lagi filem baru. Jika dah padat begitu, bagaimana dengan persiapan perkahwinan?



ELLY SURIATI 'KEHILANGAN' ANAK KALI KEDUA


Kerana pernah kehilangan anak kedua, Elly Suriati kini sering menangis kerana tertekan selepas mengalami keguguran. Kejadian malang itu berlaku pada hari Rabu lalu ketika beliau mengarahkan filem Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Kesedihan tersebut disuarakan oleh suaminya sendiri Azri Iskandar yang memberitahu isterinya amat sedih kerana kehilangan bayi yang sudah mencecah empat bulan itu. Malah Elly juga katanya seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang bayi tersebut sudah tiada.



GAYA ARTIS SAMBUT PERAYAAN '1 MALAYSIA'


Alangkah gembiranya Fasha Sandha, Faradhiya dan rakan-rakan mereka ini ketika menghadiri jamuan krismas. Ya la... kita beruntung kerana di Malaysia kita ada berbilang kaum dan mengamalkan budaya kunjung mengunjung ketika perayaan bagi mengeratkan perpaduan.

Tapi yang tak sedapnya ialah bila ada segelintir artis kita yang memakai baju menjolok mata hingga terdedah ketiak dan sedikit buah dada. Malah nampak macam nak terlucutpun ada..!

Bukan apa, kalau nak hidup gaya moden sekalipun, yang dilarang oleh agama tak payahlah kita ikut kerana ia hanya akan mengaibkan diri sendiri... tak gitu?

Klik untuk imej besar...


28 December 2011

GAMBAR BABY ZIELA JALIL?


EKSKLUSIF...

Gambar-gambar Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzila Jalil bersama babynya yang diberi nama Ibrahim Junid. Untuk info, baby ini lahir pada 8 Disember lalu... namun tidak diketahui di mana Ziela melahirkan bayi lelaki yang comel itu.

Kerana difahamkan sebelum ini pelakon dan penerbit drama terkenal itu pernah menafikan spekulasi yang beliau sudah mendirikan rumah tangga kali kedua selepas kematian suaminya Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Dakwa Ziela, dakwaan kononnya beliau sudah menamatkan zaman janda adalah tidak berasas sama sekali.

Klik untuk imej besar...


KEVIN ZAHRI NAFI SAMBUT KRISMAS


Health Instructor dan juga model, Kevin Zahri menafikan yang beliau menyambut krismas baru-baru ini berikutan tersebarnya gambar pokok krismas yang diambil melalui facebooknya sendiri. Dakwa Kevin, dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan segelintir pihak yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Bagaimanapun, Kevin mengakui bahawa pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi facebook tersebut milik beliau dan ia dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri (1 tahun), amat meminati pokok tersebut.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - YUNA & QI DATING DI EROPAH


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Pepatah tersebut amat bersesuaian sekali buat Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali yang dibawa 'dating' ke Eropah oleh Yuna atau nama sebenarnya yunalis zarai baru-baru ini.

Pasangan bercinta ini nampaknya 'happy go lucky' bersama meskipun wajah Qi serabai sikit dengan misai dan janggut yang tidak dipotong. Dan untuk info, semua gambar-gambar menarik ini telah dirakam mengguna kamera Canon di mana Yuna sendiri telah menjadi model iklannya dengan slogan "setiap gambar ada lagunya".



27 December 2011

DR MUSZAPHAR, DR HALINA & BELLA DI MAJALAH HELLO


Aksi Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina dan Bella dalam majalah Hello keluaran Januari. Apa yang menarik, Bella telah memberi senyuman manis dalam photo shoot tersebut sekaligus membuat salah satu gambarnya begitu menarik.

Jom layan...

Klik untuk imej besar...


KONSERT LOUDSPEAKER GAGAL?


Penampilan penyanyi hebat seperti kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta Faizal Tahir & Royale FT Force tidak menjanjikan sambutan juga hebat daripada penonton. Dan itulah yang berlaku terhadap konsert Loudspeaker yang berlangsung Ahad lepas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dilihat gagal mencapai sasaran.

"Walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat kami," ujar wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar.

Klik untuk imej besar...


26 December 2011

NOSTALGIA 'WEDDING OF THE YEAR' ERRA & YUSRY


Kenangan indah Erra Fazira dan Yusry yang masih segar dalam ingatan dan menjadi satu sejarah yang sukar dilupakan oleh ramai peminat.

Eksklusif untuk pelawat myartis.com... kami imbas kembali nostalgia perkahwinan antara Yusry dan Erra yang pernah menjadi 'wedding of the year' pada tahun 2003.


Klik gambar untuk size besar...


25 December 2011

GAMBAR SANA SINI - AKSI PELAKON 'MACHO'


"Ini namanya, 'Separuh masak'," ujar pelakon yang merupakan adik kepada penyanyi sebuah kumpulan popular 90-an.

Bayangkan bila mukanya yang 'macho', dicukur begini hingga hanya tinggal misai sebelah sahaja. Apa-apapun... jom teka siapakah gerangan pelakon ini?

Klik link di bawah untuk gambar sebenar..!



AZZA ELITE BAKAL NIKAH 'JEJAKA COMEL' 2012


Masih ingatkah anda tentang kisah Azza Elite kena pukul kekasih sendiri? Rasanya kisah tersebut sudah lebih setahun lamanya apabila Azza dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan kekasihnya serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain di balai polis.

Sehubungan itu, ramai peminat Azza yang meminta pelakon dan penyanyi itu meninggalkan kekasih yang mereka dakwa 'kepala angin' itu. Tambah-tambah dakwa mereka, lelaki tersebut tidak sesuai dengan Azza kerana didakwa kuat bersosial dan 'bertatoo' pada tubuhnya.



24 December 2011

LISA & YUSRY NIKAH 23 FEBRUARI 2012


Akhirnya... Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bakal bernikah pada 23 Februari 2012. Berita baik tersebut disampaikan dalam satu sidang khas yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pagi tadi.

Menurut mereka, pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.

Klik untuk imej besar...


JOHAN & UMIE AIDA BERGELEK DI TASIK TITIWANGSA


Selepas berpasangan dengan Fasha Sandha dan Nabila Huda, kini hero pelapis yang menyerlah tahun ini, Johan As’ari berpasangan pula dengan Umie Aida. Amacam... sesuai ke gandingan mereka berdua ni?

Untuk info, Johan dan Umie digandingkan oleh Erma Fatima dalam Telefilem 'Ajaibnya Cinta' untuk slot Cerekarama di TV3 hari ini jam 10 malam. Drama komedi ini menemukan Umie dan Johan buat pertama kalinya dalam sebuah drama yang mengisahkan gelagat perempuan berusia apabila bercinta dengan orang muda atau istilah yang digunakan generasi muda, 'anak ikan'.

Telefilem ini turut dibintangi pelakon Anzalna, Qi, Anne Abdullah dan Nadia Nissa. Jom kita tengok aksi Johan dan Umie di Taman Tasik Titiwangsa yang penuh warna dan gelek menggelek..!




23 December 2011

TIZ ZAQYAH KENA TIPU, AHLI KELAB RUGI RM60,000


Apa nak jadi dengan dunia hari ini yang penuh penipuan dan pembohongan. Kawan jadi lawan, teman rapat jadi musibat dan ahli kelab jadi kaki songlap!

Dan episod sedih itulah yang berlaku terhadap pelakon popular Tiz Zaqyah yang terpedaya dengan janji manis pihak yang menyamar sebagai peminat. Ini kerana, angan-angan untuk bersama peminat setia yang lain untuk ke Perth, Australia dalam program 'Percutian Cik Qyah' kini hanya tinggal memori pahit semata-mata.



GAMBAR SANA SINI - BILA LEINA BIKIN HANGAT


Persembahan Leina Hangat yang sememangnya amat hangat hingga terbakar hati dan perasaan penonton yang hadir di majlis Annual Dinner sebuah syarikat terkemuka. Bukan setakat gesel-gesel, malah abang-abang disitu turut dipeluk erat sampai 'lunyai' dan berpeluh.

Mungkinkah Leina akan terus membuat persembahan 'hangat' sebegitu sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu? Atau bila usia semakin meningkat, Leina mahu menambah sesuatu yang baru pula agar dia tidak dipandang sebagai 'artis suam' semata-mata. Allahu A`lam...!

Klik untuk imej besar...


RAMLI MS NAFI PINDAH SEBAB NAK KAHWIN


Bayangkan... 10 tahun menetap di hotel mewah yang kosnya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan! Jika silap haribulan, mahu bangkrap dibuatnya memandangkan kos sara hidup di Kuala Lumpur yang terlalu tinggi dan mencabar.

Namun itu semua bukan masalah bagi konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, yang tinggal di hotel 10 tahun lamanya. Ini kerana, pendapatan Ramli bukan sedikit dan dia mampu untuk menyara hidupnya dengan pendapatan tinggi sebagai pemuzik.

Ramli sedang bekerja di hotel yang dianggap 'rumahnya'...


PENGUMUMAN PERKAHWINAN YUSRY & LISA?


Mungkinkah perkahwinan antara sang putera dan sang puteri kini bakal menjadi realiti?

Ini berikutan munculnya kad istimewa daripada pihak pengurusan KRU berupa jemputan ke majlis 'Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa' yang akan di adakan di Marriott Putrajaya Resort & Spa pada esok, 24 Disember 2011.

Email dari KRU - klik untuk imej besar...


22 December 2011

GAMBAR BABY MARION CAUNTER


Gambar anak Marion Caunter atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah dan SM Nasarudin yang lahir pada 16 Disember lalu. Baby comel ini telah diberikan nama Leia Rose Caunter Nasarudin dengan menggabungkan nama kedua ibu-bapanya.

Tahniah diucapkan dan terima kasih pada pengirim email yang memberikan gambar menarik ini..!

Klik untuk imej besar...


22 DISEMBER - ULANG TAHUN DIN BERAMBOI


Hari ini (22 Disember) merupakan hari lahir pelawak popular Allahyarham Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Meskipun beliau sudah tiada sejak 2 April 2010, namun kenangan dan lawak yang membuat kita semua ketawa riang tetap segar dalam ingatan.

Antara yang paling terasa ketiadaan Din Beramboi ialah Aznil Haji Nawawi yang sering berpasangan bersama dalam Riuh Pagi Era. Tanpa Din, keceriaan pagi di radio berkenaan nampaknya kian sepi tanpa usik mengusik yang meriuhkan suasana.



AYU RAUDHAH KEMPUNAN BULAN MADU


Perkahwinan Ayu Raudhah, 26, dan Mohd Zaquan Adha, 23, sudah menjangkau hampir setahun. Namun yang membuat Ayu kempunan ialah bilamana mereka berdua masih belum sempat untuk berbulan madu disebabkan terlalu sibuk dengan urusan tugas.

“Memang sampai sekarang Ayu dan suami tidak sempat berbulan madu. Bukan tidak mahu, tetapi masa tidak mengizinkan. Sebaik sahaja majlis persandingan di kedua-dua belah pihak tempoh hari, Ayu dan Zaquan sudah terikat dengan komitmen kerja. Jadi, kami terpaksa lupakan tentang bulan madu buat seketika.



BILA GIGI BELLA DAH TUMBUH..!


Gara-gara gigi anak mereka Bella tumbuh... angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina Mohd Yunos kelihatannya amat excited! Apa tidaknya, sebagai ibu bapa penyayang, apa sahaja perkembangan anak pastinya akan diambil berat... tambah-tambah anak sulung.

"No wonder it hurts y’all!! Bella dah tumbuh gigi!! I just realized it this morning.. and her daddy was so excited, went to grab the camera and asked me to hold her lips so he can take her gigi picture Tak sempat Bella nak pose..



ADLIN DAN CHEF WAN JADI MANGSA ASTRO?


Perang 'budak-budak' antara Adlin Aman Ramli dengan tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail sebenarnya amat memalukan industri seni negara ini. Kerana dengan sikap 'kurang matang' tersebut, maka akan terserlah semua kekurangan dan perangai tidak profesional mereka dimata ramai pihak.

Bukannya isu besar sangat... hanya kerana Adlin dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung! Malah sebelum inipun, Adlin juga pernah mengkritik ramai peserta lain contohnya di Akademi Fantasia sampai ada yang terasa hati.

Tiga juri tempatan yang mempunyai 'nama besar'..


21 December 2011

AC MIZAL & EIZLAN YUSOF DAPAT GELARAN DATO'


Ini berita panas yang baru myartis terima, iaitu Eizlan Yusof dan AC Mizal dikhabarkan bakal dianugerahkan gelaran Dato' bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran tersebut akan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur hari ini (khamis). Gambar-gambar ini jelas menunjukkan AC dan Eizlan sedang sibuk membuat full rehearsal di Istana Pekan Pahang sebagai persediaan penerimaan tersebut.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua dan semoga anugerah tersebut bakal membuat mereka lebih gigih memartabatkan industri seni negara.

Seperti biasa, klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - FASHA & ZIANA KONGSI BAJU?


Siapa lebih bergaya dan siapa lebih slim bila menggayakan baju 'sama' yang menampilkan aktress dua zaman ini? Anda pilih Ziana Zain atau Fasha Sandha?

Untuk info, Ziana merupakan pelakon, model dan penyanyi handalan era 90-an manakala Fasha pula adalah model dan pelakon popular era baru. Jika Ziana pernah mengadakan majlis perkahwinan bertaraf  'wedding of the year', kemungkinan Fasha juga bakal melakukan majlis yang serupa pada 2012 nanti... bersama Jejai mungkin?

Jom pilih..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - AKSI FARID DI AKADEMI STUNT


Untuk memantapkan lagi lakonannya dalam filem mahupun drama aksi, pelakon Farid Kamil baru-baru ini telah menyertai 'Stunt Academy Australia'. Akademi yang berlangsung di negara Kangaroo itu bukan sahaja mengajar Farid bagaimana membuat aksi lagak ngeri melibatkan pergaduhan dan tembak menembak... malah aksi memandu kenderaan.

Untuk peminat Farid, ayuh kita layan gambar-gambar aksi beliau sedang menimba ilmu di Australia itu. Moga selepas ini, Farid akan muncul sebagai pelakon serba boleh yang mampu memartabatkan industri perfileman negara.

Klik untuk imej besar...


MAMPUKAH CINTA DIANA & FARID BERTAHAN?


Apakah kesudahan episod cinta antara Farid Kamil dan Diana Danielle yang kini sudah hampir tiga tahun menjadi pasangan kekasih? Ini kerana, hubungan cinta mereka berdua sebelum ini pernah putus sebelum bertaut kembali sekitar bulan Mei lalu dan ianya disahkan sendiri oleh Diana melalui twitter.

Kesempatan bertemu dengan pasangan ini yang datang bersama dalam satu kenderaan ketika sidang media Hantu Gangster arahan Namewee, merungkai segalanya. Nampaknya, mereka berdua masih belum bersedia untuk mendirikan mahligai bahagia atas alasan tersendiri yang masih samar.



20 December 2011

GAMBAR NOSTALGIA KIERAN HOT FM


PROFIL: Kieran
Nama Sebenar: Maskiran Jaskiran
Tarikh Lahir: 24 April 1975
Umur: 36 Tahun
Idola: Ibu kesayangannya (Kamariah Abkar Ali)
Isteri: Yang Azliyang Mohd Yunus

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - JOHAN ASARI & NABILA HUDA


Mereka berdua dikhabarkan berlakon sebagai suami isteri dalam sebuah drama yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Johan Asari dan Nabila Huda nampaknya 'sepadan' bila melakonkan watak tersebut iaitu daripada bangku sekolah hinggalah ke alam perkahwinan.

Meskipun di alam realiti, Johan mungkin terlepas peluang untuk 'meminang' Fasha Sandha yang kononnya bakal berkahwin pada 2012 dan Nabila Huda masih terasa bahang 'gambar hot' yang tersebar... namun semuanya bakal berlalu bagai angin yang menghembus.

Dan sekadar untuk cuci mata... jom kita tengok aksi mereka..!

Klik untuk imej besar...


AMANDA IMANI NYARIS JADI MANGSA BUAYA..!


Penyanyi seksi Amanda Imani yang pernah didakwa hampir menjadi mangsa seorang penyanyi playboy kelahiran Singapura hingga menjadi tajuk depan sebuah akhbar tabloid mengaku 'terluka' dengan isu tersebut.

Katanya, memang dia agak malu juga apabila melihat wajahnya terpampang di akhbar berkenaan kerana ketika itu dia sudah berada di lapangan terbang untuk ke China.

"Apa yang boleh saya buat ialah hanya menutup telefon saya untuk mengelakan daripada membalas SMS atau dihubungi oleh sesiapa. Bukan apa, saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persembahan saya di China, bukannya bercerita hal peribadi saya," kata Amanda dipetik sebagai berkata sekembalinya dari China.



BILA MARIANI DIFITNAH MENINGGAL DUNIA


Kecoh di laman twitter apabila ada pihak yang menyebar fitnah mendakwa Seniwati Veteran Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Binti Ismail telah meninggal dunia. Lantaran itu, laman sembang juga sudah mula memberi ucapan takziah kepada 'arwah' pelakon veteran tersebut gara-gara maklumat pihak tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas anak Mariani iaitu Melissa Saila selang beberapa jam kemudian berjaya meredakan keadaan. Menurut Melissa, ibunya masih sihat walafiat dan tidak meninggal sebagaimana yang di war-warkan.

Mariani - kena fitnah...


NOH HUJAN BINTANGI FILEM BARU NAMAWEE


Jika sebelum ini Afdlin Shauki dan Adibah Noor mengambil risiko untuk berlakon dalam filem Namawee menerusi filem Nasi Lemak 2.0, kini vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pula bersedia untuk dihentam.

Ia berikutan kesediaannya untuk beraksi dalam filem kedua pengarah kontroversi, Namawee, berjudul Hantu Gangster. Kata Namawee, dia menganggap kesediaan Noh sebagai satu penghargaan besar buat dirinya kerana penyanyi itu sudi menerima tawaran tersebut.

Klik untuk imej besar...


19 December 2011

FARHAN AF4 BERTUNANG AWAL 2012


Jika di konsert Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan, 27, menjadi tumpuan ramai apabila hampir-hampir menjadi juara (tempat ke-3), kini pada tirai 2012 nanti... beliau bakal menjadi tumpuan sekali lagi apabila bakal bertunang pula.

Semuanya bermula apabila dia diajukan persoalan yang benarkah dia akan mendirikan rumah tangga... jawab Farhan memang benar. Namun katanya dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR 'RAPAT-RAPAT' LISA & YUSRY


Ramai yang sudah tahu bahawa Lisa Surihani dan Yusry KRU kononnya akan berkahwin pada bulan Februari tahun depan. Malah hubungan mereka yang awalnya seperti mahu disorokkan oleh KRU, kini menjadi makin jelas bagai 'sudah terang lagi bersuluh'.

Untuk tidak membuang masa, ayuh kita lihat sekeping gambar mesra Lisa dan Yusry yang kemungkinan bakal menutup tirai 2011. Gambar 'rapat-rapat' ini meskipun tidak sehangat mana, namun ia jelas menggambarkan bahawa hubungan mereka 'serius' dan bukan sekadar 'teman tapi mesra'!

Klik untuk imej besar...


WANITA BERTUDUNG GANGGU ABBY ABADI?


Pakai tudung salah... tak pakai tudung pun salah!

Demikian luahan peminat setia Abby Abadi yang berang dengan tindakan segelintir pihak yang seolah memperlekehkan gambar pelakon tersebut memakai tudung. Luah mereka lagi, biarlah pemakaian tersebut secara 'perlahan' tetapi berkesan dan bukannya secara 'paksaan' hingga melukakan hati ramai pihak.

Untuk info, isu bertudung tersebut timbul gara-gara Abby memakai tudung untuk hadir dalam satu majlis ilmu. Sedangkan sebelum ini Abby pernah melakukan hal yang sama bagi memantapkan ilmu agamanya secara sukarela tanpa sebarang desakan.

Abby ketika hadir majlis ilmu baru-baru ini - Klik untuk imej besar...


MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK AQASHA


Gambar majlis cukur jambul anak Aqasha, Alehandra Ahmad Firdee yang berlangsung baru-baru ini. Diam tak diam, Alehandra kini sudahpun berusia lebih 3 bulan dan amat rapat dengan ayahnya yang prihatin.

"Anak aku baru menunaikan nazar. He he he. Don't worry son, girls these days like bald guys," seloroh Aqasha yang selalu mengusik anaknya meskipun Alehandra masih belum mengerti apa-apa.

Klik untuk imej besar...



18 December 2011

SERINA REDZUAWAN IDAM NAMA 'ISABELLE'


Serina Redzuawan yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan mengidamkan nama 'Isabelle' untuk anak keduanya nanti. Jika ini menjadi kenyataan, maka Serina pastinya dilihat seperti mengikut jejak langkah angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina yang turut mempunyai anak bernama Isabella atau nama penuhnya Sophea Isabella.

Walaupun sebutannya seakan sama, namun ia sebenarnya hanya berbeza huruf 'e' sahaja berbanding Isabella yang dikatakan nama seorang pejuang Islam mengikut sejarah. Apakah ia satu kebetulan atau Serina memang sudah mengidamkan nama tersebut sejak sekian lama sebelum kelahiran Tristan, anak sulungnya?



17 December 2011

LEPAS AWIE, KERETA FASHA SANDHA PULA DICURI


Lepas kereta Toyota Estima Awie Wings yang bernombor pendaftaran WNK 6913 yang dianggarkan berharga lebih daripada RM100,000 dicuri, kini giliran pelakon jelita Fasha Sandha, 27, pula kehilangan kereta akibat dicuri.

Kereta tersebut dilaporkan hilang di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, Kuala Lumpur, semalam.

Untuk pengetahuan, kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.



SAYA MASIH SAYANGKAN ABBY - ZUL


"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya," demikian pengakuan pelakon Zulkifli Ariffin, 25, bila ditanya mengenai hubungan cintanya dengan Abby Abadi.

Menurut Zul lagi, dia masih sayangkan bekas kekasihnya, Abby walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta.



16 December 2011

DR MUSZAPHAR, DR HALINA & BELLA SHOOTING NONA TV3


Gambar-gambar menarik Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina dan Isabella sempena penggambaran Nona terbitan TV3 siaran Januari 2012 baru-baru ini. Difahamkan, pengambaran tersebut dilakukan di rumah mereka sendiri dan inilah peluang untuk peminat angkasawan negara itu untuk melihat hiasan dan persekitaran rumah beliau.

"We had fun with Nona shoot today with Farah Fauzana as hostt," ujar Dr. Muszaphar melalui laman FBnya.

Waaahh... Farah Fauzana jadi host Nona? Kelassss kau Farahhh!

Klik untuk imej besar...



JUSTIN BIEBER DITAHAN POLIS LAGI


Justin Bieber, penyanyi pop remaja popular masa kini telah ditahan pihak polis kali kedua kerana membelok secara berbahaya di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau yang popular dengan lagu 'Baby' dan terkini 'Never Say Never' bagaimanapun hanya diberi amaran oleh polis yang menahannya. Selepas diberi ingatan dan kata-kata nasihat, dia kemudian dilepaskan.



SHARNAAZ DATING DENGAN SHILA AMZAH?


Kelmarin, seorang peminat mendakwa telah terserempak dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, sedang berdating secara sembunyi dengan Shila Amzah, 21, di ibukota, Kuala Lumpur. Bersama mereka, seorang lagi gadis yang dipercayai adik mereka... kemungkinan bagi mengelakkan buah mulut orang sekeliling.

Dan sudah terang lagi bersuluh, Sharnaaz bila ditanya hubungannya dengan Shila, mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat kerana penyanyi itu memiliki kriteria-kriteria wanita idamannya yang layak dijadikan sebagai calon isteri.



15 December 2011

OMBAK RINDU 'LEBUR' REKOD KL GANGSTER?


Filem Ombak Rindu yang sedang rancak ditayangkan di pawagam setakat ini telah berjaya mengutip RM10 juta dan kemungkinan bakal memecahkan rekod KL Gangster yang mencatat kutipan hampir RM11 juta. Semua fakta tersebut bersandarkan penambahan tujuh hari tayangan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) sehingga khamis depan selepas tempoh wajib tayang yang akan tamat hari ini.

Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, arahan Osman Ali mengandingkan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi. Ia dikatakan filem menarik yang menyentuh perasaan lantaran kisah cinta dan kemanusiaan yang melampaui imaginasi.


AKSI 'COOL' NORA DANISH DI PARIS


Gambar-gambar Nora Danish yang bertandang ke Paris selama 10 hari bagi menjalani penggambaran 'Ariana Mikhail' pada awal disember lalu. Drama 15 episod tersebut khabarnya untuk siaran tv9.

Untuk pengetahuan, kami sengaja tidak siarkan gambar ini lebih awal kerana mahu menanti Nora habiskan penggambarannya dulu. Bukan apa... mana tahu kalau siarkan awal nanti ada gambar-gambar 'menarik' yang ketinggalan!

Tahniah Nora... nampaknya beliau makin laris kebelakangan ini selepas kejayaan drama bersiri dalam Slot Akasia TV3 'Tentang Dhia'. Lebih menarik, imej bertudung nampaknya makin melekat dihati penonton yang tertarik dengan wajah manisnya.

Klik untuk imej besar...


FAZURA TAK LAYAK BERGELAR PRINCESS?


Pelbagai komen dikemukakan oleh laman sembang kebelakangan ini mengenai perihal Fazura yang dikatakan bercinta dengan putera raja. Ada yang setuju, dan ada yang membantah mendakwa Fazura tidak layak bergelar Princess kerana rekod buruknya di masa lampau.

Malah timbul juga cerita yang mendakwa putera raja tersebut akhirnya terpaksa memilih antara satu - cinta atau tahta. Jika warisan diraja yang dipilihnya, dia terpaksa melupakan hasrat untuk hidup berdua dengan pelakon tersebut kerana ada halangan yang memisahkan mereka. Benarkah begitu?