31 December 2012

SERINA REDZUAWAN DIDAKWA MENIPU?


Semalam, heboh satu Malaya apabila ada dakwaan yang Serina Redzuawan tidak lama dulu telah mengupload sekeping gambar melalui Facebook dan Twitternya tentang seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan menggunakan produk susu.

Apa yang hebohnya ialah, lelaki tersebut menafikan yang beliau ada menggunakan produk yang dinyatakan itu. Oleh yang demikian, ada segelintir pihak yang menuding jari kepada Serina mendakwa artis tersebut kemungkinan menggunakan testimoni palsu untuk melariskan jualan.

Testimoni palsu? - Klik untuk imej besar...

2 GAMBAR - BILA ARTIS SEKADAR 'BERTUDUNG'


Nampak manis dan sejuk mata memandang!

Demikianlah kisahnya jika artis kita seperti Erra Fazira dan Diana Danielle kekal bertudung dan bukan hanya memakainya untuk lakonan atau ke majlis tertentu semata-mata. Harapan kita, moga tahun 2013 yang akan muncul esok, memberi hidayah kepada lebih ramai artis untuk 'berhijrah' ke arah yang lebih baik. Amin.

Klik untuk imej besar...

29 December 2012

7 GAMBAR - KEMESRAAN MISHA OMAR & FIROS


Gambar mesra Misha Omar bersama Firos Ezzwan Rossly, seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimuat naik melalui Instagram. Tidak diketahui sama ada Misha dan Firos sudah bernikah senyap-senyap atau masih berstatus 'bertunang'... kerana kemesraan mereka bagaikan suami isteri layaknya.

Klik untuk imej besar...

28 December 2012

6 GAMBAR - APEK & LEUNIEY SAH SUAMI ISTERI


Khairul Fahmi Che Mat, 23, (Apek) kini sah menjadi suami kepada Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21. Mereka hari ini selamat dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di Pasir Pekan pada jam 10 pagi.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

Klik untuk imej besar...

DEBARAN PERNIKAHAN APEK & LEUNIEY


Hari ini, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan Leuniey atau Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, bakal bergelar suami isteri selepas melalui pelbagai kontroversi. Mampukah Leuniey menjadi isteri dalam usia muda dan mampukah Apek mengekalkan kehebatannya sebagai penjaga gol selepas berumah tangga?

Semua persoalan itu bakal terjawab selepas mereka bernikah di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kota bahru, Kelantan pada pukul 10 pagi ini.

Kad undangan - klik untuk imej besar...

HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI ORANG - ARIEL DISIASAT


Selepas bebas dari penjara baru-baru ini, penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel tiba-tiba ditimpa satu lagi tuduhan iaitu menjalin hubungan sulit dengan seorang pramugari. Berikutan itu, beliau dilaporkan telah disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia.

Untuk info, difahamkan pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.


3 GAMBAR - KENAPA ZAMANI TINGGAL TULANG?


Dalam final Rancangan Vokal Bukan Sedakar Rupa terbitan TV3 baru-baru ini, kita memang sudah tahu yang Uchop berjaya meraih gelaran juara program realiti musim kedua itu. Syabas!

Namun bukan kehangatan program tersebut yang mahu diketengahkan, tetapi penampilan istimewa penyanyi lagenda Zamani yang berduet dengan Saleem. Entah kenapa, ramai yang tertanya-tanya kenapa Zamani terlalu kurus hingga nampak tulang sekarang? Mungkinkah beliau sakit?


BILA ABBY ABADI BERDAKWAH


Adat dunia... ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dengan kita. Tambah-tambah apabila kita memberi nasihat atau ingatan ke arah kebaikan kepada segelintir pihak yang sudah 'hitam' hatinya.

Begitu jugalah halnya dengan Abby Abadi yang sudah kembali ke pangkal jalan dan kini lebih senang berdakwah daripada berlakon atau menyanyi semula. Namun bukan semua pihak menyenanginya... ada yang membidas, mengutuk dan mempersendakannya dengan pelbagai maki hamun.


27 December 2012

INFO - K-POP & TINJU MERIAHKAN TAHUN BARU


Bagi memeriahkan sambutan tahun baru beberapa hari lagi, Portal Tonton (www.tonton.com.my) mempersembahkan empat program K-pop bermula 29 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013. Istimewa buat peminat K-pop, siaran khas ini bakal menampilkan persembahan hebat barisan artis serta selebriti Korea popular antarabangsa menerusi pelbagai program menarik.

Bermula jam 4 petang pada 29 Disember 2012, Tonton akan membawakan Anugerah Ikon Bergaya Mnet 2011, sebuah acara berprestij yang memberi pengiktirafan kepada bintang fesyen Korea. Disertai oleh ramai selebriti popular Korea, peminat berpeluang menyaksikan selebriti dan idola pilihan yang berjaya merangkul anugerah ulung ini selain persembahan hebat oleh Jay Park, Kim Hyun Joong, Girls’ Generation, IU dan Dynamic Duo.


ISU TAK UNDANG BAPA - LEUNIEY RASA KECEWA


Leuniey Natasha, atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, rasa kecewa dan terpukul apabila timbulnya tuduhan yang beliau mengabaikan bapa kandungnya. Tambah-tambah apabila isu tersebut timbul menjelangnya hari bahagia bersama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, esok.

Menurut model iklan minyak wangi SimplySiti itu, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku memandangkan ia adalah masalah dalaman keluarga. Sehubungan itu Leuniey amat terkejut apabila didakwa bapanya, Jaafar Mohamad, yang beliau tidak dijemput menghadiri majlis pernikahannya nanti.

Klik untuk imej besar...

26 December 2012

KAHWIN LARI - FAZURINA MOHON MAAF PADA IBU


Jika sebelum ini Siti Fazurina hanya berlakon dalam drama yang diarahkan oleh pengarah sesebuah drama, namun berita terkini mengenai kes kahwin larinya bertukar menjadi 'drama sebenar'. Dalam satu sidang akhbar yang dilakukan oleh pelakon itu, Fazurina sekadar sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya dalam beberapa saat sahaja.

Drama tersebut berlaku sebaik tamatnya sesi sidang media apabila Fazurina terlihat ibunya bergegas keluar. Mungkin kerana rasa berdosa, pelakon itu mengejar ibunya untuk memohon kemaafan lantas peluk memeluk berlaku dalam beberapa saat sebelum si ibu 'menolak' Fazurina bagi mengelak pandangan pihak lain.

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - BULAN MADU FARID KAMIL & DIANA


Gambar menarik pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil berbulan madu di Istanbul, Turki, beberapa hari lalu. Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah, namun ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci.

"Sebab itu, kami akan pergi bulan madu ke Istanbul dulu dan selepas itu mungkin terus ke Mekah," ujar Diana sebelum ini.

Klik untuk imej besar...

6 GAMBAR - BILA SHILA KEMPUNAN WMA 2012

Dalam laporan myartis sebelum ini, World Music Awards 2012 (WMA 2012) yang sepatutnya berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember lalu telah pun ditunda oleh penganjurnya.

Selain masalah visa, penganjur juga memberi alasan bahawa mereka mahu menghormati mangsa tembakan yang berlaku terhadap pelajar sekolah di US.

Klik untuk imej besar...

24 December 2012

SELEPAS ABBY - ZUL ARIFFIN AKUI CINTAI GAYATRI


Jika sebelum ini Zul Ariffin, 26, pernah didakwa oleh Abby Abadi melukakan hatinya gara-gara meninggalkannya begitu sahaja, kini episod cinta Zul sudah berubah. Hatinya sudah beralih arah ke penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai yang sememangnya mempunyai semangat waja sebagai pejuang seni.

Dan secara terus-terang, Zul mengakui hubungan cinta mereka sudah tujuh bulan terjalin namun mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Dalam hal ini, nampaknya Zul meminati wanita yang lebih matang dan mempunyai karisma dalam hidup.

Zul dan Gayatri - usia bukan halangan...

22 December 2012

SUMALI & ANNE NGASRI SAH SUAMI ISTERI


Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua. Demikianlah pribahasa yang tepat buat Anne Ngasri, 28, yang menikahi Mohd Sumali Reduan, 40, hari ini. Untuk info, Anne menjadi isteri buat kali kedua apabila Sumali melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja.

Klik untuk imej besar...

ANAK NORISH KARMAN TAK SUKA 'WATAK JAHAT'


Norish Karman, 36, akhirnya mengakui bahawa watak jahat memberi impak tidak baik terhadap anak-anaknya dan ia terpaksa dikurangkan mulai sekarang. Semuanya demi memenuhi permintaan ketiga-tiga anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8, yang tidak menyukainya melakonkan watak tersebut.

“Anak-anak saya tidak suka ibu mereka membawa watak jahat dalam drama televisyen (TV) atau filem yang mereka tonton.


21 December 2012

WORLD MUSIC AWARDS 2012 DITANGGUH


Jika hari ini ayah Shila Amzah iaitu ND Lala rasa resah sekira anaknya tidak dapat memberi tumpuan di World Music Awards 2012 di Miami, USA, gara-gara kontroversi 'merajuk', namun berita terkini lain pula ceritanya.

Menurut Reuters, World Music Awards 2012 terpaksa ditangguhkan pada Khamis disebabkan 'isu visa logistik dan pelbagai isu lain' dua hari sebelum acara itu dijadualkan akan diadakan di Miami.


ANA DAHLIA TAK TOLAK 'RUJUK' CHEF RIZ


Ana Dahlia, 29, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar tetap akan menerima Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz) kembali jika ia memang suratan yang telah ditentukan Allah SWT padanya. Meskipun sedih dengan penceraian yang telah berlaku, namun dia tetap tabah menghadapinya demi keluarga tercinta.

“Jika Tuhan dah tentukan kami berbaik balik dan memang sudah tertulis jodoh antara kami berdua, saya akan terima. Cuma buat masa ini, mungkin tidak rasanya. Saya berazam untuk tahun baru 2013 ini, harap benda yang lebih baik berlaku dalam hidup dan juga karier seni saya,” ujar Ana dengan nada sedih.

Saat bahagia Ana & Riz - Klik untuk imej besar...

PELAKON DRAMA TRILOGI CINTA KAHWIN LARI?


Bagai tidak percaya apabila Siti Fazurina, 30, (Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta), didakwa berkahwin secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarganya sendiri. Lelaki yang dinikahinya itu dilaporkan bernama Haikal, berusia 30-an dan pernikahan tersebut didakwa berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang semalam (Khamis) berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

Fazurina - klik untuk imej besar...

20 December 2012

20 GAMBAR - NORA DANISH TURUT BERCUTI DI DUBAI


Setelah Neelofa bercuti dengan keluarganya di Dubai, tanpa disangka Nora Danish juga bercuti di Dubai bersama ibu, anak dan keluarga mertuanya yang diketuai oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Untuk info, Nora Danish sebenarnya masih lagi berada di Dubai dan tidak diketahui bilakah mereka semua akan pulang ke Malaysia. Cayalah Nora..!

Klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - AIR MATA 'RINDU' LIYANA JASMAY


Kerana rindukan sang kekasih, Liyana Jasmay bukan sahaja sedih hingga mengalirkan air mata, malah mukanya juga ditumbuhi jerawat. Yang pasti, ia bukan sesuatu yang aneh atau mengada-ada, kerana segelintir daripada kita tentu pernah mengalaminya semasa bercinta dulu. Heh.

"Hello LittleLovers! Lunch in Piccadilly petalingjaya today! Jerawat," ujar Liyana terus-terang. Selain itu, tanpa berselindung dia juga menyatakan "'Missing my love" melalui gambar airmatanya.

Klik untuk imej besar...

13 GAMBAR - NEELOFA & KELUARGA BERCUTI DI DUBAI


Jika sebelum ini Neelofa dapat melancong sambil bekerja melalui rancangan Nona terbitan TV3 Ke London, Paris dan Itali, terbaru beliau akhirnya dapat bercuti bersama keluarganya di Dubai, United Arab Emirates (UAE) tanpa urusan kerja.

Pastinya kesempatan tersebut tidak dilepaskan oleh Lofa untuk bershopping sakan membeli barangan yang dikatakan lebih murah berbanding negara kita. Heh.

Klik untuk imej besar...

19 December 2012

INFO - KERIANGAN BERGANDA DI NTV7


Tiada siapa boleh menolak bahawa kita kini sedang menghitung hari mengakhiri tahun 2012 dan sudah masanya untuk memulakan resolusi baru untuk tahun akan datang. Kehadiran hari Krismas Disember ini juga pastinya bakal menggandakan lagi kemeriahan di musim percutian ini.

Meneruskan tradisi, ntv7 bakal membawa keceriaan tanpa henti menerusi pelbagai rancangan menarik yang bakal menemani anda dan seisi keluarga. Inilah peluang anda untuk meluangkan masa bersama insan tersayang sambil berhibur dengan rancangan yang disediakan khas bermula 22 Disember sehingga Januari 2013 nanti.


DATUK K JALANI PEMBEDAHAN SEMALAM


Pasti ramai yang ingin tahu keadaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand. Menurut laporan anak lelakinya, Datuk K telah menjalani pembedahan semalam.

“Baru berjumpa ayah saya. Alhamdulillah, dia masih ingat semuanya dan dia stabil. Berharap dia sembuh secepat mungkin," demikian tulis Muhammad Azief melalui Twitter.

Solat hajat di rumah siti - klik untuk imej besar...

HAK JAGA ANAK - AIDIL ZAFUAN HADIR PROSES SULH


Setelah tewas pusingan awal iaitu kes kembali taat (nusyuz) dan disaman kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, Negeri Sembilan, semalam, bagi proses sulh hak penjagaan dua anak lelakinya.

Dalam laporan akhbar, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, proses sulh hari pertama hanya membabitkannya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, manakala isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 33, tidak dapat hadir saat akhir.


PSY - GANGNAM STYLE HAMPIR CECAH 1 BILLION PENONTON


PSY - GANGNAM STYLE kini hampir 1 billion tontonan dan menjadi video paling ramai pelawat di seluruh dunia mengikut ranking Youtube bagi tahun 2012. Siapa sangka penyanyi yang tak handsome dari Korea ini mampu menawan hati seluruh penduduk dunia dengan tarian kelam kabut dan aksi perut buncitnya.

Persoalannya kini, mampukah penyanyi kita menjadi seperti PSY untuk menawan hati pendengar seluruh dunia yang sememangnya tanpa sempadan? Kerana soal bahasa bukan lagi alasan untuk tidak popular diseluruh dunia, tetapi soal kualiti lagu dan muzik video yang diketengahkan. Tak gitu?


17 GAMBAR - HI-TEA ERRA FAZIRA & PEMINAT


Gambar menarik majlis hi-tea bersama Erra Fazira yang telah berlangsung di Restoran Puteri, Jalan Datuk Sulaiman, Sungai Penchala, Selangor. Ramai peminat Erra yang hadir untuk merapatkan hubungan serta bertukar pendapat antara mereka.

Selain Erra, anak beliau iaitu Engku Aleesya juga turut serta dalam majlis tersebut. Namun kelibat Tengku Emran sememangnya tidak kelihatan.

Klik untuk imej besar...

18 December 2012

SHILA AMZAH DILAMAR SHARNAAZ?


Khabar gembira untuk semua! Shila Amzah telah pun mengumumkan di Twitternya bahawa beliau sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad. Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, pengumuman tersebut tiba-tiba telah dipadam dan tidak dapat dibaca di 'timeline' miliknya.

Persoalannya, apakah ia benar-benar pengakuan dan pengumuman Shila atau ia hanya sekadar gurauan semata-mata? Atau mungkinkah akaun Twitter Shila turut sama 'di hack' seperti yang didakwa oleh Sharnaaz mengenai isu merajuk?

Klik untuk imej besar...


17 December 2012

ZAHID AF2 NIKAH BULAN JUN 2013


Akhirnya Zahid Baharudin, 32, atau Zahid AF2 selamat melamar kekasih hatinya, Sarah Julifa, 24, dalam majlis merisik yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Dalam majlis tersebut, Zahid memberi 7 dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak Sarah.

Menjawab soalan, antara ciri-ciri gadis tersebut yang membuatkan Zahid terpaut adalah kerana beliau pandai memasak dan membuat kek. Tambah zahid, personaliti Sarah yang sekepala dengannya juga membuatkan beliau benar-benar jatuh cinta kali ini.

Zahid dan Sarah - Klik untuk imej besar...

22 GAMBAR - SEKITAR FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE 55


Gambar menarik artis kita yang menyertai Festival Filem Asia Pasifik FFAP Ke 55 (APFF55) yang berlangsung di Macau, China baru-baru ini (13-16 Disember). Antara yang hadir ialah pengarah Ombak Rindu, Osman Ali, pengarah dan penerbit Bunohan Dain Said, pelakon Maya Karin (Ombak Rindu), Shaheizy Sam dan Syafie Naswip (Songlap) dan Ummi Nazeera (Hikayat Merong Mahawangsa).

Untuk info, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah menghantar lima buah filem Malaysia yang layak untuk bertanding iaitu BUNOHAN, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, NUR KASIH THE MOVIE, OMBAK RINDU dan SONGLAP.

Klik untuk imej besar...

11 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA HARITH, JEZAMINE & ZANDER


Gambar-gambar menarik Zander Xayne Iskander, anak kepada Harith Iskander dan Jezamine Lim yang melalui pengalaman pertama melihat kemeriahan Krismas yang bakal menjelang bersama rakyat Malaysia beragama Kristian.

Itulah yang uniknya menjadi rakyat negara ini yang berbilang kaum, kita bukan hanya dapat merayakan Aidil Fitri semata-mata, malah dapat juga merasakan kemeriahan rumah terbuka Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas... serta banyak lagi perayaan kaum lain yang unik.

Zander (kiri) dan rakannya Carlos...
Klik untuk imej besar...

16 December 2012

INFO - THE ROLLING STONES 'CROSSFIRE HURRICANE'


Kuala Lumpur, 16 Disember 2012 - Selama 50 tahun, The Rolling Stones mendefinisikan kreativiti. Kini, Crossfire Hurricane, satu dokumentari baru yang dipuji pengkritik, akan memberi peluang kepada penonton melihat secara dekat kembara seni ikon rock n'roll ini. Ia akan ditayangkan buat pertama kali secara eksklusif pada malam Tahun Baru (31 Disember jam 24:00) di Sundance Channel HD, Astro b.yond (saluran 438).

Klik untuk imej besar...

14 December 2012

KEMALANGAN MOTOR - SUAMI SITI NURHALIZA STABIL

Semalam heboh satu Malaya apabila suami Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) mengalami kemalangan ketika berada di New Zealand. Dimaklumkan, Datuk K patah bahu kiri dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat kemalangan yang melibatkan motosikal berkuasa tinggi.

Meskipun begitu, keadaan Datuk K dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Namun Siti Nurhaliza yang sepatutnya mengadakan konsert terakhirnya di Banjarmasin, Indonesia terpaksa membatalkan persembahan dan bergegas terbang ke New Zealand kerana bimbangkan keadaan suaminya.

Mungkin motosikal seperti inilah yang ditunggang Datuk K
Klik untuk imej besar...


3 TAHUN KAHWIN - AKHIRNYA HUNNY MADU JADI IBU


Tahniah buat Hunny Madu dan suaminya, Khairul Azhar kerana dikurniakan seorang bayi perempuan seberat 3.25 kilogram yang lahir pada 12.12.12 jam 10.55 malam.

“Morning, I’m a proud mama to my baby grrrl, Eva Medina, 3.25KG. Delivered last night at 1055pm, 12/12/12,” ujar Hunny Madu.

Klik untuk imej besar..

13 December 2012

KRISDAYANTI LAHIR BABY BARU


Siapa kata artis wanita hanya mahu menjaga kecantikan dan ada segelintirnya yang takut beranak kerana mahu menjaga bentuk tubuh? Kenyataan tersebut sebenarnya jauh berbeza dengan artis Indonesia, Krisdayanti apabila selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Raul Lemos di hospital RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat, Indonesia, semalam.

Untuk info, bayi lelaki tersebut seberat 3.6 kilogram lahir secara pembedahan kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh cantik iaitu 12-12-12.

Klik untuk imej besar...

DERITA YAHYA SULUNG - DBKL TAMPIL 'BANTU'


Jika sebelum ini ada laporan akhbar yang mendakwa isteri Yahya Sulung Datin Alisah Ali menafikan yang dia suami isteri bakal mengosongkan rumah mereka gara-gara gagal menjelaskan tunggakan RM800 kepada DBKL, namun berita terkini lain pula halnya.

Pelik tapi benar apabila hutang sewa rumah pelakon veteran Datuk Yahya Sulong di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur berjumlah RM800 itu telah diselesaikan atas 'keprihatinan' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Presiden Seniman menyerahkan bantuan  
klik untuk imej besar...

12 December 2012

10 GAMBAR - MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS


Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua. Begitu jugalah halnya dengan pengacara TV Zakiah Anas yang bertemu jodoh dengan Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, dan selamat bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Untuk info, Zakiah dan Raja Shahrul telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan mas kahwin RM13,500. Lebih manis, Zakiah telah berwalikan abangnya sendiri iaitu Mohd Adnan Anas.

Klik untuk imej besar...

LIYANA JASMAY & FATHUDDIN TUNDA NIKAH


Angin tidak ributpun tidak, tiba-tiba pasangan dua sejoli Liyana Jasmay, 24, dan tunangnya Fathuddin Mazlan, 28, telah menunda tarikh pernikahan mereka kepada 2 Februari 2013. Untuk maklumat, pasangan ini sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013.

Menurut Liyana sendiri, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


INFO: INTEGRASI DIGITAL PERKUKUH MEDIA PRIMA


TERKINI:

PETALING JAYA, 12 Disember 2012 - Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu 'Media Prima Digital', yang juga merupakan entiti seumpamanya.yang terbesar di negara.

Media Prima Digital adalah sayap media digital bersepadu Kumpulan, hasil daripada penggabungan subsidiari perniagaan media baru iaitu Alt Media Sdn. Bhd. (Alt Media) dan NSTP E-Media Sdn. Bhd. (E-Media).

Klik untuk imej besar...

KANSER - MAIMON MUTALIB SENASIB AZEAN IRDAWATY


Jika sebelum ini Azean Irdawaty tabah melawan kanser payu dara hingga ada pihak yang menuding jari mengatakan beliau asyik meminta bantuan... namun sebenarnya itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh insan seni. Pendapatan sebagai pelakon atau penyanyi kadangkala hanya gah dimata tanpa bekalan hari esok yang mencukupi.

Nasib yang sama juga dilalui kini oleh pelakon Maimon Mutalib yang mengalami masalah kewangan apabila disahkan mengidap kanser payu dara. Bagaimanapun, dia tetap reda dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tambah-tambah apabila penyakitnya itu kini berada pada tahap keempat.


11 December 2012

TUNGGAKAN RUMAH - DBKL USIR YAHYA SULUNG?


Lepas satu masalah, timbul pula satu lagi masalah lain!

Demikianlah penderitaan yang dialami oleh pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemungkinan mengusirnya dari kediaman di flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Klik untuk imej besar...

MV 'DIKALUNG KASIHAN' - IMRAN AJMAIN


Lagu menarik daripada penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain yang berjudul 'Dikalung Kasihan'. Single pertama dari album ke-tiga nyanyian dan terbitan Imran ini telah dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan B.Azhar.

Bagi anda yang masih belum menonton MV Dikalung Kasihan ini, anda boleh layari Youtube di alamat: http://bit.ly/dkkmusicvideo . Untuk info, MV ini telah diupload oleh Imran sendiri pada 12 November lalu ketika sesi online soft launch bersama para peminatnya di Google+ Hangout.


10 December 2012

KONSERT 12-12-12 BAKAL CATAT SEJARAH


Nombor "12-12-12" merupakan hari keramat bagi konsert yang bakal berlangsung di Madison Square Garden, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana, tarikh 12hb Disember 2012 itu akan mencatat sejarah sebagai acara muzikal secara langsung pertama yang akan ditayangkan seluas acara-acara Super Bowl, the Academy Awards®, dan the Grammys® bagi membantu mangsa Taufan Sandy.

Terima kasih kepada kemurahan hati penganjur konsert, penaja, dan lembaga pengarah Robin Hood, setiap sen daripada pembelian tiket dan derma akan diberikan kepada mangsa Taufan Sandy melalui Tabung Bantuan Robin Hood. Tabung Bantuan Robin Hood menyediakan wang, material dan maklumat untuk organisasi tempatan yang sedang berkhidmat kepada keluarga dan individu di kawasan yang paling teruk dilanda oleh ribut.

Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - FARID & DIANA TERIMA ANUGERAH


Mungkin ada yang tidak tahu ketika resepsi perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle baru-baru ini, Diana telah mendapat anugerah khas daripada PLKN, yang disampaikan oleh Ketua Pengarahnya Dato Hadi. Ini kerana, ketika Diana menyertai PLKN di Kem Princess Haliza Sepang, Selangor pada tahun 2009 lalu, beliau telah terpilih sebagai penembak terbaik di kalangan lapan pelatih di situ.

Selain itu, Farid juga telah dianugerahkan sijil perhargaan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Haji Omar di atas kesudiannya menjayakan program kepolisan secara terbuka. Tahniah diucapkan buat mereka berdua!

Klik untuk imej besar...

09 December 2012

16 GAMBAR - BETTY BENAFE SELAMAT NIKAH BRUCE DARGHOUS


Akhirnya, hajat pelakon dan penyanyi Betty Benafe untuk mendirikan mahligai bahagia tercapai jua apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan Bruce Darghous, lelaki kacukan England dan Lebanon di Kempas, Johor Baru, semalam.

Mereka telah dinikahkan dalam sebuah majlis kecil yang diadakan di kediaman keluarga oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor, dengan sekali lafaz sahaja.

Klik untuk imej besar...

07 December 2012

5 GAMBAR - PERUT FASHA SANDHA KENA 'TENDANG'


Bila dunia semakin berat bagi Fasha Sandha. Katanya, dia makin malas make up, malas masak dan malas segala-galanya. Iyalah, perut makin membesarlah katakan... perlu banyak berehat, jaga makan dan jaga kesihatan. Tak gitu?

"Opps! I can't get over the amazing feeling of my baby rolling around inside me!! Its amazing! Syukur Alhamdulillah," ujar Fasha apabila merasa pergerakan bayi yang makin aktif 'berpusing' di dalam perutnya. Heh.

Klik untuk imej besar...

06 December 2012

RAHSIA RIDZUAN HASHIM TERUS MENDUDA


Meskipun Didie Alias kini sudah bahagia dengan kehidupan berumah tangga dan tak pernah malu untuk bercerita tentang suaminya Norisham Ismail dan lima orang anak, namun bagi Ridzuan Hashim, 48, lain pula ceritanya. Dia juga tidak malu mengakui bahawa agak sukar untuk mencari jodoh sejak menduda 12 tahun yang lalu.

Dakwa pelakon itu, sehingga kini, sudah beberapa kali perancangan untuk berumah tangga menemui kegagalan dan semua itu membuat dirinya lebih senang hidup bersendirian.

Ridzuan dulu & sekarang...

05 December 2012

SITI NURHALIZA BIMBANG DISERANG KANSER


Apa lagi yang anda cari jika populariti, kemewahan dan kebahagiaan telahpun anda capai dalam hidup? Pastinya bagi segelintir pihak, hanya penjagaan kesihatan dan amal ibadah sahaja yang menjadi tumpuan untuk bekalan hari akhirat yang pasti tiba.

Ini kerana, dewasa ini pelbagai penyakit mampu menyerang kita tidak kira sama ada kita kaya mahupun miskin. Malah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut meluahkan rasa takutnya terhadap pelbagai penyakit terutamanya kanser yang sering menyerang dalaman wanita.

Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - MISI AFDLIN SHAUKI KE PALESTIN


"Kepada semua yang mengenali saya Afdlin Shauki bin Aksan, terutama sekali saudara-mara dan sahabat handai, saya ingin meminta maaf jika selama kita berkenalan anda rasa saya telah dan pernah menyalahi anda, melakukan sesuatu yang membuat anda terasa. Sememangnya itu bukanlah niat saya dan seperti anda saya hanya manusia biasa yg ada banyak kelemahan dan kerap membuat kesilapan.

"Ampunkanlah. Halalkan termakan dan terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya. Assalammualaikum. I will be back insyaa allah", demikian amanat dan doa Afdlin Shauki sebelum beliau berangkat ke Gaza, Palestin.

Klik untuk imej besar...

04 December 2012

KES KHALWAT BEEGO DITANGGUH LAGI


Jika pada 3 November lalu, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, selamat bertunang dan dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan aktres Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, pada pertengahan tahun 2013, tetapi hari ini lain pula ceritanya.

Ini kerana, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor mengarahkan peguam bela Fakhrul Azman Abu Hasan supaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dokumentasi mengenai kes khalwat pelakon tersebut bersama dua rakan lelakinya di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula.