Malang tidak berbau apabila penyanyi kumpulan XPDC, Ali, 52, melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki selepas disambar api.
Ketika kejadian pada 26 Mac lalu itu, Ali sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.
"Kalau saya terjaga pada waktu malam memang payah nak tidur. Kadang-kadang saja dapat terlelap, mungkin disebabkan terlalu keletihan. Selain itu, saya juga tidak ada selera makan. Kalau dulu berat badan melebihi 80 kg tetapi kini 62 kg saja," ujarnya dipetik sebagai berkata.