28 February 2017

AARON AZIZ ALAMI SAKIT SENDI TENGKUK SEKALI LAGI



Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz kembali menderita sakit sendi tengkuk hingga dia terpaksa menggunakan penyokong leher.

Pengurus dan juga isterinya, Diyana Halik berkata, biarpun dalam keadaan sakit, suaminya itu terpaksa ke India untuk penggambaran filem Rabu ini.

"Dulu suami terkena masalah sama ketika penggambaran Fear Factor Malaysia dan dia diberikan suntikan steroid. Sekarang masalah itu berulang dan dia pula perlu ke India," katanya ketika dihubungi.

Klik untuk gambar besar


WAJAH ANAK - AKIM AHMAD TETAPKAN TEMPOH SEBULAN



"Cuma apa yang mungkin dapat saya kongsikan sekarang ini, hidung dan mulut Eshaal sememangnya mengikut iras wajah saya," kata penyanyi Akim Ahmad yang enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum buat masa ini atas sebab-sebab tertentu.

Kata Akim, keputusan itu dibuat bukan bermaksud dia sengaja mahu menyorok wajah puteri yang diberi nama Eshaal itu, sebaliknya mereka mempunyai alasan tersendiri.

"Tiada istilah sorok wajah anak tetapi kami ambil pendekatan itu buat masa ini kerana wajah bayi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap diawal kelahiran.

Klik untuk gambar besar


ARY MALIK BELUM SEDAR - SUAMI MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN



Suaminya kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, ketika dihubungi berkata, mereka sedang menunggu keputusan pemeriksaan terkini daripada doktor pakar di hospital itu.

Ary Malik yang dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Ampang baru-baru ini masih belum sedarkan diri.

"Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini (27 Februari) atau esok (28 Februari).

Klik untuk gambar besar


AL-FATIHAH - BAPA RUSDI RAMLI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Tazkziah kami ucapkan kepada Rusdi Ramli sekeluarga atas pemergian bapa tercinta, Ramli Ismail yang meninggal dunia akibat terjatuh ketika hendak pergi bilik air, 3 pagi semalam.

Bekas isteri arwah yang juga pelakon veteran, Norlia Ghani berkata, arwah meninggal pada usia 78 tahun di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya.

"Saya dimaklumkan arwah terjatuh ketika nak ke bilik air awal pagi tadi (semalam). Selepas itu dia terus tak sedarkan diri. Anak arwah cuba memberikan bantuan pernafasan melalui mulut (CPR) tapi gagal.

Klik untuk gambar besar


27 February 2017

ISU PAKAIAN 'NGEPAN INDU' - ZERO MOHON MAAF, LUPA INGATKAN PENONTON



"Sekali lagi kami mohon maaf di atas keterlanjuran perbuatan kami. Sejujurnya kami tidak tahu bahawa tidak boleh berbuat sedemikian (menggayakan pakaian kaum lain)," kata Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 25, yang mewakili abang-abangnya.

Atu berkata, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini, terutamanya melibatkan sesuatu kaum atau bangsa.

"Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dan buat lebih research sebelum melakukan sesuatu. Ini pengajaran besar buat kami bertiga," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


12 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI SARI YANTI



Sederhana tapi meriah!

Itulah gambaran majlis malam berinai pelakon Sari Yanti yang diadakan baru-baru ini. Selain kaum keluarga, turut menyerikan majlis ialah sahabat handai yang terdiri daripada kalangan artis.

Untuk makluman, Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 25 Februari lalu.

Jom tengok

Klik untuk gambar besar


NADYA SYAHERA & SUAMI BAKAL BERSANDING 'BERTIGA' MEI DEPAN



Pelakon yang popular menerusi watak Bella dalam drama 'Dia Semanis Honey', Nadya Syahera, 24, dan suaminya, Fizul Nawi, 25, bakal bersanding 'bertiga' pada Mei depan.

Ini kerana Nadya yang kini sedang hamil 7 bulan itu dijangkakan bakal melahirkan anak sulungnya pada bulan April ini.

Untuk makluman, Nadya yang juga pelakon drama bersiri popular 'Abang Bomba I Love You' itu bernikah dengan Fizul tahun lalu selepas berkenalan menerusi Facebook. Selepas serasi antara satu sama lain, mereka segera melangsungkan pernikahan bagi mengelak fitnah apabila sering keluar dan bercuti bersama-sama.

Klik untuk gambar besar


ISU KONSERT: SAYA MASIH TUNGGU TARIKH BAHARU" - ANUAR ZAIN



Semua sedia maklum mengenai pembatalan konsert 'Yonder Music Music Live Series By The Lake, Anuar Zain and You' yang dijadualkan pada pertengahan bulan lalu.

Konsert tersebut dibatalkan disebabkan masalah pada pita suara atau Laringitis yang menyebabkan suara penyanyi popular Anuar Zain hilang sebaik melakukan raptai persembahan pada sebelah pagi, iaitu hari yang sepatutnya diadakan konsert di Panggung Anniversary, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


37 GAMBAR - SUASANA PERSANDINGAN ROMANTIS SHUIB SEPAHTU & SITI SARAH



Seperti yang dijanjikan, malam semalam majlis persandingan buat kali pertama serta sambutan ulangtahun perkahwinan ke-6 bagi pasangan Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin telah berlangsung dengan romantisnya.

Untuk makluman anda, semalam tarikh 26 Februari merupakan tarikh dimana Shuib dan Sarah disatukan sebagai suami isteri.

Majlis yang diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya, itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, barisan selebriti dan juga sahabat baik Shuib sendiri yang baru sahaja bergelar suami isteri kelmarin iaitu Jep dan juga Sari Yanti.

Klik untuk gambar besar


26 February 2017

37 FOTO - SEKITAR MALAM BERINAI SHUIB SEPAHTU & SITI SARAH



Sebelum berlangsung majlis persandingan hari ini, Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin telah mengadakan malam berinai mereka malam semalam.

Malam berinai yang bertemakan baju tidur itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan artis serta teman rapat pasangan yang dikurniakan tiga cahaya mata ini.

Antara rakan artis yang memeriahkan majlis yang diadakan di kediaman pasangan ini di Puchong adalah Ozyln Wati, Fasha Sandha, Mark Adam dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar


38 GAMBAR - JEP SEPAHTU & SARI YANTI BERGELAR SUAMI ISTERI



Akhirnya teka-teki mengenai hubungan sebenar di antara mereka sebelum ini terjawab sudah apabila pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti secara mengejut melangsungkan pernikahan pada pagi semalam (25 Februari 2017).

Difahamkan, pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan oleh bapa Sari Yanti sendiri iaitu Dato' Mohamad Nazari dengan sekali lafaz tepat jam 11.50 pagi. Jep turut ditemani oleh dua teman baiknya iaitu Shuaib dan Rahim ketika melafazkan akad nikah

Klik untuk gambar besar


25 February 2017

HIDAP KANSER OVARI - ARY MALIK KINI KRITIKAL



Suami kepada pelakon dan pengacara Ary Malik, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, memaklumkan bahawa isterinya itu berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang, akibat kanser ovari yang kini pada tahap empat.

Difahamkan, Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.

Klik untuk gambar besar


SCHA ALYAHYA NAFI HAMIL ADIK LARA



Kelmarin Awal Ashaari telah memuatnaik gambar yang mengundang spekulasi dimana ramai yang menyangka isterinya, Scha Alyahya itu kini sedang hamil anak kedua apabila melihat perut pelakon drama 'Urusan Hati Cik Drama Queen' ini kelihatan seperti baby bump.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Scha telah tampil menafikan perkara berkenaan. Jelasnya mungkin jenis kain baldu yang dipakainya di dalam gambar tersebut tebal menyebabkan perutnya kelihatan sedikit besar seperti sedang hamil.

Klik untuk gambar besar


HARI INI - JEP SEPAHTU & SARI YANTI DILAPOR NIKAH SECARA SENYAP



Semua sedia maklum mengenai khabar dimanakan pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti bakal bernikah pada hari ini iaitu 25 Februari.

Menerusi portal Utusan Online, pasangan ini dilaporkan bakal bernikah secara rahsia yang hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat di sebuah dewan perkahwinan di kawasan Damansara, Petaling Jaya.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan baik daripada pihak Jep ataupun Sari Yanti kerana usaha pihak media untuk menghubungi mereka gagal.

Klik untuk gambar besar


24 February 2017

HAMIL 5 BULAN BERLAKON AKSI GANAS - SUAMI RISAU KEADAAN NADYA SYAHERA



Pelakon Nadia Syahera, 22, memberitahu bahawa orang sekeliling risau termasuklah suaminya sendiri, Fizul Nawi apabila melihat dirinya yang ketika itu sedang hamil lima bulan berlakon aksi lasak dalam teater 'Dia Semanis Honey Muzikal' Januari lalu.

"Dari segi kesihatan ramai yang risaukan keadaan, semput pada waktu itu tidak ada tetapi lebih kepada penat, almaklumlah bagi ibu yang sedang hamil memang penat. Dari segi kekuatan pula, ada teknik pernafasan yang betul supaya saya tidak termengah-mengah.

Klik untuk gambar besar


LARA ALANA BAKAL DAPAT ADIK?



Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambar yang menarik perhatian serta menjadi tanda tanya dimana ia memperlihatkan 'baby bump' Scha Alyahya seolah-olah isterinya sedang hamil.

Walaupun masih tidak memberi sebarang kenyataan pasti mengenai gambar bersama isterinya ketika menghadiri sebuah acara hiburan itu, namun ramai berpendapat pasangan itu bakal menimang bayi kedua.



23 February 2017

PAKAI PAKAIAN 'NGEPAN INDU' - KUMPULAN ZERO DITUNTUT MOHON MAAF



Tindakan kumpulan pelawak Zero yang memakai pakaian tradisional wanita Iban yang dikenali sebagai 'Ngepan Indu' ketika membuat persembahan dalam episod pertama Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang bermula bersiaran pada Jumaat lalu (17 Februari 2017) itu telah diselar oleh Dayak di Sarawak.

Bukan itu sahaja, beberapa laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan banyak NGO berpengaruh meminta penganjur serta kumpulan itu membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara tersebut.

Zero, juara Maharaja Lawak Mega 2014 terdiri daripada tiga adik-beradik dari Sabah yang diketuai oleh abang sulung Mohamad Syaiful Doli Sharif bersama-sama Sharif Kadir dan Sharid Kunal.

Klik untuk gambar besar


SHAHROL SHIRO MAHU BESARKAN 'ISKANDAR RIZQI' DI KAMPUNG



Isteri kepada Shahrol Shiro, Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 27, menerusi laman Instagamnya telah mendedahkan nama anak lelaki mereka selepas dua minggu melahirkannya.

Shahrol dan isteri telah memilih nama 'Iskandar Rizqi' buat anak sulung mereka yang dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor pada 8 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


"DIA MAMPU SARA SAYA" - JIHAN NAFI TANGGUNG SUAMI



Pelawak, pengacara dan pelakon Jihan Muse, 34, menafikan dirinya itu menanggung suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz Faizal, 32, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Tegas Jihan yang bakal menyambut ulangtahun pertama perkahwinannya pada 20 Mac depan itu, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri.

Klik untuk gambar besar


ISU RUMAH TANGGA: "KAMI BAIK-BAIK SAJA" - NAZIM OTHMAN



Baru-baru ini, ada satu dakwaan yang mengatakan rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally kini sedang dilanda badai yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Bagaimanapun, Nazim ketika ditemui menafikan bahawa rumah tangganya kini sedang bergolak dan turut menjelaskan bahawa dia tidak suka berkongsi kisah peribadi.

"Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

Klik untuk gambar besar


22 February 2017

5 GAMBAR - YATT HAMZAH KONGSI WAJAH ANAK KEDUA, 'SUCI HUMAIRA IQLIMA'



"Bismillahirrahmanirrahim.. Finally on her 53rd day, introducing my second child..Lil Mujahidah, SUCI HUMAIRA' IQLIMA," tulis Yatt Hamzah yang berkongsi wajah anak hasil perkongsian hidup dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi Februari tahun lalu.

Untuk makluman, bayi comel yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu itu merupakan anak kedua bagi Yatt manakala pertama bagi Zulfadhli.

Yatt sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika hasil perkahwinan dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Klik untuk gambar besar


SHUIB SEPAHTU KINI SEMAKIN BAIK - PERSANDINGAN DITERUSKAN



Isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raissuddin memberitahu yang dia tidak kisah jika majlis ulangtahun perkahwinan serta persandingan mereka itu tidak jadi atau dibatalkan, asalkan kesihatan suami diutamakan.

Namun kata Sarah, perancangan majlis tersebut akan tetap diteruskan kerana suaminya yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini sudah semakin baik.

Klik untuk gambar besar


ISTERI HAMIL 4 BULAN - ALIFF AZIZ TERUJA BAKAL BERGELAR AYAH



"Kami tidak merancang bila masa sesuai untuk mendapatkan anak dan berita kehamilan ini memang satu kejutan," kata penyanyi Aliff Aziz, 26, yang terkejut apabila mendapat tahu isterinya, Bella Astillah, 23, kini sedang hamil anak sulung mereka.

Kata Aliff, dia memberi reaksi itu kerana teruja dan tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa dalam masa beberapa bulan lagi.

"Alhamdulillah kami bersyukur dan gembira kerana cahaya mata ini akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami selain anak adalah pembawa rezeki," ujar Aliff yang berkahwin dengan Bella pada 9 September tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


21 February 2017

BERFOTO DENGAN SARI YANTI BERPAKAIAN PENGANTIN - ARJA LEE DIMARAHI



Pelakon Arja Lee, 33, menjadi mangsa kemarahan peminat gara-gara memuatnaik gambarnya bersama Sari Yanti dengan berpakaian baju pengantin ke laman sosial Instagram.

Kata Arja, ketika berkongsi gambar dirinya dengan pelakon wanita itu di laman sosial terbabit, beliau tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

Klik untuk gambar besar


3 FOTO - BAKAL BERSALIN, TYA ARIFIN TERIMA KEJUTAN 'BABY SHOWER'



"Makasih Mama atas surprise 'Baby Shower' nya. Aaaaaaaaaaaah I'm so happyyyyyyy! So sweet," demikian kata isteri kepada Asyraf Khalid, Tya Arifin yang menerima kejutan 'Baby Shower' daripada ibu mentuanya, Tengku Zawyah Binti Tengku Izham.

Difahamkan, Tya yang merupakan seorang pelakon itu bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi bersama pasangannya.

Dalam pada itu, Asyraf menerusi laman Instagramnya telah berkongsi kisah kehidupannya bersama isteri.

Klik untuk gambar besar


20 February 2017

KELUARGA BERPINDAH KE KL - AMENG AKUI DIRINYA KINI SEMAKIN 'MAHAL'



Saham penyanyi Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 49, mencanak naik sejak berakhirnya program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).

Ibarat penjenamaan semula dirinya dalam industri seni, biarpun tidak bergelar juara, Ameng memberitahu bahawa dirinya itu dihujani tawaran nyanyian secara mendadak.

Ekoran situasi tersebut, 'harga' Ameng juga semakin meningkat naik seiring dengan permintaan yang banyak serta pengalamannya selama 27 tahun sebagai penyanyi.

Klik untuk gambar besar


13 FOTO - SUASANA BIRTHDAY PERTAMA SI KEMBAR SEPASANG EINA AZMAN



Semalam (19 Februari) merupakan tarikh dimana anak kembar sepasang Eina Azman, Arianna Aubrey dan Karl Kareef genap setahun usia mereka.

Sempena hari istimewa itu, Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat anak kembar mereka di sebuah hotel di ibu kota.

Klik untuk gambar besar


LUAHAN DI TWITTER: "TINDAKAN BIADAP MEREKA BUAT SAYA MARAH" - SHARNAAZ



Sepanjang minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengeluarkan kata-kata agak kasar di akaun Twitternya yang berbaur sindiran terhadap seseorang sehingga dirinya dikecam.

Bagaimanapun jelas Sharnaaz, segala luahan perasaan 'pedih' yang dilontarkan olehnya di Twitter itu bukan ditujukan kepada pelakon Fattah Amin kerana dia tidak ada menyebut secara langsung nama sesiapa pun.

Klik untuk gambar besar


19 February 2017

AKIM & STACY NAMAKAN BABY GIRL MEREKA,' ESHAAL'



Pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Ummu Syaikhah Stacy Anam yang menerima kehadiran 'orang baru' pada jam 5.17 petang kelmarin (17 Februari 2017) itu telah memilih nama Eshaal untuk diberikan kepada puteri sulung mereka.

Pengumuman itu dibuat oleh Akim menerusi laman Instagram dengan memuatnaik sekeping gambar yang tertera tulisan tangan dengan kapsyen berbunyi 'Eshaal Binti Afiq Hakim'.

Klik untuk gambar besar


TAKZIAH - IBU AZWAN ALI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada 2.14 pagi semalam (Sabtu), Azwan Ali telah kehilangan ibu tercinta, Che Tom yang meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara. Selain Azwan Ali, Che Tom juga merupakan ibu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Menerusi sebuah kenyataan, jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang untuk disembahyangkan. Jenazah juga dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Klik untuk gambar besar


ISU MADU: "IA SEKADAR GURAUAN, TAK SANGKA VIRAL" - SALIMA AF4



Semalam menerusi Media Hiburan, pihaknya menerima kiriman WA daripada peminat yang megatakan suami Sharifah Wafa' Alhadad (isteri pertama) dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi (isteri kedua), Ustaz Syed Abd Kadir telah pun berkahwin lagi.

Malah artikel tersebut adalah berdasarkan kepada status isteri pertama yang memaklumkan berita perkahwinan ketiga itu.

Klik untuk gambar besar


39 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH, CUKUR JAMBUL & BIRTHDAY ANAK EIRA & AZAD



Semalam pasangan Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat anak kedua mereka, Amiesya Leann Rose.

Selain majlis tersebut, pasangan ini turut mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-4 buat anak sulung mereka, Ammara Sofea Rose.

Untuk makluman, anak kedua Eira dan Azad ini dilahirkan secara pembedahan pada 31 Disember 2016.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.

Klik untuk gambar besar
MAJLIS AQIQAH & CUKUR JAMBUL ANAK KEDUA EIRA & AZAD 


18 February 2017

"MAHU JADI IBU TERBAIK" - FEEYA ISKANDAR



Sejak melahirkan Adam Malique pada 7 Februari lalu, penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah, mengakui rutin hidupnya kini berubah 360 darjah.

Dalam masa masa, Cik Piah yang menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang paling bermakna dalam hidup, bertekad menjadi ibu yang bertanggungjawab mendidik dan membesarkan cahaya mata sulungnya itu.

"Alhamdulillah, detik yang paling saya dan suami tunggu tiba juga dengan kelahiran zuriat pertama kami, Adam Malique yang sekali gus memberi status dan peranan baru kepada kami.

Klik untuk gambar besar


SUAMI KAHWIN LAGI - SALIMA AF4 DAPAT MADU



Baru-baru ini, ada satu khabar dimana suami kepada Sharifah Wafa' Alhadad (isteri pertama) dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi (isteri kedua), Ustaz Syed Abd Kadir dipercayai telah berkahwin buat kali ketiga.

Berita tersebut dikongsikan oleh isteri pertama dengan kapsyen mendoakan agar perkahwinan tersebut kekal ke syurga dan mempunyai anak yang ramai.

"Heartiest congratulations to my husband and his lovely third wife on their marriage! May you last till Jannah and have lots of cute children together. Ameeeen.

Klik untuk gambar besar
Salima bersama suami & madu barunya


STACY SELAMAT BERSALIN - AKIM TIMANG 'BABY GIRL'



Tanggal 17 Februari 2017 pada jam 5.17 petang, pasangan Akim Ahmad dan Ummu Syaikhah Stacy Anam telah menimang cahaya mata sulung mereka iaitu seoarang bayi perempuan.

Berita gembira ini disampaikan oleh Akim sendiri menerusi laman Instagramnya.

"17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua," maklum Akim di IGnya.

Klik untuk gambar besar


17 February 2017

"SERANG ORANG YANG MELAGA-LAGAKAN, BUKAN FATTAH" - NEELOFA



Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad menjelaskan bahawa status Twitter yang dikatakan menyindir Fattah Amin itu bukan ditujukan kepada pelakon tersebut. Ini kerana kata Sharnaaz, dia tidak ada menyebut secara langsung nama sesiapa pun termasuklah Fattah.

Bagaimanapun, pelakon dan pengacara Neelofa mengakui beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya yang meluahkan kata-kata seakan 'menyerang' Fattah di akaun Twitternya baru-baru ini.

Jelas Neelofa, Sharnaaz seharusnya mengutuk pihak lu­ar yang melaga-lagakan ke­dua-dua pelakon tersebut sehingga mencetuskan perbalahan di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


8 GAMBAR - SELAMAT TIBA, SITI NURHALIZA KINI DI PALESTIN



"Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai," demikian kata Datuk Sirti Nurhaliza Tarudin, 38, yang telah selamat tiba di bumi Palestin bersama rombongannya pada jam 12 tengah hari tadi (waktu tempatan), walaupun terpaksa melalui pemeriksaan ketat.

Kunjungan penyanyi 'Biarlah Rahsia' itu ke bumi Palestin adalah bagi memenuhi keinginannya menziarahi lokasi bersejarah, Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Klik untuk gambar besar


KANDUNGAN 2 BULAN KEGUGURAN - IKA NABELLA REDA



Belum ada rezeki!

Demikian halnya dengan pelakon Ika Nabella apabila mengetahui kandungannya yang sudah mencecah dua bulan itu gugur tiga hari lalu.

Bagaimanapun kata Ika, meskipun pahit menerima kenyataan itu, dirinya terpaksa akur dan reda dengan ketentuan takdir Tuhan kerana percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Klik untuk gambar besar


DANGDUT TERAKHIR SHEEDA, 'ANGKAT TANGAN' SEBELUM BERHIJAB



"Jika dulu saya memulakan dengan lagu 'Angkat Kaki, sekarang biarlah saya menutupnya dengan lagu 'Angkat Tangan' yang memberi maksud selepas ini saya mahu berundur daripada irama dangdut ini.

"Jadi lagu ini saya jadikan sebagai hadiah ikhlas saya buat peminat saya selama ini menyokong kerjaya seni menerusi lagu-lagu dangdut.

"Selepas ini kalau saya masih menyanyi lagi, kemungkinan besar saya akan lebih cenderung kepada lagu-lagu nasyid dan berunsurkan ketuhanan," kata penyanyi dangdut, Sheeda yang menganggap lagu tersebut sebagai penutup untuk irama dangdut yang diperjuangkan selama ini.

Klik untuk gambar besar


16 February 2017

LUAHAN 'PEDIH' DI TWITTER - SHARNAAZ AHMAD NAFI SINDIR FATTAH AMIN



Gara-gara isu tentang status Twitter yang dikatakan menyindir Fattah Amin yang agak hangat diperkatakan minggu ini, Sharnaaz Ahmad telah menerima kritikan daripada netizen yang menganggap luahan beliau itu agak kasar dan tidak profesional.

Bagaimanapun jelas Sharnaaz, segala luahan perasaan 'pedih' yang dilontarkan olehnya di Twitter itu bukan ditujukan kepada pelakon Fattah Amin.

Kata Sharnaaz lagi, dia tidak ada menyebut secara langsung nama sesiapa pun termasuklah Fattah, cuma katanya kalau ada yang terasa dengan apa yang dilontarkannya, itu adalah hak mereka.

Klik untuk gambar besar


GAMBAR NEELOFA BERSAMA RAJA MUDA SELANGOR JADI PERHATIAN



Semua mengetahui mengenai pengakuan Neelofa yang sebelum ini mengatakan dirinya itu kini sedang berkawan rapat dengan kerabat diraja.

Terkini, gambar Neelofa duduk bersebelahan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sebuah majlis amal itu mula tersebar di media sosial. Gambar tersebut dipercayai dirakam ketika bulan Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


FOTO BERCUMBU - NABIL NAFI DIRINYA MUATNAIK



"Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya.

"Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat," jelas Nabil Ahmad mengenai gambar dirinya dan isteri, Nazirah Ayub sedang bercumbu ketika bercuti di Venice, Itali minggu lalu yang tersebar di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


HARI INI BERMULA TAYANGAN SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2



Filem paling laris di Indonesia, 'Surga yang Tak Dirindukan' (#SYTD) yang berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam kembali menemui penonton dengan sekuel keduanya pada hari ini (16 Februari 2017) di Malaysia.

Filem yang diangkat dari novel popular, #SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, malah ia turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.



"KALAU DIA (SARI YANTI) JODOH SAYA, AMIN" - JEP SEPAHTU



Pelawak Jep Sepahtu sekali lagi memberitahu mereka hanya sekadar teman baik meskipun sering dikaitkan bercinta dengan Sari Yanti sehingga timbul gosip kononnya mereka bakal bernikah pada 25 Februari ini. Bagaimanapun, Jep mengakui beliau tidak menolak sekiranya Sari Yanti ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

Klik untuk gambar besar


15 February 2017

"SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA" - TWEET NEELOFA BUAT SHARNAAZ?



Semua mengetahui mengenai tweet Sharnaaz Ahmad yang dipercayai menyindir Fattah Amin berkaitan buku terbitannya. Tweet tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Secara tidak langsung, nama keluarga Neelofa juga turut terpalit di dalam isu berkenaan apabila ada sesetengah netizen memberikan komen tentang sikap bakal menantu di dalam keluarga Neelofa.

Klik untuk gambar besar


DITEGUR BERBIKINI: "SESUAI DENGAN SUASANA" - FARA MENDOZA



Nama Fara Mendoza sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara memuatnaik gambar dirinya itu sedang berbikini di lokasi percutian Koh Lipe, Thailand, bersama rakan-rakan baik baru-baru ini.

Fara ketika ditanya mengenai perkara ini berkata yang dia tidak kisah dengan kritikan yang diterimanya kerana segala aktiviti dilakukan mahupun gambar yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar.

"Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki. Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti," katanya.

Klik untuk gambar besar


3 GAMBAR - WAJAH COMEL NUR AISHA, ANAK KEDUA ERIN MALEK



Pada 10 Februari lalu, pelakon Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy telah menimang cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Nur Aisha.

Erin menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambar wajah anak perempuan itu.

Untuk rekod, Erin dan Farriz sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Faliq yang kini berusia setahun lebih.

Klik untuk gambar besar


BERCUMBU DI TEMPAT AWAM - NABIL AHMAD & ISTERI DIKECAM



Sebelum ini ramai artis kita yang dikecam gara-gara bercumbu di tempat awam, terkini Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah Ayub pula mengikut jejak.

Gambar pelawak terkenal dengan isterinya yang sedang bercumbu ketika berada di Venice, Itali itu dimuatnaik oleh seorang jurugambar perkahwinan menerusi laman Instagramnya.

Adegan bercumbu itu telah mendapat perhatian netizen dan membuatkan mereka rasa tidak senang dengan perlakuan Nabil dan isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


14 February 2017

ELIZAD NAFI RUMAH TANGGA BERMASALAH, MINTA HENTIKAN



"Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.

"Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah," kata pelakon Siti Elizad Sharifudin, 31.

Elizad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak terbabit di laman sosial mengenai rumah tangganya yang dikatakan bermasalah.

Klik untuk gambar besar


5 GAMBAR - ANAK SULUNG NORA ARIFFIN SELAMAT BERTUNANG



Pada Sabtu lalu, penyanyi Nora Ariffin telah menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya, Eilya Sofea pada majlis pertunangan anak sulungnya dengan komposer Johan Nawawi, Mohd Syakir Iman, 24.

Majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga gadis berkenaan, di Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar