"Selepas saya pulang dari menunaikan umrah Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad. Jadi sebelum saya menunaikan umrah saya sudah memberikan segala maklumat kepada peguam dan sepanjang tempoh sebulan di luar negara mereka sudah siapkan dan mengkaji semuanya. Selepas saya balik umrah, terus kami membuat perbincangan dan mengambil tindakan saman.
30 June 2022
PUTERI SARAH FAILKAN DUA SAMAN TERHADAP IRA KAZAR: "SUDAH AMBIL ORANG PUNYA, DUDUK DIAM-DIAM"
DITUDUH 'PENGIKUT ILLUMINATI' DEK BUSANA GUNA 150 UNIT RAMBUT SEBENAR - AINA ABDUL TAK KISAH DIKECAM, IBU SUDAH RESTUI
Pada Sabtu dan Ahad lalu (25 & 26 Jun 2022), konsert A Night With Aina Abdul 2.0 telah diadakan dengan jayanya di Istana Budaya, Kuala Lumpur apabila menerima sambutan luar biasa. Kejayaan konsert tersebut ternyata mencuri perhatian ramai peminatnya.
"MERENDAH DIRI, DENGAN SAYA PUN DIA TAK BERITAHU..." - AZRI ISKANDAR KATA AZRA JUGA ADA DATUK SERI, BUKAN HANYA PHD SAJA
"Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya. Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.
"SAYA AKAN KELUARKAN LEBIH BANYAK BUKTI..." - BEKAS PA DAKWA VIDEO 'SYIRIK' MAK WAN LATAH BUKAN LAKONAN
"Tak mungkin saya nak suruh dia berlakon seperti itu... Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis. Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon," itulah kata bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah iaitu Amell yang menyangkal dakwaan video yang dimuat naik di laman sosial TikTok mendedahkan sikap pelakon itu dirakamnya sendiri.
29 June 2022
HADIAH ISTIMEWA BUAT PEMINAT SETIA - IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU 'TAK MUNGKIN KEMBALI'
Baru-baru ini, penyanyi Ijam Majid telah melancarkan single terbarunya berjudul 'Tak Mungkin Kembali' iaitu pada 10 Jun lalu. Lirik dan lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh komposer Mr Lycon.
"SUDAH LAMA SAYA DIAMKAN..." - MAK WAN LATAH LAPOR POLIS, TAK TAHAN DIFITNAH, DIPUKUL, DITENDANG, DIUGUT BUNUH
Dramatis senior, Mak Wan Latah mengakui dia tidak mampu menahan sabar lagi apabila tampil mengambil tindakan membuat satu laporan bagi mempertahankan maruahnya daripada terus diinjak seorang wanita yang juga kenalan rapatnya.
DIDUGA LAGI - FARAHDHIYA POSITIF C0V1D SELEPAS 3 MINGGU JALANI PEMBEDAHAN DI BAHAGIAN LEHER
"Selepas dua tahun lebih bertahan, akhirnya saya tewas dengan Covid-19. Hari ini baru saya mempunyai kudrat untuk berkongsi. Bukan lauk pantang tapi lauk orang kena C0V1D. Baru mula bekerja selepas pembedahan saya, sekarang kembali ke rumah untuk jalani kuarantin.
DAKWAAN DICEDERAKAN & CUBAAN MENCULIK ANAK - POLIS SAHKAN SUDAH TERIMA LAPORAN LUFYA
Berhubung dakwaan dicederakan dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar.
HUBUNGAN DENGAN DUDA ANAK DUA - ALYA IMAN DEDAH SUDAH PUTUS
"Ya saya 'single' dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Namun, kami masih kekal berkawan baik. Tapi saya 'not available', bukan sebab dah ada pengganti baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
"CUKUPLAH SAMPAI DISITU SAHAJA..." - SERA LETAK NOKTAH DENGAN SHUK, BERHUBUNG KERANA ANAK-ANAK
"Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.
"TIDAK BERAPA SIHAT, KEADAAN JANTUNG SAYA JUGA KINI TINGGAL 10 PERATUS SAHAJA LAGI" - BOB LOKMAN
Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang menghidap beberapa penyakit iaitu jantung, masalah paru-paru dan buah pinggang.
28 June 2022
LUFYA CEDERA DIPUKUL, ANAK HAMPIR DICULIK - BEKAS SUAMI NAFI DIA PELAKUNYA
Malang tak berbau... itulah yang dihadapi oleh pelakon Lufya Omar apabila berdepan detik cemas dimana dia mendakwa anak perempuannya, Laana Haura, 5, hampir diculik oleh seorang lelaki ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.
"ISTERI SAYA SPORTING..." - AWIE KATA ISTERINYA TAK CEMBURU KONGSI PENTAS BERSAMA ERRA
Sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira sejak kebelakangan ini, penyanyi rock legenda, Datuk Awie menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin tidak cemburu berhubung perkara tersebut.
BILA 'BOSSKU' JADI PELAKON
Muncul sebagai 'cameo' dalam drama berjudul 'Tunjang', bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pembabitannya sebagai pelakon satu pengalaman baharu dan manis.
"TAKKAN NAK PAKAI BIKINI JIKA BERCUTI DI PANTAI... SAYA PUN TAHU BATASANNYA" - EMMA MAEMBONG
"Saya mohon, janganlah kaitkan dengan anak saya. Saya masih tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu. Lagipun, saya cuma jadi diri sendiri. Saya pun takkan nak memakai bikini jika bercuti di pantai sebagai contoh. Saya pun tahu batasannya.
ALAMI KEGUGURAN KALI KEDUA - FIDA IBRAHIM REDA, BERI NAMA 'ABDULLAH'
"Innalillahhiwainnalillah hiroji'un... Jumaat sebelum masuk waktu Maghrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia 4 bulan 7 hari telah pergi. Petang dari jam 5 petang perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama dibahagian bawah perut.
NIKAH DI USIA MUDA - TEGAR SAHKAN SUDAH BERCERAI
"Sebenarnya terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan. Aku memilih untuk hidup baru lagi. Aku hanya duduk di rumah sahaja sehinggakan badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.
27 June 2022
ALMY NADIA KINI BERTUDUNG - FIZZ FAIRUZ AKUI SEBAK, LUAH RASA SYUKUR
"No caption.. just sad.. tq allah.. @almynadiaofficial," tulis pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia meluahkan rasa syukur isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia kini berhijab.
GENAP SEMINGGU - SHARNAAZ AKUI HANYA LERAIKAN PERGADUHAN, TAK BOLEH LIHAT ORANG DITINDAS
"Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak. Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.
RASHIDI ISHAK PERNAH BUKA HATI UNTUK WANITA LAIN, NAMUN LEBIH SELESA HIDUP MENDUDA
"Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercerai. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik. Setiap orang yang bercerai pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan.
LAN PET PET SIBUK DENGAN PROJEK HARTANAH: "SEKARANG INI BUKAN MASA UNTUK GLAMOR..."
"Duit ke glamor. Duit perlukan anda... anda tak perlukan duit, anda akan jadi gila," ujar pelawak dan pelakon Lan Pet Pet yang memberitahu dia kini sedang bergiat aktif dalam bidang perusahaan dan hartanah.
"AKU TAKKAN CIUM ATAU KIPAS BONTOT SESIAPA..." - IDRIS KHAN ANGGAP HANTARAN DI IG BERSIFAT UMUM
"Mak ayah aku ajar untuk hormat orang tak kira pangkat atau darjat. Jadi, masalah aku adalah aku tak kisah apa panggilan, pangkat, darjat ada dekat nama kau. 'Benda pun boleh beli'. Aku takkan cium tangan sesiapa atau kipas bontot sesiapa. Semua manusia sama.
"ZARA ZYA... MANIS ORANGNYA" - SHUIB KATA BELUM MASANYA LAGI
Pelawak Shuib akui dia menyedari usaha dan percubaan warga maya untuk 'menjodohkannya' dengan beberapa rakan industri termasuklah pelakon Zara Zya sejak isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.
BEKAS PA DEDAH SIKAP SEBENAR - MAK WAN LATAH TAMPIL NAFI, PERBUATAN SYIRIK ITU HANYA LAKONAN
Nama pelakon Mak Wan Latah baru-baru ini hangat diperkatakan selepas seorang individu mendakwa dirinya bekas pengurus peribadi (PA) Mak Wan Latah memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya. Menerusi video dikongsikan, bekas pengurus peribadi dikenali sebagai Amell itu mendakwa akan membongkar siapa sebenarnya pelakon itu sebenarnya.
26 June 2022
FIFY AZMI: "TAK PERLULAH BERLAGAK... BAYAR DUIT SAYA, SELESAI"
"Kes masih dalam siasatan. Biarlah pihak berkuasa melakukan tugasan, malah, saya juga sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes duit RM15,000 yang dirembat, selain cerita buruk yang dijaja bekas pembantu peribadi.
LISA SURIHANI SERING SERTAI MAJLIS ILMU AGAMA - NETIZEN PUJI, KAGUM DENGAN PENGHIJRAHANNYA
Bagi yang sering mengikuti media sosial pelakon Datin Lisa Surihani, pasti mengetahui isteri pelakon, penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim itu sering mengikuti majlis ilmu agama bersama rakan selebriti lain.
LEPAS BERLAKON - HUN HAQEEM MAHU MENYANYI PULA, INGIN KOLABORASI BERSAMA KAKAK
Cukup selesa dalam bidang lakonan dan ketika ini nama semakin memuncak naik dengan bakat lakonan yang dipamerkan sering mendapat pujian peminat, terkini Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 24 mahu beralih ke bidang nyanyian pula.
ISU TARIK DIRI DISAAT AKHIR - IDRIS KHAN KATA DAKWAAN ITU BERSIFAT FITNAH
"Beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam sidang media itu adalah tidak berasas dan bersifat fitnah. Atas nasihat peguam yang mewakili saya, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan," jelas pelakon Idris Khan, 34, yang menyifatkan dakwaan dan tuduhan pelakon dan penerbit, Datuk A Aida terhadapnya dalam satu sidang media kelmarin adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.
NORMAH DAMANHURI BENGANG ANAK BUAT BAIK PUN DIKECAM: "KENAPA HATI KAU BUSUK BERNANAH..."
"Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kpd anak aku, aku tak kacau hidup kau.. kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku❗️
ANGGAP TUDUHAN LANGGAR KONTRAK TAK BERASAS - AMELIA HENDERSON TAMPIL JELASKAN
Umum sedia maklum mengenai isu dimana pelakon dan penerbit, Datuk A Aida menyifatkan tindakan kedua-dua pelakon iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama terbitannya sebagai sangat tidak profesional dan mengarut.
KINI TUNANG 'ENCIK LAJU' - NAIM DANIAL NAK 'PERFORM' DI MAJLIS KAHWIN SHARIFAH AMANI
"Know know got fiancé. Syukur Alhamdulillah. One step closer, til when when. ✨💞✨," demikian tulis pelakon Sharifah Amani yang berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.
NIKKI PALIKAT DEDAH SUDAH BERCERAI DENGAN AUDI MOK DALAM TEMPOH PANDEMIK
Bukan senang saya nak cerita tentang perkara ini. Sebenarnya saya sudah bercerai dalam tempoh pandemik. Pada waktu itu ada satu kesedaran bahawa lebih baik begini sahaja dan kekal sebagai kawan.
25 June 2022
"AAISYAH PUN SUDAH 8 TAHUN... APA YANG ADA BESARKANLAH" - CHE TA & ZAIN SEPAKAT ENGGAN TAMBAH CAHAYA MATA
Anak bongsu kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana kini sudah berusia lapan tahun. Ramai peminat yang bertanya sama ada pasangan selebriti itu mahu menimang cahaya mata lagi.
BAKAL BERHIJRAH KE TANAH ARAB TAHUN DEPAN - NEELOFA DAH RANCANG SEJAK AWAL PERKAHWINAN
"Masa awal kahwin dulu, kami ada berbincang bersama tentang sambung belajar dan mendalami ilmu hadis. Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana," kata selebriti popular, Noor Neelofa yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya pada awal atau pertengahan tahun hadapan.
SHILA AMZAH AKUI SERONOK JADI 'SINGLE', TAPI BUKAN UNTUK HARI-HARI
"Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu. Saya tak pernah 'single' terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Saya bukanlah tak boleh 'single' terlalu lama. Jadi 'single' ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.
DIDAKWA JALIN HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN ERRA FAZIRA, DEK AKRAB BERKAWAN - INI JAWAB AWIE
"Kami berkawan, bercinta, bertuang dan putus. Bila putus macam-macam orang kata. Tak bertegur sapa sampai lapan tahun. Saya fikir sampai bila nak teruskan macam ni, sampai bila orang nak menuding jari dan memfitnah fasal kami. Mereka salah.
"PADAM SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT" - SYAMSUL YUSOF BERI AMARAN INDIVIDU MUAT NAIK 'MAT KILAU' SECARA HARAM
Pelakon dan pengarah filem 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' iaitu Syamsul Yusof menerusi laman Instagram miliknya telah memberikan amaran terhadap segelintir pengguna media sosial yang memuat naik klip filem terbabit secara haram ketika menonton di pawagam.
BUAT LAPORAN POLIS - AEDY ASHRAF BENGANG INDIVIDU MENYAMAR SEBAGAI DIRINYA UNTUK PERDAYA WANITA
Baru-baru ini, ada seorang individu yang menyamar sebagai pelakon Aedy Ashraf dengan menggunakan alamat emel palsu untuk memperdaya wanita. Bengang dengan dengan si penyamar, Aedy telah membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya, kelmarin berhubung hal tersebut.
"MEREKA SEOLAH MAIN-MAINKAN KEWUJUDAN 'AIN..." - NEELOFA PERLUKAN SEDIKIT MASA DEDAH WAJAH ANAK
"Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan 'Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya. Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir.
"TAK SANGKA DIA (PEMBANTU RUMAH) NEKAD LARIKAN DIRI & TINGGALKAN DUA ANAK SAYA" - EZZATY ABDULLAH
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos iaitu pelakon Ezzaty Abdullah, 32, tidak sangka pembantu rumahnya yang merupakan wanita warga Indonesia membuat cubaan melarikan diri dan didakwa ingin mengikut lelaki warga tempatan.
YASMIN HANI TAK MAHU URUSAN PERKAHWINAN DIPANDANG RINGAN: "KALAU FIKIR DUIT, DAH LAMA KAHWIN KERABAT RAJA"
"Sebut-sebut (nak kahwin) itu dah ada tapi dia (Alif Hadi) tahu apa yang saya nak. Jangan main-main. Saya tak nak nanti, anak persoalkan saya bercerai lagi. Saya tak nak sebab budak-budak sekarang, mereka bijak.
24 June 2022
"KITA JUMPA DI SYURGA NANTI YA KAIF" - SAFWAN NAZRI REDA ISTERI KEGUGURAN CAHAYA MATA PERTAMA
"Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja. Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!
BENGANG AMELIA HENDERSON & IDRIS KHAN TARIK DIRI DI SAAT AKHIR - A. AIDA AMBIL TINDAKAN SAMAN
"Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama," demikianlah kata pelakon dan penerbit, Datuk A Aida yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara menarik diri daripada drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.
MINGGU KETIGA 'KARAOKE SUPERSTAR' - AMIRA OTHMAN MUNCUL JUARA
Penyanyi Amira Othman yang bersaing penyanyi Tajul telah dinobatkan juara untuk minggu ketiga program realiti pertandingan nyanyian berkaraoke, 'Karaoke Superstar'. Dalam episod kali ini, Amira yang bersuara serak-serak basah itu berjaya menjadi juara mengalahkan Tajul dengan jumlah kemenangan sebanyak empat kali daripada lima segmen yang ada.
SYAMSUL YUSOF DEDAH ADA NETIZEN NAK BOIKOT FILEM: "MEREKA LUPA... MEREKA BUKANLAH TUHAN"
"Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot karya saya, 'Lets cancel Syamsul Yusof dan iri dengan kejayaan dari Allah.' Namun mereka lupa.. mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu Yang Satu ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha."
SHAHIR BERTUNANG JULAI DEPAN - ERRA FAZIRA TUMPANG GEMBIRA, DOAKAN PERKAHWINAN KEKAL
"Saya ada menghubunginya selepas mendengar khabar dia nak kahwin, sebelum media tahu saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah media tahu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Dia pun dah bersedia sangat. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan terakhir buatnya.
BANTU ZAMANI - AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000
Semua sedia maklum mengenai penyanyi Zamani Slam yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis dan dia perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera berhubung keadaan terkininya yang kelihatan semakin merosot. Zamani sebelum ini berkata, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.
DINOBAT PELAKON LELAKI TERBAIK DI INDIA SELEPAS EMPAT DEKAD BERLAKON - MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT
Sepanjang empat dekad pembabitan dalam industri lakonan tanah air, pelakon Mubarak Majid dinobat sebagai pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.