31 March 2017

SEBUTAN KEDUA PEMOHONAN CERAI - ADI PUTRA GAGAL HADIR DI MAHKAMAH



Hari ini merupakan sebutan kedua kes permohonan cerai pelakon Adi Putra terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof (Aida). Bagaimanapun, plaintif (Adi Putra) tidak dapat menghadirkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Kes berkenaan sepatutnya disebut di hadapan Hakim Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.

Difahamkan, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, memberitahu bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Klik untuk gambar besar


AKAD NIKAH: CIUM MULUT, GAUN SEKSI - NORA DANISH DIKECAM & DIKRITIK



Pelakon Nora Danish yang selamat bergelar isteri kepada Nedim Nazri semalam telah menerima kecaman serta kritikan gara-gara bercium mulut dan berpakaian seksi di majlis pernikahan.

Ini kerana bagi mereka, perbuatan ciuman mulut yang berdurasi sedetik lebih di antara Nora dan juga suaminya, tanda luahan rasa cinta dan sayang itu kurang manis apatah lagi ia disaksikan anak-anak mereka sendiri.

Selain ciuman, gaun pengantin Nora turut menarik perhatian ramai apabila pakaian tersebut kelihatan agak terdedah dan jarang.

Klik untuk gambar besar


24 FOTO - SUASANA MAJLIS AQIQAH & KESYUKURAN ANAK CIK PIAH



Pada 25 Mac lalu, penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dipanggil Cik Piah dan suaminya, Nurashid Wahab telah mengadakan majlis aqiqah dan kesyukuran buat anak sulung mereka, Adam Malique.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga serta teman rapat pasangan ini.

Untuk makluman, Cik Piah selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah pusat perubatan swasta pada 7 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


22 FOTO - PRE WEDDING, MALAM BERINAI & BRIDAL SHOWER SHARNAAZ & NABILA



Semua sedia maklum bahawa pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, bakal disatukan dengan pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor, 33, sebagai suami isteri pada hari ini selepas berkenalan hampir dua tahun.

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, Sharnaaz dan bakal isterinya yang merupakan kakak kepada aktres Noor Neelofa itu telah merakamkan foto pre-wedding, mengadakan bridal shower serta malam berinai baru-baru ini.

Melihat bahagian komen di akaun Instagram (IG) Sharnaaz dan Nabila, para peminat mereka ini rata-ratanya meluahkan ucapan tahniah dan rasa tidak sabar untuk menyaksikan pasangan sweet ini disatukan.

Klik untuk gambar besar
PRE WEDDING


25 GAMBAR - NORA DANISH SAH BERGELAR ISTERI NEDIM NAZRI



"Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.

"Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami," kata pelakon Nora Danish, 35, yang bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri, 34, dengan dua kali lafaz kira-kira jam 8.37 malam semalam (30 Mac 2017).

Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan.

Klik untuk gambar besar


30 March 2017

28 FOTO - SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT & BABY SHOWER SAM & SYATILLA



Baru-baru ini, majlis doa selamat dan baby shower bagi pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah diadakan secara sederhana.

Difahamkan, Syatiila dijangka bersalin anak sulung iaitu lelaki pada bulan Mei depan.

Kita doakan semoga segala proses kelahiran nanti besalin dengan lancar.

Klik untuk gambar besar


MAWAR RASHID: "HUBUNGAN DENGAN RAF YAACOB DIRESTUI KELUARGA"



Jika sebelum ini pelakon Mawar Rashid agak berahsia tentang hubungan mereka, terkini beliau bersikap lebih terbuka mengenai kekasihnya itu termasuk di media sosial, kerana mahu mengelakkan tanggapan negatif tentang hubungan mereka.

Mawar kini akui beliau sedang bercinta dengan Raf Yaakob dan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu. Malah, hubungan itu juga mendapat restu keluarganya.

Kata Mawar, beliau sebenarnya tidak pernah menyangka akan bertemu dengan seseorang yang mampu untuk membimbing beliau ke arah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar


ISU RUMAH TANGGA AQASHA - RITA RUDAINI TAK KISAH APA YANG DIPERKATAKAN



Sebelum ini hangat diperkatakan isu rumah tangga pelakon Aqasha yang sedang bermasalah apabila isterinya, Baizura Basri memuatnaik luahan resahnya.

Lebih hangat lagi apabila nama pelakon Rita Rudaini dikaitkan menjadi punca keretakan tersebut apabila perbualan mesra di antara Rita dan Aqasha tersebar.

Ditanya mengenai tersebut, Rita berkata yang beliau enggan mengambil pusing mengenai kecaman dari peminat berikutan pergolakkan rumah tangga pelakon, Aqasha mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga.

Klik untuk gambar besar


"MAEL XPDC KENA SERANGAN PENYAKIT GOUT BUKAN NAZAK" - PENGURUS



Baru-baru ini, vokalis kumpulan XPDC, Mael telah ditemui rebah dan tidak sedarkan diri di rumahnya. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Bagaimanapun, menurut pengurus iaitu Yazid, Mael yang kini dalam keadaan stabil itu dimasukkan ke hospital berkenaan adalh disebabkan seranag penyakit gout dan bukannya kerana nazak seperti yang diperkatakan ramai.

"Mael sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan kerana serangan penyakit gout dan keadaannya sudah stabil, bukannya nazak seperti yang diperkatakan ramai.

Klik untuk gambar besar


MASUK HOSPITAL - ISTERI SHUKRI YAHAYA KENA JANGKITAN KENCING TIKUS



"Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulillah selepas dua hari ditahan di wad, keadaan isteri semakin stabil.

"Bagaimanapun, Tya terpaksa ditahan untuk tempoh tiga hari lagi kerana perlu dipantau doktor," kata pelakon Shukri Yahaya, 29, mengenai keadaan isterinya, Tya Adnan.

Pada Ahad lalu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 25, telah dimasukkan ke pusat perubatan di Kajang akibat terkena jangkitan kencing tikus.

Klik untuk gambar besar


BERBAJU SINGKAT, BERSELUAR KETAT - NEELOFA DIKECAM



Dek gara-gara penampilan pada majlis Sidang Media Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017), pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa telah dikecam oleh netizen.

Ini kerana, ramai yang kurang senang dengan penampilan Neelofa pada majlis tersebut. Dakwa mereka seluar yang dipakai Neelofa terlalu ketat, tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan bergelar Hajjah.

Klik untuk gambar besar


29 March 2017

41 FOTO - ALEESYA SAMBUT BIRTHDAY KE-8, ERRA & EMRAN HADIAHKAN BASIKAL



Baru-baru ini, anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-8 lebih awal dari tarikh sebenar.

Difahamkan, Erra telah menganjurkan majlis yang cukup meriah buat anak perempuannya ini dengan memilih tema rock kali ini.

Klik untuk gambar besar


AZHARINA: "HASRAT NAK LIHAT KEDUA-DUA BESAR JADI HAFIZ"



Meskipun reda dan pasrah dengan ketentuan Tuhan, penyanyi Azharina Azhar, 32, bagaimanapun berkata, sebagai ibu beliau tetap bersedih dengan pemergian si kecil yang berusia 23 hari.

Arwah adik Rizkie Azharin Azhar menghembuskan nafas terakhirnya akibat beberapa komplikasi seperti buah pinggang rosak, pendarahan otak dan paru-paru dipenuhi susu kira-kira jam 10.30 pagi semalam di Hospital Putrajaya.

Jenazah adik Rizkie telah selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 14.

Kata Azharina, hasratnya untuk melihat Rizkie itu menjadi hafiz apabila dewasa tidak kesampaian apabila anak angkat keduanya itu meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar


28 March 2017

1 APRIL INI - AMMAR TITAN NIKAHI BEKAS TUNANG



Kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana... Demikian halnya dengan pelakon dan pengacara, Ammar Titan apabila mengumukan bakal mengakhiri zaman bujang dengan bekas tunangnya pada 1 April ini.

Menurut Ammar, dia bersyukur kerana bekas tunangnya menerima lamarannya dan dia juga berkata akan menjadi suami yang terbaik buat bakal isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


AL-FATIHAH - ANAK ANGKAT KEDUA AZHARINA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat penyanyi Azharina Azhar atas pemergian anak angkat keduanya, Rizqie Azharin Azhar yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Berita sedih tersebut dimaklumkan oleh Azharina menerusi laman di Instagram miliknya.

"Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang . Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini. Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya," maklum Azharina di IGnya.

Klik untuk gambar besar


"JIKA ANAK TAK TERIMA AYAH MEREKA, JANGAN TUDING JARI" - RITA RUDAINI



Kisah mengenai Rita Rudaini dan juga bekas suaminya, Aidil Zafuan, nampaknya sehingga kini masih belum berakhir apabila Rita baru-baru ini mengakui bahawa bekas suaminya itu tidak mempedulikan tentang anak anaknya.

"Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.

"Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak.

Klik untuk gambar besar


ISU DATANG BILIK JAM 3 PAGI - AISHAH BUJANG AKUI, JOHAN AS'ARI NAFI



Sebelum ini bintang Akademi Fantasia musim 7 (AF7), Aishah Bujang mengakui bahawa pelakon Johan As'asri ada datang dan masuk ke biliknya pada pukul 3 pagi di sebuah hotel di Singapura pada bulan lalu.

Dakwa Aisyah, tujuan pelakon drama dan filem 'Juvana' itu hadir ke biliknya adalah sekadar mahu berborak dengannya. Aishah juga memberitahu bahawa mereka berdua ada bertukar-tukar nombor telefon.

Wanita berusia 26 tahun itu juga mengatakan Johan datang dengan ditemani oleh beberapa orang rakan lain.

Klik untuk gambar besar


ZARINA ANJOULIE BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IBU PELAKON TERKENAL



Pada 23 Mac lalu sekitar jam 7.39 petang, pelakon Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, telah membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Zarina ketika dihubungi, tindakan tersebut dibuat selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Katanya lagi, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

Klik untuk gambar besar


3 GAMBAR - HARRIS BABA KONGSI WAJAH ANAK, 'ALEENA ZIYA'



"Finally I can upload her photo! Hehehe. Aleena Ziya Binti Khawaja Mohammad Harris Baba. Born on 10 of February (Normal Delivery).

"Just wanna take this time to thank everyone who wished me and my family on the birth of my baby.

"Here are some of her photos from when she was 10 days old to now, 6 weeks old. Have a great weekend everyone!" kata penyanyi dan pelakon Harris Baba menerusi laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


SERING DIGANGGU JEJAI - FASHA SANDHA FAILKAN PERINTAH INJUKSI



Beberapa kali tidak kira masa diganggu, membuatkan Fasha Sandha tidak tahan sehingga memfailkan perintah injuksi untuk menghalang bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) daripada terus menganggu kehidupan dan privasinya.

Menerusi permohonan itu, Fasha memohon Mahkamah Tinggi Syariah menghalang Jejai menganggunya secara percakapan, termasuk mesej atau laman sosial.

Selain itu, Fasha turut memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang Jejai daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian mahupun ditemani keluarga. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak.

Klik untuk gambar besar


27 March 2017

BERITA SEDIH - ANAK ANGKAT KEDUA AZHARINA KRITIKAL



"Kedua-dua buah pinggang anak angkat Nina sudah rosak dan dia juga mengalami pendarahan otak," demikian kata penyanyi Azharina Azhar yang mengesahkan melalui IGnya bahawa anak angkat keduanya iaitu Rizqie Azharin Azhar kini berada dalam keadaan kritikal.

"Pada masa sama darah, ia didapati mengandungi asid yang membolehkan dia sukar untuk terus hidup.

"Memang dia kalau hidup akan siksa dan tidak normal. Nina sudah tidak berdaya, Nina mohon bagi Nina masa menguruskan anak sehingga saat akhir dia.



8 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, NINA AF NIKAH AKHIR JULAI DEPAN



Tahniah diucapkan buat bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira, 25, yang telah selamat bertunang dengan pilhan hatinya seorang arkitek, Ahmad Farhan Rusman, 25, di kediaman keluarganya semalam.

Pasangan yang mula memutikkan cinta ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan yang dihadiri kira-kira 120 tetamu itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


KAD KAHWIN TERSEBAR - NORA DANISH KAHWINI NEDIM NAZRI 30 MAC



Segala spekulasi dan teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri akhirnya terjawab apabila kad perkahwinan pasangan itu tersebar.

Menerusi kad perkahwinan berkenaan, pasangan itu difahamkan akan bernikah pada 30 Mac ini (Khamis) di Seputeh, Kuala Lumpur, pada jam 7.30 malam.

Klik untuk gambar besar


26 March 2017

47 GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR DANISH HAKIM & MEMEY SUHAIZA



Baru-baru ini, Norman Hakim telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-14 buat anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim. Sehari selepas itu, Norman turut menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-29 isterinya, Memey Suhaiza.

Dalam majlis Danish, Norman bersama isteri serta anak-anaknya dan Abby Abadi bersama suaminya telah bersatu bagi meraikannya.

Manakala bagi majlis Memey pula, Norman memberi kejutan serta telah menempah sebuah helikopter sempena hari istimewa isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


SHAH ISKANDAR: "PEGANG UNTUK KESELAMATAN & KESELESAAN UQASHA"



Tindakan Shah Iskandar memegang tangan Uqasha Senrose itu masih lagi dipersoalkan netizen sehingga ke hari ini. Hampir setiap hari, pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon ini.

Mungkin sudah rimas dengan persepsi negatif yang diterima, Shah menganggap isu tersebut tidak harus diperbesarkan lagi.

Tegas Shah, beliau memegang tangan Uqasha semata-mata untuk memastikan keselematan serta keselesaan Uqasha yang ketika itu memakai kasut bertumit tinggi.

Klik untuk gambar besar


25 March 2017

TAHNIAH - SABHI SADDI TIMANG ANAK KETIGA



Pada 23 Mac lalu, penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi dan isterinya, Rosi Aswani telah menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka yang merupakan seorang bayi perempuan. Seronoknya, anak-anak Sabhi kesemuanya perempuan.

"Alhamdulillah, Tepat jam 10.45 pagi. Pada 23.3.2017 saya selamat melahirkan baby girl. TQ yang mendoakan," ujar isteri Sabhi menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


HASRAT SAMBUT ANNIVERSARY TAK KESAMPAIAN - NORA ARIFFIN REDA



Penyanyi Nora Ariffin bagai tidak percaya suaminya, Johan Nawawi terlebih dulu meninggalkan beliau dan anak kerana arwah begitu teruja untuk menyambut ulangtahun ke-25 perkahwinan mereka pada 9 April depan.

"Mati hidup balik pun, saya takkan jumpa lelaki sepertinya. Dia lelaki yang baik pernah saya kenali. Cuma, saya sangka saya yang akan pergi dulu, tetapi Tuhan lebih sayangkan dia. Saya reda.

"Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulangtahun perkahwinan kami April depan. Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami.

Klik untuk gambar besar


FASHA SANDHA AKUI KENALKAN 'SI DIA' PADA ANAK-ANAK



"Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari.

"Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak," kata Fasha Sandha yang sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak enam bulan lepas.

Lebih setahun bergelar ibu tunggal, Fasha berkata yang beliau belum bersedia ingin mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Klik untuk gambar besar


SAH HAMIL SEMULA - ABBY ABADI IDAM ANAK KEMBAR



Sekitar tahun lepas, Abby Abadi redha dengan ketentuan takdir apabila dirinya mengalami keguguran sewaktu beliau mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya, Jai Ezzany. Namun, Abby tidak berputus asa dan berdoa untuk hamil lagi.

Hasil kesabaran dan doa, kini Abby disahkan hamil semula dan berita gembira tersebut dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram dengan memuatnaik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan beliau positif hamil.

Klik untuk gambar besar


24 March 2017

AL-FATIHAH - SUAMI NORA ARIFFIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan buat penyanyi Nora Ariffin atas pemergian suami tercinta, Johan Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir di usia 52 tahun selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi Jumaat.

Berita itu disahkan oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Difahamkan, Johan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Klik untuk gambar besar


GEMPAK - KEDUA-DUA ISTERI, ADI PUTRA SAHKAN SUDAH BERCERAI



Kita semua sedia maklum mengenai pengolakan rumah tangga pelakon Adi Putra yang sebelum ini hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Terkini, Adi menerusi laman Instagramnya telah mengumumkan berita yang agar mengejutkan dimanakan beliau mengesahkan sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Penjelasan itu sekaligus menjawab segala teka-teki mengenai status rumah tangga pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


23 March 2017

TOLAK TAWARAN BERLAKON - ZIANA ZAIN MAHU FOKUS PADA ANAK



Impian peminat ingin melihat Ziana Zain berlakon nampaknya buat masa ini agak tipis kerana penyanyi tersebut mahu menumpukan perhatian pada keluarga, nyanyian dan bisnes tudungnya.

Menyentuh soal keluarga, seperti mana yang kita semua sedia maklum, dia amat mengambil berat soal anak-anaknya.

"Anak-anak sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

Klik untuk gambar besar


MENGANDUNG LUAR RAHIM - ISTERI HAZAMA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat," kata penyanyi Hazama Azmi, 33, mengenai isterinya, Genervie Kam, 37.

Isteri Hazama terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kelmarin, apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Menurut Hazama, isterinya mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, wanita itu disahkan hamil di luar rahim.

Klik untuk gambar besar


14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN HAFIZ HAMIDUN & JOY REVFA



Kira-kira jam 3.20 petang semalam, pemyanyi Hafiz Hamidun telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya yang merupakan seorang ibu tunggal, Joy Revfa Sofia.

Dalam majlis yang diadakan di The Venue Shah Alam itu, ibu Hafiz, Laila Sarji telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad.

"Saya kenal dia selama empat minggu. Dalam tempoh itu, hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon dan Whatsapp namun hanya empat kali berjumpa.

Klik untuk gambar besar


22 March 2017

AL-FATIHAH - BAPA MERTUA AYU RAUDHAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat pelakon Ayu Raudhah atas pemergian bapa mertuanya, Abd Radzak Salleh, 68, yang meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban kerana penyakit berkaitan usus.

Difahamkan, Allahyarham yang menghidap asma dimasukkan ke HTJ, petang kelmarin selepas mengadu tidak sihat.

Menurut anak ketiga Abd Radzak, Mohd Zafran berkata, penyakit berkaitan usus ayahnya dikesan ketika doktor melakukan pemeriksaan pada malam tadi dan arwah sepatutnya menjalani pembedahan hari ini.

Klik untuk size besar


ISU BAKAL BERCERAI - ISTERI PERTAMA ADI PUTRA 'KUNCI MULUT'



Sehingga he hari ini, berita mengenai penceraian pelakon Adi Putra dan isteri pertamanya, Aida Yusof masih hangat diperkatakan dan dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Pelbagai spekulasi juga mula timbul mengenai rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, baik Adi mahupun Aida, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

Namun, Aida menerusi akaun Instagramnya ada memuatnaik kapsyen yang mengatakan dirinya difitnah. Dalam status itu, Aida tidak menyebut gerangan individu yang memfitnahnya.

Klik untuk gambar besar


21 March 2017

SELAMAT NIKAH - SYAFIQ NAZRI PILIH MODEL SAMBILAN SEBAGAI ISTERI



Tahniah diucapkan buat bakat baharu yang juga pelakon video muzik lagu Anuar Zain, Syafiq Nazri apabila telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya seorang model sambilan, Nadia Azlan Shah.

Syafiq yang membintangi klip 'Andainya Takdir' dan 'Cinta Takkan Berakhir' dinikahkan dengan pasangannya di Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pelakon yang juga hos sambilan MBuzz di TV3 itu mengumumkan pernikahannya menerusi laman Instagram miliknya selepas usai majlis akad nikah mereka berlangsung.

Klik untuk gambar besar


IMBAS MEMORI - BINTANG AF1 ADAKAN KONSERT REUNION MEI INI



Kesemua 12 bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) bakal mengembalikan memori 14 tahun lalu dengan mengadakan konsert reunion untuk sekian kalinya.

Konsert reunion tersebut bakal diadakan pada 6 dan 7 Mei depan.

Hal itu diwar-warkan menerusi laman Instagramnya bekas pelajar AF1, Adi Fashla yang kini menjadi penyampai radio.

Klik untuk gambar besar


SAKIT KANSER - IDRIS KHAN BANTU BADAN AMAL



Akibat sedih melihat rakannya menderita sakit kanser dan ada juga yang telah meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut telah menyebabkan pelakon Idris Khan kini aktif membantu pesakit kanser di seluruh Malaysia melalui badan amal.

"Saya memang rasa sedih bila melihat rakan dan saudara yang menderita kanser hingga ada yang meninggal dunia. Oleh itu, saya kini giat membabitkan diri dalam program amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya kanser.



JULAI DEPAN - SHAKILLA KHORIRI & FIZI (SURIA FM) BERTUNANG



Pelakon Shakilla Khoriri, 28, yang enggan menjaja kisah cintanya di media sosial bagi mengelak berlakunya fitnah itu memaklumkan bahawa beliau dan pasangannya, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali merancang untuk bertunang Julai depan selepas empat tahun bercinta.

Menurut Shakilla, keputusan untuk bertunang dibuat selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.

"Ramai yang ingat saya akan kahwin Julai ini, tapi sebenarnya kami masih belum bertunang pun.

Klik untuk gambar besar


ISU KOMEN 'BETINA' - CHE TA NAFI DITUJUKAN BUAT RITA RUDAINI



Sebelum ini, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini ada meninggalkan komen di laman Instagram milik isteri kepada pelakon Aqasha, Baizura Sabri berhubung masalah rumah tangganya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah Che Ta telah menggunakan istilah 'betina' merujuk kepada wanita yang didakwa sebagai punca masalah rumah tangga Baizura dan Aqasha. Dek kerana komen itu, Che Ta telah dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi beberapa spekulasi, nama Rita Rudaini didakwa sebagai wanita yang dimaksudkan sebagai orang ketiga antara Baizura dan Aqasha.

Klik untuk gambar besar


20 March 2017

3 GAMBAR - RESEPSI KEDUA MIA AHMAD & SUAMI



"Alhamdulillah.. selesai sudah second reception di Terengganu Marang.. tq," demikian kata Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, yang merupakan suami kepada pelakon Mia Ahmad dan juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Untuk makluman, majlis resepsi Mia atau nama sebenarnya Samiha Ahmad Badri, 29, dan suami telah berlangsung semalam di Marang, Terengganu.

Terdahulu, Mia dan Izham selamat disatukan sebagai suami isteri pada 13 Januari lalu di Taiping Sentosa Villa, Perak.

Klik untuk gambar besar


BAKAL BERKAHWIN DENGAN JOY REVFA - HAFIZ HAMIDUN NAFI KERANA HARTA



Penyanyi Hafiz Hamidun sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bakal mengahwini pengasas produk kosmetik terkenal dan kaya, Joy Revfa Sofia yang dikenali menerusi empayar MERVE Cosmetics. Sejak dari itu, ramai yang beranggapan Hafiz cuma ingin menumpang kesenangan bakal isterinya itu.

Ketika dilemparkan dengan tuduhan sebegitu, Hafiz menegaskan beliau sedikit pun tidak mempunyai niat untuk mengambil kesempatan terhadap Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, kerana sejak dahulu menginginkan pasangan hidup yang pandai di dalam bidang perniagaan.

Klik untuk gambar besar


"PEGANG SEKEJAP JE" - UQASHA JAWAB ISU PEGANG TANGAN SHAH ISKANDAR



"Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu," kata pelakon Uqasha Senrose mengenai dirinya yang sekali lagi dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen apabila berpegangan tangan dengan Shah Iskandar.

Ini kerana umum mengetahui bahawa pelakon kelahiran Singapura itu sudah berkahwin dengan Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari tahun lalu.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Uqasha yang mengakui ada memegang tangan Shah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon lelaki itu.

Klik untuk gambar besar


19 March 2017

4 GAMBAR - AKSI COMEL ANGGREK, ANAK ADIRA



Penyanyi Adira Suhaimi yang dalam fasa untuk mempelajari tanggungjawab yang baharu digalas selepas bersalin secara pembedahan pada 10 Mac lalu telah berkongsi beberapa aksi comel cahaya mata sulungnya yang diberi nama Anggrek.

Untuk makluman, Adira selamat melahirkan Anggrek di sebuah hospital swasta di ibu kota. Bayi perempuan berkenaan dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) bernikah dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, sebagai isteri kedua, di Songkla, Thailand, pada 3 Disember 2015.

Klik untuk gambar besar


ADI PUTRA FAIL PEMOHONAN CERAI TERHADAP ISTERI PERTAMA



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

Demikianlah halnya dengan rumah tangga pelakon Adi Putra dengan isteri pertamanya , Aida Yusof apabila Adi mendaftarkan permohonan untuk bercerai.

Nampaknya, usaha Adi untuk menyelamatkan rumah tangganya yang sebelum ini pernah dilanda badai tidak berjaya.

Klik untuk gambar besar


18 March 2017

SIAP SEJAK 5 TAHUN - ZAITON SAMEON MENANTI ALBUM DILANCARKAN



"Tak tahulah bila nak lancar. Sudah lama saya rakam album itu. Mungkin tahun ini masa yang sesuai, tapi saya sendiri tak pasti," kata penyanyi terkenal era 1980-an, Zaiton Sameon yang berharap albumnya dapat dilancarkan dengan segera.

Zaiton, 60, berkata yang beliau masih ternanti-nanti album baharunya untuk dilancarkan walaupun proses rakaman sembilan buah lagu sudah siap sepenuhnya sejak lima tahun tahun lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak dimaklumkan mengenai perancangan berkenaan namun mengakui kerap menyanyikan lagu-lagu daripada album baharu berjudul 'Terimalah Aku' terbitan Money Entertainment itu ketika membuat persembahan pentas.

Klik untuk gambar besar


ANAK RAIH 10A (SPM): "PERPISAHAN BUKAN PENGHALANG" - FAUZI NAWAWI



Bukan hanya anak kepada dramatis Noniswara Baharudin, malah anak kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hana Farisha turut mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin.

Hana, 18, yang merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati itu memperoleh 10A.

"Perasaan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat gembira apabila anak saya memberitahu keputusan SPM yang diperolehinya.

Klik untuk gambar besar


FOTO & VIDEO: ISU DILABEL 'ROAD BULLY' - LANA NODIN TAMPIL JELASKAN



Semalam satu video yang bertajuk 'Foul-mouthed driver rains expletives on Stomper after accident in JB before 2nd Link' telah menjadi tular di laman YouTube sejak Rabu lalu.

Menerusi video yang difahamkan kejadian berlaku pada petang Selasa itu, suami pelakon Lana Nodin dilihat marah selepas kereta pelbagai guna (MPV) jenis Alphard warna hitam dilanggar kenderaan lain ketika beratur di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Video itu turut memaparkan suami Lana, Daud McKienzie ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat dan menunjukkan jari tengah ketika masuk ke dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Klik untuk gambar besar


17 March 2017

SELAMAT BERSALIN - FARHAN AF4 TIMANG 'BABY GIRL'



Tahniah diucapkan buat penyanyi yang digilap bakatnya dalam program realiti Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Farhan Azizan yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Putrajaya, kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Difahamkan, isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi ini melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu secara pembedahan.

"Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Saya tidak melalui proses yang panjang di bilik pembedahan. Semua lancar dengan izin-Nya.

Klik untuk gambar besar