30 November 2019

SHEILA RUSLY UNDUR DIRI SEMENTARA: "KALAU DAH MATI, ANUGERAH TAK DER NILAI"


Menerusi muatnaik di laman Instagram, suami kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Jinggo, memberitahu yang isterinya itu mengambil keputusan mengundurkan diri buat sementara waktu disebabkan rasa kecewa terhadap orang dalam industri. Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj Yahya, Sheila telah meluahkan beberapa perkara yang mendorong wanita itu memendam perasaan sehingga nekad untuk berehat.



ISTERI NAMPAK BERISI DISANGKA HAMIL - ZAMANI TAMPIL NAFI


Baru-baru ini, ramai peminat yang menyangka isteri kepada penyanyi Zamani iaitu Nur Juliana Abdul Rani, 36, mengandung apabila melihat perubahan fizikalnya yang semakin berisi. Bagaimanapun, Zamani, 48, ketika ditanya berhubung perkara ini menafikan dan berkata mungkin isterinya berisi kerana senang hati bergelar isteri.



HAFREEZ: "DUA TAHUN BERSAMA TAK ADA KACAU... BERTUNANG NI BUNYI-BUNYI PULA"


Mendedahkan ada individu yang cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan aktres Zara Zya, pelakon Hafreez Adam, 29, bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai sebahagian cabaran dan ujian sepanjang melalui tempoh pertunangan.



SAIZ AMENG DITEGUR: "SALAH KE BERISI... KURUS CAKAP AMBIL BARANG....." - ISTERI


"Sebelum ini ramai juga yang tegur kata Ameng semakin gemuk... cumanya kali ini apabila ada seseorang memulakan perbualan di mesej menegur mengenai saiz badan Ameng, saya rasa ianya sesuatu perkara yang agak sensitif. Dia dan saya tak kenal rapat jadi rasanya ayat yang digunakan agak kurang sopan dan tidak beradab... dia mesej dan tegur mengenai saiz badan itu semata-mata nak suruh Ameng sertai perniagaan untuk kuruskan badan.



"BANYAK MENGECAM ORANG MALAYSIA.... TAK BUAT SILAP PUN KECAM" - BABY SHIMA


Penyanyi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, ini berkata, kebanyakkan yang mengecam dirinya adalah orang Malaysia dan amat berbeza di Indonesia apabila peminatnya banyak menulis komen-komen berbentuk positif dan memberi semangat supaya berjaya dalam bidang nyanyian.



"MUJUR CERMIN TIDAK PECAH & TERKENA SAYA... DUIT TERBANG LAGI" - ZIZI KIRANA


"Kejadian itu sangat pantas hinggakan saya tak terkata. Mujur cermin tidak pecah dan terkena saya yang duduk di kerusi sebelah pemandu. Kebetulan ketika itu memang banyak lori. Dalam masa sama, ada kereta dipandu laju. Mungkin kereta itu terlanggar batu hingga terkena cermin kereta saya. Saya agak ia batu besar kerana habis cermin retak. Nak tak nak kena ganti juga.



MENGANGGUR 7 BULAN KERANA 'BERSUARA' - JALIL HAMID KINI KEMBALI BERLAKON


Pelakon senior, Jalil Hamid mengakui hampir tujuh bulan terpaksa menganggur kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon, sejak dirinya berani bersuara mengenai isu bayaran. Sebelum ini, Jalil rasa terhina dengan bayaran RM1,500 sebagai watak utama dalam drama. Bagaimanapun, Jalil berkata apa yang disuarakannya itu adalah satu tindakan wajar kerana bayaran untuk pelakon lama tidak patut diperlekehkan.



NAFI ORANG KETIGA PUNCA - RISTEENA ENGGAN KOMEN KAHWIN 6 DISEMBER INI


Menafikan orang ketiga menjadi punca perpisahannya dengan bekas kekasih yang juga pelakon Ikhwan Khairudin, pelakon Nur Risteena Munim berkata, lelaki misteri yang didakwa bakal berkahwin dengannya iaitu pelakon Isa Khan hadir selepas dia dan Ikhwan berpisah Ogos lalu.



TAK PERNAH TUTUP PINTU HATI - VANIDAH AKUI ADA LELAKI CUBA MENDEKATINYA


"Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak. Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.



29 November 2019

ERMA FATIMA: "BUKAN KERANA EXTREME.. APATAH LAGI ANGGAP NIQAB ITU FASHION"


"Bila pakai niqab dia kata Islam extreme.. dia kata fashion.. dia kata taksub... hmmm.. aku pakai bukan kerana extreme.. apatah lagi menganggap niqab itu fashion... salah tu. Aku pakai kerana itulah ADAB bila berjumpa habib atau ulamak dr luar terutama dr Arab. Itu PERADABAN mereka yg harus di hormati.



HUBUNGAN DENGAN RISTEENA - IKHWAN SAHKAN PUTUS, ENGGAN ULAS PUNCA


Desas-desus sebelum ini yang mengatakan hubungannya dengan pelakon Risteena Munim sudah berakhir walaupun sebelumnya mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin minggu lalu itu telah disahkan oleh pelakon Ikhwan Khairudin, 29. Ikhwan berkata, mereka juga sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan. Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh.



HANS ISAAC: "MUNGKIN ISU (SOLEKAN) KECIL... NAMUN ISU BESAR BAGI VETERAN....."


Menyatakan FINAS sehabis baik cuba menyelesaikan segala isu berkaitan industri hiburan tanah air, pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac bagaimanapun berkata, dirinya pada masa sama turut mengharapkan agar semua memberi kerjasama sebaiknya agar setiap permasalahan dapat diselesaikan.



"TAK ADIL TUDUH KELUARGA SAYA..... KELUARGA SHARNAAZ JUGA BERSUARA..." - NEELOFA


"Saya rasa tak adil jika nak tuduh keluarga saya masuk campur dalam urusan Nabila kerana dia adalah kakak saya dan anak kepada ibu saya. Saya pasti keluarga dia (Sharnaaz) juga bersuara di media sosial dan buat benda yang sama.



NABIL MAHIR AKUI BERCINTA DENGAN AYDA JEBAT, KELUARGA SUDAH BERTEMU


"Memandangkan Ayda sudah membuka mulut (mengenai hubungan mereka), sudah tiba masanya untuk saya memberi noktah kepada teka-teki ini. Benar, kami menjalinkan hubungan cinta... Cuma kurang pasti tarikh cinta kami mula berputik. Disebabkan sudah dewasa, kami bercinta apabila masing-masing selesa. Dapat dirasakan, perasaan indah yang terbit dalam hati kami berdua semestinya lebih daripada sekadar kawan," jelas pengacara Nabil Mahir yang mengaku menjalin cinta dengan penyanyi Ayda Jebat, 27, dan memberitahu hubungan mereka bukanlah rahsia kepada keluarga.



28 November 2019

HAQIEM & IBU BERLEPAS KE TANAH SUCI: "SAYA NAK GERAK MENUNAIKAN UMRAH"


Menerusi laman Instagram, penyanyi Haqiem Rusli awal hari ini telah memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.



BUAT LAPORAN POLIS - DA'I FARHAN MAHU SAMAN RAKAN BAIK ISTERI PERTAMA


Sehingga kini masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga Dai' Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isteri pertamanya mendakwa pendakwah itu berkahwin dengan janda anak lapan secara senyap-senyap dan tidak diredhai.



VIDEO BERBIKINI DI BALI MIRIP CHACHA MAEMBONG TERSEBAR


Baru-baru ini di media sosial telah tular satu video memaparkan seorang gadis dikatakan mirip pelakon Chacha Maembong yang sedang sakan berjoget dipercayai di Bali bersama rakan-rakannya.



"AINUL SEOLAH-OLAH TAHU DIA AKAN PERGI..... TUNGGU WALID & IBU..." - ALI PUTEH


Kehilangan anak kedua, Sharifah Nur Ainul Mardiah yang berusia tiga bulan, kelmarin akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang di Hospital Serdang, pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, memberitahu, dia reda dengan pemergian puterinya itu dan berkata tiada ibu bapa yang ingin kehilangan anak, namun dia reda Ainul pergi daripada melihat anak kecilnya itu terus menanggung derita.



27 November 2019

MENANTI ANAK KE-5 - ALIFF SYUKRI BERNIAT HANTAR LEBIH 30 KE 100 ORANG TUNAI UMRAH


"Doakan kandungan wife abg sehat.. Melayan wife abang untuk berjumpa dengan doktor sebelum bersalin pada bulan ini... walaupun abang sibuk tapi abang yakin memori ini abang akan kenang sampai bila bila.. sebab tu abang buat video dan nama simpan dekat YouTube tv Telajak laris....



BAKAL TIMANG BABY GIRL LAGI - WAWA & AERIL PILIH NAMA 'AYASOFFYA'


Kini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiga, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal telah mendedahkan mereka bakal menimang bayi perempuan lagi pada awal bulan depan. Begitu teruja untuk menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, Wawa dan suaminya sudah memilih nama 'Ayasoffya' untuk anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi. Difahamkan, nama tersebut diinspirasikan daripada nama sebuah masjid di Turki.



RIHANA OKSANA DIDAKWA SUMBER ISTANA, 2 KALI TOLAK UJIAN DNA


Bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana telah mengotakan janjinya dengan memuatnaik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya selepas hampir lima bulan berahsia pada awal November lalu. Sebelum ini, sumber didakwa daripada Istana Kelantan menafikan bahawa wajah Tengku Leon seiras dengan Sultan Muhammad V. Sumber itu juga memberitahu iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut.



FARID KEMBALI MERINGKUK 9 BULAN PENJARA SELEPAS RAYUAN DITOLAK


Selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil terpaksa kembali meringkuk dalam penjara sejak Khamis lalu. Farid yang juga suami kepada aktres, Diana Danielle, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan itu selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.



DA'I FARHAN: "MUNGKIN KERANA DENDAM... VIRALKAN PERKARA FITNAH....."


Sebelum ini kecoh di media sosial apabila juara rancangan dakwah Da'i musim kedua, Da'i Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, memuatnaik kenyataan mengejut bahawa dia sudah berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan di Tanah Suci Mekah. Da'i Farhan turut berterima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dan kuat menerima hakikat tersebut.



DIDAKWA PILIH KASIH, ANAK ANGKAT TIADA HADIAH - INI BALAS 'PADU' SHAHIDA


Pelbagai isu dibangkitkan oleh netizen sejak usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida membuat keputusan untuk mengambil anak angakt. Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun pasangan ini sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.



"BUKAN SENGAJA KONGSI (ANUGERAH) LAMBAT, TAPI SAYA SEGANLAH" - RAMLI MS


Menerusi laman Instagram, maestro muzik tersohor negara, Datuk Ramli MS telah mendedahkan lambat memuatnaik fotonya menerima anugerah di Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) baru-baru ini disebabkan mula segan dilabel menunjuk.



"ANGGAP SAHABAT TAPI BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK..." - ZULIN AZIZ


Jika sebelum ini berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di Hospital untuk menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu, pengacara dan pelawak popular, Zulin Aziz kini memberitahu dia dijadualkan untuk masuk ke bilik pembedahan pada jam 9.00 pagi tadi. Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.



TAK AMBIL HATI - DRAMA BAND AKUI TAK PERNAH JUMPA BABY SHIMA


"Secara jujur, kami tidak ambil hati dengan kenyataan Baby Shima. Apa yang diluahkan memang benar. Kami tidak pernah bersua atau berbual. Jadi memang betullah kenyataan dia tidak kenal Drama Band," demikian jelas vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza yang mengakui tidak terkejut dengan kenyataan dibuat penyanyi Baby Shima dan berkata peminat mungkin tersalah anggap maksud yang cuba disampaikan Baby Shima yang pernah menyertai pertandingan nyanyian lagu dangdut D'Academy Asia, dua tahun lalu.



SITI NORDIANA: "DIA (KHAI) 'SWEET' BUKAN SAYA SAHAJA, MALAH ORANG LAIN..."


Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, memaklumkan belum ada projek lain akan kembali menggandingkan dirinya dengan penyanyi dan pelakon Khai Bahar, selepas single dan drama 'Satukan Rasa'. Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu bagaimanapun berkata, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Khai jika ada permintaan untuknya berbuat demikian.



26 November 2019

IBU KENA SAMUN - ADIRA KATA TIADA KENA MENGENA DENGAN KEMELUT RUMAH TANGGA


Berhubung insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu, penyanyi Adira Suhaimi menganggap ada hikmahnya dan menjelaskan kejadian itu tiada kena mengena dengan kisah pergolakan rumah tangganya bersama suami, Datuk Sei Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red.



"TIDUR LAH SAYANG... REHAT LAH SAYANG" - ANAK ALI PUTEH DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada pelawak, Ali Puteh dan isterinya, Melati Fitri Abdullah atas kehilangan anak mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan isterinya memaklumkan berita sedih kehilangan bayinya yang berusia tiga bulan lebih itu menerusi laman Instagram.



SAMBUT BIRHDAY KE-30 HARI INI - ZULIN AKAN DIBEDAH BUANG BATU KARANG


Memberitahu dia terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 di hospital pada hari ini (26 November) kerana akan menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu, pelakon Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, berkata dia mengesan penyakit itu selepas kerap mengalami sakit perut yang berterusan.



WAJAH BAKAL SUAMI - SASHA SAIDIN DEDAH MASA NIKAH


"Buat masa kini memang saya tak akan dedah wajah dia. Sebab saya perlu hormat privasi dia memandangkan dia pun tak biasa lagi dunia hiburan. Insya-Allah saya akan kongsi pada hari pernikahan kami nanti. Apa-apa pun, kita hanya mampu merancang.



"DAH NAK 2020 DAH TAPI BAJET DRAMA TV MASIH PUAKA... BAIK MENJAJA JE" - TONY EUSOFF


Menerusi laman Twitter, pelakon Tony Eusoff telah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan produksi sebuah drama yang menawarkan harga tidak masuk akal kepadanya. Tony turut mendedahkan paparan skrin perbualan bersama wakil produksi drama yang mahukannya berlakon sebanyak 11 babak dalam masa dua hari: "Dah nak 2020 dah tapi bajet drama televisyen masih puaka," luahnya pada kapsyen foto terbabit.



ANGGUR RM148 - NETIZEN SIFAT RUHAINIES SEOLAH MAHU TUNJUK KEKAYAAN KEKASIH


Umum sedia maklum mengenai pelakon Ruhainies kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E dan dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.



LANA NODIN & SUAMI LEGA DOKTOR SAHKAN BILLY SEMBUH 90 PERATUS


Nampaknya pelakon Lana Nodin dan suaminya, Mohd Daud Mckienzie boleh tersenyum girang dan menarik nafas lega kerana anak bongsu mereka, William Daud McKienzie atau Billy disahkan oleh doktor sudah sembuh selepas berdepan dugaan besar apabila anak lelakinya itu menghidap masalah injap jantung sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.



LAN JELAS IBU SAUDARA ISTERI YANG MENINGGAL, BUKAN IBU KANDUNGNYA


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi Lan Solo atas pemergian ibu saudara kepada isterinya, Nur Sheila Hassim, Rosiyah Mad Ali yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.05 petang kelmarin di Hospital Serdang dan telah dikebumikan pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong. Berita sedih tersebut dikongsikan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof menerusi laman Instagram miliknya.



25 November 2019

"BIARLAH SAYA & IKHWAN TAHU... PUAS BERJUANG, HUBUNGAN TINGGAL SISA....." - RISTEENA


"Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. Soal kenapa, biarlah hanya saya dan Ikhwan yang mengetahuinya. Mungkin ada yang menuduh saya curang, tetapi mereka tidak tahu di sebalik segala yang berlaku. Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami.



"MUHAMMAD MINI FARID..." - DIANA TAK GALAKAN ANAKNYA TERUS AKTIF BERLAKON


Mendedahkan anak lelakinya, Muhammad berkongsi minat yang sama dengan suaminya yang juga pelakon, Datuk Farid Kamil, aktres, Datin Diana Danielle menjelaskan yang disebabkan dia melihat Muhammad minat ke arah permotoran justeru membenarkannya berlakon dalam filem 'Remp-It 2'.



NAFI PERNAH BERISTERI DUA - NAQIU BOBOY ANGGAP DAKWAAN ITU LUCU, TAK LOGIK


"Tengok muka saya ni layak ke nak ada dua isteri? Tak adalah! Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain? Inilah dakwaan paling kelakar dan saya tak sangka. Anak-anak saya berusia tujuh, enam, lima, empat dan yang bongsunya baru setahun. Ruang mana saya nak cari isteri lain?" demikian jelas bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Naqiu Boboy yang menafikan dakwaan bahawa dia pernah beristeri dua.



8 FOTO AQIQAH - JAMAL ABDILLAH NYANYIKAN LAGU 'AZURA' KHAS BUAT PUTERINYA


Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 60, dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, telah mengadakan majlis aqiqah semalam bagi meraikan kelahiran anak perempuan mereka, Nur Azura Yamani yang kini berusia dua bulan. Dalam majlis yang diadakan dengan penuh rasa syukur di kediaman Jamal di Shah Alam, penyanyi itu telah membuat kejutan menyanyikan lagu 'Azura' sambil mendukung anaknya.



24 November 2019

LUFYA: 'PINTU HATI SAYA SUDAH TERTUTUP... TAK MUNGKIN AKAN RUJUK SEMULA"


Sehingga kini masih tiada kesudahan kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, enggan menceraikannya. Perkara tersebut telah membuatkan Lufya terkejut kerana sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.



"UTAMAKAN PELAKON LAMA..... SAYA SETUJU... MASIH RAMAI TIADA KERJA" - ELIZAD


"Secara peribadi sebagai seorang pelakon, kita harus utamakan pelakon dari generasi lama kerana mereka memang berbakat, kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Sekarang pelakon baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika pelakon-pelakon senior diberi keutamaan, sudah tentu pelakon-pelakon baru dapat menimba ilmu dari mereka ketika bekerjasama dalam sesebuah drama ataupun filem.



20 FOTO - IZZUE ISLAM & ISTERI HONEYMOON DI JEPUN SELEPAS 6 TAHUN KAHWIN


"Alhamdulillah, impian untuk membawa isteri berbulan madu di Jepun menjadi kenyataan selepas enam tahun kami melayari bahtera perkahwinan. Walaupun agak terlewat tetapi kami bersyukur dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Dapatlah kami berehat sambil meluangkan masa bersama-sama.



34 FOTO BIRTHDAY GIA & BILLY: "ALLAH SWT BERIKAN UJIAN SANGAT HEBAT" - LANA


"Syukur pada ilahi tahun lalu pada Tarikh ini (22 November), Allah swt berikan ujian yg sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga... Dan pada tarikh hari ni (kelmarin) juga, Alhamdulillah Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami..



"KAMI ALU-ALUKAN.. BUKA REZEKI VETERAN... TETAPI SEMUANYA IKUT KESESUAIAN" - ASTRO


Mengalu-alukan saranan yang tidak menggalakkan pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem bermula 1 Januari 2020, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh memberitahu, cadangan terbabit disambut baik tetapi semuanya mengikut kesesuaian.



BERANGKAT 28 NOVEMBER INI - HAQIEM BERSYUKUR TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA


Simpan hasrat untuk menunaikan umrah sejak tiga tahun lalu, terkini hasrat tersebut akhirnya tercapai apabila penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli bakal berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah pada 28 November ini. Penyanyi 'Tergantung Sepi' itu meluahkan rasa syukur diberikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia muda dan memaklumkan, dia tidak berseorangan ke sana, sebaliknya akan menunaikan ibadat berkenaan bersama keluarga besarnya.



"TAK LETAK SYARAT... SABAR SAYA ADA HADNYA..." - ADIRA BERI DATUK RED PELUANG


"Ya, kami baru sahaja berbaik semula. Anak-anak menjadi sebab utama saya memberikan peluang kedua kepadanya. Saya sudah berfikir panjang dan saya tak mahu menjadi ibu yang terlalu mementingkan diri sendiri. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, apa sahaja boleh berlaku. Jadi, doakan yang baik-baik untuk saya, suami dan anak-anak. Saya dalam proses untuk menarik balik permohonan cerai dan saya berikan suami saya peluang sekali lagi.



NAQIU BOBOY SAMBUT HARI LAHIR KE-33


Sejak menyertai Gegar Vaganza 2019, nama Naqiu (boboy) tidak lekang daripada ingatan penonton rancangan realiti itu kerana sering mendapat pujian Juri.



23 November 2019

RITA BERANG ANAK KENA BULI: "SAMPAI KENA LONDEH SELUAR NI.... MEMANG KURANG AJAR..."


"Dia ni asyik kena buli... sbb dia xmelawan... org kata apa pon kt dia.. dia xpandai bls.. org buat apa pon kt dia, dia xbls... mommy pon xajar ank2 mommy kata kt ank org or buat ank org.... tp tggu, mommy yg akan ambik tindakan klau mak bpk xreti nk ajar ank sendiri... mommy ni tgk je lembut... tp jgn buat hal ye.... benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank 'biarkan'... Tp bila sampai bab kena londeh sluar ni.... haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni... klau mak bpk bole buat xtau bila dah buat report... buat xtau bila tau ank dia 'something'.... sampai skrg sisturr tggu ye... but nothing dr parent tu.... tgguu Rita Rudaini buat sesuatu... sisturr dun care level apa pon.... jgn main2 dgn sisturr...



LISDAWATI: "SEDIH HUTANG DIJANJIKAN TIDAK BERBAYAR... MENYEPI BEGITU SAHAJA"


Buntu apabila individu yang berhutang dengannya sejak dua tahun lalu kembali mendiamkan diri walaupun ahli keluarga wanita terbabit memberi jaminan mahu melangsaikannya, pelakon Lisdawati berkata ibu kepada wanita terbabit tampil menghubunginya, sekitar Julai lalu, selepas isu hutang lapuk itu didedahkan di media sosial, namun terus tiada khabar hingga ke hari ini: "Saya enggan bising mengenai hal ini, tetapi apabila media bertanyakan perkembangan susulan, saya perlu maklumkan perkara sebenar kerana pada masa sama saya tidak mahu ada mangsa lain yang terkena perangkap sama.