31 December 2018

DM & KOMEN PASAL 'ANAK ANGKAT' - MISHA OMAR KECEWA, KECIL HATI


Meluahkan rasa kecewa setiap kali membaca komen dan mesej berkaitan dengan anak sulungnya, Muhammad Adam Emir, penyanyi Misha Omar menerusi entri di Insta Story miliknya, memberitahu dia tidak gemar istilah 'anak angkat' ditujukan kepada Adam.



"MEMBAWANG & TAK BACA KAPSYEN.. TAKPA SAYA MAAFKAN" - FAZLEY


Video yang dimuatnaik pada Sabtu lalu disalah tafsir pihak tertentu apabila dikatakan telah mengaibkan pekerja-pekerja di restoran miliknya, penyanyi dan chef terkenal Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa kesal.



DON BAKAL SAMAN FITNAH - LINDA RAFAR DAKWA DIMANIPULASI


Penyanyi Linda Rafar bakal disaman oleh badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON), gara-gara kes viral beliau mendakwa jururawat di hospital bersikap biadap dan tidak mengendahkan permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya.



JUARA MENTOR 7 - PROTEGE SITI NORDIANA, ZAAIM BOLOT RM80K & KERETA


Malam semalam, pertandingan program Mentor musim ke-7 yang telah sembilan minggu bersiaran itu telah pun berlabuhkan tiraikan apabila Zaaim yang merupakan protege Siti Nordiana dinobat sebagai juara sekaligus menepati ramalan ramai.



30 December 2018

HASRAT 2019 - SAHARUL RIDZWAN MAHU TIMANG ANAK PEREMPUAN


"Hasrat tahun 2019 kalau boleh nak anak perempuan... InsyaAllah," kata pelakon Saharul Ridzwan yang memberitahu dia teringin untuk menimang anak perempuan sekiranya diberikan rezeki oleh Allah.



'INSPEKTOR ALEZA' KEMBALI DISINDIR - ABBY ABADI MINTA BUKTIKAN


Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagram telah mengesahkan akan kembali ke TV dan menjadi Inspektor Aleza dalam drama aksi kepolisian 'Gerak Khas' musim terbaharu.



ISU JURURAWAT - ADUAN LINDA RAFAR DIAMBIL SERIUS OLEH KKM


Berhubung dakwaan layanan jururawat di sebuah hospitalnya yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagram rasmi @kementeriankesihatanmalaysia kelmarin dan memandang serius mengenai perkara tersebut.



AL-FATIHAH - AYAH TOMOK & ISMA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Tomok dan kakaknya yang juga penyanyi, Isma AF7 atas pemergian ayah mereka, iaitu Ismail Salam, 62, yang meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas setahun diserang penyakit angin ahmar.



29 December 2018

'NURSE IS NOT OUR LEVEL' DISALAH TAFSIR - ZIZAN TAMPIL JELASKAN


Berhubung kenyataannya 'Nurse Is Not Our Level' berkenaan isu penyanyi Linda Rafar dan jururawat di sebuah hospital kerajaan semalam, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tampil menjelaskan maksud sebenar di sebaliknya.



KERAP TERIMA MESEJ & FOTO LUCAH - BABY SHIMA BUAT LAPORAN POLIS


"Saya sudah kerap sangat terima mesej dan foto lucah daripada netizen di laman Instagram sejak program Big Stage tamat. Selama ini saya diam dan sabar tapi ada had. Kali ini, saya dan pihak pengurusan terpaksa ambil tindakan terhadap seorang individu yang menghantar mesej lucah.



ISU 'NURSE': INDIVIDU NAK RACUN MAK - LINDA RAFAR LAPOR POLIS


Disebabkan permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang kelmarin, penyanyi Linda Rafar telah mengambil keputusan dengan membuat aduan dan berjumpa Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital pagi semalam.



AWIE WINGS: "DIBERI ALLAH PELUANG UNTUK BERTAUBAT"


"Saya anggap sakit ini sebagai peringatan daripada Allah untuk menguji kekuatan iman. Jika ditakdirkan nyawa saya diambil, saya reda dan bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk bertaubat," kata vokalis Wings, Datuk Awie yang menderita sakit misteri menyifatkan ia sebagai ujian yang mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT.



JANTINA ANAK - TYA ARIFIN BAKAL DEDAH DALAM MASA TERDEKAT


Mengakui dirinya dan suami, Asyraf Khalid tidak kisah tentang jantina anak kedua yang dijangka lahir pada Mei 2019, pelakon dan juga menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkata beliau bakal mengumumkan jantina anak keduanya dalam masa terdekat ini.



28 December 2018

TERSADUNG PAPAN LUNCUR - NOURUL LEGA KANDUNGAN SELAMAT


"Ya Allah. Mohon pelihara. Buat masa sekarang, tak ada apa-apa. Alhamdulillah. #Isabelladepp bergerak. Jadi okey. Panik dua minit. Jaga bukan main. Jatuh juga. Tersadung dengan 'bob' (papan luncur) yang Raphael naik.



BILA AISHAH KINI SEMAKIN KURUS, NETIZEN LUAH RASA KAGUM


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pemenang bintang Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) (GV4), Aishah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan saiz badan terkininya yang kelihatan semakin ramping.



"SAYA TETAP ANGGAP ZARINA KAWAN BAIK" - FATHIA


Berhubung persahabatannya dengan Zarina Anjoulie yang dikatakan sudah 'dingin' selepas membawa haluan masing-masing pada akhir September lalu yang sebelum ini pernah rapat, pelakon kontroversi, Fathia Latiff menafikan dan berkata, dia mempunyai alasan tersendiri apabila terpaksa menjarakkan diri daripada pelakon kontroversi itu.



ELFIRA LOY AKUI TUNANGNYA SEORANG YANG UTAMAKAN AGAMA


"Sebenarnya sebelum itu El memang suka ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best-best. Dan sejak bertunang ini, El juga gembira tunang El rajin untuk turut sama join aktiviti kuliah di masjid.



SAFIEY ILIAS: "BALASAN ALLAH SEBAB NAK POTONG KEMALUAN"


Malam semalam menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik, Safiey Illias telah berkongsi berita beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk teruk di bahagian hadapan.



'WILLIAM DAUD MCKIENZIE' - LANA NODIN NAMAKAN SEMPENA BAPA SUAMI


"Sudah lebih sebulan anak kedua kami, William Daud Mckienzie dilahirkan. Kami sepakat mengabadikan nama bapa suami untuk anak lelaki kami itu. William dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.15 kilogram.



ANAK SULUNG SELAMAT NIKAH - NOTA NORANIZA IDRIS SENTUH PERASAAN


Baru-baru ini, anak sulung kepada penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris iaitu Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26, telah selamat bergelar suami.



ISU JURURAWAT 'BIADAP' - LINDA RAFAR TERIMA TEGURAN DOKTOR


Baru-baru ini menerusi Insta Stories, penyanyi Linda Rafar telah meluahkan rasa tidak puas dengan sikap serta layanan dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tempat ibu beliau dirawat.



STATUS AGAMA SUAMI & PERKAHWINAN RAJA ILYA DIPERSOALKAN


Ramai mula mempersoalkan dan meragui status perkahwinan pelakon Raja Ilya bersama jejaka dari Australia, Trent Garrett selepas sehari Ilya memuatnaik gambar perkahwinan beliau.



TAHNIAH - ALI PUTEH & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA


"Semalam (Khamis) saya dan isteri pergi ke klinik kerana isteri kurang sihat. Hasil pemeriksaan mendapati isteri kini sedang hamil tiga bulan dan doktor menjangkakan tarikh kelahirannya pada bulan Ogos.



KEMBALI JADI INSPEKTOR: "MALUNYA BILA UKUR...." - ABBY ABADI


Pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagramnya telah mengesahkan bakal kembali menggalas watak ikonik menerusi drama bersiri popular 'Gerak Khas', Inspektor Aleeza.



MINTA TUKAR CADAR KENA NAJIS - LINDA RAFAR KESAL LAYANAN JURURAWAT


"Bukan mak dia yang sakit jadi nurse sorang ni tak rasa apa yang kita rasa!!! Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat, awak tak boleh nak hormat ye??



RAJA ILYA TERIMA KOMEN NEGATIF, MUATNAIK FOTO 'BERCUMBU'


Pelakon Raja Ilya yang selamat bernikah dengan usahawan Australia, Trent Garrett itu akhirnya memuatnaik foto-foto sepanjang majlis perkahwinannya baru-baru ini selepas beberapa hari.



ADAM CORRIE: "SAYA BERKHATAN UMUR 38, FATEH USIA 5 BULAN"


Menerusi laman Instagram, pelakon Cina Muslim, Adam Corrie Lee mendedahkan dia menjalani proses berkhatan ketika berusia 38 tahun, setahun sebelum memeluk Islam.



PENYAKIT DIALAMI - AWIE KELUAR HOSPITAL, TANPA KETAHUINYA


"Doktor kata saya sihat, tak ada penyakit... jadi hari ni (Khamis) saya dibenarkan keluar. Alhamdulillah, syukur saya sudah keluar dari hospital.



27 December 2018

DIFITNAH 'MENGGATAL' DENGAN ZIZI KIRANA - COACH YIN RASA BENGANG


Semua mengetahui penampilan penyanyi yang popular dengan lagu 'Nak Ke Tak Nak', Zizi Kirana sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi.



PERKENALAN DENGAN KEKASIH BARU - INI KONGSI JOY REVFA


Menerusi laman Instagram (IG), bekas isteri kepada penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah mengakui dirinya mula berkenalan dengan kekasih baru selepas setahun jejaka tersebut berusaha menegurnya menerusi mesej peribadi IG.



LAGI FOTO NIKAH - RAJA ILYA BAKAL ADAKAN RESEPSI DI MALAYSIA


"Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.



DIDAKWA SAMBUT KRISMAS - NORA DANISH NAFI, TAMPIL JELASKAN


Pelakon Nora Danish telah dikritik teruk oleh netizen tanpa sebarang usul periksa gara-gara memuatnaik foto ketika perayaan Krismas beberapa hari lalu.



DIPUJI BERNIQAB - PEMINAT MINTA NEELOFA KEKALKAN IMEJ SOPAN


Pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa sebelum ini sering dikritik kerana fesyen 'keterlaluan' dengan imejnya yang berhijab.



BAJU JARANG, SELUAR NAMPAK PAHA - NABILA HUDA KENA KECAM


Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda telah memuatnaik gambar dirinya baju putih jarang bersama seluar pendek paras peha di akaun Instagramnya dan seperti yang dijangka ia menjadi perhatian netizen.



"TUKANG CUCI BUKAN HAMBA KITA" - NOORKHIRIAH BENGANG 'PAD' BERSEPAH


"Maaf nak tanya... Apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas RNR (rehat dan rawat)? Korang ada rasa terjawab atau tak apa la, ada orang tukang cuci.



SENIMAN MELAWAT MURALI ABDULLAH ATAS DASAR PRIHATIN


Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah sebelum ini dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dirawat akibat serangan angin ahmar.



SARAT HAMIL - CRISTINA SUZANNE BAKAL TIMANG 'BABY BOY'


Sama seperti majlis pernikahannya pada 30 Mac lalu, nampaknya pelakon Cristina Suzanne bijak 'menyembunyikan' khabar terbaharu tentang dirinya daripada pengetahuan umum berhubung kehamilannya.



"SAYU DENGAR SUAMI IQAMATKAN" - LANA NODIN LAHIRKAN ANAK KEDUA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Lana Nodin dan suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie atas kelahiran anak kedua mereka semalam.



TAK PROPA - INI FOTO PERKAHWINAN RAJA ILYA & USAHAWAN AUSTRALIA


Setelah sekian lama, akhirnya sekeping foto majlis perkahwinan pelakon Raja Ilya dengan usahawan kelahiran Australia yang dikenali sebagai Trent didedahkan.



26 December 2018

"NI SUAMI SAYA, BUKAN AMIK LAKI ORANG!" - EINA AZMAN


Pelakon Datin Paduka Eina Azman yang melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kebahagiaan itu begitu terbuka berkongsi kemesraan dan momen manja bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser di akaun Instagramnya.



KONGSI FOTO THROWBACK 'FREE HAIR' - ELLA DITARBIAH PEMINAT


Penyanyi Ella Aminuddin baru-baru ini telah berkongsi foto throwback dirinya bersama supermodel terkenal Naomi Campbell. Namun begitu, foto terbabit telah membuatkan ramai yang tampil meluahkan rasa kesal.



"JANGAN LUPA JEMPUT SAYA" - FATHIA DOAKAN KEBAHAGIAAN AIMAN & ZAHIRAH


Semua mengetahui mengenai hubungan cinta diantara pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang kini sedang hangat.



SUSAH BERNAFAS - AWIE WINGS KINI DI HOSPITAL


"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la. Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni," demikian jelas penyanyi rock kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Datuk Awie dengan nada suaranya kedengaran sukar untuk berkata-kata.



FATTAH MUATNAIK VIDEO - NETIZEN PERASAN 'SESUATU', UCAP TAHNIAH


Pasangan selebriti popular iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura yang sering menjadi perhatian ramai itu baru-baru ini telah pergi bercuti.



ANAK KETIGA KENA DEMAM KUNING - ALMY NADIA MOHON DOA


Anak ketiga pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz iaitu Nurafrina Ayra yang baru dilahirkan pada 15 Disember lalu itu disahkan mengalami masalah demam kuning.



"BANYAK HENTAMAN & KECAMAN SAYA TERIMA" - SAJAT BAWA DIRI KE DUBAI


"Bye-bye Malaysia... Saya sambung belajar balik.. to my sayang @coach_yin jaga diri sayang.. Buat anak-anak mummy Syaza dan Syahmi, ummi sambung belajar syg.. Nanti ummi balik tau 😢...



25 December 2018

HUBUNGAN ANAK DIPERKATAKAN - FAYE KUSAIRI TAMPIL 'BERSUARA'


"Bagi yang suka menyibuk sangat tanya Alif ni tiada bergambar dengan adik-beradik dia ke tak tu, ni ha... Sis repost gambar throwback Alif tiga hari selepas kelahiran dia yang diambil di rumah ibu bapa saya.



INTAN LIANA SALEH: "KENANGAN TAKKAN DAPAT DIPADAM"


Menerusi laman Instagram, Intan Liana Saleh telah berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Ariq Muqri Muhammad Radzi dan ia mendapat perhatian ramai.



ANAK KENA KOMEN - NANA TERKILAN, AKUI BUKAN PERTAMA KALI


Berhubung egelintir pihak yang memberikan komen kurang baik terhadap anaknya, pengacara popular, Nana Mahazan memberitahu yang dia terkilan dan mengakui ini bukan kali pertama perkara ini terjadi.



GELARAN 'DUDA': "IA PELAJARAN PALING BERHARGA" - NAZIM OTHMAN


Berita perpisahan antara aktor Nazim Othman dan aktres Bella Dally, tidak dinafikan telah mengejutkan orang ramai hingga timbul pelbagai dakwaan 'nakal' terhadap statusnya itu.