"Saya pernah tanya dia, apa kekurangan atau salah saya? Dia cakap, saya tidak ada apa-apa salah pun. Ini kerana dia berkeinginan dan mampu untuk berkahwin lagi.
"Dalam tempoh edah boleh rujuk. Jadi, tak ada masalah pun sebab bukan hantar gambar tak tutup aurat. Namun, lima minit selepas itu dia balas meminta saya menjaga akhlak dan adab. Dia cakap kecantikan saya itu sekejap saja. Saya fikir mungkin sebab saya sudah melahirkan lima anak, jadi nampak lain.
"Saya reda. Bukan kata sudah lama dengan dia atau apa, tapi saya fikir di akhirat nanti. Kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila. Daripada saya ada dosa dengan suami, lebih baik tak bersama supaya antara kami saling tak ada dosa. Andai masih bersama pun dan teruskan poligami, belum tentu lagi dia dapat berlaku adil," kata bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly mengenai tempoh hampir 13 tahun perkahwinan mereka.