31 January 2022

ZAHID & ISTERI BERDEPAN DETIK CEMAS, PUTING BELIUNG MUNCUL DEPAN MATA



"Lailahailallah.. Fuh.. first time tengok puting beliung kt Malaysia depan mata. Kejadian ni jadi kt area Klebang, Ipoh. Sorry pendek sgt video, takut die smp depan mata.

AZLEE KHAIRI AKUI SUDAH KAHWIN KALI KEDUA SETAHUN LALU & MILIKI ANAK



"Ya, saya sudah berkahwin. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri yang memiliki dua cahaya mata. Cuma, saya menghormati pendirian isteri tidak mahu soal peribadi didedahkan. Alhamdulillah, hasil perkongsian hidup, kami dikurniakan cahaya mata lelaki yang kini berusia lima bulan.

JATUH MOTOR KETIKA SARAT MENGANDUNG - BEKAS PENGASUH AAFIYAH ALAMI LUKA & DARAH BEKU DI KEPALA



Malang tak berbau... demikian halnya dengan bekas pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu Dayah Zubit apabila terjatuh daripada motosikal ketika sedang sarat mengandung.

"TERPULANG... ITU HAK DIA" - NADIA BRIAN JAWAB GOSIP BEKAS SUAMI DENGAN FATIN AFEEFA



"Terpulang dia (Muizz) nak berkawan dan berkahwin dengan siapa waima dengan Fatin sekalipun. Jodoh itu merupakan rahsia Allah. Saya sendiri tak sangka berkahwin dengan Muizz, namun akhirnya terpaksa berpisah.

JUAL RUMAH LEPAS 6 TAHUN DIDIAMI - SAFIEY ILLIAS NAFI MUFLIS



Selepas enam tahun mendiami rumah tiga tingkat itu, usahawan kontroversi, Safiey Illias telah membuat keputusan untuk menjual rumah yang terletak di Sunway Montana, di sini.

AL-FATIHAH - AYAH AZIZULHASNI AWANG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelumba basikal, Datuk Azizulhasni Awang atas pemergian ayah kesayangan, Awang Embong yang telah pergi menghadap Illahi. Berita duka berkenaan dikongsikan oleh Azizul menerusi perkongsian terkininya menerusi laman Instagram.

22 JANUARI LALU - HUNNY MADU SELAMAT BERSALIN BABY GIRL, 'MIA CELINE'



Penyanyi, pengacara dan penyampai radio Hunny Madu menerusi laman Instagram memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, seorang bayi perempuan.

PEMAIN BOLA TURKI DIKATAKAN MIRIP WAJAHNYA - INI RESPON ALIFF SYUKRI



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan mirip dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri.

SELAMAT LAHIRKAN ANAK LELAKI - NEELOFA & PU RIZ NAMAKAN 'MUHAMMAD BILAL'



Kira-kita pukul 4.44 petang Sabtu, selebriti terkenal, Noor Neelofa telah pun selamat melahirkan anak sulung yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan.

30 January 2022

SELAMAT NIKAH LAGI 22 JANUARI LALU - MAK WAN LATAH PINDAH IKUT SUAMI KE KUALA PILAH



Pada 22 Januari lalu, pelakon Mak Wan Latah, 61, telah selamat mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pasangannya, Hussien Dollah, 71, di Pejabat Agama Ipoh, Perak. Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya dengan suami berjalan dengan lancar.

"HARUNGI DETIK HITAM BERSAMA... DIALAH WANITA YANG SAYA MAHU SEHIDUP SEMATI" - TUNANG ZULIN AZIZ



Sudah lama merancang untuk melangkah ke fasa baru, pelakon dan penyanyi Zulin Aziz meluahkan rasa syukur doanya dimakbulkan Allah apabila dia selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati, Farhan Norzaini pada Jumaat lalu, selepas dilamar di Madinah.

MUNTAH-MUNTAH SELEPAS FB LIVE - SUAMI RISAU, SYAK YANA SAMSUDIN HAMIL ANAK KETIGA



Kira-kira pukul 1 pagi, Ahad, pelakon Yana Samsudin difahamkan telah dibawa ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan, setelah mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas membuat siaran langsung di Facebook.

JADI TAUKE KEDAI MAKAN DIUSIA 16 TAHUN - ZAKI YAMANI BANGGA DAPAT BANTU IBU CARI DUIT



Anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi Zaki Yamani kini menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor, kerana mahu membantu ibu menjana pendapatan keluarga.

SEDAR ANAK-ANAK SEMAKIN BESAR - ALIFF SYUKRI BERAZAM KURANGKAN KONTROVERSI, AKUI MALU



"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya... abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah tu lagi penting. Kita nampak anak kita dah membesar remaja... jadi anak bujang dan anak dara.

"SAYA TIDAK TAKUT TANGGAPAN ORANG... KENAPA SAYA DILIHAT JAHAT" - ZARINA ANJOULIE



"Saya jenis bukan sembang lebih. Saya tunjukkan kualiti kerja seperti buat rebiu dalam IG. Pelanggan datang balik kerana tahu cara dan kualiti kerja saya. Inilah rezeki dari Allah. Namun, sebagai manusia, saya bekerja dengan bagus, amanah, teliti dan sebagainya. Daripada situ, orang mempercayai nilai kerja saya.

25 TAHUN JADI BAPA TUNGGAL - AZNIL KATA SOAL JODOH BUKAN LAGI KEUTAMAANNYA, ANAK TAK PERNAH TANYA



Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang sudah bergelar bapa tunggal hampir 25 tahun itu tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup dan seterusnya kembali berumah tangga.

29 January 2022

BILA HAIRUL GIGIH MANTAPKAN BAHASA INGGERIS, IMPI BERLAKON DI PERINGKAT ANTARABANGSA



"Setiap perkara yang kita lakukan kena perbaiki daripada kesilapan. Misalnya dalam filem-filem yang dilakukan pun, saya sentiasa perbaiki dari segi lakonan. Kalau kata nak ke luar, Insya-Allah ada beberapa tawaran yang belum rasmi dan belum boleh kongsi. Baru tahun lalu, saya ada ambil guru bahasa Inggeris.

MICHAEL ANG TAYANG DAPAT CINCIN MEWAH, BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANG?



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pengarah terkenal Michael Ang telah memuat naik gambar cincin jenama mewah Perancis, Cartier. Dalam hantaran tersebut, Michael turut meninggalkan kapsyen romantik serta mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana sentiasa berada disisinya.

"SELUAR SAYA PAKAI TERKOYAK..." - AYU DAMIT TERIMA TEGURAN ISU BERPAKAIAN KETAT



"Pengguna media sosial sekarang semakin meluas. Mereka akan bercakap apa sahaja dan ada kalanya menimbulkan isu yang tidak perlu. Apa yang penting saya tahu niat saya untuk bekerja. Memang ada masalah teknikal sedikit ketika itu dan seluar yang saya pakai terkoyak. Namun saya cuba sorok sebaik mungkin agar tidak kelihatan.

ANUAR ZAIN MASIH FIKIR SOAL JODOH, REDA JIKA SOLO SELAMANYA



"Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita. Jodoh itu rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berdoa.

USOP NAFI PUKUL TUNANG SAMPAI MATA LEBAM: "INGAT SAYA TAK ADA AKAL KE?"



"Oi netizen, tak kan saya pergi pukul tunang saya. Orang lelaki kalau pukul perempuan ni dayus. Ingat saya tak ada akal ke?" itulah kata penyanyi Usop Mentor menerusi video di TikTok miliknya dimana dia tampil menafikan dakwaan memukul tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim atau lebih mesra disapa Teha sehingga bahagian bawah mata kiri wanita itu lebam.

SELAMAT BERTUNANG - ZULIN AZIZ BAKAL NIKAH 20 FEBRUARI 2022



Pelakon Zulin Aziz akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi apabila dia kini telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati yang juga rakan kongsi bisnes, Farhan Rozaini malam semalam.

KONGSI SESI FOTOGRAFI SEBUAH DRAMA - ZUL ARIFFIN DITEGUR LAGI



Sekali lagi pelakon Zul Ariffin ditegur berkenaan perkara sama iaitu berpegangan tangan dan berpelukkan apabila memuat naik video ketika menjalani sesi fotografi bersama Nelissa Nizam untuk poster rasmi drama bersiri 'Tarik Aku Ke Syurga'.

28 January 2022

DEK KERANA POSTING IG - NAMRON DISIASAT POLIS, NAFI GILA 'LIKE'



Gara-gara salah satu posting dalam akaun Instagram, Nam Ron meluahkan rasa terkejut apabila buat pertama kalinya sepanjang tiga dekad bergelar pelakon, dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pagi semalam.

ANAK POSITIF C0V1D - IF RAZIAH MOHON DOA



"Mohon tolong doakan kesihatan anak Miss Diva, Aqili segera pulih seperti sedia kala. Dia kini disahkan positif Covid-19 dan jangkitan berpunca di sekolahnya," tulis pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah yang memaklumkan anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 17, kini positif C0V1D.

BILA IQBAL DAKWA VIDA ADA PENYAKIT KECELARUAN PERSONALITI: "MEMBUATKAN MANGSA SENGSARA..."



"Kalian tak sedarkah beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri? NPD adalah orang yang suka memanipulasi, menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran.

ELAK PENYAKIT AIN - IPPO HAFIZ DEDAH WAJAH ANAK KEDUA SEMINGGU SELEPAS DILAHIRKAN



Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz hari ini telah berkongsi wajah anak keduanya iaitu seminggu selepas dilahirkan pada 20 Januari lalu, selepas merujuk dengan beberapa ustaz dan guru agama.

ANAK SELAMAT DIBEDAH SELAMA 4 JAM - ERYNNE ERYNNA LUAH SYUKUR



"27 January 2022 | 1:30PM. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selepas 4 jam selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya. Subhan'Allah Alhamdulillah. Our deepest thanks to Doctor P. and team, and all the nurses.

NIKAH 4 FEBRUARI INI - USOP TAK LENA TIDUR FIKIR TOK KADI, TUNANG PULA TERHANTUK PINTU



Nampaknya tidak lama lagi penyanyi Usop Mentor mengakhiri zaman bujangnya apabila kurang seminggu sahaja lagi dia bakal bergelar suami kepada model sambilan Nur Fatihah Md Hashim.

TASHA SHILLA UMUM KINI HAMIL ANAK KEDUA



"Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap 'hamil juga'. Suami pun pelik kenapa saya cakap 'juga'? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada. Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik.

SELEPAS DIJANGKITI C0V1D 2 KALI - AERIL ZAFREL KERAP ALAMI MIGRAIN



"Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti C0V1D buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba. Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay.

ARWAH PIAN HABISKAN KEHIDUPANNYA DENGAN BERBAKTI KEPADA IBU



"Dia (arwah Pian Cecupak) dapat jaga emak dari pagi sehingga malam dan kelebihan itu tiada pada saya. Dia sediakan makanan untuk emak walaupun kadang-kadang dia tiada wang.

"Amalan ini buat dia disayangi Allah sekali gus memudahkan perjalanannya ke sana," ujar abang sulung kepada Allahyarham pelawak dan pengacara Pian Cecupak iaitu Mohd Daud Abdul Rahman ketika ditemui selepas pengebumian adiknya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, semalam.

BAYARAN RM2.8 JUTA - SAKSI KATA ZIZIE IZETTE LAYAK TERIMA, JUMLAH TAK BESAR



Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata pelakon Datin Seri Zizie Izette, 44, layak menerima RM2.8 juta sebagai wang pengenalan selepas memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 64, selaku pengerusi Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

"HINA KE? ARTIS PUN MANUSIA JUGA" - ZIZAN KESAL PEMINAT NASIHAT JANGAN KAHWIN ARTIS



"Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin. Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis. kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

DEDAH SUAMI TIDUR BERDENGKUR - NETIZEN KRITIK UQASHA BUKA AIB SUAMI



Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose nampaknya sudah hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga. Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Hlive, Uqasha mendedahkan rahsia Kamal sepanjang mereka bersama sebagai suami isteri.

"HADIAH ANNIVERSARY LAMBAT..." - AYDA JEBAT & SUAMI LUAH SYUKUR BERJAYA BELI BANGLO 3 TINGKAT



"We did itt!! Alhamdulillah we bought ourselves a new house! 🏠. Hadiah anniversary lambat tapi rezeki tak pernah salah alamat.

"A house is made of walls and beams. A home is built with love and dream. To our new beginning. I love you beautiful @aydajebat 💚. #newbeginnings #newhome," kata pengacara Nabil Mahir menerusi laman Instagram.

27 January 2022

"ABAH SURUH JAGA APABILA DIA TIADA" - ANAK TAK SANGKA ARWAH BAPANYA, PIAN CECUPAK BUKA PUSAT TAHFIZ



"Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya. Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila... rupanya benda tu betul-betul dia buat. Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.

RANCANG KAHWIN USIA 25 TAHUN - ZIZAN REDA BELUM BERTEMU JODOH MESKIPUN HAMPIR 40



Masih belum bertemu jodoh sehingga sekarang meskipun usia kian menghampiri angka 40, pelakon dan pelawak Zizan Razak atau nama sebenarnya, Muhd. Razizan Abdul Razak, 38, reda dengan takdir kehidupannya.

AISAR KHALED BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS DIANCAM BUNUH



"Terlalu banyak kes ugut dan sebagainya sejak kebelakangan ini. Saya sendiri pun tak kenal siapa individu di sebalik topeng tersebut. Jadi untuk tidak mahu kusutkan kepala dan ganggu emosi selain demi keselamatan diri dan keluarga, saya terus buat laporan polis semalam.

WALAUPUN ADA GEJALA 'LONG C0V1D' - FAZLI ZAINAL BERSYUKUR KESIHATAN SEMAKIN PULIH



"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya beransur pulih. Tempoh hari doktor maklumkan sekurang-kurangnya ambil masa enam bulan. Februari ini baru saya cukup enam bulan kalau dikira dari tarikh keluar hospital pada 29 Ogos tahun lalu.

ANAK ALAMI 'DUPLEX KIDNEY' JALANI PEMBEDAHAN - ERYNNE ERYNNA MOHON DOA



"Dah 3 jam lebih awak dekat dalam. Mommy, daddy, nana, grandad and ggma is here waiting for you. See you soon my strong happy baby, Medinah 🤍," itulah tutur pelakon Erynne Erynna menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Medinah kini sedang menjalani pembedahan selepas mengalami 'Duplex Kidney'.

JENAZAH PIAN CECUPAK SELAMAT DISEMADIKAN 11 PAGI TADI



Jenazah pelawak dan pengacara, Allahyarham Pian Cecupak yang dimandi dan disolatkan di Surau At Taqwa, Taman Datuk Senu, Sentul itu telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, di sini, jam 11.10 pagi tadi.

FAZLEY: "SHAME ON YOU! HILANG RASA HORMAT" - ERNIE: "HATI-HATI BILA BERKATA, ADA KELUARGA"



"Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

MOHON MAAF - VIDA HARAP DAPAT JUMPA 'IN PERSON' DENGAN ANUAR ZAIN



"Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak. Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh 'recall' balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama.

26 January 2022

IBU YATT HAMZAH DIKEJARKAN KE HOSPITAL, ALAMI CIRIT-BIRIT: "SAMPAI BERBELAS KALI DIA KE TOILET"



"Allahuakbar! Selepas anak-anak Bonda, kini giliran mak Bonda pula dikejarkan ke hospital kerana cirit-birit! Mungkin terkena virus dari cucu-cucunya yang sedang sakit.

"SAYA SEBUT 'OKAY' BUKAN 'GAY'..." - VIDA



Nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sejak semalam hangat diperkatakan selepas dia didakwa menggelar penyanyi bersuara merdu iaitu Anuar Zain sebagai gay menerusi aplikasi TikTok.

ASHEED BERSYUKUR 'DEF GAB C' TAK PERNAH GADUH REBUT NAMA, WALAUPUN BERPISAH



"Hubungan saya dengan anggota lain sangat bagus. Kami tiada Real Def Gab C atau Def Gab C ketiga. Kami hanya ada satu Def Gab C. Rahsianya, kami kena faham satu sama lain dan ikut peredaran zaman.

ISU 'LAMBUNG' ANAK TINGGI-TINGGI - FASHA SANDHA BALAS TEGURAN NETIZEN



Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi momen bertemu dengan anak bongsunya, Aisha Amaira selepas pulang dari kerja.

"SAYA OKAY SAHAJA!" SEJUJURNYA MEMANG LUCU..." - ANUAR ZAIN TAK KECIL HATI ATU BERLAWAK TIRU GAYANYA



"Ya saya pernah nampak orang post dan bercakap mengenai perkara ini di media sosial. Saya okay sahaja! Sejujurnya memang lucu bila tonton video itu dan semua orang pun suka... bagi saya lawak yang Atu lakukan itu sangat menarik, melucukan dan saya pun terhibur.

'TERPIKAT' SEBAB SELALU INGATKAN SOLAT - IQBAL TEMUI CINTA BARU DENGAN PENYANYI INDONESIA?



Menerusi laman Instagram, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli telah memuat naik video bersama seorang gadis. Perkongsian Iqbal itu mengundang pertanyaan netizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia.