31 March 2019

ADA PERANCANGAN KAHWIN - QI RAZALI & KEKASIH INGIN KEJAR IMPIAN DULU


Mempunyai perancangan untuk membawa hubungannya bersama pengacara, Nia Atasha Rosli, 22, ke fasa seterusnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 41, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum kerana dia dan kekasih ingin mengejar impian masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.



ENGGAN DIPANGGIL 'JANDA HOT' - NONNY AKUI RAMAI MAHU JADI 'IMAMYA'


Mohon orang luar jangan mengecam status janda yang disandangnya kini, kerana dia tetap orang yang sama dan apa yang terjadi sudah ditentukan Tuhan, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah berkata perasaannya bukannya seperti menyarung gembira mahkota ratu cantik di kepala atau semudah melontar dogma kata yang menusuk jiwa.



FOTO DI PELAMIN, "ALHAMDULILLAH" - ARA JOHARI BERGURAU, NAFI BERTUNANG


"Saya sengaja menimbulkan tanda tanda dengan memuatnaik gambar duduk di pelamin. Malah, sepupu dan saudara mara juga turut melayan dengan membuat 'Insta Story' seperti mengiyakan saya bertunang. Sedangkan, hakikatnya bapa saudara saya yang baru berkahwin.



"SAYA DOAKAN AGAR IKATAN INI BAWA KEBAHAGIAAN & KEGEMBIRAAN" - JEJAI


Lega apabila mengetahui aktor Aidil Aziz sangat rapat dengan anak-anak, bekas suami aktres Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai berkata walaupun hanya pernah bertemu dengan Aidil tiga kali namun banyak cerita baik didengar tentang aktor itu.



DAH LAMA TAK BERLAKON - NABIL AKUI TAK BIMBANG, TIADA BERI KESAN


Mengakui sudah lama tidak mengambil tawaran lakonan kerana buat masa ini dia lebih memfokuskan kepada kerja di belakang tabir, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 35, memberitahu yang dia tidak bimbang sekiranya ada peminat sudah melupakan hakikat dia seorang pelakon kerana selama ini juga lakonannya tidak meninggalkan kesan kepada penonton.



"SAYA PERNAH DIBENCI SATU MALAYSIA" - HAQIEM TAK KISAH DIKATA TIRU ISMAIL


"Sejujurnya, video muzik lagu saya itu tidak ada meniru sesiapa pun. Mungkin kelihatan lokasi video muzik yang sama dengan Ismail tapi dari segi muzik memang berlainan. Malah, lagu Ismail itu tak sepenuhnya bahasa Inggeris. Tapi saya tak kisah orang nak mengata sebab sebelumini pun saya pernah dibenci satu Malaysia.



30 March 2019

26 FOTO RESEPSI: "DOAKAN KAMI BAHAGIA & CEPAT TIMANG ANAK" - FASHA SANDHA


Majlis resepsi pasangan selebriti Fasha Sandha sandha dan Aidil Aziz telah berlangsung sederhana dengan menyaksikan pasangan mempelai yang selamat disatukan sebagai suami isteri pagi tadi dengan sekali lafaz itu mengenakan baju ilham pereka kesayangan iaitu Rizman Ruzaini.



AMMAR TITAN MAHU AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP WARGANET


Warganet yang pernah mengeluarkan kata kesat terhadap Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau lebih dikenali Ammar Titan di laman sosial, sebelum ini bakal berdepan dengan saman apabila pengacara dan bekas penyampai radio itu mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.



LAGU UNIC - FITRI HARIS TETAP DENGAN PENDIRIAN UNTUK NYANYI


"Saya akan terus menyanyikan lagu UNIC selagi ada permintaan berbuat begitu. Selagi nyanyian saya memberi manfaat kepada orang lain, saya takkan berhenti daripada menghulurkan sumbangan.



TAHNIAH - ANAK NORMAH DAMANHURI, AHYA ROSLI & PASANGAN SELAMAT NIKAH


Pada tanggal 29 Mac 2019 waktu petang ... anak kepada pelakon veteran, Normah Namanhuri iaitu Ahya Rosli yang juga pelakon dan model itu telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Shahirah Sanusi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian.



DAH BERI PELUANG MOHON MAAF - LINDA RAFAR TUNTUT GANTI RUGI RM2 JUTA


Memaklumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) kerana menjejaskan reputasinya, pelakon dan penyanyi, Linda Rafar berkata, tindakan itu diambil selepas berbincang dengan peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan dan kerana tidak melihat sebarang reaksi positif daripada pihak DON.



AL-FATIHAH - IBU MENTUA ZIELA JALIL DIJEMPUT ILAHI


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil memaklumkan berita duka dimana beliau telah kehilangan ibu mentuanya, Asmah Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir semalam.



16 FOTO & VIDEO: SEKALI LAFAZ - FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ KINI SUAMI ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis sekitar pukul 8.45 pagi.



29 March 2019

HADIAH ISTERI: ENGGAN IKUT SARANAN INDIVIDU - FIZI ALI DIKATA BERLAGAK


Gara-gara menghadiahkan isterinya, pelakon Shakilla Khoriri sebuah telefon pintar yang sedang berpantang selepas bersalin anak sulung mereka, tindakan penyampai radio Suria iaitu Fizi Ali telah disalahertikan oleh segelintir pengikut di laman Instagram.



LEPAS MENANG - SCHA & AWAL AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGELUAR PULA


Pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari akan mengambil tindakan terhadap pengeluar produk wangian eksklusif Blue dan Maroon pula selepas menang kes tuntutan saman terhadap syarikat D'Haja (M) Sdn Bhd berhubung pengedaran dan penjualan eksklusif minyak wangi.



AL-FATIHAH - IBU SOFIA JANE KEMBALI KE RAHMATULLAH


"I woke up this morning to the fact I will never see my mother again. Noreen Abdullah passed away Wednesday night after a fall. To all who knew her, please forgive her for any wrong doings and halalkan anything she might have overseen or forgotten. Al Fatihah," demikian tulis pelakon prolifik Datin Sofia Jane yang telah kehilangan ibunya Rabu lalu.



TAYANG 'BABY BUMP' - JULIANA EVANS BAKAL BERGELAR IBU 3 BULAN LAGI


Alhamdulillah... kami ucapkan kepada pelakon Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.



PERNIKAHAN DENGAN PACHARA APIN - AFIQ MUIZ TIADA NIAT RAHSIAKAN


Pada Selasa lalu, pelakon Afiq Muiz telah selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya. Majlis pernikahan mereka yang berlangsung secara sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor, itu bebas daripada sebarang liputan media.



"TAK DAPAT TERIMA PERBUATANNYA... TAK MUNGKIN KEMBALI BERSAMA" - ALONG CHAM


"Memang kalau difikirkan anak, kemungkinan untuk bersatu itu ada, tetapi perbuatannya dulu mengguris hati ibu saya. Bukan nak kata saya baik sangat atau tidak pernah buat salah, tetapi saya tidak dapat menerima perbuatannya yang melukakan hati ibu.



BILA IBU DEDAH FASHA SANDHA BAKAL NIKAHI AIDIL AZIZ 30 MAC INI


Melalui status dalam laman Instagram semalam, ibu kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Hatijah Teh Man telah mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan yang juga seorang pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac ini (Sabtu).



BUAT LAPORAN POLIS: "NEVER ARGUE WITH STUPID PEOPLE" - AZAD JASMIN


"Never argue with stupid people. They will drag you into their level. Be smart. Insha Allah negara kita ada undang2. Terima kasih @pdrmsia_official 😎 #cyberbullying #mengaibkanorangsepertimemakanbangkaisendiri #kesbengkungbangang," demikian tulis pelakon Azad Jasmin menerusi laman Instagram miliknya.



MUATNAIK FOTO 'POSING MAUT' - JANNA NICK TERIMA KOMEN 'NAKAL' & KECAMAN


Semua mengetahui mengenai pelakon Janna Nick dikenali sebagai seorang yang 'happy go lucky' dan diminati bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi penampilan beliau yang manis dan comel. Walaupun lebih selesa berambut pendek, Janna tetap membuatkan ramai lelaki diluar sana 'cair' dengan kecantikannya.



FOTO SEKSI ATIKAH - AWI RAFAEL MINTA NETIZEN POSITIF, HENTI KECAM


Nama pelakon Atikah Suhaimie sebelum ini hangat diperkatakan selepas isu tak jadi kahwin dengan penyanyi Awi Rafael dan kembali menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini beliau memuatnaik fotonya yang agak seksi ketika berada dan berenang di pantai.



28 March 2019

ISU GAMBAR DENGAN PATUNG - AZAD JASMIN TAK KISAH KECAMAN


Mengulas gambarnya dengan patung yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya dan juga isteri, aktres Eira Syazira, mendapat kecaman warganet, pelakon Azad Jasmin berkata, dia tertarik untuk memuat gambar bersama patung itu ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.



FASHA SANDHA: "BARU KINI SAYA MERASAI ERTI PERKAHWINAN SEBENAR"


"Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini. Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar.



URUT, JUMPA DOKTOR TAPI BELUM ADA ANAK - MARSHA ANGGAP ADA HIKMAH


"Siapa yang tak nak (anak), sudah tentu saya teringin sangat ada anak. Sekarang pun umur saya dah berapa? Cuma, belum ada rezeki lagi. Ada juga berbincang dengan suami. Tapi itulah kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Saya tak nak fikir sangat sebab percaya ada sebab Allah tak bagi sekarang.



LAGI 11 FOTO BERINAI - FASHA & AIDIL ENGGAN DEDAH TARIKH PERNIKAHAN


Majlis malam berinai pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berlangsung dengan cukup meriah semalam yang diadakan di The Love, Matic, Kuala Lumpur. Melihat pada perkongsian menerusi media sosial, pasangan ini kelihatan bahagia diraikan dalam majlis tersebut bertemakan Melayu Klasik.



"BIARLAH ANAK SENDIRI MENARIK IBU KEMBALI TUTUP AURAT" - ALONG CHAM


"Anak saya akan bercerita momen setiap kali ibu dia (Zila Seeron) datang melawat di rumah ibu saya. Ada satu hari itu, Danial beritahu dia ada meminta Zila memakai tudung dan menutup aurat. Terkejut juga anak saya boleh kata begitu tapi saya ada pesan dekat Danial, kalau nak tegur biar cara yang baik supaya ibu dia tidak terasa hati.



PACHARA APIN DEDAH KENALI ISLAM SETAHUN SEBELUM TERIMA AFIQ MUIZ


"Kami berkenalan pada Mac tahun lalu ketika saya bawa watak antagonis, manakala Afiq pula hero drama 'Air Mata Syurga' dan dia ajak saya keluar bertemu kawan-kawan rapatnya. Selepas itu pada pertemuan kedua-dua terus lamar saya dan beritahu dia tidak mahu seperti pasangan bercinta.



"SAYA TIDAK ADA MENGIYAKAN" - NONNY ULAS 'SIHIR PEMISAH' DIKATA PUNCA CERAI


Menjelaskan tidak pernah memberi apa-apa pandangan mengenai sihir pemisah kononnya menjadi punca perceraiannya dengan suami, bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah memberitahu yang dia hanya berkongsi mengenai kewujudan sihir bahaya itu selepas menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali baru-baru ini.



8 FOTO & 2 VIDEO - SEKITAR MAJLIS BERINAI FASHA & AIDIL YANG MERIAH


"‼️#majlisberinaiaidilfasha‼️ Alhamdulillah majlis berinai berjalan dgn lancar. Semua keluarga,saudara mara serta sahabat2 turut meraikan. Jadi dikesempatan ini, kami selitkan sekali kejutan utk @fashasandha bg meraikan hari jadinya pada 28 Mac.



"RASA BERSALAH, RALAT SELAGI ISU TAK SELESAI" - FATTAH AMIN NAFI TIPU, ANIAYA


Pelakon dan penyanyi Fattah Amin sebelum ini terpalit dengan dakwaan seakan menipu duit peminat apabila salah seorang agen produk MRP Sup DIET & Berrytox yang diusahakan oleh beliau dibawah syarikat miliknya, MRP International Sdn Bhd mengeluh, produk mereka tidak dapat dijual gara-gara Fattah tidak lagi aktif mempromosikan produk makanan kesihatan itu.



27 March 2019

TAHNIAH - MAC RUHAYU SELAMAT NIKAH KALI KEDUA


"Tiada kata dapat saya luahkan selain rasa syukur kerana tidak pernah menyangka akan kembali bergelar isteri selepas 13 tahun bergelar ibu tunggal.



AWAL ASHAARI, SCHA ALYAHYA MENANG KES TUNTUTAN SAMAN RM345,305


"Kami buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan. Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan.



"SELAGI TIDAK MENAIKKAN KEMARAHAN SUAMI, SAYA BERSABAR" - NORA DANISH


Mendedahkan bukan sahaja terpalit dengan dakwaan foto sedang berbogel malah lambakan video lucah yang dikatakan miliknya, pelakon Nora Danish berkata, dia akan bersabar selagi tidak menaikkan kemarahan suaminya, Nedim Nazri Aziz.



BILA SKIRT HIJAU CHE TA JADI 'BAHAN', DISAMAKAN DENGAN SAYUR


Pasti ramai mengetahui mengenai fesyen dan gaya pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang sering diperkatakan. Fesyen Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu selalunya memang 'up to date' dan unik.



AKUI SUDAH NIKAH SENYAP - AFIQ MUIZ MOHON DIBERI MASA JELASKAN


"Benar saya sudah bernikah pagi tadi (Selasa)... Selebihnya nanti saya kongsi kerana buat masa sekarang tidak sesuai," ujar pelakon Afiq Muiz yang kini selamat bergelar suami kepada aktres baharu, Pachara Apin atau nama penuhnya Pachara Emmanuel Apin, 28, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, pada pagi Selasa.



FAZLEY: "KALAU TAK SEDAP, DIAM ATAU KRITIKAN MEMBINA BUKAN MENGHINA"


"Nak menegur dan mengkritik boleh, namun jangan sampai kita hilang adab dan sopan santun sesama bangsa. Kritikan sentiasa dibolehkan, namun biarlah membina. Makanan itu rezeki bersama, punca rezeki orang yang menjual, dan jadi rezeki orang yang membeli.



MEI DEPAN - SARIMAH IBRAHIM UMUM JANTINA BAYI SULUNGNYA


Ditanya mengenai jantina bayi sulung dalam kandungannya, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 41, memberitahu yang dia juga belum membuat pemeriksaan untuk mengesan jantina bayi tersebut.



"DIA BERTEMU LELAKI BAIK" - QI RAZALI DOAKAN KEBAHAGIAAN NELYDIA


"Alhamdulillah, saya bahagia dia jumpa dengan individu yang boleh membimbingnya... Dia bertemu lelaki baik. Semoga semua yang diimpikan dicapai dalam perkahwinan nanti. Saya mendoakan yang terbaik untuk awak (Nelydia)...



NETIZEN BOSAN DENGAN BELLA ASTILLAH, ASYIK DEDAH SUAMI CURANG?


Sehingga kini kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz masih belum ada penghujungnya kerana baru hendak reda sebentar, situasi kembali hangat apabila satu demi satu kecurangan Aliff dibongkarkan oleh isterinya itu.



26 March 2019

KEMBALI 'SEKSI' & 'DARING' LEPAS PUTUS TUNANG - ATIKAH SUHAIME DIKECAM


Berita mengenai keputusan penyanyi Awi Rafael untuk putus tunang dan membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime itu telah mengejutkan ramai. Pelbagai spekulasi timbul mengenai punca mereka berpisah termasuklah berkaitan kontroversi Atikah dahulu.



DI TANAH SUCI - AJAK SHIRO & KELUARGA, ZULIN AZIZ, INTAN LIANA TUNAI UMRAH


Baru-baru ini, ramai artis kita menunaikan umrah termasuklah pelawak dan pelakon Ajak Shiro bersama keluarganya serta pelakon dan penyanyi Zulin Aziz dan bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh.



ADIRA 'BENGANG', DAKWA SUAMI BAWA 'LARI' ANAK - DATUK RED JELASKAN


Penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Tentunya, Adira pulang ke kampung halamannya untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya itu pada Ahad lalu.



USTAZ KATA ADA 'SIHIR PEMISAH' - NONNY BERCERAI KERANA BENDA ITU?


"Memang benda itu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ini memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumah tangga. Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ini memang ada dalam rumah tangga saya. Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab itu saya perbaiki diri saya.



FOTO BELLA ASTILLAH - ALIFF AZIZ PADAM SEMUA KECUALI SATU


Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Aliff Aziz dan Bella Astilla nampaknya masih belum reda lagi apabila kelmarin Bella sekali lagi mendedahkan kecurangan suaminya namun kali ini dengan wanita lain pula. Malah ada individu mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.



FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ BAKAL DISATUKAN HUJUNG MINGGU INI?


Sebelum ini, pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz pernah memberitahu mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan pasangan pelakon ini tidak diumumkan.



IBU TAK MAHU TUDUH SESIAPA - SAJAT KINI SIHAT, KEMBALI BEKERJA


"Alhamdulillah.. hari ini (semalam - 25.3.2019) saya masuk office.. Banyak barang masuk.. Bengkung untuk production raya nanti!!! Biasanya, permintaan banyak giler!! lets girdle pun ramai nak!!! Walaupun saya baru recovery dari sakit, saya kena kuat!! Kena kerja.. Sebab saya ada banyak staf yang saya kena jaga!!! Saya tak boleh nak lemah!!



25 March 2019

"MAMA PUN TERINGIN JUGA!" - ANAK SELAMAT NIKAH, ENOT TERIMA MENANTU


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Enot yang telah selamat menerima menantu selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu.



MENDERITA DALAM PENJARA - AHMAD DHANI SUKAR BERJALAN, GOUT KEMBALI SERANG


"Dia (Dhani) sakit sejak Khamis lalu. Dhani bagaimanapun diberikan rawatan awal oleh doktor di penjara. Pada masa ini, Dhani masih dirawat dan jika masih tidak sembuh.