31 December 2019

HASHTAG 'BABY MOON IN BALI AGAIN' - MIA AHMAD HAMIL LAGI?


Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, pelakon Mia Ahmad bersama suami, Mohd Izham Tarmizi dan anak lelakinya, Sayf Issa kini sedang bercuti di Bali, Indonesia. Namun apa yang menarik perhatian, hashtag #babymooninbaliagain itu telah membuatkan netizen mula membuat andaian bahawa pelakon itu kini hamil lagi: "Bali, AGAIN and AGAIN. #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain," tulis Mia.



"BERUNTUNG ANAK DAPAT LIHAT KEDUA ORANG TUANYA..." - BEKAS ISTERI PU ABU


Selain memuatnaik foto cahaya matanya, Muhammad Adam Asyar di laman Instagram, bekas isteri kepada pendakwah Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain 'Afiini turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada anak lelakinya itu. Menurut Ain lagi, dia adalah ibu yang bertuah memiliki anak lelakinya dalam hidupnya.



ABBY KONGSI VIDEO ARWAH BABY D: "MASIH SAYU... WALAUPUN SUDAH REDHA....."


"Berbahagialah di 'sana' sayang. Antara kenangan terindah untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal. Mama buat video ni sewaktu di Makkah haritu. Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua. Tapi teragak2 nk kongsikan. Sebab taknak terbawa2 dengan kesedihan yg berpanjangan.



"HADIAH NEW YEAR.." - FIZZ DEDAH ALMY HAMIL ANAK KE-4, LAHIR 2020


Pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia kini sedang hamil cahaya mata keempat dan dijangka dilahirkan pada tahun 2020 nanti. Pada entri tersebut, aktor filem 'Munafik' itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.



BETTY RAHMAD & ANAK DIJANGKITI INFLUENZA A: "SO SAD TO END 2019 THIS WAY"


Mendedahkan anak lelakinya, Ardy Wira turut dijangkiti penyakit Influenza A sama sepertinya, adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida iaitu pelakon Betty Rahmad berkata dia berasa sedih apabila terpaksa mengakhiri tahun 2019 dengan keadaan dirinya dan anak yang terlantar sakit.



SAKIT MATA - IRFAN HARIS TERIMA PETUA ANEH, TITIS AIR SUSU IBU


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram, penyanyi Irfan Haris atau nama penuhnya, Irfan Haris Othman, 18, telah memuatnaik foto serta video matanya yang kemerahan dan memberitahu bahawa keadaan dirinya kini tidak berapa sihat ekoran mengalami masalah sakit mata.



TULAR LAGI VIDEO BOGEL MIRIP AIMAN TINO: "TIDAK TAHU APA MOTIF..."


Penyebaran satu lagi video bogel yang didakwa mirip penyanyi Aiman Tino, semalam. Video berdurasi 45 saat itu memaparkan wajah seorang lelaki mirip penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu di dalam bilik yang sama seperti kali pertama video itu tular pada Mac lalu.



KEHAMILAN KEDUA - AMYRA DEDAH KETAGIH MANIS & OBSES KEMAS RUMAH


"Saya seperti ketagih makanan manis sehingga berat badan naik mencecah 53 kilogram. Ketika mengandungkan Anaqi dahulu, saya mencari apa-apa yang masin, kini setiap hari mahu benda manis. Cuma, saya harus berhati-hati kerana tidak mahu terkena penyakit lain pula nanti," demikian tutur pelakon Amyra Rosli yang mendedahkan perubahan dirinya ketika hamil anak kedua ini.



DISEBUT GANTI NEELOFA JADI HOS MELETOP - INI KATA MIRA FILZAH


Namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Noor Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP, pelakon dan pengacara Mira Filzah akui terkejut dan menjelaskan, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.



30 December 2019

OVERDUE 2 MINGGU: "SO BABY NAK LAHIR TAHUN 2019 ATAU 2020??" - YATT HAMZAH


"Haritu 26 Dec Bonda ke @pusrawiofficial dan hampir2 kena admit sbb Doktor bg date sampai 26 shj. Tapi bila check up baby, urine test, CTG (monitor jantung baby), Alhamdulillah semua ok. Air ketuban pun banyak. So doctor Habibah bg masa lg pd Bonda hingga 31 Dec 2019. Tu kira habis nego dah tu..



"MAIN ORDER JER..." - ERMA FATIMA DAPAT TELEFON RM10K DARIPADA BAIM WONG


Wahhh... memang beruntung sungguh pelakon dan penerbit Erma Fatima apabila dia menerima hadiah telefon bimbit terbaharu jenama Samsung yang dianggarkan bernilai RM10,000 daripada aktor popular Indonesia, Baim Wong pada Ahad lalu. Rezeki tidak diduga, Erma telah berkongsi rakaman video Baim yang menunjukkan telefon bimbit berjenama itu yang baharu dihantar jurujual kira-kira satu jam selepas pertemuan mereka.



"TOMOK RINDU AYAH..." - TOMOK TITIP DOA, GENAP SETAHUN BAPA MENINGGAL


"Setahun berlalu... semoga ALLAH sentiasa lapangkan kubur ayahku..di ampunkan segala dosanya dan tempatkan ayahku di syurga.. amin. Tomok rindu ayah. Al-Fatihah," tulis penyanyi Tomok menerusi laman Instagramnya.



22 FOTO - ZIZIE IZETTE ADAKAN SAMBUTAN HARI LAHIR KE-2 SI KEMBAR


Pelakon dan usahawan, Datin Zizie Izette telah mengadakan sambutan hari lahir ke-2 anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette yang diadakan semalam. Momen sekitar sambutan tersebut telah dikongsikan oleh Zizie menerusi laman Instagram miliknya.



AZZA DEDAH INDIVIDU ASING DESAK MINTA MAKLUMAT PERIBADI ABBY


Mendedahkan bahawa terdapat individu yang seolah-olah mendesaknya untuk memberikan maklumat peribadi mengenai sahabatnya, Abby Abadi, pelakon dan penyanyi Azza Elite atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 41, berkata individu berkenaan tidak berhenti daripada memintanya untuk berkongsi nombor telefon peribadi Abby biarpun mesej tersebut tidak dibalasnya.



"PELAN2 KAYUH DOAKAN YE" - MONA ALLEN TUKAR IMEJ BERHIJAB?


Menerusi sebuah entri di laman Instagram, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 34, telah memuatnaik foto dirinya dalam keadaan berhijab dan ia telah mencuri tumpuan ramai: "Sis tak berapa nak pandai sgt nak berhijabista... but not bad laaa kot pelan2 kayuh doakan ye," tulisnya di ruangan kapsyen.



"HERO KAMI..." - BOCEY SERAHKAN YOE PAREY 'FLAMITOZ KUMPULAN PALING SYOK'


Anggota kumpulan Bocey iaitu Achey, Abam dan Fad telah bersepakat menyerahkan hadiah 'Flamitoz Kumpulan Paling Syok' yang diterima ketika persembahan suku akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kepada selebriti undangan mereka, Yoe Parey. Bocey berkata, walaupun baru pertama kali menerima 'Flamitoz Kumpulan Paling Syok' sepanjang menyertai MLM 2019, namun Yoe Parey lebih layak diberi hadiah tersebut.



FIZO OMAR: "USAHA DAPATKAN ZURIAT & ALLAH IZINKAN 29 DEC 2017..."


"WAN MARYAM TURNS 2 (29 DEC 2017). Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke 2 buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yg tidak dpt aku gambarkan dgn kata2. Bila dikurniakan zuriat yg sihat dan membesar dgn baik dan membahagiakan semua orang.



"DOAKAN PERJALANAN KAMI..." - HAZIQ HUSSNI & ISTERI TUNAI UMRAH


Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia dan isterinya, Ayunda Putri telah selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu lalu (28 Disember).



NADZMI ADHWA & ARDELL KE SYRIA UNTUK MISI KEMANUSIAAN: "DOAKAN KAMI..."


Akan berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama isterinya, aktres Ardell Aryana, aktor Nadzmi Adhwa memberitahu, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.



"ALL THIS WHILE, MY NOSE WAS BLOCKED ON BOTH SIDES..." - NABIL MAHIR


Menerusi laman Instagram, pengacara Nabil Mahir telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan dirinya. Dalam pada itu, Nabil mendedahkan mengalami masalah untuk bernafas apabila kedua-dua belah hidungnya tersekat.



JOE FLIZZOW & TUNANG BAKAL NIKAH APRIL 2020


Selamat melangsungkan pertunangan kelmarin, penyanyi rap yang juga pelopor muzik hip-hop negara, Joe Flizzow dan gadis pilihannya, Marini Ramlan bakal disatukan sebagai suami isteri, April tahun depan.



LIMA HARI DEMAM - TIA JINBARA MASUK HOSPITAL UNTUK RAWATAN LANJUT


"Namun, apabila demam itu berlarutan dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih selepas lima hari, saya mula bimbang dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor pada mulanya mengesyaki dia mungkin menghidap denggi, namun disahkan bebas selepas menjalani ujian darah.



ISU HINA HIDUNG - NAK SAMAN TAPI SITI SARAH BIMBANG 'BUNUH DIRI'


Siti Sarah Raisuddin masih mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka yang menghina atau mempersendakan bentuk tubuh individu lain boleh didenda RM50,000 dan dipenjara setahun mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).



29 December 2019

DAKWAAN MULA BERSIKAP 'DEMAND' - INI KATA NAQIU BOBOY


Berhubung dakwaan dia mula bersikap 'demand' terhadap bayaran untuk sesuatu persembahan nyanyian, juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy menafikan dan berkata, semua urusan harga bayaran boleh dirunding.



TAHNIAH - JOE FLIZZOW SELAMAT BERTUNANG DENGAN MARINI RAMLAN


Malam semalam iaitu 28 Disember merupakan tarikh dimana penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Marini Ramlan. Difahamkan, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak sudah merisik Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional.



FITRI HARIS & ISTERI MAHU DIKURNIAKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN


"Kalau boleh memang kami berdua nak dikurniakan cahaya mata dengan secepat yang mungkin sebab saya dan dia memang suka budak-budak. Jadi, buat apa nak tunggu lama-lama untuk merancang soal anak ini. Kalau ada rezeki awal, Alhamdulillah. Kalau tidak, kita terus mencuba," demikian kata penyanyi Fitri Haris.



12 FOTO - SUASANA 'BOLLYWOOD NIGHT' FARAH NABILAH & SUAMI


Tidak menafikan suami dan keluarga mertuanya turut terdedah dengan risiko kecaman sekiranya berlaku kontroversi atau gosip yang mengaitkan dirinya, pelakon Farah Nabila bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak terlalu cepat melatah, dia sebaliknya mahu lebih positif berdepan isu berkenaan. Jelas Farah, suami dan keluarganya telah bersedia dari segi mental dan fizikal, malah persediaan itu sudah wujud sebelum kedua-dua mereka bergelar suami isteri lagi.



MEMEY SUHAIZA TERUJA DILANTIK SEBAGAI 'IKON PENYUSUAN 2020'


Pelakon Memey Suhaiza menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira apabila diangkat sebagai Ikon Penyusuan 2020 menggantikan pelakon Tya Ariffin. Jelasnya, dia terharu dengan pengiktirafan yang diterima dan menyatakan keterujaan sementelah telah menyusukan anak secara eksklusif daripada tahun 2013 sehingga kini.



6 FOTO - PENGACARA ANIM EZATI RIZKI SELAMAT BERGELAR ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pengacara Anim Ezati Rizki, 27, yang telah selamat bergelar isteri pilihan hatinya, Mohd Fadli Sahudin, 37, pada jam 5.11 petang semalam dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah tersebut berlangsung di Straits Hill Villa, Johor Bahru.



28 December 2019

AKSI 'PANAS' TULAR: "JIKA TERBUKTI... KITA AKAN AMBIL TINDAKAN..." - ZED ZAIDI


Wajah selebriti yang dikaitkan dengan video aksi panas yang sebelum ini kecoh itu jugalah yang ditonton di kaca televisyen (TV) saban hari. Realitinya, biarpun satu persatu kes foto dan video mengaibkan yang pelakunya dikatakan mirip selebriti tular, wajah artis yang sama masih menghiasi drama, telefilem mahupun program hiburan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.



ANAK GELAK NAMA 'BOBOY' - NAQIU TUKAR 'SIX YEARS' BERMULA 2020


Setelah sekian lama dikenali sebagai 'Boboy', kini nama kumpulan tersebut akan ditukar kepada nama baru iaitu 'Six Years'. Hal ini dijelaskan sendiri oleh juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu yang mendedahkan dia tidak lagi mahu menggunakan nama Boboy untuk tahun 2020.



SERAH JODOH PADA IBU - WAK DOYOK AKUI RAMAI MAT SALIH CUBA DEKATINYA


Pelakon dan personaliti laman sosial, Wak Doyok memberitahu yang dia enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga, biarpun usianya sudah mencecah 40 tahun. Menurut Wak Doyok, dia kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai selain mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya.



"TUKAR HIDUNG KE BARU TAK HINA... ALLAH BAGI SAYA HIDUNG NI..." - SITI SARAH


"Tadi tengah scroll IG, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di IG @mediahiburan.. n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama yatitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya..



MENINGGAL DUNIA - PEMAIN BASS ALLEYCATS SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong, 64, atas pemergiannya yang telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi, kelmarin akibat kanser paru-paru tahap empat.



PUNYA BANYAK BUKTI, NAMUN ISTERI PU ABU TETAP TUTUP AIB


Tidak mahu terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial... demikian pendirian isteri kepada PU Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa.

Dalam hal ini, katanya lebih baik berdiam diri daripada berkongsi kisah di media sosial kerana ia seolah-olah mahukan perhatian ramai.



"Kalau aku memilih untuk bercerita di social media, dah lama aku bercerita. Segala bentuk bukti sama ada dalam teks mahupun bergambar boleh aku dedah. Sebab aku ada.

"Tapi, andai aku pilih untuk membuka semua tu, apa beza nya aku dan kau? Sama. Tiadalah beza kita melainkan hanya pura pura di hadapan manusia. Hanya menagih & dahaga perhatian.


27 December 2019

"TAK ADA NIAT LANGSUNG CARI PERHATIAN ATAU RAIH SIMPATI..." - PRAMUGARI


Baru-baru ini, seorang pramugari telah membuat luahan mengenai kecederaan yang dialaminya gara-gara perbuatan juruterbang yang juga suami kepada pelakon Farah Nabilah iaitu Mohammed Amirul Yunus. Cerita wanita yang dikenali sebagai Bie Ismail itu, dia hanya terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan, Pahang untuk menunggu penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.



"KALAU DAH MELEKAT, SAYA TERPAKSA BUANG OVARI....." - MAWAR RASHID


Berkongsi kisah sedih apabila dia disahkan menghidap sista pada ovari kirinya (ovarian cyst) selepas melahirkan anak pertama pada Mac lalu, pelakon Mawar Rashid, 24, berkata hasil pemeriksaan terkini mendapati saiz cyst kini sudah membesar sehingga mencecah 4.5 sentimeter.



PEMBANTU RUMAH LARI, BUAT SESUATU - SYATILLA TAWAR RM3K TUNAI


"Wahai followers yg tercinta, SAYA OFFER CASH REWARD 3K UTK SAPA YG TERNAMPAK ATAU TERJUMPAK MANGKUK AYUN NI (MAID AKU) ciri2: PENDEK MCM POKOK KUCAI, TAIK LALAT SAMPAH ATAS MULUT, GIGI JARANG (jarak 1km antara 1 gigi ke gigi yg lain). Dia lari pagi tadi n dah BUAT SESUATU PADA KELUARGA SAYA!! POLIS AKAN BANTU DALAM SIASATAN. SO SAPA TERJUMPA TOLONG PEGANG DIA DAN DM TILLA CEPAT!!! Mohon repost!!!!



1 JANUARI 2020 - ZAMANI & ISTERI BAKAL BERSANDING SELEPAS 3 BULAN BERNIKAH


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dan isterinya, Nur Juliana Abdul Rani bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada 1 Januari 2020, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Pasangan itu bersanding dalam satu majlis yang diadakan di Emerald Ballroom, Mercure Selangor Selayang dari jam 3 hingga 5 petang. Majlis resepsi itu difahamkan diadakan khas buat peminat-peminatnya.



6 FOTO - 'JIBAM' SELAMAT BERTUNANG DENGAN LISA AF2015


Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon Akhmal Nazri yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne atau Lisa pada 25 November lalu. Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.



SELESAI DIBEDAH - PENGIKUT DOAKAN NABIL MAHIR SEGERA SEMBUH


Menerusi laman Instagram, pengacara Nabil Mahir telah memuatnaik foto dirinya berada di kerusi roda di sebuah hospital dan mendedahkan telah selamat menjalani pembedahan semalam. Bagaimanapun, Nabil tidak menyatakan masalah kesihatan yang dialaminya.



BETUL KE TAK BERBALOI KERJA PEREKA GRAFIK DENGAN ALIFF SYUKRI??


Semua kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri, satu nama yang meletop kerana mempunyai empayar kosmetik bernilai jutaan ringgit di Malaysia. Malah dia juga sering mempamerkan pelbagai barangan mewah yang dibelinya hasil perniagaannya itu.



26 December 2019

DALAM PROSES KENAL - MIRA FILZAH ENGGAN DEDAH SELAGI TIADA KEPASTIAN


Tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang telah berjaya menambat hatinya kepada umum, pelakon Mira Filzah menjelaskan mereka masih dalam proses berkenalan antara satu sama lain dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buatnya.



IZREEN KONGSI FOTO RAI HARI JADI KEDUA-DUA TIRINYA


Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah meraikan hari jadi dua anak tirinya dan berkongsi momen tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya dengan memuatnaik beberapa keping foto.



RISTEENA: "DIA (ISA) SELALU CAKAP... HIDUP INI SINGKAT & TAK TAHU BILA MATI....."


"Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti. Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya.



"TAK NAK BEDAH... TAHU TAK CARA BUANG CYST TANPA OPERATE" - MAWAR RASHID


Pelakon Mawar Rashid telah memuatnaik foto dirinya berada di sebuah hospital dan bertanya ada sesiapa yang pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan Cyst.



BILA ANAK-ANAK RITA JADI TUMPUAN ORANG ARAB, SIAP ADA NAK BELI!


Menerusi satu entri yang dimuantaik, pelakon Rita Rudaini telah mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya yang turut serta bersamanya di Kota Makkah bagi mengerjakan umrah baru-baru ini sering menjadi tumpuan masyarakat di sana.



DIDAKWA SOMBONG TOLAK BERGAMBAR - FASHA TAMPIL 'BASUH' INDIVIDU


"Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat). Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini.



PERKAHWINAN - PENERBIT DRAMA HARAP MIRA FILZAH TERGESA-GESA


Berhubung perkahwinan, penerbit drama, Fadzil Teh, berharap pelakon Mira Filzah, tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal ketika namanya sedang mekar di arena seni. Kata pemilik rumah produksi Zeel Production berkenaan, pelakon drama Adellea Sofea siaran TV3 itu mempunyai potensi untuk terus kekal relevan di persada hiburan.



7 FOTO - BILA ALIFF SYUKRI AJAR ANAK-ANAK CUCI URI BABY


"Terkejut Ammar Ahyan tengok uri baby.

"Semoga anak dara abah nanti besar tau abah sayang sangat kat awak.. Sebenarnya ada sahaja pekej untuk cuci uri... tapi abang percaya orang dulu-dulu cakap..



"Kalau boleh kalau.. ada anak perempuan tanam dekat Taman rumah biar cepat kahwin.. betul ke?? Dan dapat pasangan yang baik-baik sebab tu abang ada buat amanat dan juga kata-kata peninggalan sebelum abang menanam uri ini," begitulah kongsi Datuk Sri Aliff Syukri mengenai aktivitinya membasuh dan menanam uri.

Apa yang menarik, dia juga telah mengajar anak-anaknya berbuat begitu agar satu hari nanti selepas kahwin mereka turut melakukan cara yang sama.



5 LAGI GAMBAR -  KLIK FOTO UNTUK SIZE BESAR